Home Novelet Thriller/Aksi Raz
Raz
KaryaToku
23/9/2017 11:33:47
82,902
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Bab 1

Pada tahun 2075, telah berlaku satu sejarah yang bakalmengubah masa depan manusia. Keadaan menjadi hura-hara di sebuah bandar iaitu BandarMetroWaja. Semua anggota unit khas di bawah Jabatan Keselamatan Negara sedangberusaha mengawal keadaan huru-hara yang berlaku di bandar itu kerana banyakbanduan yang terlepas disebabkan oleh seorang penjenayah yang bernama Parat.Parat telah menggodam sistem keselamatan penjara dan membuatkan semua pintupenjara dibuka. Akibatnya, banyak keganasan dan kemusnahan berlaku apabilabanduan-banduan melepaskan diri dari penjara tahanan.

Parat melarikan diri dari penjara tahanan selepas misinyamelepaskan semua banduan berjaya. Identiti Parat sangat misteri. Pihak merekapun tidak tahu bagaimana rupa wajah Parat kerana dia sentiasa bertopeng. Maklumat terperinci tentang dirinya jugatidak diketahui. Topeng Parat dilengkapi dengan pengimbas cap jari. Hanya Paratyang boleh tanggalkan topengnya.

Berdasarkan siasatan Jabatan Keselamatan Negara, Parat kinibersama beberapa orang-orangnya mengendalikan sebuah mesin di sebuah gudanglama di terletak di selatan Bandar MetroWaja. Tugas anggota unit khas di bawahJabatan Keselamatan Negara ialah untuk menyiasatnya.

Raz ialah salah seorang anggota unit khas. Dia bersama anggotaunit khas yang lain telah dilatih dengan pelbagai ilmu ketenteraan dankeselamatan. Mereka ditugaskan untuk mengawal, mencegah dan menentangjenayah-jenyah di dalam negara. 20 anggota termasuk Raz kini ditugaskan dibawah pimpinan seorang Pegawai Jabatan Keselamatan Negara iaitu Kapten WiraRahman.

Kini, anggota unit khas yang lain berusaha untuk menanganidan menangkap semula semua banduan yang terlepas. Banyak kemusnahan yangdilakukan dan menyebabkan ramai orang awam yang cedera malah ada yang maut.Kapten Wira Rahman dan anak buahnya kini sedang menjalankan misi untuk menyerbugudang lama di mana ia dilaporkan menjadi tempat persembunyian Parat.

 

“Raz, bantuan dah tiba.” bisik Kapten Wira Rahman yangmembawa sekumpulan anggota unit khas sebagai bantuan bersama seorang professoriaitu Prof Alex.

“Kapten, saya sendiri pun tak tahu apa mesin yang dikendalikanoleh mereka..” kata Raz yang dari tadi memerhati menggunakan teropong di baliksemak.

“Tak apa. Sekarang, kita mesti menumpaskan mereka. Raz, tugaskamu membawa Prof Alex ke mesin itu dan tolong pastikan Prof Alex selamat. Diaakan cuba menganalisa fungsi mesin itu.” arahan Kapten Wira Rahman.

 

Lalu, di bawah kendalian Kapten Wira Rahman dia mengerahkansemua anggota unit khas untuk menyerang hendap orang-orang parat yang sedangberkawal di kawasan gudang lama itu. Namun langkah mereka semua terhentiapabila rancangan mereka dihidu oleh Parat. Parat yang telah berada di situ sambilmenepuk tangannya.

 

“Sabar… sabar semua… Memperkenalkan Kapten Wira Rahman! Ketuaanggota unit khas!.” Parat berkata.

“Parat! Baik kau hentikan semua ini! Menyerah! Semua orang-orangkau di sini pun menyerah!” arahan Kapten Wira Rahman.

 

Semua orang-orang suruhan Parat ketawa dengan arahan yangdiberi. Orang-orang suruhan Parat menghalakan senjata api mereka ke arah KaptenWira Rahman dan anak buahnya. Nyawa mereka dalam bahaya.

 

“Siapa kau nak beri arahan pada kami?! Hah?!” Parat soaldengan perasaan marahnya.

“Kapten, apa rancangan kita?” soal salah seorang anggotaunit khas.

 

Kapten Wira Rahman tidak puas hati ketika itu. Tidak akan diaberundur sama sekali dan membiarkan mereka semua bermaharajalela.

 

“Eh? Prof Alex pun ada? Hebat…” kata Parat.

“Prof kenal dia?” soal Raz sementara itu Prof Alex yang berdiridi belakang Raz hanya menggeleng kepala.

“Memang Prof Alex tak kenal aku… Tapi, dia kenal…” kataParat sambil menunjukkan ke arah kirinya.

 

Ketika itu, berdiri seorang lelaki sebaya Prof Alex dalamlinkungan 60-an. Dia tersenyum melihat Prof Alex.

 

“Stefen?” Prof Alex terkejut ketika itu.

“Siapa dia?” soal Kapten Wira Rahman.

“Kawan baik saya sewaktu di Universiti dulu.” jelas ProfAlex.

