Home Novel Komedi/Romantik Komedi IMAM UNTUK PUTERI
IMAM UNTUK PUTERI
Ameerah Sha
6/11/2017 16:45:07
31,199
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 7

Bab 7


“Jaga diri nak. Mama mesti rindu dengan Puteri. 3 minggu lama sangat. Tak pernah mama jauh dengan Puteri sampai lama gitu.” Datin Rosnah memeluk anak bongsunya dengan erat sambil menangis. Mereka kini berada di lapangan terbang Kuala Lumpur untuk menghantar Puteri. Hiba sangat hatinya memikirkan yang puteri bongsunya tidak akan ada dirumah untuk tiga minggu. Lama sangat. “Sudahlah Nah, orang tengok tu, malu Puteri nanti” Datuk Mukhriz memujuk isterinya dengan lembut. 


“Ala Papa, biar jer orang tengok, Puteri tak kisah pun. Diorang nak ketawa ker, gelak ker, nangis sekalipun, ada Puteri kisah? Kesian kat mama, Puteri pergi lama. Rasa berat pun ada.” Puteri memeluk kedua ibu bapanya. Abang abangnya hanya menggeleng kepala melihat telatah ibu dan adek bongsu mereka. Sah drama. Ni kalau direktor Astro nampak, free jer dapat tawaran jadi teraju utama drama. Tau tau mama dengan adek mereka masuk tv, terpaksa seminggu empat kali layan saluran Astro Prima. Tapi best jugak kalau ada adik ke emak artis. Dapat tompang glamour.


“Ari, kita orang mesti rindu kat kau punya. Tetiba rasa sedih pulak, kita tak ikut kau. Jaga diri ok. Apa apa kau text kita tau.” Sofea berpesan dengan suara yang hambar. Selain seluruh keluarganya, keempat empat rakan baiknya juga turut menghantarnya ke lapangan terbang. Serius aku ni untung sangat. Ya Allah, aku bersyukur sangat padaMu kerana mengurniakanku keluarga dan rakan rakan yang cukup menyayangiku. Puteri hanya mengangguk mendengar pesanan Sofea, dan sambil mengelap air mata, berpelukan dengan rakan rakannya. 


....


Danish memerhatikan gadis yang sama dia lihat ketika taklimat bulan lalu. Entah kenapa, sejak pertama kali melihat gadis berkulit sawo matang itu, dia seakan tidak dapat melupakannya, selalu saja teringatkan gadis itu. Agak agak apa nama dia hah? Setakat nak pergi 3 minggu, ramai per yang menghantar. Ini mesti dia jenis yang manja. Tengok pakaian pun dah tahu dah. Setakat nak naik kapal terbang, dia lihat gadis itu menggayakan blaus ungu, jeans, beg tangan yang entah berapa mahal harganya dan kasut tinggi warna hitam. Dilengannya pula, tersidai jacket denim yang pastinya untuk digunakan kalau sejuk dalam penerbangan. Tanpa disedari, sebuah senyuman terukir dibibirnya tatkala melihat gadis itu memeluk seorang wanita dan lelaki separuh umur yang pastinya ibu bapanya. Tiba-tiba dia teringat kali terakhir dia datang ke KLIA. Rindu pula kat Qaisarah. Last datang sini untuk ambil dia ketika dia pulang dari London tuari. Lantas dia menyapai telefon bimbitnya dan memicit nombor telefon Qaisarah.


“Hello, Dani?” suara lunak itu dialu alukan telinganya bila Qaisarah mengangkat  panggilan nya. “Hi kak Sarah, Dani dah nak jalan ni. Saja jer call, nak ucap selamat tinggal. Dani takde jangan rindu tau.” “Haha, you are so funny my dear. Mesti akak rindu punya, tapi kalau Dani boleh tunggu akak pergi London sampai empat tahun, takkan lah akak tak le tunggu 3 minggu. I’ll be waiting for you.” Hati Dani bersorak gembira mendengar ungkapan Qaisarah. Hai lah hati, sabar wehhh, 3 minggu jer. Dan bila aku pulang, Qaisarah Aqilah akan menjadi Sarah, bukan lagi Kak Sarah. Dani nekad. Dani kemudiannya bersalaman dengan kedua ibu bapanya dan mengucap selamat tinggal. Dah tiba masa untuk penerbangan mereka.


