Home Novel Cinta JANGAN LUPAKAN AKU
JANGAN LUPAKAN AKU
9/4/2014 12:03:48
16,579
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

Fantastik!” Itu ucapan Elza Zaharah setelah dia dan sebahagian ahli kumpulannya duduk selama tiga jam untuk menggabungkan idea keseluruhan rekaan dalaman rumah milik Izack Tan Sri Rushdi. Matanya masih tidak lepas dari memandang papan putih yang mempunyai contengan tangannya. Di sebelah atas papan tersebut dituliskan dengan jelas dan terang “ISTANA IZACK”.

Dalam pada masa Elza Zaharah berdiam, ahli mesyuarat yang lain masih berbincang-bincang mengenai idea tambahan yang ingin mereka letakkan. Mereka teruja untuk melihat hasilnya kerana ini kali pertama mereka mendapat projek ‘unlimited budget’.

Tiba-tiba Rita menjerit dari pintu hadapan pejabat mereka. “Bos, kita dah dapatfloor plan.”

Good.” Elza Zaharah tersenyum lega.

Rita berjalan masuk ke dalam bilik mesyuarat. Kesemua enam orang yang ada di dalam bilik mesyuarat itu tajam memerhatikannya. “Wah!Specialnya projek ini. Siap ada nama lagi. Istana Izack...”

“Bos bagi nama,” kata Diana. Beberapa orang antara mereka hanya tersenyum.

“Cuba teka siapa nama sebenar Izack?” soal Rita sambil mengeluarkan beberapa kertas putih bersaiz A3 dariplan casing yang dibawanya.

“Zakaria atau Zachary?” Zakwan meneka.

Rita tersenyum, namun menggeleng.

“Zulkifli...” Rizal pula meneka.

Rita menggeleng juga. “Kalau ada antarayou all yang betul, bos akan belanja piza untuk kita semua. Jika tidak, bos akan belanja Rita seorang aje.”

“Bos pulak yang kena,” kata Shiela sambil ketawa.

“Teka? Teka!” jerit Rita lagi.

“I dan Zack,” kata Elza Zaharah tanpa dijangka.

“Bos, you tak boleh cakap.” Rita bagai tidak puas hati.

“I tak tahu, jadi I nak teka juga. Kalau I betul, Rita belanja I,” kata Elza Zaharah.

Mereka ketawa mendengar kata-kata Elza Zaharah. Serius tetapi mengena.

“Idham Zamzury...” teka Elza Zaharah lagi.

Rita menggeleng.

“Izwan Zamani...” teka Elza Zaharah tanpa putus asa.

Rita menggeleng.

“Izhar Zulkhairi...” sekali lagi wanita berbaju kasual serba hitam itu meneka.

Rita masih menggeleng.

“Err... Saya dah habis teka. Sekarang dah pukul 12.30 tengah hari. Saya nak keluar makan dulu. You all tekalah sampai habis waktulunch. Diana!Design itu mesti siap Rabu ini jam 9.00 pagi. Petang ini awak dapatcopy floor plan dari Rita.” Dia melambaikan tangan pada Rita agar menghampirinya padanya.

Rita menghampiri Elza Zaharah sambil ketawa kerana dia sudah tahu apa yang bosnya akan minta dia lakukan. Sebaik dia menghampiri Elza Zaharah, bos muda itu menghulurkan tangan kanan. Itu tandanya, serahkan dokumen itu pada saya! Dia menyerahkannya tanpabanyak soal.

Elza Zaharah membelek lima helai pelan lantai itu dengan teliti. Dia hampir terlepas pandang nama pemilik yang tertulis di bahagian bawah kertas itu. Hinggalah ke muka surat terakhir, barulah dia membaca nama orang putih yang dipanggil Izack. Ilham Zackry Bin Rushdi. Ilham Zackry atau Izack. Ilham yang mengilhamkan, katanya di dalam hati.

Dia tersenyum lantas mengangkat muka pada semua ahli kumpulan kerjanya. “Ada satu Z. Dua A. Satu I. Satu Y. Satu R. Satu H. Satu L... ada beberapa huruf lagi...Happy lunch! Rita akan bagi jawapan dalam jam 2.30 petang,” ucapnya lalu bangun dengan membawa MacBooknya masuk ke pejabatnya.

kereta Honda City berhenti betul-betul di hadapan laluan masuk premis dua tingkat itu. Hon telah dibunyikan beberapa kali. Elza Zaharah berjalan pantas keluar dari premis Dreams Design lantas masuk ke dalam kereta tersebut. Setelah bertukar salam dan berpelukan dengan rakan baiknya, Zarina, kereta bergerak ke arah Puchong Boulevard. Di sana mereka akan makan tengahari bersama di Restoran JM Beriyani.

