Home Novel Cinta TATKALA CINTA TERUJI
TATKALA CINTA TERUJI
Pena Putera
12/12/2017 19:41:25
58,205
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 13

BORANG permohonan cerai yang terletak di atas meja dipandang penuh kejutan oleh mata Fakrul. Dia memandang isterinya yang tidak beriak sejak tadi. Wajahnya beku, tidak berperasaan. Inilah kali pertama dia melihat wajah isterinya begitu. Sungguh tidak menyelesakan. Fakrul menyesal dengan apa yang telah terjadi.

“Dah tak ada jalan lain?” Fakrul cuba berunding. Jujur di sudut hatinya, dia masih mencintai Azyah dan tak mahu lepaskannya.

“Pilihan ini agak sukar. Tetapi, abang harus memilih juga. Antara saya dan dia, siapa yang abang akan habiskan sisa hidup bersama?” balas Azyah.

“Tak bolehkah kita…”

“Senang untuk seorang lelaki yang sudah berpoligami katakan begitu. Hakikatnya, bagaimana perasaan seorang isteri yang dimadukan ini untuk terimanya dengan mudah?”

Terdiam Fakrul tanpa bersuara lagi. Dia kalah.

“Adakah abang menghukum Azyah kerana tak mampu berikan zuriat untuk abang?” sambung Azyah lagi.

Tersentak Fakrul mendengarnya. “Azyah, abang tak pernah bermaksud begitu. Perkahwinan ini bukan berlaku disebabkan itu.”

“Azyah tahu. Tak sampai dalam masa setahun, seorang suami sudah berpaling kepada wanita lain lalu dinikahinya tanpa pengetahuan isteri pertama. Lelaki jenis apa yang sanggup lakukan itu?” sindir Azyah. Dia sengaja mahu suaminya terasa.

Suasana sepi. Masing-masing tidak bersuara. Borang di atas meja itu dipandang penuh sesal. Setelah lima tahun mendirikan rumah tangga dan sejauh ini perkahwinan mereka berjaya melalui jalan penuh berliku, mengapa tiba-tiba ujian seberat ini perlu ditempuh?

Penceraian bukanlah sesuatu yang mudah untuk Fakrul lakukan. Dia tidak bersedia untuk itu sejujurnya. Apa yang dia mahu, biarlah semua ini diselesaikan dengan cara yang lebih aman.

“Saya berikan masa untuk abang berfikir. Keputusan ada di tangan abang. Apa sahaja keputusan, saya akan terima dengan hati yang terbuka. Sama ada saya atau dia, saya tak kesah.” Azyah melangkah pergi, meninggalkan Fakrul kekusutan fikiran sendirian.

GAMBAR-GAMBAR perkahwinannya suatu ketika dahulu kembali menggamit kenangan. Semuanya menyegarkan semula ingatan kepada kisah dahulu. Azyah akui, perkahwinan ini tidak dibina atas dasar cinta, sebaliknya pilihan keluarga yang menjadi sebabnya. Masih lagi Azyah ingat janji Fakrul kepadanya.

Lelaki itu akan cuba untuk menanam rasa cinta untuknya. Dan setelah itu mereka menjalani kehidupan yang bahagia sepanjang dalam proses mengenali diri masing-masing. Bermula daripada situ, bunga-bunga cinta tumbuh dengan mekar. Lalu, terciptalah taman bunga dalam rumah tangga mereka yang dipenuhi dengan bunga-bunga indah.

Kini, bunga-bunga itu mula layu kerana tidak lagi disiram kasih sayang. Kasih sayang dikhianti dengan kecurangan. Itulah analogi kisah pergolakan rumah tangga Azyah dan suaminya pada masa ini.

Apakah kesudahannya?

Azyah hanya berharap, kemelut ini tidak berpanjangan.

SEWAKTU mahu mengemop lantai kedai, mata Hidayah terpandang akan insan yang dikenalinya melangkah masuk ke dalam. Si dia menuju ke bahagian peti minuman. Cepat-cepat Hidayah bergegas ke kaunter bayaran untuk bertugas.

Minuman itu dihulurkan kepadanya untuk dibayar.

“Berapa, ya?” tanya dia.

“Percuma sahaja, encik,” ujar Hidayah, menghulurkan semula minuman itu.

“Kenapa percuma? Ada promosi hari ini, ke?” Hairan lelaki itu.

“Encik masih ingat saya lagi, tak?”

