Home Novel Cinta Manisnya Cinta di Cappadocia (Manisnya Cinta)
Manisnya Cinta di Cappadocia (Manisnya Cinta)
8/12/2014 11:23:29
64,973
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2

2

KEPULANGANKU dari pejabat disambut riang oleh Adura dan Aiman yang segera menghadiah-kan kucupan di kiri kanan -pipiku sambil menuntut janji. Reaksi -mereka meyakin-kan aku bahawa memang sudah tidak ada ruang untuk berkompromi lagi.

"Mama cakap semalam, balik kerja kita terus pergi!" Nada suara Aiman penuh protes.

"Mama penat," balasku sambil menyandarkan tubuh di sofa. Aku sengaja mempamerkan wajah yang penuh lesu.

Sebenarnya aku lebih senang kalau Izelea pergi bersama. Tidaklah nanti aku terkejar-kejar melayan kerenah mereka. Kalau pergi bersama-sama Adura dengan Aiman sahaja, tidak ada masalah. Tetapi apabila Elida ikut bersama, tentulah semakin susah hendak melayan ragam mereka bertiga.

"Nak pergi sekarang jugak!" Aiman semakin mendesak.

Entah pe-rangai siapa yang diwarisinya kerana tak ada to-leransi langsung! Kadangkala panas juga hatiku dibuatnya.

"Ajak nenek ikut sama ya?" Aku cuba memancing reaksi emak. Kalau emak mahu pergi bersama, lebih mudahlah aku.

"Kalau susah-susah sangat, tak payah bawak Elida." Emak mula mengusul sebagai menolak secara halus pelawaanku.

Aku memandang Elida yang sedang didukung oleh emak. Demi menatap matanya yang bening, aku tidak sampai hati pula hendak meninggalkannya.

"Okey, kalau sesiapa nak pergi, picit kepala mama dulu," pintaku sambil memejamkan mata.

Serentak itu berdahulu Adura dan Aiman melompat ke atas sofa. Geli hati pula apabila melihat tingkah mereka. Hanya semata-mata kerana hendak pergi ke McDonald's, mereka sanggup mengikut segala arahanku. Namun cepat sahaja sesi itu selesai.

Aku naik ke bilik untuk membersihkan diri dan solat Asar. Untuk nampak ringkas, aku mengenakan sehelai blaus warna putih yang dipadankan dengan sehelaimaxi denimberwarna biru. Apabila turun semula, Adura dan Aiman sudah menanti di dalam kereta. Elida pula sudah terlena di atas dukungan emak. Kasihan pula kalau aku tinggalkan dia di rumah. Akhirnya emak meletakkan Elida di atas tempat duduk khas untuknya.

"Janji jangan buat nakal... kalau siapa nakal, lain kali mama tak mahu bawak pergi jalan-jalan lagi." Sekali lagi aku memberi ingatan sebelum kami meninggalkan rumah. Adura dan Aiman serentak mengangguk.

Aku mengeluarkanstroller, dan mendudukkan Elida yang baru terjaga sebaik sahaja kami sampai. Kami memilih -tempat duduk di hujung sekali kerana sekiranya mereka -berbuat -bising, tidaklah terlalu mengganggu orang lain.

Aku meletakkan makanan dan minuman yang aku beli di atas meja. Kemudian aku mendudukkan Elida di atas kerusi khas untuk kanak-kanak. Namun baru sahaja aku hendak menyuap makanan, Aiman mengadu hendak ke bilik air. Aku harus menemankannya. Elida pula terpaksa aku tinggalkan dengan Adura.

Belum selesai menguruskan Aiman di tandas, aku terdengar suara Adura memanggilku. Dari jauh aku nampak Elida sudah 'bermandi' air Milo dan dia sedang menangis.

Aku berjalan pantas ke arah mereka. Namun belum sempat aku mendapatkannya, Aiman pula sudah menjerit memanggilku. Kelam-kabut betul aku dibuatnya. Aku hanya sempat memberi isyarat kepada Adura agar melakukan se-suatu sebelum aku berpatah semula ke bilik air.

Agak lama juga aku menguruskan Aiman yang cerewet apabila seluarnya basah sedikit. Lega juga rasa hati kerana ketika itu aku tidak mendengar lagi tangisan Elida. Pastilah Adura sudah berjaya memujuk dan meredakan tangisannya.

Apabila keluar, aku nampak seorang petugas sedang me-ngelap meja. Elida pula sedang didukung oleh seseorang. Tentu dialah yang memujuk Elida tadi, fikirku. Dengan pantas aku mengambil Elida daripada dukungannya.t-shirt putihnya sedikit comot terkena kesan tumpahan air Milo di baju Elida. Ketika itu sempat aku meminta maaf dan me-ngucapkan terima kasih kepadanya. Aku segera membawa Elida ke bilik air untuk mengesat badannya yang melekit.

"Mama, Aiman nak mainan macam ni!"

Aku segera berpaling memandang Aiman. Terasa geram juga kerana sebelum membuat pesanan tadi, dia beria-ia hendakkan mainan jenis lain dan sekarang berebut pula de-ngan Adura. Kalau tidak diturutkan, pasti dia tidak mahu balik selagi tidak dapat apa yang dihajati.

"Nanti lepas ni mama beli!"

