Home Novelet Thriller/Aksi Raz
Raz
KaryaToku
23/9/2017 11:33:47
20,019
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Bab 2

Kapten Wira Rahman bukan sahaja ketua unit anggota khas, malah diajuga penerima sebuah Lencana Kuasa dari Prof Alex. Lencana Kuasa dapatmemberikan anggota unit khas kekuatan luar biasa. Lencana kuasa juga dapatmengeluarkan pakaian perisai tempur di tubuh pemakai Lencana Kuasa danmeningkatkan tenaga dalaman untuk membantu dalam pertempuran. Dalam JabatanKeselamatan Negara, hanya Kapten Wira Rahman yang dikurniakan Lencana Kuasa.

“Lencana Kuasa aktif!” Kapten Wira Rahman yang mengaktifkanLencana Kuasa-nya lalu tubuhnya dipakaikan pakaian perisai tempur yang telahdiprogramkan. Kepalanya juga berhelmet sebagai perlindungan menyeluruh.

Kini, Kapten Wira Rahman lengkap berpakaian perisai tempurLencana Kuasa. Dia terus berlawan dengan banduan Z541. Kapten Wira Rahman menumbuknyabertubi-tubi sehinggakan banduan Z541 tidak mampu berbuat apa-apa.

Prof Alex pula masih bergelut dengan Stefen lalu Stefenmenendangnya hingga jatuh. Stefen mengeluarkan pistolnya dan menembak ProfAlex. Raz yang terdengar bunyi tembakkan itu, terlihat Prof Alex yang rebahberlumuran darah. Raz terus pergi berlari ke arah Prof Alex tanpa berlawandengan Parat.

 

“Prof! Prof!” Raz yang terkejut melihat Prof Alex yangkesakitan.

“Raz nama kau bukan?” soal Prof Alex yang dalam kesakitansambil memberikan sesuatu pada Raz.

 

Raz menerima barang yang dihulur oleh Prof Alex.

 

“Itu…. Lencana Kuasa….. Aktifkannya… dan kau boleh… jadiseperti Kapten Wira Rahman. Bukan semua anggota unit khas yang layak… Kaptensuruh aku… berikan pada kau… Aku rasa kau dah cukup… sedia…” jelas Prof Alexyang dalam kesakitan.

 

Raz melihat Kapten Wira Rahman yang bertempur dengan banduanZ541 dan berjaya menumpaskannya.

 

“Parat! Tak semua banduan melalui gelung masa! Yang lainsemua anggota unit khas dah tembak! Macam mana?!” soal Stefen yang terpaksabercakap dengan nada suara yang tinggi kerana bunyi mesin yang terlalu kuat.

“Itu saja dah pun cukup! Unactivatemesin ini lepas aku melaluinya!” kata Parat lalu terus melalui portal mesinmasa.

 

Raz terdengar perbualan mereka. Lalu, dia cuba menghalangmereka namun Stefen telah aktifkan Sistem Ketidakaktifan Mesin. Dalam masa 1minit, mesin masa tidak dapat diaktifkan lagi. Stefan melarikan diri dari situ.

Semua anggota unit khas berjaya menahan orang suruhan Paratdi situ. Ada banduan yang telah terkorban. Kapten Wira Rahman menghampiri ProfAlex yang berlumuran darah.

Parat berjaya melalui ruang masa. Raz ketika itu cubamengaktifkan semula mesin masa itu tetapi gagal. Ketika itu, dia terlihatsebuah fail di situ. Di dalamnya terdapat senarai nama banduan yang telahdihantar ke ruang masa. Dia memeriksa banduan yang terkorban dari melaluigambar di dalam Fail itu. Hanya 5 orang banduan dan Parat yang berjaya melaluigelung masa.

 

“Raz! Apa yang terjadi?!” soal Kapten Wira Rahman.

“Kapten! Mesin ini akan tidak aktif dalam masa 1 minit!Sekarang dah tinggal 20 saat! Saya akan pergi ke ruang masa dan menghalangbanduan yang telah pergi ke ruang masa! Saya akan halang mereka daripadamengubah masa hadapan!” kata Raz.

“Jangan buat kerja bodoh! Kita akan cuba tangkap Stefen dansuruh mereka aktifkan mesin ini semula!” kata Kapten Wira Rahman.

“Saya ada Lencana Kuasa! Prof Alex berikan pada saya! Terimakasih Kapten sebab percayakan saya! Saya akan halang mereka! Sementara itu,Kapten tangkap Stefen untuk aktifkan balik mesin ni! Kita akan jumpa nanti!”kata Raz lalu terus melangkah melalui portal mesin masa dan melalui ke ruangmasa.

 

Kapten Wira Rahman dan anggota unit khas terkejut dengantindakan yang di ambil oleh Raz. Akhirnya, mesin masa telah pun berhentiberoperasi. Tidak kedengaran bunyi mesin itu lagi. Keadaan menjadi sunyiseketika. Kapten Wira Rahman cuba mengaktifkan mesin masa itu semula namun mesinmasa tidak dapat diaktifkan.

“Semua! Bawa banduan semua balik ke penjara. Bawa Prof Alexke hospital sekarang!” arahan diberi pada anggota unit khas oleh Kapten WiraRahman.

 

Semua anggota unit khas menjalan arahan Kapten Wira Rahmantanpa menyoal.

 

“Raz… kenapa kau lakukannya?” fikir Kapten Wira Rahman atastindakan Raz.

 

Raz ketika itu terkejut juga apabila melalui ruang masa.Kelihatan warna seperti pelangi dan berpusar di hadapannya. Ketika itu, terasalelap mata dibuatnya dan dia terlelap di ruang masa.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.