Home Novel Cinta Manisnya Cinta di Cappadocia (Manisnya Cinta)
Manisnya Cinta di Cappadocia (Manisnya Cinta)
8/12/2014 11:23:29
65,232
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 1

1

SUdah tiga malam berturut-turut aku mendirikan solat Istikharah. Kemudian lama pula aku berdoa memohon -daripada ALLAH S.W.T agar diberikan petunjuk. Kalau tidak di dalam -firasat mimpi atau gerak hati, aku mohon ditunjukkan dalam apa cara sekalipun sama ada aku perlu mempertahankan hu-bungan cintaku dengan Alfredo atau sebaliknya.

Sesungguhnya terlalu sukar bagiku untuk meneka apa yang sebenarnya berlaku. Dalam situasi begini sudah tentu hatiku tertanya-tanya, masih setiakah Alfredo dalam -berkasih? Apakah selama ini ungkapan kata cinta yang selalu di-ucapkan lahir daripada hatinya yang tulus suci? Atau -apakah dia juga seperti aku yang terperangkap dalam jerat cinta yang diciptakan sendiri?

Aku kembali teringat perbualanku dengan Nivel tentang Alfredo tiga hari yang lalu. Entah betul, entahkan tidak, aku pun tidak pasti. Namun untuk tidak memanjangkan cerita, aku membuat andaian; mungkin Alfredo -keluar -dengan pelanggannya. Aku cuba melunakkan hati sebenarnya.

Ya ALLAH, selama ini aku pasrah dan berdoa agar KAU memberikan aku yang terbaik, biarpun aku menerimanya dengan tidak sesungguh hati. Aku telah cuba -membuka se-luas-luasnya pintu hatiku untuk Alfredo. Mengharap agar suatu hari nanti aku akan benar-benar jatuh cinta -kepadanya. Aku melakukannya demi emak dan abah, atas rasa -hormat bahawa pilihan mereka sudah tentulah yang terbaik -untuk-ku. Lantaran itu apabila Alfredo kata cinta, aku mengiakannya. Entah sungguh-sungguh atau tidak, aku sendiri tidak pasti. Namun tidak pernah pula aku merasakan bahawa kehangatan cinta-nya membakar jiwaku.

Kalau aku fikir-fikirkan memang agak aneh percintaan kami. Keinginan dan harapan emak, abah, Auntie Azlina dan Uncle Fahmi sebenarnya yang telah mencipta keanehan itu, sehingga aku terpaksa melakukan sesuatu yang di luar keinginanku. Keterpaksaan beginilah yang membuatkan aku semakin merasakan ke-hambaran bercinta. Bukan seperti kemanisan bercinta yang aku impikan selama ini. Rasa cinta yang lahir dari hati yang tulus, tiada paksaan atau pura-pura.

Namun semua itu sekadar khayalanku sahaja kerana aku sendiri bimbang untuk memilih jalan lain. Ini kerana aku tidak tahu apa yang se-dang menanti di hadapan, sedang-kan di sini aku hanya perlu mengikut lorong yang sudah tersedia, meskipun kebahagiaannya masih belum pasti.

Sejenak aku melihat jauh hingga ke dasar hati. Cuba mengusir perasaan jahat dan hanya me-mikirkan yang baik-baik sahaja tentang Alfredo. Namun hakikatnya, aku sedar kedinginan semakin mengintai hubungan kami. Aku biarkan sahaja -kerana terlalu banyak perkara lain yang menuntut perhatianku sehingga aku keburuan waktu. Pemergian Kak Aida kiranya telah meninggal-kan kesan yang mendalam di jiwaku. Perasaanku kacau-bilau dan tempias yang melanda sekali gus menggugat keinginanku untuk hidup berteman.

Walaupun tidak begitu mempercayai kata-kata Nivel, te-tapi aku tetap cuba mengesan perubahan sikap Alfredo akhir-akhir ini. Tengah hari tadi aku mengajaknya keluar makan bersama, tetapi dia sudah ada temu janji dengan pelanggan. Penolakan itu semerta mengingatkan aku kepada Nivel. Nivel yang mengakui itu bukanlah kali pertama dia nampak Alfredo keluar dengan gadis yang sama. Ketika dia meng-gambarkan orangnya, aku sekadar meneka, mungkin Alfredo keluar dengan Juita, setiausahanya.

"Bos keluar makan dengansecretary... tu memang biasa. Tapi bagi I, kalau bos jalan berpimpin tangan dengan -secretary, itu dah jadi luar biasa Ifti... melainkan kalau -mereka memang ada apa-apa," jelas Nivel tenang.

Memang aku berasa terpukul dengan khabar yang tidak terduga itu. Masakan Alfredo curang dan tidak sayang pada hubungan kami yang telah lama terjalin ini. Tidak mungkin Alfredo tergamak menghancurkan harapan orang tua kami. Celupar benar mulut Nivel, getusku dalam hati.

"I tak ada niat nak buat you susah hati... tapi I rasa you perlu lakukan sesuatu," tegas Nivel memberi penekanan pada perkataan 'sesuatu' yang cukup aku fahami maksudnya.

Di dalam hatiku, geloranya hanya ALLAH sahaja yang tahu. Atas desakan hati, akhirnya aku bertanya juga kepada Alfredo. Tetapi Alfredo selamba sahaja. Malah de-ngan tenang dia menjawab. “I faham you rasa tertekan sejak pemergian Kak Aida. I tak suka memaksa, malah I sedia menunggu hingga you benar-benar bersedia. Kalau dah jodoh kita, -takkan ke mana Ifti!”

Itulah kata-kata Alfredo. Jadi bagai-mana?

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.