 

Stefen terus berjabat tangan dengan Parat. Timbul rasa syakbahawa Stefen bersubahat dengan Parat.

 

“Apa semua ini Stefen?!” Prof Alex yang marah melihat kawanbaiknya itu bersama Parat.

“Aku bekerjasama dengan Parat untuk mengubah masa depanmanusia. Sesuatu yang aku mahu ciptakan dahulu dan kau tak mahu kerjasamadengan aku.” jelas Stefen lalu menghampiri mesin itu dan menyambung kerjanyamengendalikan mesin itu.

“Hentikan! Jangan cuba berbuat apa-apa!” arah Tuan WiraRahman namun langsung tak diendahkan oleh mereka walaupun senjata pistolnyadiacu ke arah mereka.

“Apa yang kita harus lakukan Kapten?” soal salah seoranganggota unit khas.

 

Kapten Wira Rahman buntu sama ada perlu lakukan serangan keatas mereka atau tidak. Raz hanya berjaga-jaga kerana tugasnya memastikankeselamatan Prof Alex. Ketika itu, terdapat 10 orang yang berpakaian banduandatang. Kapten Wira Rahman dan anak buahnya tidak tahu apakah rancangan Parat.

 

“Woi! Ambil ni!” Parat membalingkan satu jarum suntikan berisisejenis cecair pada salah seorang banduan di situ.

 

Semua anggota unit khas hanya melihat sahaja. Merekalangsung tidak tahu apa yang hendak dilakukan dalam keadaan senjata api yangdihalakan kepada mereka.

 

Okay! Semua 9 banduanyang akan pergi, sila ambil kelengkapan dan berbaris di sini. Banduan Z541,mulakan suntikan sebagai demo.” Paratmemberi arahan.

9 orang banduan bergerak dengan pantas selepas menerimaarahan itu. Kapten Wira Rahman memberi arahan untuk tidak berbuat apa-apa namunlangsung tidak diendah oleh Parat. Ingin sahaja dia menembak mereka denganpistolnya namun itu bukan caranya kerana nyawa mereka akan dalam bahaya jikasilap langkah. Ketika itu Banduan Z541 menyuntik lehernya dengan jarum suntikan.Semua anggota unit khas hanya melihat.

 

“Lihatlah ciptaan terulung aku! Aku gelarkan Cecair AAS1!Sebaik sahaja manusia menyuntik cecair AAS1 dalam tubuh, perubahan mutasi akanberlaku. Maka, manusia biasa akan jadi luar biasa!! HAHAHAHA!” Stefen ketawaselepas memberikan penjelasannya.

 

Semua anggota unit khas terkejut melihat perubahan yangdialami banduan Z541. Orang suruhan Parat juga berundur dan membiarkan anggotaunit khas bersama dengan banduan Z541. Tubuhnya menjadi besar dan tegap. Disisikepalanya ditumbuhi tanduk. Badannya kelihatan berbulu lebat. Banduan Z541kelihatan seperti seladang tetapi seperti mutasi antara manusia dan seladang.Itulah kesan daripada Cecair AAS1 iaitu ArtificialAnimal Serum 1. Orang-orang Parat melihat perubahan mutasi itu menjaditakut lalu melarikan diri.

 

“Semua serang mereka!” arahan Kapten Wira Rahman yangmenggunakan peluang yang ada.

 

Semua anggota unit khas menembak banduan Z541 namun tiadakesan. Banduan Z541 mengganas di kawasan itu. Teruk anggota unit khas dikerjakanoleh banduan Z541. Raz tidak hanya melihat, dia membawa Prof Alex secara senyapke arah mesin itu. Kapten Wira Rahman pula menghampiri Parat. Parat berhadapandengannya.

Stefen sedang bertungkus lumus menyiapkan tetapan terakhirmesin itu dan akhirnya dia mengaktifkan mesin itu. Mesin diaktifkan dan semuaorang melihat mesin itu beroperasi. Kelihatan sebuah gelung dikeluarkan olehmesin itu lalu gelung itu menyala dengan warna yang seakan-akan pelangi.

 

“Akhirnya! Dah berjaya!” kata Stefen dengan gembira.

“Tak mungkin? Itu… mesin masa!” kata Prof Alex yang melihatmesin yang diaktifkan itu.

 

Ketika itu, Parat menumbuk Kapten Wira Rahman yang ralitmelihat mesin itu. Parat memberi arahan kepada banduan yang dipilihnya untukmelalui gelung mesin masa itu dah pergi ke masa silam. Prof Alex tidak bolehberdiam diri lalu dia menghampiri Stefen dengan sendirinya. Mereka berdua bergelutketika itu. Raz cuba untuk mematikan mesin itu namun dihalang oleh Parat.

“Kapten! Kalau semua banduan ke masa silam habislah masadepan!” kata seorang anggota unit khas.

“Biar saya lawan banduan Z541! Kamu semua halang banduanlain daripada pergi ke gelung itu!” arah Kapten Wira Rahman.

 

Anggota Unit khas yang lain terpaksa menembak banduan yangingin melalui gelung masa. Ada yang ditembak namun ada yang telah berjayamelalui gelung masa itu. 

Previous: Bab 0
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.