Home Novel Komedi/Romantik Komedi IMAM UNTUK PUTERI
IMAM UNTUK PUTERI
Ameerah Sha
6/11/2017 16:45:07
7,383
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 4

Bab 4


“Danish Haiqal, I have missed you so much!” Qaisarah menjerit perlahan bila mata terpandang Danish setia menuggu di luar pintu balai ketibaan. Senyuman yang lebar dipaparkan bila melihat muka Danish yang jelas terpamer kebahagiaannya tatkala melihatnya. Danish menghulurkan tangan untuk mencapai beg bagasi Qaisarah. Dengan senang beg yang sememangnya berat itu di angkatnya ke atas troli yang sedia disebelahnya. Setelah semua beg diletakkan atas troli, mereka pun berjalan ke parkir kereta sambil Qaisarah ghairah menceritakan tentang kehidupannya di London. Danish lagi senang diam dan mendengar. Suara Qaisarah yang lunak, bagai lagu buat telinganya. Kalau ikutkan hati, nak jer suruh dia terus bebual dan jangan berhenti. Macam lullaby pun ada. Aduh, rindunya aku pada awek sebelah aku ni!


Mereka sampai dirumah Tan Sri Adam menjelang Isyak. Kedengaran azan sedang berkumandang bila Danish melangkah masuk. Hatinya merengus kurang senang kerana tertinggal solat Maghrib. Memang mulanya dia telah bercadang untuk tunaikan solat di lapangan terbang sebelum pulang tapi Qaisarah ingin cepat pulang. Badannya lelah sangat dan dia ingin cepat pulang dan berehat. Nak taknak dia ikutkan.


“Thank you Dani, tolong uncle ambekkan si Qaisarah ni. Hope dia tak susahkan kamu pulak,” Tan Sri Adam menegurnya sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman. “Eh tak lah uncle. Mana ada susah. Dani ikhlas tolong,” lembut jawapan Danish. Dari tepi mata dia terpandang Qaisarah ketawa. Cantik sangat pada pandangannya. Kulitnya yang cerah nampak bercahaya. Dengan matanya yang besar, hidungnya yang mancung dan bibir yang tipis, Qaisarah Aqilah memang cantik. Lebih lebih lagi bila digandingkan dengan ketinggiannya yang boleh dibandingkan dengan model, membuat keanggunannya lebih menyerlah.


“Haiqal, dah jom balek. Hari dah lewat ni. Kang, besok pagi kamu tak sempat bangun untuk ke kampus pulak.” Tan Sri Mokhtar memanggil anak terunanya. Si Haiqal ni kan, kalau dah terlepas kat rumah Qaisarah, memang tak tau nak balik. Kalau tak diajak pulang, silap silap sampai pagi pun dia masih kat sini. Sambil memaut bahu isterinya, mereka bersalaman dan siap sedia untuk pulang. Danish dan Qaisarah mengucapkan selamat tinggal hanya selepas mereka mengatur rencana untuk berjumpa lagi. Qaisarah melambai mesra pada keluarga Tan Sri Mohktar hingga kereta Audi A4 yang dipandu Danish tidak kelihatan.


Selepas mengunci pintu depan, dia masuk rumahnya dan langsung menanggalkan tudungnya. Ish lama betul diorang duduk sini.  Macam tak nak balik. Sampai aku nak buka tudung pun tak boleh. Takkan tak tahu kot, aku kepanasan! Qaisarah mengomel sendiri dalam hati. Fikirnya, Danish akan hantarnya kerumah dan terus pulang. Dia tak menyangka yang ibu ayahnya akan berada disini menunggu kepulangannya. Terpaksalah dia buat buat suka. Memang ikutkan hati malas dia nak layan dua orang tua itu. Kolot semacam sampai anak dia pun dah terikut. Eee janganlah sampai ummi abah aku pun terpengaruh, jadi boring and no life. Sumpah tak sanggup. Dia paling tidak suka dikongkong dan kalau ummi dan abahnya rasa yang mereka boleh sekatnya, dia tidak akan teragak agak untuk larikan diri. Dia telah pun membuatnya sekali 4 tahun dulu dengan alasan nak sambung belajar. Kali ini kalau dia lari, dia tak akan cari alasan pun, biar ummi abah rasa tanggung malu. Baru mereka akan faham yang she means business.


Setelah sampai rumah, Danish langsung mandi dan menunaikan solat Isya’. Sambil berteluku di atas sejadah, dia memohon keredhaan dari  Allah. Dia tidak juga lupa untuk doakan kedua ibu bapanya. Danish mengucapkan syukur keatas semua kebahagiaan yang telah dikurniakan padanya. Selepas melipat sejadah, dia cuci muka dan bersiap untuk tidur. Esok pagi kelas mula jam sembilan, kalau tak tidur sekarang jawabnya tak pergi kelas lah dia. Dia bercadang untuk keluar rumah paling lewat pun pukul 7 pagi. Itupun pasti dia akan sampai bila kuliah dah mula. Selalunya pada hari biasa, dia akan tidur dihostel. Danish selalunya hanya pulang kerumah pada hujung minggu kerana rumahnya memang jauh dari kampus. Hari ini jer lain sikit. Tapi kalau untuk Qaisarah, dia sanggup jer kalau kena bangun awal untuk ke kolej. Kalau hari hari pun dia sanggup.


...


“Danish jumpa saya  sebentar lepas kelas” Professor Zamri memanggilnya.  Usai kelas, dia kehadapan untuk berjumpa dengan Professor yang memang dikenali ramai sebagai harimau. Garang! Hati berdebar jugak, tertanya tanya apa kesalahannya. 


“Danish, Selasa minggu hadapan, report to kampus utama UiTM  di Shah Alam untuk pengumuman projek sukarelawan yang akan berlangsung bulan hadapan. Kebanyakan pelajar yang dipilih adalah  pelajar tahun 3 atau 4, kamu sebagai pelajar tahun pertama, sememangnya boleh dikira beruntung sangat kalau dipilih. Projek ini gabungan dari beberapa universiti. Pelajar pelajar yang terpilih akan  bergabung tenaga buat projek ini,” panjang lebar Prof. Zamri menjelaskan tujuannya menyuruh Danish berjumpanya. “Ajak kawan awak dua orang tu sekali kalau mereka berminat. Ni surat undangan kamu bertiga dan segala butiran taklimat minggu depan ada didalam berserta dengan surat untuk excuse kamu bertiga dari kelas hari Selasa depan.


Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ameerah Sha