7
RIMAS dan sebak rasa hatiku mendengar -usikan berbau sindiran yang dilontarkan oleh
kawan-kawan emak yang datang mem-bantu -membuat gubahan barang-ba-rang hantaran
dua hari -sebelum menjelang hari
pertu-nangan Izelea. Rasanya macam aku hendak lari sahaja meninggalkan rumah.
Tidak larat -telingaku menepis sindiran dan gurauan mereka, -ter--masuklah juga
daripada Mak Su Ida, adik bongsu abah. Kadang-kadang aku geram juga memikirkan
pera-ngai -mereka ini. Tepi kain orang semua hendak dijaganya, sedang-kan kain
sendiri -terkoyak, tidak dihiraukannya. |
"Anak dara tak elok kahwin
lewat," tegur Mak Su Ida sambil menyiku lenganku tatkala aku sibuk
membetulkan gu-bahan dalam dulang hantaran.
Aku tersenyum kelat memandangnya. Siapa
pulak suka kahwin lewat? soal hatiku. Fitrahnya setiap insan memang suka hidup
berteman. Aku juga begitu, ingin punya teman untuk berbicara dan berkongsi
kasih sayang. Dan kalau boleh biarlah jodoh berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Tapi aku hendak kahwin dengan siapa?
"Jangan memilih sangat... kalau
ada orang merisik dan meminang, terima aje." Tiba-tiba Auntie Umie
menyampuk.
Yang ni pun satu. Mentang-mentanglah
anak dia semua dah kahwin, dia anggap aku begitu pula. Bagi aku, perkahwinan
adalah ikatan dua jiwa yang saling menyayangi. Aku mesti membuat pemilihan yang
paling tepat. Lelaki -pilihan-ku pula mesti mempunyai ciri-ciri yang aku
senangi. Tak-kanlah boleh main cekup sahaja?
Kahwin hari ini, dua tiga bulan kemudian rumah tangga berantakan.
Mungkin Auntie Umie buat-buat lupa
siapa menantunya. Bukan tidak ada orang yang memberitahu, bakal suami Karmila
sudah berkeluarga. Auntie Umie pula sanggup ber-masam muka dengan orang yang
menyampaikan berita itu. Takkanlah dia hendak menolak pinangan seorang lelaki
kaya. Setidak-tidaknya, tempias kesenangan Karmila akan kena kepadanya juga!
"Kalau susah-susah sangat, biar
makcik tolong carikan... nak?" soal Auntie Salmi pula.
"Kata Nor, anaknya yang duduk kat
Amerika tu baru balik... hai, lupa pulak namanya... err... bujang lagi budak
tu... kalau Ifti setuju, makcik boleh tolong jalankan." Auntie Rabeah pula
menyampuk. Auntie Salmi ikut mengangguk. Pastilah dia tahu kerana dia berjiran
de-ngan Auntie Nor.
Ini satu lagi penyakit kawan-kawan
emak. Agaknya me-reka sudah tidak ada kerja lain. Ataupun mungkin -menjadi
kerunsingan pula di hati mereka apabila aku masih -mem-bujang, sedang-kan
adikku Izelea akan menjalin ikatan per-tunangan. Mahu sahaja ketika itu aku
mencadangkan agar mereka membuka agensi mencari jodoh. Tetapi, -akhirnya aku
memilih untuk mendiamkan diri sahaja.
"Eh, anak dia kan lama kerja kat
sana tu... takkan tak kahwin lagi?" soal Auntie Umie pula.
"Jangan-jangan dah kahwin dengan
orang putih tak, tapi... mak dia tak tahu." Auntie Rabeah memperlahankan
suara. "Dah bercerai, balik ke sini suruh mak dia cari calon isteri...
orang lelaki ni... dah kahwin pun tak ada beza," -tambah Auntie Rabeah
sambil menjuihkan bibirnya.
Bagus benarlah tu, tak habis-habis
mengumpat! Men-tang-mentang Auntie Nor tak ada. Lagipun, entah betul, entah tidaklah
orang tu suruh emaknya carikan calon isteri, memandai aje!
"Auntie rasa dia sesuai dengan
Ifti... amacam?" soal Auntie Salmi seolah-olah sedang menanti
persetujuanku. Terdengar ketawa di hujung suaranya.
Masya-ALLAH, aku ingatkan tadi
persoalan itu sudah tamat, tetapi rupa-rupanya masih menjadi topik
perbin-cangan! Bercakap tak guna akal langsung! Tadi mereka juga yang memberi
pelbagai andaian seolah-olah teruk benar -perangai anak Auntie Nor sewaktu di
Amerika. Tetapi -sekarang hendak dikenalkan kepada aku pula. Ada ke patut?
Sekilas aku me-mandang ke arah Izelea.
Pastilah dia mengerti perasaan aku ketika itu. Dan Izelea tentu bimbang jika
aku berkecil hati ke-rana dia mendahuluiku. Sesungguh-nya memang aku sedikit
terkilan sebenarnya, lalu menjadi agak sensitif. Mungkin inilah perasaan
seorang kakak apa-bila adiknya lebih awal disunting orang.
Dalam gelisah rasa, tiba-tiba sahaja
terlintas di fikiranku sesuatu. "Anak Auntie Nor tuhandsome tak?" soalku dengan riak penuh
minat sambil memandang ke sekeliling. Seorang dua berkerut-kerut dahi, ada yang
terkelip-kelip mata dan ada yang menjungkitkan bahu.
"Kalau boleh Ifti nak yanghandsome... nanti kalau dapat anak tentu
comel!" ujarku bersungguh-sungguh.
Melopong mulut Mak Su Ida dan kawan-kawan emak. Aku menjadi semakin seronok
hendak 'mengajar' makcik-makcik yang kepoh dan bermulut laser ini.
"Ifti tak nak yang merokok dan...
hmm... kalau boleh tak nak yang pakai gigi palsu." Aku menambah lagi
bersungguh-sungguh. Tiba-tiba fikiranku melayang mengingati lelaki yang seorang
itu. Seakan-akan pasti dia tidak merokok ke-rana bibirnya kemerahan dan giginya
yang putih bersih.
Ketika itu masih tidak ada sesiapa pun
yang mencelah. Aku bertambah seronok. "Hmm...handsome dan sedap mata memandang... hidung
terletak, bertubuh sasa, kulit cerah... ada misai dan berjanggut,"
tambahku.
Sekali
lagi wajah lelaki yang memakai baju bercorak petak-petak kuning lembut itu
terbayang di mataku. Dia -merenungku asyik. Aku benar-benar terpukau oleh sinar
-matanya yang redup dan tenang. Lelaki
itu tersenyum. Aku pula membalas dengan senyuman yang paling manis. Aku berasa
begitu -bahagia dan bagaikan terawang-awang di awan.
“Akak!"
“Aduh!” Terasa sakit apabila Izelea
menyiku lenganku. Terpinga-pinga aku memandangnya. Aku memandang ke arah Mak Su
Ida dan kawan-kawan mama yang masih terlopong. Aku serta-merta tersedar bahawa
aku telah jauh berkhayal mengenang lelaki itu. Terasa malu sendiri.
"Oh ya, kalau tak kaya pun tak
apa, tapi mesti ada kerja!"
Aku tergelak-gelak. Ketawa yang sengaja
dibuat-buat bagi menutup kegugupan. Manalah aku sangka yang aku akan berkhayal
sampai lupa diri. Akhirnya, perlahan-lahan aku
meninggalkan bilik Izelea yang sudah berhias indah itu.