Home Novelet Thriller/Aksi Raz
Raz
KaryaToku
23/9/2017 11:33:47
82,907
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Bab 9

Seminggu telah berlalu. Keadaan Bandar Metrowaja menjaditenang semula selepas ketiadaan Parat dan orang-orangnya. Di tahun 2075 pula,Kapten Wira Rahman dan anggotanya sudah menyelesaikan masalah yang melibatkanbanduan yang dilepaskan oleh Parat. Kini, dia bersama Prof. Alex masih cubauntuk menghidupkan semula mesin masa. Mesin masa yang dicipta oleh Stefen,Prof. Alex langsung tidak memahami konsepnya.

 

“Prof. Alex berehatlah dahulu. Terlalu lama Prof bekerja.Prof. Alex pun baru dikeluarkan dari hospital.” tegur Kapten Wira Rahman padaProf.Alex di bilik kajiannya.

“Tak mengapa Kapten. Selagi saya tidak menjumpa jalanpenyelesaiannya, selagi itu saya tidak boleh duduk diam.” Kata Prof. Alex.

“Apalah yang Raz buat di sana sekarang?” soal Kapten WiraRahman sambil menghulurkan secawa kopi kepada Prof. Alex.

“Dia seorang yang tabah Kapten. Saya yakin dia tidakapa-apa. Kita harus percayakan dia.” kata Prof. Alex yang tenang sahajakemudian menghirup kopi panas itu.

“Baiklah. Prof. Alex cubalah yang terbaik. Jangan lupaberehat. Nanti sakit susah pula.” kata Kapten Wira Rahman dan lalu beredar dribilik kajian Prof. Alex.

“Baik Kapten…” balas Prof. Alex.

 

Sementara itu, Raz yang berada di tahun lampau tidak pulaberjaya mengesan lokasi Parat. Sudah seminggu Parat mendiamkan diri. Razkhuatir jika Parat merancangkan sesuatu yang akan membawa bencana besar padadunia, khususnya Bandar MetroWaja itu sendiri.

 

“Raz? Jangan mengelamun. Kerja.. Kerja.” kata Encik Ramayang melihat Raz yang termenung.

 

Raz terus bekerja mencuci cawan di dapur Kafe. Hampirseminggu Raz bekerja disitu. Semuanya berjalan lancar buat masa kini. Dia telahditerima bekerja kerana sikapnya yang rajin.

 

“Raz? Kau ok? Kenapa termenung?” soal Mai yang kebetulanmenghantar cawan ke dapur kafe.

“Dah hampir seminggu Parat tak munculkan diri. Entah apa yang dia rancangkan.Aku risau.” jelas Raz.

 

Pada masa itu, Parat dengan hanya empat orang banduan.Mereka semua kini sedang menjalankan pembuatan serum AAS1 berdasarkan bukukajian Stefen. Duit hasil rompakan, mereka menggunakannya untuk membeli segalaperalatan makmal secara haram untuk menghasilkan semula AAS1.

 

“Tuan Parat, kami dah hasilkan AAS1. Hanya perlu digunakanuntuk uji.” kata salah seorang banduan.

“Bagus. Kau uji ke atas diri kau.” kata Parat.

“Tapi… Tapi Tuan Parat.. AAS1 ini kita hasilkan berdasarkanbuku kajian. Kami dah ikut dengan teliti… Tapi saya….”kata banduan itu yangteragak-agak.

 

Parat terus mengambil serum itu dan menyuntik pada tubuhbanduan itu. Banduan itu menjerit kesakitan dan menggigil. Lalu, dia rebah danmengelupur seluruh badannya. Banduan yang lain terkejut dengan tindakan parat.Ketika itu, tubuh banduan itu berubah. Kelihatan agak belendir tubuhnya. Lenganberubah menjadi rungut sotong kurita.  Kepalanya serta bahagian tubuhnya berubahseperti sotong kurita. Namun, kakinya masih seperti manusia. Kesan serum AAS1itu masih ditahap normal dan selamat kerana manusia tidak terubah mutasinyasecara menyeluruh. Jika mutasi berlaku secara menyeluruh, maka tubuhnya tidakboleh berubah menjadi manusia lagi apabila kesan serum itu hilang.

 

“Banduan Z320, kau aku gelarkan Kraken.” kata Parat padabanduan itu.

 

Banduan Z320 ialah seorang penjenayah yang ditangkap dalamkes pembunuhan pada tahun 2065. Mangsa yang dibunuh ialah merupakan anakmuridnya yang belajar di kelas tarian miliknya. Dia menjadi suspek utama dalamkes pembunuhan itu.

 

“Dengar sini semua. Misi kita adalah untuk membina empayardisini. Jika kita berjaya disini, empayar yang kita bina pasti akan ada padamasa akan datang. Aku tidak akan gelarkan kamu semua berdasarkan kod banduanlagi. Kamu semua sudah bebas. Tak perlu lagi berkod. Seperti Z320, kini diadigelar Kraken. Dan yang lain, bila tiba masanya, aku akan beri gelaran lainpada kamu semua. Faham?!” jelas Parat.

“Ya, Tuan Parat!” jawab mereka semua.

“Kraken, misi kau adalah untuk mengumpul ahli untukmenyokong empayar kita. Dalam hal ini, aku mahu anak-anak muda. Anak-anak mudaamat senang untuk dipengaruhi. Kau bekas guru tarian bukan? Apa kata kalau kau tarikminat anak-anak muda masa kini dengan tarian kau. Lama-kelamaan, ajar merekamenyertai empayar kita.”  jelas Parat.

“Tapi Tuan Parat, bukan mudah untuk aku mengajar mereka tarianaku. Mungkin mereka tidak akan suka akannya.” kata Kraken.

“Jangan kau risau Kraken, remaja pada masa kini senangsahaja dihasut. Percayalah pada aku. Apabial kesan serum itu habis, kaupergilah ke pusat bandar. Cari anak-anak muda dan tarik minat mereka untukikuti tarian kau. Dan akhirnya, perangkap mereka. Faham?” jelas Parat.

 

Kraken mengangguk dan lalu beredar dari situ untukpersiapkan dirinya.

 

“Tuan Parat yakin Kraken akan berjaya? Dia bukannya boleh diharap.”  kata salah banduan yang bertubuh agak sasaiaitu Z209.

“Kita akan lihat dahulu. Ini adalah percubaan sahaja. Kitalihat bagaimana dia bekerja. Dan kita lihat sama ada dia berguna atau tidak.”kata Parat.

“Kalau dia gagal, biar saya saja yang uruskan.” kata banduanZ209.

 

Parat hanya tidak berkata apa-apa. Dia mahu lihat sejauhmana Kraken mampu bertindak.

 

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.