Home Novel Komedi/Romantik Komedi IMAM UNTUK PUTERI
IMAM UNTUK PUTERI
Ameerah Sha
6/11/2017 16:45:07
7,385
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 2

Bab 2


“Dengan itu saya akhiri kuliah hari ini. Jika anda masih ada sebarang pertanyaan atau perlukan sembarang penjelasan, boleh turun kehadapan untuk berjumpa dengan saya. The rest, you are free to go.” Puteri tersengih sendiri bila dengar ucapan penutup oleh pensyarah Akaun. Apakan tidak, dia baru masuk dari pintu belakang, tak sempat panaskan tempat duduk lagi dah closing. Langsung dia bangun sekali lagi dan dipandang sekeliling dewan untuk kawan-kawannya. Melihat mereka masih sibuk menulis nota, dia pun dengan sekuat kuat hatinya menjerit “Oi korang! Takkan tak habes habes lagi copy!” Semua didewan lantas memandangnya.


“Puteri Arissa Binte Mukhriz!” Alamak, kantoi! Pensyarahnya berdiri di tengah dewan sambil menyekak pinggang. Dia pun pusing perlahan-lahan sambil muka diaturkan dengan senyuman manis. “Yes Prof?”


“Apa ni anak dara terpekik pekik dalam lecture?” Puteri tersengih.


“Tak payah nak senyum senyum sangat. Macam kerang busuk jer saya tengok. Hah lagi satu, mana awak tadi? Tak nampak pun batang hidung? Entah hadir entah tidak lecture” dari tepi mata, Puteri terpandang kawan kawannya mula terkekek sambil cuba tahan ketawa. Hish, tak guna punya kawan. Suka tengok aku kena basuh. Dia mendengus sendiri.


“Sorry Prof, kata tadi dah habis lecture. Gembira sangat sebab dapat freedom sampai lupa Prof masih kat sini. Dan mestilah saya kat sini, takkanlah kat dewan kuliah Biologi kot. Yelah, student kan ramai, macam mana lah Prof nak nampak saya” dia menjawab dengan selamba. Pelajar pelajar yang sedari tadi menahan ketawa sudah tidak dapat menghalang ketawa masing masing. Professor Adilah memandangnya dengan geram.


“Awak ni kan, satu hari tak kasi orang naik darah macam tak senang dudukkan?” Puteri hanya tersenyum mendengar letehan pensyarahnya. Bukannya dia tidak tahu, Prof. Adilah memang sayangkannya. Kalau marah pun sekejap jer.


Sambil melangkah kepada teman temannya, Puteri membuat bulatan dengan jemarinya kemudian dilipat untuk membuat bentuk hati. ‘Hatinya’ dihadiahkan untuk Prof. Adilah. Tanpa disedarinya, Professor Adilah tersenyum melihat perlakuan Puteri yang comel. Budak ni memang pandai ambil hati orang tau. Dia mendengus sendiri, lantas kemarahnnya pun cair. Phew. Settle. Puteri lega. 


“Arissa, lambatnya kau nari!” Sofea menegurnya. “Amboi, takde salam takde apa, terus beleter?” Puteri menjawab rakannya sambil memeluknya.  “Ala Sofea, kau bukan tak tau si tuan puteri ni. Hari hari pun lambat. Memang tak pernah siang pun,” Razif membidas sambil meletakkan tangannya di bahu Puteri. Mengilai ketawa rakan rakannya dengan bidasan Razif yang memangnya ada kebenaran itu. Sejak dari mula mula kenal Puteri, memang dia selalu saja lambat. Kadang kadang fikirkan balik, geram pun ada. Tak pernah sampai pada waktu yang ditetapkan.


Puteri menjuihkan bibir dan ketawa. Langsung tidak ambil hati. “Korang ni, suka kacau aku tau. Aku oversleep tadi,” dia membalas manja.


Rakan rakannya telah bersama dengannya sejak zaman sekolah menengah lagi. Mereka berlima memang rapat. Boleh dikatakan rakan susah senang. “Dahlah, jom. Karang lambat untuk tutorial pulak.” Puteri pun mula melangkah keluar dewan, pasti yang kawan kawannya akan menyusur ikut.


Previous: BAB 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ameerah Sha