Home Novel Komedi/Romantik Komedi IMAM UNTUK PUTERI
IMAM UNTUK PUTERI
Ameerah Sha
6/11/2017 16:45:07
7,390
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 8

Bab 8

“Okay semua, Alhamdullilah kita dah selamat sampai ke Batam. Bagi pelajar yang ingin membeli simcard dan menelefon ibu bapa anda. Kamu bolehlah berbuat demikian. Kita masih tengah tunggu bas untuk ambil dan menghantar kita ke hotel.” Prof Azami memulakan bicara. Puteri tersengih sendiri memikirkan rakan rakannya. Lepas mendapat jadual 2 minggu lalu, dia telah berkongsi dengan kawan kawannya. Memang geli hati sebab Tanisha dan Sofea tidak mahu mendaftar sebab takut kena tidur kampung. Rupa rupanya mereka tidur kat hotel sepanjang masa di Batam. Hari hari ada bas yang akan datang ambil mereka dan bawa ke kampung yang ditetapkan. “Lahhhhh, aku serius ingat kita kene tidur kat kampung. Adalah fikir nak buang air semua susah. Rupanya tidur hotel. Siap 4-star lagi. Novotel kot.” Sofea telah merengus tatkala melihat jadualnya. “Ah itulah korang. Tak ikhlas kan. Sebab tu tak dapat.” Puteri membalas sambil tergelak. Alahai mesti rindu sakan dengan korang.

Didalam bas ke hotel, dia telah pun berjaya membuat beberapa orang kawan. Sedang rancak dia berborak dengan Zara yang duduk disebelahnya, tahu tahu saja dah sampai ke hotel yang akan menjadi pendiaman mereka untuk 3 minggu. Mereka diminta agar membuat kumpulan. 3 orang satu kumpulan sebagai rakan sebilik. Dia Zara dan seorang gadis UiTM kampus Terengganu, Alisha kini sedang berehat dalam bilik mereka. Telo Alisha yang agak pekat membuat Puteri sedikit janggal kerana dia tidak beberapa faham akan apa yang dibualkan gadis kulit cerah putih merah itu. Namun dia tetap bersyukur kerana kedua rakan sebiliknya nampak memang mesra dan baik. Setelah mereka bertiga menunaikan solat Zohor, mereka turun ke bawah untuk sesi orientasi.

Keseluruhannya, ada 30 pelajar dari 5 universiti yang menghadirkan diri; UiTM, UKM, UIA, UKPM dan USM. Setiap universiti menghantarkan 6 wakil izajah sarjana muda dari berlainan fakulti. Mereka juga diiringi 5 orang professor, seorang dari satu universiti. Mereka memperkenalkan diri masing masing. Selepas itu mereka mengambil bahagian dalam beberapa icebreakers. Setelah itu mereka dibahagikan kedalam 3 kumpulan. Mereka juga diberikan seorang rakan dalam kumpulan sebagai tanggungjawab satu sama lain. Puteri dan Danish ditaklukkan sebagai buddy. Alamak apa nasib aku ni, kene mamat sombong ni! Matilah aku, confirm tak best. Puteri rasa sedikit resah.

Wahhhh Perempuan ni lagi. Banyak banyak orang balik balik dia. Macam takde orang lain diorang nak suruh aku buddy. Danish pula berkata dalam hati. Prof Hisham memanggil pelajar pelajarnya untuk berkumpul. “Saya harap awak jaga antara satu sama lain. Your team member is your buddy and your responsibility. Hari ini kita berehat saja di hotel. Bagi yang ingin berjalan diluar kejap, dipersilakan. Tapi jangan kemana mana seorang diri. Pastikan berkumpulan. Paling lambat pun, anda semua diwajibkan berada di dalam bilik anda masing masing by 10 p.m.” Setelah itu, dia pun beredar pergi dengan professor professor yang lain.

“Korang jom lah kita keluar,” Alisha mengajak mereka. Puteri hanya menggangguk kesetujuannya. Setelah sehari bersama, sedikit sebanyak dah faham dah loghat Alisha yang pekat itu. Mereka bertiga berjalan jalan di daerah hotel dan membeli sedikit cenderamata untuk dibawa pulang nanti. Tepat 10 malam, mereka balik ke bilik mereka dan bersiap untuk tidur. Masing masing ingin rehat secukupnya kerana dari esok mereka akan bermula kerja membanting tulang.

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ameerah Sha
© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham