Home Novel Komedi/Romantik Komedi IMAM UNTUK PUTERI
IMAM UNTUK PUTERI
Ameerah Sha
6/11/2017 16:45:07
7,399
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 3

Bab 3


Danish Haiqal boleh dikatakan idaman ramai dikampus. Segak, tampan, tinggi dan yang paling penting baik hati, Danish sememangnya mempunyai ramai peminat. Namun, tetap satu saja wanita yang bertakhta didalam hatinya dari dulu hingga sekarang. Kerana hati dah lama berkenan, dia langsung tidak ambil peduli akan semua perempuan yang minat akan dirinya. Kalau tidak kenal, pasti ada yang menganggap dia sombong, padahal bagi Danish, dia setakat menjaga batasnya. Sebagai seorang lelaki Islam, dirasa tidak elok jika dia selalu bergaul bebas dengan kaum hawa. 


Dari kecil, dia telah memasang hati pada Qaisarah, anak pada rakan ayahnya. Masa di sekolah rendah lagi dia dah chop Qaisarah sebagai bakal isterinya. Ibu bapanya hanya ketawa melihat telatahnya. Qaisarah, yang pada masa itu dah pun berumur empat belas tahun hanya ketawa sambil mengusap rambutnya. “Dani nak kahwin dengan kakak? Kalau gitu belajar pandai pandai dulu. Lepas Dani dah jadi pilot ke, doktor ke, peguam ke, baru boleh kahwin dengan kakak ok?” Bila fikirkan balik memang geli hati, tapi kerana kata kata itulah dia telah memupuk semangat untuk menjadi seorang peguam. Selepas bertungkus lumus, akhirnya dia dapat peluang untuk menepati janjinya.


“Dani, kau mengelamun apa? Kuliah dah lama habes wehhh.” Aris menegurnya. Sedari tadi dia lihat Danish langsung tak memberi perhatian pada kuliah. Selalunya, dialah yang paling khusyuk mendengar dan mencatat nota. Kalau ada yang dia tidak sempat tangkap, pasti dia boleh bertanya pada Danish. Sejak hari pertama lagi, dia perhatikan Danish sentiasa bertungkus lumus. Sebagai pelajar universiti tahun pertama, dia sedar yang mereka semua masih kuat bermain dan kurang tumpukan perhatian pada pelajaran. Namun Danish memang lain daripada yang lain. Dia kagum dengan kegigihan Danish yang langsung tidak terpengaruh dengan persekitaran mereka.


“Takde apalah. Aku cuma takle nak concentrate nari sebab aku excited. Qaisarah is finally coming home!” Danish membuka cerita dengan semangat. “Qaisarah? Anak kawan bapak kau yang kau suka dari kecil tu? Wah! Patutlah aku tengok nari asyik mengelamun ajer. Puteri Santubong nak balik rupanya,” Farhan menjawab. Kedua-dua rakannya turut tompang gembira mendengar berita itu. Selepas 4 tahun, Qaisarah akhirnya akan pulang ke tanah Melayu.


Sepanjang hari, Danish memang tidak dapat menumpukan perhatian pada kelas. Dia betul betul dah tak sabar untuk berjumpa dengan permaisuri hatinya petang itu. Selepas tutorial yang terakhir buat hari itu, dia terus beredar ke lapangan penerbangan. Flight Qaisarah dijadualkan tiba di KLIA pada pukul 6.30 petang. Dia tidak mahu terlambat kerana tidak sanggup kalau Qaisarah dibiarkan menunggu seorang diri.


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ameerah Sha