AGAK lama aku di bilik air kerana menukar lampin pakai buang Elida sekali. Bajunya yang kotor aku masukkan ke dalam beg plastik. Memang aku cuba me-lakukannya secepat mungkin kerana aku yakin tentulah Aiman sudah bosan menanti. Lambat-laun dia akan merebut mainan daripada Adura. Akhirnya, mereka akan bergaduh.

Tepat seperti dugaanku. Adura jelas sudah 'tewas' dalam perebutan itu. Air matanya membasahi pipi, sedangkan Aiman ketawa riang menunjukkan mainan di tangannya.

"Kalau nangis, mama tak nak beli!" Aku mengugut -sambil meletakkan Elida di atas kerusi.

Tangisan Adura serta-merta reda. Namun belum sempat aku melangkah ke kaunter, satu set happy mealdiletakkan di atas meja. Aku terpinga-pinga memandangnya.

"Uncle belanja," ujarnya tersenyum memandang Adura.

Aku memandang wajah lelaki itu yang nampak -ikhlas. Kalau aku hulurkan juga duit, nampak benarlah aku tidak faham bahasa. Akhirnya, aku menerima pemberiannya se-bagai rezeki anak-anak.

"Cakap terima kasih pada Uncle... err..." Aku meman-dang-nya. Memang aku tidak tahu namanya, tetapi itu bukanlah penting sangat bagiku.

"Nazmi," jawabnya dengan ramah. "Puan?"

"Ifti," balasku teragak-agak.

Seketika dia tercengang-cengang memandangku. Mung-kin namaku agak aneh pada pende-ngarannya. Ah, biarlah!

Lelaki itu kembali ke tempat duduknya. Bersebelahan meja sahaja rupa-rupanya. Macam manalah aku tidak -perasan kehadirannya di situ. Mungkin dia baru duduk di situ ketika aku sibuk melayan Aiman di bilik air. Mungkin juga dia rimas apabila Adura dan Aiman berebut barang permainan, lantas dia membelinya pula. Orang yang tidak biasa dengan anak-anak, manalah tahan dengan situasi begitu.

Sesekali aku mencuri pandang ke arahnya. Rambutnya yang sedikit berombak disisir kemas ke belakang. Misai dan janggutnya dijaga rapi. Kulitnya agak cerah, -kukunya bersih dan kemerahan. Senyumannya, hmm... memikat. Ke-simpulan-nya, penampilan lelaki itu me-nyerlahkan ketampanannya.T-shirt putih dan seluarjeans berwarna biru yang dipakainya menjadikan pakaian kami seakan-akan sedondon. Hai, macam berjanji pulak, bisik hatiku.

"Rasanya kita pernah jumpa sebelum ni," kata lelaki itu membuatkan aku sedikit terkejut. Betapa tidak, sedari tadi aku leka memandangnya.

Kuperah ingatan sambil memikirkan --kata--katanya. Akhir-nya, aku teringat kembali kepada seorang lelaki -berkemeja lengan pendek bercorak petak-petak kuning -lembut yang pernah aku temui suatu ketika dahulu. Waktu itu kami sama-sama berebut untuk mengambil puding -karamel yang tinggal cuma satu bekas di atas rak. Walaupun dia yang memegangnya terlebih dahulu, namun akhirnya dia beralah.

“Emm... kita jumpa kat Jusco. Masa tu kita sama-sama nak beli puding karamel. Ingat lagi tak?”

Aku mengingatkannya tentang peristiwa itu. Nazmi tersenyum dan mengangguk-angguk. Tentulah dia masih ingat bagaimana kelam-kabutnya aku pada waktu itu. Setelah mengucapkan terima kasih, aku tergesa-gesa berlalu -kerana ketika itu aku memang kesuntukan waktu. Kemudian sekali lagi secara tidak sengaja, kami bersua apabila dia bersama seorang gadis melintasi meja tempat aku dan Alfredo sedang duduk berbual. Mungkin kejadian itu satu kebetulan sahaja.

Seketika aku memandangnya kembali. Senyumannya menyebabkan debaran yang tidak keruan di dadaku.

"Comel-comel anak Puan Ifti..."

Sekali lagi aku bagaikan terkedu dan berpaling memandangnya. Kami berbalas senyuman lagi. Kemudian aku meneguk minuman perlahan-lahan.

"Emm... macam mamanya jugak." Perlahan sahaja suara-nya, tetapi tetap jelas di pendengaranku. Hampir tersedak aku dibuatnya. Ya ALLAH, berani betul dia cakap macam tu!

Aku cuba bertenang sewaktu melayan kerenah Aiman, Adura dan Elida. Tetapi perasaanku menjadi kalut apabila ada sepasang mata yang asyik merenung ke arah kami. Masakan tidak, setiap- kali aku mengangkat muka, mata kami pasti bertatapan. Kalau tadi aku yang mencuri-curi memandang-nya, kini gilirannya pula. Entah apalah agaknya tafsiran lelaki itu terhadapku; wanita beranak tiga ini!

Beberapa kali aku meminta supaya Adura dan Aiman cepat-cepat menghabiskan makanan, tetapi lelaki itu mudah sahaja memancing reaksi mereka. Begitu ramah pula dia menawarkan diri membantu membetulkan mainan yang tertanggal. Kemudian dia bertanya Adura dan Aiman tentang umur, sekolah dan entah apa-apa lagi.

Ah, macam-macam perangai manusia ni! Aku memujuk hati agar tidak berprasangka yang bukan-bukan.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.