Home Novelet Thriller/Aksi Raz
Raz
KaryaToku
23/9/2017 11:33:47
82,911
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Bab 21

Mereka menoleh kebelakang selepas mendengar suara itu.Terlihat Parat yang berada disitu.

 

“Parat….” kata Raz dengan pandangannya yang tajam.

“Aku dah agak yang kau orang semua akan membelot aku padasatu masa nanti. Tapi aku tak kisah sebab matlamat aku dah tercapai.” kataParat kepada Raven, Ox dan Hawk.

“Parat… kami nak tahu.. Adakah kau dalang pemalsuan ke atasrekod jenayah kami semua?!” soal Raven.

“Kalau aku kata aku yang lakukan? Apa yang kau nak buat?Hahahahaha!” kata Parat dengan ketawanya.

“Kami dah tak mahu ikut arahan kau. Kami akan serah diri.”jelas Hawk.

“Nak serah diri? Serahlah… Kau fikir aku akan kisah? Kauorang semua dah dapatkan apa yang aku nak.” jelas Parat.

 

Ox yang sangat marah terus ke arah Parat dan ingin menumbuknyanamun Parat mengelak dengan pantas lalu menumbuk Ox. Ox jatuh akibat tumbukkanitu. Mereka bangun dan menggunakan serum AAS1 dan berubah bentuk mereka. Merekapun menyerang Parat namun Parat dapat mengelak serangan mereka satu persatu.

 

“Raz, kau perlu tolong mereka..” jelas Mai.

“Betul Raz. Kita tak boleh melihat saja.” kata Rai, LencanaKuasa.

“Baiklah. Lencana Kuasa Aktif!” kata Raz lalu mengaktifkanLencana Kuasa dan berubah menjadi Wira Metrowaja, Raz.

 

Parat pula seronok apabila berlawan dengan mereka. Dia hanyaketawa seperti orang kurang siuman sahaja.

 

“Akhirnya, aku dapat uji alat ini.” kata Parat sambilmemakai sebuah alat dipergelangan tangannya seperti gelang.

 

Mereka langsung tidak tahu apa alat yang dipakai oleh Parat.

 

“Parat Brace Injection!” kata Parat apabila mengaktifkanalat itu. Alat itu digelar Parat Brace.

 

“Injection! Change! Chimera Beast!” itulah bunyi yangdikeluarkan Parat Brace apabila diaktifkan akhirnya Parat berubah bentuk.Badannya dipenuhi perisai seperti tubuh Raz. Namun konsep perisainya amat menggerunkankerana berupa konsep ‘Chimera’.

 ‘Chimera’  adalah haiwan mitologi Greek yang kononnyawujud menyerupai haiwan gabungan. Perisai kepala Parat berupa Singa, Dadanyaberperisai berupa seladang, pinggangnya dililit seekor Ular tedung, bahukanannya terdapat ukiran helang pada perisainya dan bahu kirinya berperisaiukiran kuda.

 

“Hahahahaha! Dengan ini, semua manusia akan tunduk padaaku!!!!” kata Parat seorang diri dengan gembiranya.

 

Mereka yang lain hanya melihat tingkah laku Parat yang agaktidak siuman itu. Raven dan Hawk mendekati Parat dan berlawan dengannya. Oxjuga turut bersama. Raz mengeluarkan Pistol Alpha dan cuba menembak Parattetapi tiada kesan. Parat seakan-akan kebal.

 

Danial membawa Mai dan Ling pergi jauh dari situ. Merekaterpaksa pergi meninggalkan kawasan itu untuk keselamatan diri mereka. Raz,Raven, Ox dan Hawk terus berlawan dengan Parat. Raz mengeluarkan Cotar Bravodan melibas ketubuh Parat namun Parat lebih pantas merampas Cotar Bravo lalumematahkan Cotar Bravo. Raz sangat terkejut. Raven pula rebah tak mampuberlawan lagi dan kesan serum juga telah habis. Ox dan Hawk juga begitu.

 

“Kau orang semua takkan mampu melawan aku!” kata Parat.

 

Raz mengeluarkan Gari Charlie dan menggari tangan Paratnamun Parat mampu memutuskan Gari Charlie. Raz tergamam. Raz terpaksa gunakanPenjara Delta. Namun Parat menghentikan niat Raz dengan serangan terakhirnya.

 

“Parat Slasher!” Parat menyerang Raz.

 

Raz akhirnya rebah. Parat hanya ketawa melihat mereka semuarebah disitu.

Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.