Home Novelet Thriller/Aksi Raz
Raz
KaryaToku
23/9/2017 11:33:47
82,914
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Bab 6

“Tolonglah bos… Bagilah dia kerja di sini…” Mai yang memujukEncik Rama.

 

Encik Rama merupakan pengurus di sebuah kafe bernama KopiRiadi bandar MetroWaja ketika itu.

 

Sorry Mai. I takrasa kita perlu ambil lagi seorang pekerja. Sebab kafe saya ni kecil saja. Takperlu ramai pekerja.” jelas Encik Rama.

“Tak mengapa Encik. Saya akan cuba cari di tempat lain.Terima kasih ya…” balas Raz dengan senyuman.

 

Mereka bertiga pun pergi. Agak hampa Mai kerana tak dapatmembantu Raz.

 

“Nanti..nanti..” Encik Rama memanggil mereka semula.

“Kenapa Encik Rama?”soal Ling.

“Baiklah. Dia boleh bekerja di sini. Tetapi, dia cuma bolehkerja sini untuk minggu ini saja dan saya bayar RM300 saja. Boleh?” Encik Ramamemberi tawaran pada Raz.

“Terima kasih banyak-banyak Encik Rama. “ kata Raz dengangembira.

“Sama-sama. Esok awak dah boleh mula bekerja. Mari ke office.I bagi awak T-shirt uniform kerja. ” Encik Rama membawa mereka kebiliknya.

 

Pada masa itu juga, banduan Z651, telah pun menjumpai lokasibank di pusat bandar iaitu Bank Bandar MetroWaja. Dia bergegas ke bangunanusang tempat persembunyian mereka. Parat sangat gembira dengan berita yangdibawa. Parat mengarahkan orang-orangnya untuk bersiap sedia untuk esok hari.

Raz pula sangat gembira apabila dia diterima kerja buatsementara. Namun, dia juga buntu bagaimana mahu mencari parat danbanduan-banduan yang lainnya. Mai dan Ling pun ingin menghantar Raz pulangtetapi Raz hanya suruh mereka menghantarnya ke taman rekreasi sahaja. Timbul rasahairan lagi oleh Mai dan Ling. Adakah dia tidak berumah? Adakah dia bukan asaldari Bandar Metrowaja? Pelbagai persoalan timbul.

Apabila sampainya Raz di taman rekreasi, dia teringatsesuatu. Dia hampir terlupa tentang fail senarai banduan yang dia bawa daritahun 2075. Raz mencari di setiap kawasan taman rekreasi. Dia mencuba mencaridan mencari lagi. Setelah hampir berjam-jam mencari, akhirnya dia ketemu failitu di kawasan pokok berhampiran dengan tandas awam di situ. Dibeleknya failitu dan mujur segala maklumat masih ada. Raz pun pergi dan berbaring di bangkutaman rekereasi. Terasa letih dibuatnya hingga dia terlelap tidur walaupuntidak berbantal dan hanya ditemani cahaya bulan.

Persoalan dan risau masih timbul dalam diri Mai. Dia hampirtidak dapat memberi tumpuan untuk menyiapkan kerja kursus lagi. Termenung sajadia dibuatnya.

 

“Woi!” tegur Danial dari belakang.

“Terkejut aku!” Mai yang agak marah dengan cara Danialmenegurnya. Malu dibuatnya Mai kerana mereka ketika itu berada di Kafeteria Universiti.

“Kenapa ni Mai? Kau asyik termenung saja. Ini mesti pasalRaz.” usik Ling sambil tersenyum.

“Huh? Raz? Kau fikir apa lagi pasal mamat tu?” soal Danial.

“Aku rasa Raz bukan asal dari bandar ni. Pengenalan diri danduit pun tak ada. Lagi satu, dia asyik ke taman rekreasi tu saja. Aku rasamungkin dia ada masalah dengan family dia.Mungkin dia kena usir dari rumah. Lagipun, kau tengok cara pakaian dia. Nakkata macam polis tidak, nak kata tentera pun tidak. Entahlah…” jelas Mai kepadamereka berdua.

“Kalau betul apa yang Mai cakapkan, kasihan Raz..” kata Lingyang juga rasa kasihan.

Wait! tunggusekejap… Kau berdua ni risau macam dah kenal dengan dia saja?” soal Danial yanghairan.

“Tadi tengahari kami pergi jumpa dia di taman rekreasi. Diaduduk seorang diri di taman tu. Lepas tu dia lapar pula tu. Dia tak ada duitnak beli makanan. Kami pun belikan dia roti dan dia makan dengan gelojoh.”jelas Mai.

 

Ketika itu, Danial rasa agak cemburu kerana Mai sangat ambilberat pada Raz yang baru sahaja dikenalinya. Sedangkan dia lebih kenal Mai itusiapa. Timbul rasa tidak puas hati.

 

“Jom kita ke taman rekreasi tu.” kata Danial.

 

Mai dan Ling tidak tahu apa yang difikirkan Danial ketikaitu. Riak wajahnya agak suram. Dia terus memandu keretanya dan membawa Mai danLing ke taman rekreasi untuk mencari Raz. Jam menunjukkan pukul 8 malam dansuasana agak gelap di situ. Danial membuka lampu suluh melalui telefon bimbitnya.Mai dan Ling terus ke kerusi taman rekreasi dan terlihat Raz yang tidur disitu. Tidur tidak beralaskan tilam dan tidak berbantal. Hanya menggunakanjaketnya sebagai selimut.

 

“Raz.... Raz….”  Maiyang cuba mengejut Raz dari tidur.

“Eh? Mai, kenapa awak datang sini?” soal Raz yang terkejutapabila bangun dari tidurnya.

“Raz… Maaf ganggu awak tidur. Ini Danial. Kawan kami. Diapun ada pada masa awak pengsan semalam. Dia yang tolong angkat awak ke dalamkereta dan bawa ke hospital.” jelas Mai.

“Terima kasih Danial..” Raz cuba untuk berjabat tangandengan Danial. Namun, tidak dibalas berjabat oleh Danial.

 

Mai dan Ling mula merasa keadaan akan jadi tegang.

 

“Siapa kau sebenarnya? Kami jumpa kau pengsan. Kami tak tahuasal usul kau. Dari mana kau datang? Kenapa kau tidur sini? Kau tak ada rumahke? ” soal Danial yang agak serius.

“Danial… Sudahlah.. Raz cuma akan jelaskan bila tibamasanya…” kata Mai yang cuba menenangkan keadaan.

“Maafkan saya Danial. Saya cuma boleh beritahu yang sayadatang ke sini ada tujuan. Saya cuma boleh jelaskan bila tiba masanya sebab adasesuatu saya perlu pastikan. Dan kalau ia terbukti, baru saya akan beritahu.” jelasRaz.

“Aku rasa itu bukan jawapan yang aku nak..” kata Danial yangtidak puas hati.

“Sudah Danial! Kalau kau bawa kami datang sini sebab kau nakbergaduh dengan Raz, baik kita balik saja.”  kata Mai dengan marah melihat sikap Danialbegitu.

 

BOOM!!! Terjadi satu letupan yang kuat. Mereka semuaterkejut dengan bunyi letupan itu. Mereka terlihat kepulan asap di pusatbandar.

 

“Apa tu?!” soal Danial sambil menunjuk kea rah kepulan asapdi pusat bandar.

 

Raz terus berlari ke pusat bandar. Mai dan yang lainmengekori Raz tanpa berkata apa-apa.

 

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.