Home Novelet Thriller/Aksi Raz
Raz
KaryaToku
23/9/2017 11:33:47
12,297
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Bab 26
Raz terjaga dari pengsannya. Dia mengusap matanya dan melihat keadaan sekeliling. Dia berada di bilik rawatan.

“Selamat pagi, Raz.” tegur Kapten Wira Rahman yang turut berada disitu.
“Kapten? Kita di tahun 2075 kan?” soal Raz yang terpinga-pinga.
“Ya, Raz. Kita dah berada di tahun 2075. Kamu dah berkas Parat iaitu Stefen di tahun 2016. Kamu pengsan selepas berada di sini. Dah 3 hari kamu tak sedarkan diri.” jelas Kapten Wira Rahman.
“Parat macam mana?” soal Raz.
“Dia telah dipenjarakan. Untuk penegtahuan kamu, sewaktu kamu di tahun 2016, kami menjumpai satu rangka mekanisma.” jelas Kapten Wira Rahman.
“Rangka mekanisma?” Raz yang tidak mengerti.
“Ya, senang kata ia sejenis robot.” jelas Prof. Alex yang berada di muka pintu bilik rawatan.

Raz hanya tersenyum dan berjabat tangan dengan Prof. Alex kerana sudah lama tidak berjumpa.

“Selepas diselidik, rangka mekanisma itu ialah Stefen yang kita lihat semasa mesin masa diaktifkan dulu.” jelas Prof. Alex lagi.
“Jadi, maknanya Stefen yang sebenar adalah Parat. Dia mencipta sebuah robot dan jadikan robot itu sepertinya untuk dijadikan samaran saja.” kata Kapten Wira Rahman.
“Jadi, Parat yang kita buru selama ini ialah Stefen. Kenapa dia buat begitu? Apa masalah dia?” soal Raz.
“Stefen tidak bersuara langsung Raz. Kami cuba untuk dapatkan maklumat tapi dia diam membisu.” jelas Kapten Wira Rahman.
“Banduan-banduan yang saya dah tangkap?” soal Raz lagi.
“Mereka semua kami dah letakkan dipenjara semula. Kami akan bicara mereka nanti. Dan pastinya, hukuman mereka akan dikurangkan sebab mereka telah ditipu oleh Stefen sendiri. Semua rekod jenayah yang ditukar nampknya, kami terpaksa semak satu persatu.” jelas Kapten Wira Rahman lagi.

Raz berasa lega kerana semuanya telah selesai. Selepas 5 hari, dia dikeluarkan dari bilik rawatan dan kembali bertugas semula di bawah unit khas dan dia menerima gelaran Pelindung Metrowaja oleh Pegawai atasan di Jabatan Keselamatan Negara bahagian Bandar Metrowaja.
Setelah selesai majlis tersebut, Raz memasuki bilik pengkalan data dan mencari beberapa maklumat di komputer. Selepas Raz mendapat maklumat yang dikehendaki, dia pun bergegas pergi. Dia pun tiba di sebuah Pusat Jagaan Warga Emas.

“Ya, Encik. Nak cari siapa?” tegur seorang wanita penjaga warga emas disitu apabila melihat Raz yang berdiri di hadapan pintu pagar di Pusat Jagaan Warga Emas.

“Saya nak cari orang ini. Saya dapat maklumat bahawa dia tinggal disini.” jawab Raz lalu menghulurkan sekeping kertas maklumat pada penjaga.
“Encik ni siapa? Saudaranya?” soal wanita itu.

Raz hanya mengangguk sahaja. Lalu, wanita itu membawa Raz berjumpa dengan orang yang ingin dijumpanya. Terlihat disitu seorang lelaki tua yang duduk di atas kerusi mengadap jendela.

“Pak cik ni pelupa orangnya. Dia jarang dapat ingat. “ jelas wanita itu.
“Baik. Saya nak cuba bercakap dengan dia.” kata Raz.

Wanita penjaga itu meninggalkan Raz bersama lelaki tua itu. Raz menghampiri lelaki tua itu lalu berdiri di hadapan lelaki itu dan mengadap wajah lelaki tua itu. Lelaki tua itu bangun dan memegang wajah Raz dan menatap Raz. Air mata lelaki tua itu megalir melihat Raz.

“Kau selamat balik Raz……” kata lelaki tua itu yang teresak-esak.
“Ya… Danial…” balas Raz pada lelaki tua itu.

Lalu mereka berpeluk. Lelaki tua itu ialah Danial di masa 2016 yang kini berusia 81 tahun di tahun 2075.

“Macam mana kau tahu aku berada disini?” soal Danial.
“Tahulah aku macam mana nak cari kau…” kata Raz sambil tersenyum.

Danial ketawa dan terharu juga kerana Raz masih ingat pada dia.

“Mai dan Ling bagaimana?” soal Raz.
“Selepas 5 tahun kau pergi Raz, aku beranikan diri aku untuk jadikan Mai sebagai isteri. Dan kami berkahwin akhirnya dan dikurniakan 3 anak Raz. Syukur…” kata Danial.
“Wow! Jadi Mai pun berada di sini?” soal Raz lagi.
“Tidak Raz. Mai sebenarnya dah meninggal dunia 5 tahun dulu. Sakit tua…” jelas Danial.

Raz berasa sedih dengan pemergian Mai. Dia tidak menyangka perkara itu akan berlaku. Selepas lama mereka berbual, Danial meminta kebenaran dari pusat jagaan untuk membenarkan Raz membawanya menziarah kubur isiterinya, Mai. Mereka pun pergi ke tanah perkuburan dan menziarahi kubur Mai. Raz sebak ketika itu.

“Dia kata dia akan jumpa aku selepas ini….” kata Raz.
“Sabar Raz… Ini ketentuan tuhan Raz.” kata Danial cuba menenangkan Raz.

Ketika itu, datang seorang wanita tua ke arah mereka.

“Kamu berdua siapa?” soal wanita tua itu.

Danial dan Raz menoleh apabila ditegur. Wanita tua itu terkejut melihat mereka berdua.

“Raz….. itu kamu ke?” soal wanita tua itu.
“Ling?” kata Raz lalu memeluk wanita tua itu.

Kini, Raz bertemu Ling yang kebetulan menziarahi kubur Mai. Raz sangat rasa sedih melihat mereka yang meningkat usia. Namun itu lumrah kehidupan. Setiap yang muda pasti akan merasa tua. Setiap yang sihat pasti merasa sakit. Setiap yang hidup pasti merasa kematian. Raz terima apa yang berlaku. Sekurang-kurangnya memori Raz ketika di tahun 2016 masih segar diingatannya. Segala kenangan pahit dan manis di tahun 2016 Raz tidak akan lupa. Raz tetap akan melindungi Metrowaja dari ancaman seperti Parat.



TAMAT


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.