Lelaki itu mengimbas wajah Hidayah. Kemudian, wajahnya berubah.

“Oh, awak yang pernah kena gangguan seksual itu?”

“Ya, sayalah!” Kenapa bunyi macam bangga sangat Hidayah? Lucu pula kalau orang dengar ton suara kau mengaku kau pernah jadi mangsa gangguan seksual. Yang sebenarnya, excited jumpa hero hari ini. Itu aje.

“Maaf. Saya tak berapa nak cam muka awak.”

“Tak apa. Tak peduli pun.”

“Cuma, sebab itu awak beri saya minuman ini secara percuma?” teka lelaki itu.

“Pemberian saya mungkin tak seberapa dengan apa yang encik dah lakukan. Sekurang-kurangnya, berilah saya peluang untuk membalas jasa encik. Walau hanya dengan setin minuman kopi yang berharga RM2.30 ini.”

You know, what?”

“Tahu apa, encik?” tanya Hidayah tidak mengerti.

How about, date?”

“Encik nak date? Kalau encik nak, boleh aje.”

Seriously? Jadi, awak sudi keluar date dengan saya?”

“Ya? Encik tak maksudkan kurma tadi?” Kepala Hidayah digaru.

Lelaki itu ketawa. Kelakar dengan reaksi gadis di hadapannya ini. Boleh pula salah anggap.

No, I mean date. Dating. How about it?”

“Oh… Date yang itu… Ermmm, saya tak tahulah. Saya rasa, tak boleh. Lagipun, macam saya tak membalas budi encik pula. Biarlah saya yang lakukannya.”

“Jadi, awak nak lakukan date dengan saya?”

I mean, no. Bagaimana saya nak terangkan kepada encik? Benda ini complicated… Cuma, kalau encik rasa dengan ajak saya keluar itu adalah cara untuk saya balas budi encik, mungkin saya boleh buat. Tapi, tak ada dateJust, normal dinner? Or something else?” Hidayah menolak cadangan date itu. Dia kurang bersetuju.

Date dengan lelaki yang baru dia jumpa? Well, sekurang-kurangnya mereka dah jumpa dua kali. Dan lelaki itu pernah selamatkan dia dulu. Masih lagi tak masuk akal untuk dia date dengan orang yang entah dari mana datang. Latar belakang dia apa dan semuan benda pun masih samar-samar.

When I say date, it’s date. Understand?”

“Nampaknya, saya dah tak ada pilihan lain? I guess, let’s say this is just normal dinner but only you thought this date. Okey, kan?” Hidayah bertegas tidak mahu itu dianggap date.

I’m pretty sure, I said date. Terserahlah awak nak anggap macam mana. Tak nak ambil peduli dah.” Lelaki itu akur. Dia mengeluarkan telefonnya dan menghulurkan kepada Hidayah. Hidayah terpinga-pinga dengan pemberian itu.

Nak buat apa pula ini? Dia nak beri aku Samsung Galaxy Note 8, ke?

Save your number here. With your name.”

Simpan nombor rupanya. Terkejut Hidayah kalau lelaki itu mahu beri dia telefon mahal. Tak logiklah pula, kan? Hidayah ikut saja apa yang diarahkan tanpa sebarang bantahan. Usai itu, telefon itu kembali semula ke pemilik asalnya.

“Hidayah? Look like I got Hidayah.”

Sebenarnya, lelaki ini boleh tahan juga menggatalnya. Nasib baiklah tak seteruk pak cik gila hari itu yang buat lawak kondom depan matanya. Sampai sekarang jadi trauma bila tengok benda itu. Dahlah di kedai ini memang ada jual benda itu. Masih terbayang muka sengal pak cik itu.

“By the way, my name is Megat Izammudin. Call me, Izam or Megat.” Lelaki itu baru perkenalkan diri.

“Saya panggil Encik Megat ajelah. Lebih sesuai.”

“Saya tak rasa ada panggilan encik dalam ayat saya tadi.”

“Baiklah, Megat,” kata Hidayah tidak banyak songeh.

“Okey, nanti saya akan telefon awak. Thanks for drink.”

Megat berlalu pergi dari kedai itu. Eh, lelaki itu ambik percuma minuman? Hesy, geramnya. Kalau Hidayah tahu ini akan terjadi, tak mahu dia beri minuman percuma dan ungkit semula kisah dulu.

