Home Novel Komedi/Romantik Komedi IMAM UNTUK PUTERI
IMAM UNTUK PUTERI
Ameerah Sha
6/11/2017 16:45:07
7,394
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 6

Bab 6

Hari ini, keputusan pendaftaran akan diumumkan. Pada pukul dua, dewan kuliah biznes yang ditetapkan telah penuh dengan semua pelajar pelajar yang telah mendaftarkan diri minggu lalu. Masing masing mengharap dipilih untuk projek ini. Professor Hisham, masuk ke dewan dan segala perbualan kecil yang sedang berlangsung dari pelusuk dewan terhenti. Puteri memandang sekeliling dewan. Dia tak sangka yang ramai sekali akan mendaftar selepas mendengar taklimat Prof. Azami minggu lepas.

“Terima kasih sekali lagi kerana minat anda untuk mendaftarkan diri. Hanya 30 orang pelajar saja yang terpilih. Jika nama anda dipaparkan di skrin, sila kehadapan dan tunggu untuk taklimat seterusnya. Bagi mereka yang tak dipilih, saya harap anda tak patah semangat, pasti ada waktu dan peluang yang lain untuk anda. Kami juga telah menaklukkan 5 orang pelajar dalam waitlist, one per Uni. Jika ada yang antara wakil yang terpilih ini tidak dapat pergi, kami akan menghubungi pelajar yang dari Universitinya untuk menjadi pengganti.” Puteri senyum gembira tatkala melihat namanya.

Kemudian dia pandang ke Razif dengan wajah yang kurang senang. “Zif nama kau takde.”

“Tulah, takde rezeki aku kot. Mungkin diorang letak aku kat waitlist. Abeh kau macam mana Ari, kau okay ke pergi sorang?” Razif menanya.

Puteri hanya menggangguk. Setelah mengucap selamat tinggal, dia menuruni tangga dan duduk di kerusi barisan depan dewan. Hatinya agak berdebar kerana kini dia seorang diri. Kalau dia tak dapat buat kawan macam mana.

“Dani, nama kau jer kot yang ada. Aku dengan Aris tak dipilihlah.” Farhan membaca senarai nama yang tertera.

Terasa agak kecewa, tapi dia tahu memang peluang dipilih sangat tipis. Sebagai rakan, dia tompang gembira untuk Danish. Memang berpristij kalau dipilih. Aris dan Farhan mengucap kan tahniah mereka. Sedikit pun tidak rasa cemburu. Malah bangga yang kawan mereka terpilih. Setelah berjanji untuk tunggunya diluar, mereka beredar keluar dewan.

Danish menyapai beg dan menuruni tangga kehadapan dewan. Sekali lagi permandangannya jatuh pada gadis yang sama dilihatnya minggu lalu. Baju kurung hijau muda yang digayakannya hari ini membuat gadis itu nampak anggun sangat. Entah kenapa, dia rasa jantungnya berdegup sedikit kencang. Dengan cepatnya, dia mengalihkan pandangannya pada Prof. Hisham. Setelah taklimatnya yang ringkas, mereka diberi lebih borang untuk diisi dan berbagai dokumen. Mereka juga diberi berbagai maklumat untuk menyiapkan diri buat perjalanan. Tepat lagi 4 minggu mereka akan bertolak ke Batam.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ameerah Sha