Membuat pesanan di JM Beriyani adalah perkara yang tidak sukar. Mereka memilih menu yang sama saban minggu. Nasi Beriyani Ayam Masak Merah, Tauhu Bakar dan 3-Layer Tea. Selesai makan, mereka memilihdessertCaramelPudding atau ais krim.

“Famili di Pagoh okey?” soal Zarina, teman baik Elza Zaharah sejak menuntut diUiTM lagi. Dia anak kelahiran Pulau Pinang. Anak Mami! Kulitnya hitam manis, namun gayanya buat mata memandang tak jemu. Zarina memiliki butik sendiri. Z-Fashion yang terletak di Shah Alam. Bermula dari perniagaanonline, kini Zarina melangkah setapak lagi dengan membuka butik tersebut.

“Alhamdulillah... Adik-adik dah makin besar. Tapi, atuk dan nenek dah makin tua.” Sebak hati Elza Zaharah tiba-tiba. Sebenarnya dia bimbang. Hanya orang tua itulah yang dia ada selain Pak Ngah, adik angkat arwah bapanya.

“Hei... Zara dah jaga mereka dengan baik, kan?” pujuk Zarina perlahan. Dia tahu, keluarga Khairul Iqbal memang orang susah. Mujur, arwah ibu bapa Elza Zaharah meninggalkan sedikit duit simpanan. Dengan duit itulah Elza Zaharah menampung kehidupannya dan keluarga yang Khairul Iqbal tinggalkan.

Elza Zaharah juga menggunakan RM30,000.00 dari duit arwah ibubapanya untuk memulakan Dreams Design berkongsi dengan Sofea dan suaminya, Ariffin yang ketika itu baru mendapat dua projek, namun, mereka tiada modal. Sedikit demi sedikit Dreams Design membesar sehingga memiliki 18 orang warga kerja. Elza Zaharah memegang pemilikan Dreams Design sebanyak 60%, Sofea 20% dan suaminya, Ariffin 20%.

“Kalau dia orang tak ada, Zara rasa keseorangan,” adu Elza Zaharah lagi.Air matanya mula bertitisan.

“Reen kan ada, Zara...” pujuk Zarina menahan sebak. Tangan temannya itu diramas perlahan.

“Apa-apa berlaku, Zara kenaready untuk bawa adik-adik ke KL. Kesihatan atuk dan nenek dah semakin tak menentu. Sebulan dua lagi, Zara kena cari orang yang boleh tolong masak dan hantar makanan untuk mereka pagi, tengah hari dan malam. Tahun ini Luqman nak ambil PMR. Zara kena pantau sekolah dia juga.”

“Kenapa tak hantar pergi tuisyen?” cadang Zarina.

“Dia tak minat. Dahoffer tapi dia tak mahu,” kata Elza Zaharah.

Attach dengan guru sekolah terus.One to one session,” cadang Zarina lagi.

Elza Zaharah menggeleng. “Mahallah... Takkan nak bayar RM 50? Paling kurang RM 200 per subjek.”

“Guna duit insurans Arwah Iqbal yang Zara masukkan dalam akaun adik-adik dia. Itukan duit Zara sebenarnya. Zara yang baik hati untuk buka akaun untuk adik-adik dia,” cadang Zarina lagi.

Elza Zaharah menggeleng. “Tak boleh. Jika apa-apa yang berlaku pada Zara, itu sahaja duit yang tinggal buat mereka.” Wajahnya semakin serius biarpun tiada lagi air mata yang mengalir di pipinya yang putih licin. “Zara kena kerja lebih kuat.”

Zarina menggeleng. “Zara kerja dah cukup kuat. Cuma setiap Isnin sahaja kita boleh jumpa. Sabtu dan Ahad pun Zara ke pejabat atau jumpaclient.Comeon lah... You takenjoyyourlife pun.”

“I have to. Last week,Zaradapat unlimited budget project.”

Apa maksud Zara? Dahlahunlimitedbudget...Don’t make me scare,Zara,” tegur Zarina bimbang temannya itu terlepas garisan.

Elza Zaharah tersenyum. “Zara akan caj untuk servis dan produk terbaik. Harapan Zara, hasilnya pun yang terhebat pernah Zara buat.

“Oh! Ingatkan Zara nak buat apa tadi.”

“Zara masih tahu bezakan halal haram. Insya-ALLAH...”

“Tak pernah dengarunlimited budget project. Cerciter sikit...” pinta Zarina dengan gaya sedikit mengusik.

Elza Zaharah ketawa.Ada jutawan yang beli banglo mewah untuk anak dia. Zara dapat projek untukdesign dan siapkan semuanya.Make it easy for him.”