Selepas memasuki pintu perlepasan, mereka dikumpulkan untuk taklimat terakhir sebelum Batam. Kini tiba masanya untuk menaiki kapal terbang. Sedikit sebanyak semua pelajar teruja. “Selamat datang Tuan, tempat duduk tuan di row 12 seat B. Centre seat left side.” Pramugari yang menyambutnya sebaik saja dia masuk ke perut kapal terbang memberitahu sambil membaca boarding passnya. Dia lihat kearah yang ditunjuk pramugari itu. Alangkah terperanjatnya bila lihat gadis yang sama yang dia perhatikan duduk di tempat duduk sebelahnya. Ish apa cerita ni. Balik balik perempuan ni. Macam ada jodoh jer. Dahinya berkerut. Asal nampak dia jer aku macam terlupa Qaisarah. Ni tak boleh jadi ni. Dani kau mesti kuat. Kalau boleh buat bodoh jer dengan perempuan ni. Concentrate on Qaisarah. Perempuan ni nama pun kau tak tahu, takle asyik fikirkan dia jer. Dani berkata dalam hati sambil berjalan ke tempat duduknya. Begnya diletakkan di dalam rak atas tempat duduknya dan kemudian dia duduk. Dari tepi matanya dia lihat gadis itu melihatnya. Bila mata mereka bertentangan, gadis itu pun senyum. “Hi saya Arissa. Puteri Arissa.” Gadis itu memperkenalkan dirinya dengan mesra. “Danish. Danish Haiqal.” Dani menjawab ringkas. 


Wow mamat ni apahal. Senyum pun tidak. Sombong per. Puteri mendengus kurang senang. Pertama kali jumpa dah sombong. Harapkan muka jer lawa. Tapi sombong tak bertempat. Ala orang pun tak hadaplah nak jadi kawan dia. Puteri mengomel dalam hati. Dia melemparkan pandangannya keluar tingkap. Tak sampai lima belas minit, Puteri telah pun lena dibuai mimpi. Tanpa disedari, dia terlentok.


Terperanjat Dani bila terasa ada sesuatu dibahu kirinya. Dia yang sedang asyik melayankan lagu To Be A Better Man oleh Robbie Williams terus membuka matanya. Eh eh minah ni, free jer baring kat bahu aku. Dia pun menjungkitkan bahu kirinya beberapa kali. Harapannya gadis itu akan terpusing ke belah lain dan membebaskan bahunya. Setelah mencuba beberapa kali tanpa kejayaan, dia menyerah kalah. Kau perempuan ni tidur mati siot. Ni kalau aku campak bomb tepi telinga pun silap hari bulan tak bangun. Eleh kalau campak bomb tepi telinga memang lah tak bangun Dani. Sebab dah terus ke alam barzah itu. Huhu.


Danish mengambil peluang untuk menatapi wajah gadis itu dari dekat. Wajahnya jelas terpamer kelembutan yang jarang dinampak di wajah perempuan sekarang. Dia dapat rasakan yang gadis disebelahnya ini seorang yang lembut perilakunya dan baik hatinya. Hidungnya pula agak mancung dan bibirnya munggil. Kalau dilihat memanglah tak akan diakatakan lawa giler. Tapi wajahnya cukup sempurna, dengan daya tarikannya tersendiri. Danish juga ada perasan yang matanya berwarna coklat bila mereka bertentang mata tadi. Cantik. Agak agak ada kacukan kot ni. Kalau tak darah India mungkin Arab. Apa dia kata nama dia tadi? Puteri Arissa. Memang cantik namanya. Danish memuji dalam hati. Macam orangnya juga. Sebuah suara kecil berbisik dalam hatinya.


Dani kurang senang dengan fikiran macam itu. Dia terus mendengus. “Oi, minah bangunlah. Sedap laki kakak kau jer tidur kat bahu aku. Aku ada insurans tau,” dia mengejutkan Puteri dengan kasar. Tersentak Puteri dibuatnya. Dia terduduk tegak dan matanya terkebil kebil memandang kanan kiri. “Saya minta maaf. Saya tak sengaja.” Puteri meminta maaf. Mukanya terasa hangat sebab malu. Danish hanya menjenggilkan matanya dan langsung tidak mengendahkan Puteri. Dalam hati Puteri pula, dia mula terfikir kenapa lelaki ini bagai kurang senang dengannya. Mamat ni memang sombong ke aku ada buat salah dengan dia ah? Tapi baru pertama kali jumpa takkan dah collect dosa kot. Ah malaslah nak fikir. Nanti tersalah buat andaian, barulah betul collect dosa percuma sebab memfitnah orang.


Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ameerah Sha