Home Novel Komedi/Romantik Komedi IMAM UNTUK PUTERI
IMAM UNTUK PUTERI
Ameerah Sha
6/11/2017 16:45:07
31,176
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 5

Bab 5

“Terima kasih kerana sudi hadirkan diri on such short notice. Anda semua dipanggil kesini, kerana pihak Universiti anda percaya anda yang terbaik. Dalam semua yang hadir disini hari ini, kami akan memilih 6 orang pelajar dari setiap Universiti. Mereka akan dihantar ke Batam, Indonesia buat masa 3 minggu. Projek ini gabungan 5 buah Universiti dan dalam berkumpulan, kita akan membina dan membaiki rumah rumah anak yatim disana. Projek ini sudah berlangsung selama 3 tahun berturut turut dan jika anda terpilih, memang lah berpristij. We will only send the best. Harap maklum yang kami hanya akan pilih pelajar yang rekod akademiknya boleh dikatakan examplary, kerana kamu akan ketinggalan kuliah dan tutorial selama 3 minggu. Kita juga akan melihat rekod amal dan sukarelawan anda. Jika anda masih berminat dengan projek ini, sila kehadapan dan ambil borang untuk diisi. Semua borang borang harus di kembalikan pada saya selewat lewatnya Jumaat ini. Pelajar pelajar yang terpilih akan diumumkan hari Jumaat depan. Sekian.” Prof Azami menutup sesi.

Puteri harap sangat dipilih. Dapat membantu anak anak yatim, pasti membawa kebahagiaan pada dirinya. Dia nekad mencuba daftar. “Sofea, Tani, Razif, Alex, aku nak cubalah. Korang macam mana?” “Huhhh?! Kau biar betul Ari, 3 minggu weyyy. Kau boleh ke tahan tinggal kat kampung kampung gitu sampai 3 minggu. Mesti kotor, tak selesa dan penat cik kak oi. Silap silap lepas dua hari dah nangis minta nak balik,” Tanisha membidas.

“Ala, mesti okay punya. Ni Puteri Arissa lah. Kalau dia nak, mesti jadi punya.” Puteri membalas dengan penuh semangat. Tergelak semua dibuatnya. “Lagipun ramai pelajar yang mendaftar. Kita daftar pun belum tentu dapat. Mana tak, pelajar dari kampus lain pun ramai dekat sini.” Alex pulak menjawab. Nampaknya, selain Razif, rakan rakannya tidak berapa minat untuk mendaftar. Tak berani nak merantau dan hidup susah sampai 3 minggu. Takut rindu katil!

“Bro, aku rasa tak banyak peluang lah kita terpilih. Aku tengok banyakkan semua dah tahun 3 atau 4, kita jer agaknya yang tahun 1.” “Ala Aris, kita cuba jelah. Dapat atau tidak, tengok rezeki kita.” Danish menjawabnya lembut. Aris, Farhan dan Danish langsung kehadapan dan mencapai borang yang tersedia atas meja. Dapat atau tidak yang penting cuba.

Danish terdengar ketawa yang penuh semangat. Bila dia pandang ke sebelah kanan, terlihat sekumpulan kawan sedang ketawa sakan. Dalam semua disitu, pandangannya dicuri oleh gadis yang sedang bercerita dengan semangat. Dengan kasut tinggi, blaus tangan pendek dan seluar jeans, juga muka yang disolek dan beg mahal di bahu, dia dapat andaikan yang gadis ini dibesarkan dengan manja. Walaupun demikian, entah kenapa, dia rasa yang senyuman dan ketawanya cantik sangat. Kalau nak ikutkan, takdelah lawa sangat. Jauh Qaisarah lagi menawan, tapi entah kenapa dia tak boleh mengalihkan pandangannya. Mungkin kerana wajahnya yang terpancar kelembutan atau senyumannya yang mempamerkan keikhlasannya. 

“Oi! Tengok apa tu?! Kau skodeng perempuan ehhhh,” Terperanjat Danish dikenakan Farhan. “Takdelah, aku cuma tengah fikir, janganlah perempuan tu pun nak join. Dengan kasut tinggi, make up dua inci, beg mahal bagai, mesti tak biasa hidup susah tu.” Sebaik sahaja kata kata itu keluar dari mulutnya, dia lihat gadis itu menuruni tangga dan mencapai dua salinan borang yang tersedia di atas meja. Farhan dan Aris memandang satu sama lain dan tanpa disedari kedua dua mereka ketawa. 

.......

“Assalamualaikum. Mama, Papa! Puteri dah balik!” Puteri melaung dari depan pintu setelah memakir kereta. Sebaik saja dia langkah ke dalam rumah, dia terjerit kecil. “Abang!!!!” Kedua dua abangnya dan isteri mereka telah sedia menunggunya pulang. “Kenapa abang tak cakap nak datang? Kalau Puteri tahu, habis kelas Puteri terus balik.” Puteri merengek manja. Sebagai anak bongsu, dia sering dimanjakan kedua dua abang nya dan isteri isteri mereka. Sambil mengusap rambutnya, Kakak ipar sulungnya Maria menjawab pertanyaannya. “Saja jer, kita nak kasi Puteri surprise. Dah pergi naik mandi, lepas tu kita boleh makan sama sama.”

Puteri berlari ke atas  dan terus mencapai tualanya. Selepas mandi dan solat Asar, dia turun ke bawah. Bahagia sangat bila abang abangnya pulang. Rasa suasana rumah lebih meriah. Tinggal tunggu dapat anak sedare jer, pasti kebahagiaannya terus sempurna. Dalam masa tiga bulan lagi, Insyaallah dia akan bergelar Mak Su. kepada anak sulung Zaid Ilham dan Maria. Puteri bersyukur sangat kerana dikurniakan keluarga yang saling menyayangi. Dia tekad untuk membanggakan mama papanya dan juga abang kakak nya satu hari nanti.

Sambil menyuap nasi kedalam mulut, Puteri bercerita tentang harinya. Mereka yang mendengar ceritanya turut sama teruja untuk projek sukarelawan yang didaftar Puteri itu. Keluarganya bangga yang dia tidak berfikir dua kali untuk membantu mereka yang memerlukan. “Abang bangga yang adek tak fikir pasal kesusahan yang bakal adek tempuhi dan juga tidak takut untuk mendaftar walaupun sendiri. Abang pasti adek terpilih. Kalau abang, sekarang jugak abang pilih adek untuk pergi,” Ilham memberi kata kata perangsang pada adiknya. Dia pasti dengan kebolehan dan kelayakan adik bongsunya.


“Dah makan cepat, lepas tu naik solat Maghrib. Lepas solat kita keluar jom. Abang belanja apa jer adek nak hari ini,” Zain Ishar pun tambah. Puteri senyum bahagia dan dengan pantasnya menyua makanan kedalam mulut. “Lah dek, kalau ye pun makan lah perlahan sikit. Tersedak nanti.” Aisyah, kakak iparnya menegur. “Alah kak Ngah, Puteri excited. Lama kita tak keluar satu family. Puteri pergi ikut kereta akak eh? Balik kereta abang dan kak long pulak.” Puteri menjawab manja. Selesai makan, solat Maghrib dan menyalin pakaian serta bersolek ala kadar, dia menuruni tangga dan terus duduk dalam kereta abang Ngah nya selepas pakai kasut. Mereka sekeluarga langsung bertolak ke SACC untuk berbelanja ringan.

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ameerah Sha
© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham