Home Novelet Thriller/Aksi Raz
Raz
KaryaToku
23/9/2017 11:33:47
82,751
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Bab 24
“Aku bermimpi?” itulah yang bermain di minda Raz selepas melihat siapa yang menembak Parat.
“Tak mungkin?!” Parat tergamam seketika.

Selangkah demi selangkah dia menghampiri Raz dan membantu Raz untuk berdiri.

“Pertarungan belum tamat Raz….” kata lelaki itu.
“Kapten?” kata Raz yang masih tidak percaya.
“Ya.. Raz. Saya Kapten Wira Rahman. Kami dah berjaya menghidupkan semula mesin masa.” jelas Kapten Wira Rahman.
Prof. Alex telah melancarkan Alat Pengaktifan Petir dan sekali gus berjaya membuka portal ke ruang masa. Kapten Wira Rahman melalui ruang masa dan menjejaki Raz dengan menggunakan Lencan Kuasanya.

“Raz sekarang kamu perlu upgrade Lencana Kuasa.” jelas Kapten Wira Rahman.
“Ya, Raz.. Aku akan lakukannya sekarang..” kata Rai, Lencana Kuasa.
“Eh? Kamu punya Lencana boleh bercakap?” soal Kapten Wira Rahman yang hairan.
“Ya, model baru agaknya.” jelas Raz.
“Woi! Kau orang berdua tak habis-habis nak menyusahkan aku!” Parat yang mencelah perbualan mereka.
“Parat! Aku dan Raz akan memberkas kau.” kata Kapten Wira Rahman lalu terus mengeluarkan pedangnya, Justice Sword.

Kapten Wira Rahman dan Parat berlawan pedang. Sementara itu, tubuh Raz tidak dilengkapi dengan pakaian perisai tempur kerana masih menunggu Rai untuk menyiapkan proses upgrade Lencana Kuasa.

“Raz!” Mai yang memanggil Raz dari jauh. Ling dan Danial turut berada bersama.
“Raz.. siapa tu?” soal Danial apabila melihat Kapten Wira Rahman yang berlawan dengan Parat.
“Itulah Kapten aku. Dia dah berjaya aktifkan mesin masa bersama Prof. Alex. Sekarang aku hanya perlu tunggu Rai untuk habiskan upgrade Lencana Kuasa.” jelas Raz.

Sementara itu, Kapten Wira Rahman masih berlawan dengan Parat.
“Justice Gun!” kata Kapten Wira Rahman sambil mengeluarkan senjatanya dan menembak ke arah Parat.

Parat tidak sempat mengelak dan kesan tembakan terdapat pada perisainya. Parat terus meningkatkan kadar serangan pada mesin Destroyernya dan mesin Destroyer menembak ke pelbagai arah. Raz dan yang lain terpaksa berlindung dari tembakan. Begitu juga Kapten Wira Rahman. Kapten Wira Rahman cuba menembak Parat dari jauh tapi Parat sudah dapat membaca serangannya.
“Raz! Kita perlu hapuskan mesin tu!” kata Kapten Wira Rahman.
“Baik Kapten! Sikit lagi proses upgrade nak habis!” balas Raz.
“Raz! Proses Upgrade dah complete!” kata Rai, Lencana Kuasa.
“Baik! Lencana Kuasa Aktif!” kata Raz lalu berubah semula dan tubuhnya dilengkapai pakaian perisai tempur yang baru.

Parat terkejut dengan perubahan pakaian perisai tempur Raz. Timbul rasa tidak puas hati.

“Pelindung Metrowaja! Raz, Justice Mode!” itulah yang dikatakan oleh Raz apabila dia berjaya berubah semula dengan berpakaian perisai tempur yang baru selepas Rai, Lencana Kuasa telah di-upgrade.

“Tak guna!!!!!” Parat dengan marahnya lalu terus melulu ke arah Raz.
“Kapten! Hentikan mesin itu. Biar saya uruskan Parat!” kata Raz.

Kapten Wira Rahman menuruti sahaja arahan Raz ketika itu. Mai, Ling dan Danial teruja dan terharu melihat Raz dan Kapten Wira Rahman bersatu dalam menyelamatkan bandar mereka.

“Mereka bersusah payah selamatkan bandar kita kan?” kata Mai yang terharu.
“Kita takkan biarkan orang lain porak perandakan bandar kita selepas ini.” kata Danial yang turut terharu.


Raz berlawan dengan Parat dengan semangat. Senjata-senjata Raz juga telah diubah suai.

“Pistol Justice Alpha.” Raz menembak Parat bertali arus sehinggakan Parat tidak dapat menepis tembakan itu.
“Cotar Justice Bravo!” Raz mengeluarkan Cotar Bravo yang baru. Lalu bertempur dengan Parat.
Parat tidak dapat menandingi Raz ketika itu. Pedang Chimera juga tidak sekuat Cotar Justice Bravo. Akibatnya, Pedang Chimera patah dan tidak berfungsi.

“Tak guna!!!! Apa yang kau orang tak puas hati dengan aku!!!! Manusia semua bodoh!!!!” kata Parat yang amat marah ketika itu.

“Gari Justice Charlie!” Raz mengeluarkan gari lalu melemparkannya ke arah Parat.

Parat yang terburu-buru membuat serangan akhirnya digari dan dikenakan renjatan Gari Justice Charlie. Lalu Raz membuat serangan terakhirnya dengan Cotar Justice Bravo. Serangan terakhir itu membuatkan Parat Brace musnah dan perisai Chimera tidak wujud lagi ditubuh Parat. Parat terus rebah di atas tanah. Kapten Wira Rahman pula berjaya menhentikan mesin Destroyer dari membuat lebih kerosakkan.

“Raz, kau dah berjaya…” kata Kapten Wira Rahman.

Raz hanya tersenyum sahaja. Mai, Ling dan Danial datang kepada mereka. Mereka sangat gembira ketika itu. Kapten Wira Rahman menghampiri Parat lalu menggunakan tangan Parat untuk membuka topeng Parat yang menggunakan pengimbas cap jari.

“Tak mungkin……” Raz dan Kapten Wira Rahman amat terkejut melihat siapa di sebalik diri Parat.



Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.