Home Novelet Thriller/Aksi Raz
Raz
KaryaToku
23/9/2017 11:33:47
82,918
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Bab 12

“Mai!!” Ling yang memanggilnya dari jauh.

 

Mai yang masih tidak tahu yang Raz sudah pun ke TamanRekreasi. Dia masih menunggu diluar tandas awam. Danial dan Ling secarakebetulan terserempak dengan Mai di situ. Danial memparkir kereta sebentar.

 

“Ling, Danial…. Raz dari tadi tak keluar dari tandas. Akutunggu dia. Dah dekat 15 minit.”  jelasMai yang agak risau.

“Tak apa. Biar aku check.”kata Danial lalu terus masuk ke tandas awam lelaki.

 

Namun, Danial tidak jumpa Raz di dalam tandas itu. Maibertambah hairan.

 

“Mungkin dia dah pergi ke taman rekreasi tu.” kata Ling.

 

Mai terus meluru ke kereta Danial dan menyuruh Danialmemandu dengan segera ke Taman Rekreasi. Kelam kabut jadinya Danial dan Ling.

 

“Kenapa Raz pergi macam tu saja?” soal Mai yang tidak puashati.

“Mungkin dia tak mahu kau dalam bahaya.” Danial berkata untukmenenangkan Mai.

 

Sementara itu Raz masih lagi berlawan dengan Kraken. Razcuba menggunakan semula Cotar Bravo semula. Setiap pukulan dan libasannya takmenjadi malah serangan Kraken pula ditanggungnya. Raz cuba untuk bertenang dantidak menyerang secara melulu.

“Semua serangan yang aku buat dapat dihalang. Apa yang akuperlu buat?” Raz berfikir sejenak.

“Kenapa? Dah mengaku kalah? Hahahaha!” Kraken berkata denganangkuhnya.

 

Ketika Kraken berjalan menghampirinya. Raz telah mendapatsatu cara untuk mengalahkan Kraken, namun dia tidak pasti sama ada akan berjayaatau tidak. Walau apa pun dia harus mencuba.


“Empayar Parat akan bermula!!!” kata Kraken sambil ingin membuat seranganterakhirnya ketika dia hampir Raz.

 

Belum sempat Kraken melakukan serangan, Raz mengaktifkanbutang C pada tali pinggangnya. Gari Charlie pun muncul dan Raz menggari kakiKraken. Kraken terjatuh. Apabila dia cuba melepaskan diri, dia terima renjataneletrik dari Gari Charlie. Gari Charlie dicipta untuk menangkap penjenayahbahaya. Jika penjenayah cuba untuk melepaskan diri, renjatan eletrik akandikeluarkan. Pergerakan Kraken terbatas.

 

“Tak guna!!!” Kraken yang amat marah.

“Dengar sini, aku adalah pelindung MetroWaja, dari UnitAnggota Khas, Raz. Kraken atau Banduan Z320, kau ditahan atas kesalahanbersengkongkol dengan Parat untuk menakluki dunia.” kata Raz sambil menunjuk lencananya.

 

Raz pun memulakan langkah akhirnya, dia mengeluarkan PistolAlpha semula. Ketika itu, pada visor helmet Raz dikeluarkan satu maklumat. Iamenunjukkan bahawa setiap bahagian di tali pinggangnya boleh dikeluarkansebagai bentuk cip kuasa. Raz mengeluarkan cip kuasa bahagian Pistol Alpha danmemasukkannya pada Pistol Alpha.

 

“Cip Kuasa ‘A’! Tembakan Alpha!” Raz melepaskkan tembakan kearah Kraken.

 

Akhirnya Kraken tewas lalu berubah menjadi bentuk manusiasemula.

 

“Kraken, aku tak tahu apa yang kau maksudkan tentangorang-orang Jabatan Keselamatan. Tapi, aku akan siasat bila tiba masanya.” kataRaz.

“Kau rupanya tak macam anggota unit khas yang lain…. Akuakan tunggu….” kata Kraken atau banduan Z320 yang agak lemah dan kesakitan.

“Lagi satu, adakah memang kau yang membunuh anak murid kau?”soal Raz.

“Tidak! Aku cuma nak selamatkan dia. Dia nak bunuh diri diaselepas teman lelaki dia curang. Aku gagal selamatkan dia. Nasib aku tak baik.Aku dituduh jadi pembunuh.” jelas Kraken.

“Tapi, kenapa data kesalahan tunjukkan maklumat lain?” soalRaz

“Kerja orang dalam mungkin. Mereka ubah maklumat tu. Bukandata kesalahan aku sahaja, banduan yang lain pun sama.” jelas Kraken lagi.

Raz mengeluarkan Penjara Delta lalu ia mengambil banduan Z320iaitu Kraken. Banduan Z320 telah pun diberkas. Raz pun menyahaktifkan LencanaKuasanya dan dia pun berubah seperti sedia kala.



Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham