Home Novelet Thriller/Aksi Raz
Raz
KaryaToku
23/9/2017 11:33:47
82,874
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Bab 13
“Raz!!!” Mai yang agak marah menghampiri Raz.

“Kenapa ni?” soal Raz dengan tenang saja.

“Kenapa kau tinggalkan aku dekat toilet tadi? Aku tunggu macam orang bodoh tahu tak?” Mai memarahi Raz.

 “Maaf…. Betul sangkaan kamu semua. Gejala tarian yang menular dikalangan anak-anak muda, adalah kerja orang Parat. Aku dah pun berkas dia tadi.” jelas Raz.

“Kau dah berkas? Belum sempat aku nak sepak dia. Benci betul aku dengan tarian tu.” kata Ling.
“Tapi, apa tujuannya Parat sebenarnya dengan menyebarkan gejala tarian yang begitu?” soal Danial.

“Itu perangkap. Tujuan Parat datang di tahun 2016, adalah untuk membina empayarnya dan menguasai dunia. Jika itu yang terjadi, masa depan akan jadi teruk. Anak-anak muda yang terjebak dalam tarian itu akan dipaksa menjadi pengikutnya.”  jelas Raz lagi.

“Betul apa yang kau katakan….” kedengaran suara yang tidak diundang.


Mereka melihat sekeliling mereka. Ketika itu, Raz terlihat Parat yang berada di situ.


“Parat!” Raz menjerit kemarahan.

“Aku tak ingat siapa nama kau. Tapi aku tahu kau anjing yang selalu ikut si Rahman tu.” kata Parat dengan biadap.

“Tak guna!” Raz cuba untuk menghampiri parat tetapi keadaan tubuhnya agak lemah selepas berlawan tadi.

“Wo..wo.. Sabar… Aku datang sini bukan untuk berlawan. Belum tiba masanya lagi. Aku datang sini nak tunjukkan sesuatu.” Parat berkata dengan tenang sahaja.

“Apa yang kau nak?! Lebih baik kau balik!” kata Danial.

“Kau orang semua yang tak ada kena mengena jangan sibuk.. Ni hal kami dari 2075. Kau lihat ni… Ini adalah ciptaan aku iaitu Parat Brace. Bila tiba masanya, aku akan matikan kau.” kata Parat sambil menunjukkan sejenis gelang mekanisma yang dipakainya.


Raz hanya melihat tetapi kurang tahu apa mekanisma yang ditunjukkan oleh Parat.


“Ia masih dalam proses persiapan. Bila dah siap, kita akan berlawan.” jelas Parat.

“Kita lawan sekarang!” kata Raz dengan amat marah.

“Tidak! Keadaan kau lemah. Aku akan menang dengan senang. Tak seronok langsung. Bila tiba masanya, kita akan berlawan. Buat masa sekarang ni, aku nasihatkan jangan halang kerja aku. Aku buat ini untuk semua banduan yang teranainya.” kata Parat lalu melenyapkan diri.


Raz terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Parat. Raz tidak tahu apa yang berlaku dalam Jabatan Keselamatan Negara sebenarnya.


“Sebenarnya aku tak mahu kau orang semua terlibat dalam hal ni.” kata Raz.

“Jadi? Kau boleh lawan Parat  seorang diri? Kami memang betul-betul nak tolong kau. Pandailah kami jaga diri.” jelas Danial.

“Parat ni berbahaya. Kalau jadi sesuatu, aku tak tahu macam mana nak hadapinya nanti di masa akan datang. Nyawa kau semua akan berada dalam bahaya. Tolonglah… Jangan masuk campur.” pinta Raz.

“Baiklah. Ikut suka kau lah…” balas Mai lalu terus beredar dari situ.


Ling menemani Mai yang pergi dari situ. Danial hanya berdiam diri. Dia tahu Mai terkilan dengan cara Raz.


“Raz. Kami semua tahu yang kami akan dalam bahaya. Tapi kau tak boleh lakukan semua ni seorang diri? Kau berjaya tangkap banduan tadi pun sebab maklumat dari Ling dan aku. Mai terkilan sebab kau boleh tinggalkan dia dekat tandas awam macam tu. Dia betul-betul ikhlas nak tolong kau. Sejak hari pertama kau datang. Tapi cara kau tadi, that’s not cool.” jelas Danial.

“Mai memang baik. Kau dan Ling juga. Tapi, kalau sesuatu terjadi, masa depan kau orang akan berubah. Generasi kau orang tak akan wujud.” jawab Raz.

“Kami tahu. Kami akan berhati-hati. Lagipun, kau ada. Kami tak takut. At least kami tak mati… so tak ada masalah di masa akan datang. Lagipun, hidup mati ketentuan tuhan. Kau tahu ke yang kami akan hidup di masa akan datang?” jelas Danial lagi.


Raz tanpa berkata apa-apa terus beredar dari situ. Danial hanya menggeleng kepalanya. Namun, timbul rasa cemburu dalam hati Danial ketika itu apabila teringat Mai yang pergi meninggalkan Raz dengan masam mukanya.


“Mungkin Mai betul-betul sukakan dia. Aku ni selalu lembab.” fikir Danial sendirian.


Pada masa itu, Parat yang kembali ke tempat persembunyiannya agak marah. Banduan yang lain hanya melihat sahaja.


“Kenapa Tuan Parat?” soal banduan Z209.

“Kraken dah diberkas Ox.” kata Parat.

“Ox? Itu nama aku sekarang?” soal banduan Z209 lagi.

“Ya.. Kau perlu uji kekuatan anggota unit khas tu. Kraken pula dah bocorkan rancangan kita. Ingat apa matlamat kita sebenarnya. Kita lakukan semua ini demi keadilan ke atas banduan.” Parat berkata dengan amat marah ketika itu.


Ox terus mengambil serumnya dan terus menjalankan tugasnya. Parat pula terus mengusahakan untuk menyiapkan Parat Brace.

 

“Raz… Aku takkan biarkan kau hidup.” kata Parat sendirian.




 

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh KaryaToku