Home Novelet Fantasi Sang Satria
Sang Satria
KaryaToku
18/5/2016 09:14:19
9,544
Kategori: Novelet
Genre: Fantasi
Senarai Bab
Bab 21
Setahun telah berlalu.

Kini, alam Indra dan puak Indra telah aman. Semuanya telah pulih seperti sedia kala. Indah sekali alam Indra. Pendita Gura telah ditewaskan oleh Satria Indra dan Sang Citra. Tiada lagi puak Ghul. Tiada lagi sihir kejahatan. Kini, Indra diperintah oleh Pendita Sang Citra dan suaminya, Gala Satria Indra. Mereka hidup dengan aman di alam tersebut.
Sementara itu di alam manusia, Rayzal masih lagi di dalam biliknya. Tidur nyenyak di atas katilnya.

KRING!!!!! Jam locengnya berbunyi. Namun, Rayzal mengendahkanya.

“RAYZAL!!!! Kenapa tak bangun lagi?! Kau nak tidur sampai pukul berapa?” suara Ibu Rayzal kedengaran walaupun dia berada di dapur. Mata Rayzal buka dan terperanjat dengan suara ibunya. Dia terus menutup jam locengnya yang berbunyi. Dia terus mandi dan bersiap dan turun untuk menikmati sarapannya.

“Selamat pagi. Sarapan apa ada Ibu?” tanya Rayzal sambil duduk di kerusi meja makan.

“Sarapan? Sekarang dah pukul 12. Makan tengahari.” kata Ibunya.

“Cantik. Boleh saja” kata Rayzal.

Dia pun datang menghidangkan lauk pauk dan nasi putih di atas meja makan.

“Sedapnya bau. Awak masak?” tanya Rayzal yang terbau lauk pauk yang dihidang.

“Mestilah. Ibu yang ajar. Abang, nanti kita pergi melawat Citra. Rasanya, mereka mesti boleh menjaga alam Indra dengan aman” kata Juwita. Rayzal hanya mengangguk dan senyum.

Kini, Juwita telah menjadi isteri kepada Rayzal selepas Rayzal tahu bahawa Juwita adalah manusia. Menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga Juwita yang asalnya bukan dari alam Indra. Sudah dekat 6 bulan mereka menjadi suami isteri.

Semuanya telah berakhir. Pendita Sang Citra dan suaminya, Gala Satria Indra. Juwita dan Rayzal. Sama-sama mereka hidup bahagia walaupun berlainan alam.


"Abang... kalaulah kita diserang anasir jahat lagi, adakah abang akan menjadi Satria Indra semula?"
soal Juwita kepada suaminya Rayzal.

"Kini, Satria Indra adalah Gala. Kalau abang dikurniakan kuasa sebegitu, Abang adalah Sang Satria."
Jelas Rayzal sambil tersenyum.


Tamat

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.