Home Novel Komedi/Romantik Komedi IMAM UNTUK PUTERI
IMAM UNTUK PUTERI
Ameerah Sha
6/11/2017 16:45:07
31,194
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 14

Bab 14


Setelah berjalan lebih kurang satu jam lagi, mereka sekumpulan berhenti untuk sambung mengutip kayu. Pak Tam menerangkan pada Danish dan Puteri sebab mereka terpaksa masuk jauh ke dalam dan juga berjalan ke lain lain kawasan setakat sebab nak kutip kayu, adalah kerana tidak ingin binatang binatang yang tinggal dalam hutan ini untuk hilang tempat tinggal dekat dengan daerah perkampungan, kurangkan risiko. Juga boleh didapati lebih kayu kering didalam hutan dari di bahagian luar. 


“Kamu semua pastikan tidak pergi jauh dari daerah sini. Lepas dah penuh kereta sorong itu, Budi akan tolak balik kereta itu. Danish dan Ari kita penuhkan kereta yang kedua pulak.” Puteri hanya mengangguk tanda faham. Dia kini sudah agak keletihan dan kepanasan. Pengembaraan mereka juga sudah hilang unsur keseronokan bagi Puteri. Malahan dia sudah mula rasa takut dan kurang selesa. Berbagai jenis binatang kecil dan serangga yang telah mereka ketemui. Setiap kali mereka menghadapi salah satu makhluk yang tidak disenangi Puteri, dia akan memekik sekuat hatinya dan memaut sesiapa yang paling dekat. Danish lah yang paling kerap menjadi mangsanya.


“Aghhhhh!” Puteri menarik tangan Danish dan memaut demi menyelamatkan diri tatkala melihat kumbang. Danish mengeluh dan menolak bahu Puteri dengan kuat, hingga tersungkur Puteri. “Oi berapa kali aku nak cakap dengan kau. Jangan sebarang pegang pegang orang lah.”


“Sorry Haiqal. Aku terperanjat.” Puteri menjawab. Danish hanya menggelengkan kepalanya. Entah bila masa dia dah terbiasa Puteri memanggilnya Haiqal. 


“Dahlah cepat bangun, diorang dah jauh tu.” Puteri cuba berdiri dan terus terduduk. Dahinya berkerut menahan sakit.


“Asal dengan kaki kau?” Danish merendahkan tubuhnya dan menekan buku lali Puteri. “Ouch. Sakitlah.” Sah minah sewel ni dah terseliuh kaki dia.


“Pak Tam! Puteri jatuh.” Danish meneriak untuk mendapat perhatian Pak Tam. Pak Tam dan Budi menghampiri mereka. Selepas menilai keadaan, dia memutuskan untuk Budi dan Danish membawa pulang Puteri sementara dia menghabiskan kerja mengutip.


Danish serba salah, sebab dia yang menolak Puteri. Risau jugak nak tinggalkan Pak Tam seseorang dalam hutan. Walaupun dah biasa, macam macam yang boleh berlaku.


“Apa kata kita makan tengahari sama sama dulu. Kemudian Dani temankan Puteri duduk sini sementara Pak Tam dan Budi habiskan mengumpul kayu. Lepas itu kita pulang sama sama. Risaulah tinggalkan Pak Tam seorang diri.”


“Ah eloklah tu. Kita makan dulu.” Pak Tam bersetuju. Usai memakan bekal yang dibawa Puteri dan menghilangkan kehausan, Budi dan Pak Tam sambung mengutip kayu. Danish juga turut mengutip sedikit kayu tetapi hanya berdekatan dengan Puteri. Dari jauh dia boleh melihat Budi memotong sebahagian pokok untuk mengambil dahan dahannya. Puteri kini sedang duduk di atas tikar kecil yang mereka bawa dan matanya tertutup. Dia bersandar dipokok dan kepalanya dilentokkan. Serius perempuan ni gila tidur. Asal tengok tidur. Sah sah pemalas, Danish mengomel dalam hati.


Dia buangkan pandangannya pada gadis itu sekali lagi, kali ini dia terpandang sesuatu yang bergerak di tepi telinganya. Astaghfirullah. Ular! Danish berasa cuak. Dia mencari Pak Tam atau Budi tetapi keduanya sudah tidak kelihatan. Puteri masih tidak sedar. Dia memanggil Puteri dan melangkah kepadanya dengan perlahan lahan. Bila dia cukup dekat dia memegang pergelangan tangan Puteri dan menariknya dengan sekuat hatinya. Terpekik Puteri kerana terperanjat.


“Oi mamat kau apa hal? Tadi kaki aku, sekarang tangan, kau sengaja eh?” Puteri bertanya dengan geram. “Shhhhh” “Apa diam diam, aku...” Danish mengetap mulut Puteri dan kemudian menuding pada ular.


“Jangan pekik, it might attack.” Puteri mengangguk tanda faham. “Can you walk?” Danish membisik sambil membebaskan Puteri dari genggamannya. Puteri mengangguk lagi. Rasanya terperanjat sangat sampai tak boleh bebual. Sambil memaut lengan Puteri, dia memapah Puteri jauh dari ular itu. Mereka berdua rasa seram sangat. Walaubagaimanpun, Puteri bersyukur yang Danish tidak lari meninggalkannya, malahan mengambil risiko menyelamatkannya.


Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ameerah Sha