Home Novel Komedi/Romantik Komedi IMAM UNTUK PUTERI
IMAM UNTUK PUTERI
Ameerah Sha
6/11/2017 16:45:07
31,243
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 9

Bab 9


Bas untuk membawa pelajar ke Kampung Seraya baru saja tiba. Zara dan Alisha dah lama menaiki bas mereka yang akan membawa mereka ke daerah Nongsapura. Didalam bas, dia duduk dengan Sakinah seorang gadis tahun akhir UKM fakulti kejuruteraan. Hai lah nasib, kalau Sakinah buddy aku, berapalah bagus. Ni tak, diorang suruh satu lelaki dan satu perempuan jadi kumpulan. Weh tak tau ke haram laki dengan perempuan berdua duaan. Puteri menggerutus dalam hati. Eleh Puteri, yang kau merepek apa hal. Mana ada dua dua, yelah dia suruh satu laki dengan satu perempuan sebab barang berat kalau, macam mana kau nak angkat sengal. Puteri mengutuk diri sendiri.


Setibanya dikampung Seraya, mereka disuruh berkumpul. “Baiklah, seperti yang anda seharus tahu, kami akan mula hari ini dan besok dengan kerja kerja ringan dahulu. Motif kita hari ini adalah untuk memperkenalkan diri kita dengan anak anak yatim disini dan menyesuaikan diri disini. Didalam berkumpulan, anda akan berjumpa dengan sekumpulan kanak kanak disini dan bermain dan melayan mereka hingga waktu makan tengah hari.” Prof Bakhtiar menjelaskan dengan panjang lebar. Mereka pun beredar keluar dari bilik mesyuarat untuk ke dewan di mana kanak kanak Rumah Anak Yatim Ikhlas sudah sedia menunggu.


Sungguh terharu rasa Puteri tatkala melihat kanak kanak kecil itu. Mereka begitu gembira sekali kerana ada tetamu yang datang khas untuk berjumpa dengan mereka. Walaupun tidak beberapa memahami antara satu sama lain kerana kanak kanak itu bebual bahasa Indonesia yang agak berbeza dengan bahasa Malaysia, Puteri gembira melayan kerenah mereka yang macam macam dan terhibur mendengar celoteh mereka yang comel comel belaka.


Danish yang sedang bermain bola dengan beberapa budak lelaki terpandang Puteri dari tepi mata. Dia lihat Puteri ketawa dan mencium pipi budak perempuan yang duduk diatas pehanya itu.  Kemudian dia lihat Puteri merengus manja dan mencium ketiga tiga kanak kanak yang duduk dengannya. Kelihatan mereka kemudian senyum bahagia dan berpelukan. Dia dapat mengandaikan yang kanak kanak itu mungkin cemburu bila Puteri hanya mencium satu orang. Tanpa disedari, dia mula terfikir, kalau Qaisarah nak ke dia layan kanak kanak ini dengan begitu mesra. Mesti kalau boleh, dia tidak akan datang pun tempat macam gini sebab kotor. Selagi boleh elak, mesti mengelak punya. Danish juga tidak rasa dia akan memeluk cium anak anak ini kerana pasti takut bajunya terkotor. Enggan tak enggan, Danish terpaksa akur dengan diri sendiri yang minah manja anak orang kaya depannya ini memang seorang yang berhati baik. Layanannya terhadap kanak kanak ini begitu ikhlas dan mesra walaupun dia boleh gerenti yang Puteri ini tak reti hidup susah sebenarnya.


Danish Haiqal, kenapa dengan kau ah? Kenapa asyik fikir pasal minah ini sampai boleh buruk sangka Qaisarah lagi. Bila dia fikir balik, dia jadi geram dengan dirinya sendiri. Dahlah, concentrate main bola lagi bagus dari fikirkan pasal minah bimbo. Danish kembali menumpukan perhatian pada permainannya.


Menjelang petang, mereka bermula mengalih barang barang dan berkemas untuk siapkan tempat untuk kerja pembaikan esok. Puteri membantu kanak-kanak disitu melipat pakaian mereka dan masukkan segala pakaian, buku dan mainan mereka ke dalam bagasi. “Danish, tolong Ari angkat beg beg ini, berat lah” Puteri meminta tolong bila terlihat Danish masuk balik bilik tidur setelah mengangkat semua kerusi meja ke dewan.


“Angkat sendiri” dia jawab ringkas. “Alah bolehlah Haiqal. Berat. Lagipun Ari memang tak reti sangat kerja berat macam ni. Selalunya abang ke papa yang tolong.” Dia cuba lagi sekali, kali ini dengan nada yang manja.


Haiqal??? Minah ni apahal. Tiba tiba panggil aku Haiqal. Sedap mulut mak bapak dia jer. Danish menggerutu. Hanya ibu dan ayahnya saja yang panggil dia Haiqal. “Eh minah. Kau dengar sini okay. Jangan fikir kau boleh manja manja dengan aku, lepas itu aku akan ikut jer kata kau. Ni Danish Haiqal lah weh. Jangan haraplah aku nak layan kau macam puteri ok. Beg itu tolong angkat sendiri. Siapa suruh kau pakai kasut tinggi mengalahkan KLCC? Padan muka! Biar sakit kaki kau.” Danish menempelak. Kemudian dia langsung pusing dan berlalu pergi. 


Puteri yang ditinggalkan sedikit terpinga pinga. Mamat ni serius tiga suku. Mesti ada mana mana screw yang tak cukup ketat kat dalam kepala otak dia. Kalau yer pun cakap lah baik baik sikit. Sengal! Eeeee geramnya. Tolong jer kot. Tak patahlah tulang kau. Dasar mamat sengal. Sakit jiwa. Nampaknya angkat sendiri lah aku. Puteri menganggalkan kasutnya dan diletakkan nya ditepi. Setakat 3 inci jer, dia dah cakap tinggi macam KLCC? Kalau aku pakai yang 5 6 inci, dia nak cakap macam apa pula. Dah tak banyak lagi dah bangunan yang lagi tinggi. Silap silap dia kata aku pakai kasut tinggi macam Everest pulak.


Bukannya dia tidak bawak kasut kanvas biasa. Tapi didalam jadual, dah diperuntukkan hari ini untuk sesi berkenal suai. Bukannya kerja yang susah sangat sampai tak boleh nak pakai kasut tinggi. Besok taulah aku nak pakai kasut biasa. Relek jer dia beleter kat aku. Ingat laki aku ke apa. Eee geramnyer! Siap kau. Dasar mamat tiga suku. Puteri mengutuk sepuas puasnya dalam hati.


Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ameerah Sha