Tak tahu pula hero boleh jadi gatal macam itu. Macam hero drama Melayu.

“Siapa itu? Bakal suami kau, ke? Bau nasi minyak pula tiba-tiba.” Hani muncul setelah itu dengan pertanyaan. Sempat dia bahan kawan sekerjanya.

“Kau tak ingat lagi lelaki yang selamatkan aku dulu dari gangguan pak cik tua itu?”

“Dia? Wow! Tak sangka pula aku yang dia dah berkenan dengan kau. Dah ajak keluar date itu, pergilah. Jangan hampakan perasaan orang. Okey?”

“Malaslah nak pergi.”

“Alaaa… Pergilah.”

“Tak sukalah aku. Dahlah boleh tahan juga gatalnya. Tapi, aku tak boleh benci sangat. Nanti suka betul-betul, susah pula aku. Jadi, aku buat bodoh. Biar dia syok sendiri.”

“Haih, kau ini macam-macamlah. Ada satu saja aku nak cakap. Kalau kau cuba untuk tak membenci dia, nanti kau sukakan dia. Tapi, kalau kau bencikan dia, nanti lama-lama kau sukakan dia juga. Sebab, kalau dah jodoh tak ke mana.”

“Hani, sila lakukan kerja anda sekarang. Sebelum satu kedai ini berbunyi carutan.”

“Okey,” ujar Hani mengundur diri.

“APA? Abang serius, ke?” tanya Sarafina separuh menjerit. Dia tergumam dengan keputusan suaminya yang tidak menyebelahi nasibnya. Melampau betul suaminya berkata sedemikian.

“Abang dah buat keputusan. Abang akan bersama Azyah. Dia perlukan abang di sisi. Abang tak boleh tinggalkan dia macam itu saja.”

“Habis, Sara dan Aqil? Abang nak tinggalkan kami macam itu saja untuk perempuan tak guna itu?”

“Sara, cakap baik-baik. Dia isteri abang, dan abang sayangkan dia.”

“Maknanya, abang dah tak sayangkan Sara dan Aqil? Sebab itulah abang pilih dia? Kan?” Sarafina mula naik gila. Ketika ini, amarahnya semakin memuncak. Hakikat ini tidak dapat dia terima dengan mudah.

“Abang janji, selepas ini abang tak akan lupa tanggungjawab abang sebagai seorang ayah kepada Aqil,” janji Fakrul.

“Lalu, bagaimana dengan tanggungjawab abang sebagai seorang suami kepada Sara?”

Fakrul tidak menjawab soalan itu. Dibiarkan tergantung sepi.

“Kenapa abang tak nak jawab? Jangan-jangan, abang memang dah tak cintakan Sara lagi. Betul tak?”

Masih diam.

“Abang jawablah!” tengkin Sarafina kuat.

“Ya, abang tak pernah cintakan Sara walau sedetik pun. Faham, tak?”

Sarafina terduduk. Hatinya luluh. Jantungnya seperti mahu tercabut dari tangkah. Bagusnya kalau jantung ini berhenti berdegup ketika ini. Dia sudah hilang kekuatan untuk teruskan kehidupan.

“Kalau abang tak pernah cintakan Sara, kenapa abang masih teruskan perkahwinan ini?”

“Sebab abang cuma fikirkan Aqil. Aqil perlukan abang. Memandangkan sekarang Azyah lebih memerlukan abang, abang terpaksa memilih dia.”

Sarafina ketawa besar. Ketawa bagai orang gila. Gerun Fakrul memandangnya.

“Tak… Abang tak akan pernah terlepas dari tangan Sara. Hanya Sara yang layak untuk memiliki abang. Perempuan itu tak akan pernah dapat abang. Abang ingat itu!”

Pipi Sarafina ditampar kuat dengan tangan Fakrul sehingga merah. Nafas Fakrul turun naik. Hilang sudah sabarnya. Akhirnya, kekerasan juga berlaku dalam pertengkaran ini.

“Apa yang jadi, tak ada apa akan mengubah keputusan abang. Abang tetap akan pilih Azyah.” Fakrul meninggalkan Sarafina yang mula teresak-esak menangis. Tangisan itu menjadi semakin kuat dan kuat sehingga tidak lagi terdaya untuk menangis.

Tangisan Sarafina itu diperhati anak kecilnya dari jauh secara diam.

Tumpah air matanya melihat ibunya menangis.


Previous: BAB 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.