“Him?Hmm… macam projek bagus aje.” Zarina mengangguk. Nasi Beriyani yang baru terhidang disuap ke dalam mulutnya perlahan. “Siapa nama tuan punya badan?”

“Izack...” jawab Elza Zaharah.

“Izack? Siapa? Nama dia Izack?” soal Zarina ingin kepastian. “Apa nama penuh dia?”

Elza Zaharah mengangguk. “Cuba teka?”

“Entah! Macam nama Yahudi aje.”

“Itu Isaacs...” kata Elza Zaharah serius. Dia yakin, kerana dia tahu ejaan Izack dari alamat e-mel lelaki itu. “Ini Izack... Tekalah!”

“Err... Iskandar?”

Elza Zaharah tergelak. “Salah... Ilham Zackry... anak lelaki Tan Sri Rushdi,” jawabnya.

“Tan Sri Rushdi, Global Ventures?” soal Zarina ingin kepastian.

Yes... Tan Sri yang beri projek ini pada Zara. Alhamdulillah...” balas Elza Zaharah.

Zarina tersenyum sambil terus menyuap nasi. Sambil itu, matanya memandang Elza Zaharah. Rakannya yang dulu seorang ceria bertukar duka sejak ibu bapanya meninggal. Dia kemudian kembali ceria apabila muncul Khairul Iqbal dalam hidupnya. Namun, sejak Khairul Iqbal pergi, ceria itu hilang. Dia menjadi orang yang serius, pendiam dan suka berfikir dalam-dalam. Sesekali sahaja dia ketawa.

“Reen nak kahwin awal tahun hadapan. Zara kena jadi pengapit Reen tau,” pinta Zarina.

“Alamak... Reen tak adacousin yang boleh jadi pengapit ke?” tanya Elza Zaharah sambil mengerutkan dahi.

Reaksi Elza Zaharah sudah dijangka Zarina. “Ada... Tapi, Zara kawan Reen. Reen dah maklumkan pada mami. Mami setuju.”

“Zara dah kahwin, Reen. Pilih anak daralah. Nanti hilang seri Reen atas pelamin.”

“Bukan awak masih anak darakah?” soal Zarina berbisik.

Bulat mata Elza Zaharah. Statusnya sebagai janda berhias memang ditutup rapat-rapat. Kebanyakan stafnya memanggilnya dengan nama, bos atau Puan Zara dan bukannya Cik Zara. Elza Zaharah lebih gemarkan begitu! “Reen, selepas Arwah Iqbal, Zara tak letak perkahwinan sebagaipriority. Adik-adik danbusiness dah cukup buat Zarabusy.”

“15 tahun lagi adik-adik Zara dah besar dan ada hidup sendiri. Paling tak pun, mereka sibuk hal sekolah mereka.Business Zara akan maju, insya-ALLAH, dan Zara akan jadi super bos yang asyik kira duit. Sekarang pun Zara dah jadi bos, cuma bos a.k.a macai, sebab syarikat masih kecil. Kalau dah jadi firma, macam mana? Tiba masa Zara akan sunyi. Hanya anak dan suami sahaja akan buat Zarahappy. Itu yang mami Reen cakap,” kata Zarina panjang lebar. Bukan sekali dia berbicara tentang keperluan berumah tangga dengan Elza Zaharah. Bukan sekali juga Elza Zaharah menolaknya.

“Segan.”

“Reen pun segan. Kita segan sama-sama ya...” pujuk Zarina lagi.

“Tapi Zara ni janda, Reen. Nanti orang mengata, susah nak tepis. Silap-silap orang kata Zara menggatal cari laki.”

“Mulut orang mana boleh kita tutup...” kata Zarina.

“Betul! Tapi, janganlah pula kita tolong buka mulut-mulut itu tak tentu pasal,” balas Elza Zaharah.

“Yalah...” jawab Zarina akur dengan nasihat Elza Zaharah, namun menyambung dengan penuh harapan, “... tapi apa salahnya tahan telinga demi Reen. Kitakan kawan baik. Kenduri pun lama lagi. Panjang lagi masanya untuk Zaraimagine.So, atas pelamin tak kaku.”

“Zara atau Reen yang nak kenaimagine atas pelamin tu? Reen kot!” sahut Elza Zaharah mentertawakannya.

“Kitaimaginelah sama-sama,” cadang Zarina masih mencuba.Dia juga turut tertawa.

“Maaf ya. Zara tak mahu,” jawabnya pasti.

Zarina pula yang termangu. Putus ilham untuk memujuk Elza Zaharah. Ah! Esok atau lusa masih ada lagi. Payah-payah, dia akan meminta maminya menghubungi Elza Zaharah dan memujuk temannya itu.Bukankah Mami Reen adalah Mami Zara juga? bisik hati Zarina sendirian.

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.