Home Novel Cinta JANGAN LUPAKAN AKU
JANGAN LUPAKAN AKU
9/4/2014 12:03:48
42,933
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 9

Fantastik!” kata Ilham Zackry sendirian ketika dia memijakkan kaki di hadapan pintu pagar banglo bernombor 6, Damansara Sapphire pada waktu siang buat pertama kali.

Kawasan luar banglonya diteroka setiap sudut. Dia amat berpuashati dengan hasil kerja Elza Zaharah.

Ilham Zackry berjalan ke pintu hadapan. Dia membuka kunci pintunya dan menekan nomborpassword yang dituliskan Elyana di atas sekeping kertas kecil.

Dia terpegun melihat ruang tamunya yang dihiasi set kerusi pelbagai corak dan bentuk, namun campuran warna dan gaya susunannya membuatkan ia bagai direka untuk melengkapi ruang tersebut. Mengambil kira gaya moden, lampu di hujung ruang dan lukisan kontemporari seluas dinding membolehkan sesiapa yang datang bertandang merasa bagai bersantai di dalam galeri seni. Ditambah dengan bunyi air terjun dinding di dinding sebelah kiri berhampiran dengan lif kaca.

Terdapat dua kerusi dan satu meja di tepi dinding bagai ruang menunggu Raja dan Ratu turun dari kayangan. Terbayang dia akan Elza Zaharah tanpa bertudung malam itu. Itu kisah minggu lepas... hingga kini dia masih merasa teruja mengenangkannya.

Dia perlu ke tempat lebih penting, iaitu bilik bacaannya.Tepat jangkaannya. Bilik bacaannya telah lengkap. Meja dan kerusi kerja, set sofa dengan empat tempat duduk dan set TV serta kabinet. Penataan warnanya serba putih dengan cakaran emas di mana-mana adalah imitasi pejabatnya di Quarter Gold. Lega dia melihat pelbagai buku yang tersusun kemas. Koleksi bacaan yang menjadi kegemarannya disusun sebagaimana arahannya yang disampaikan melalui Sylvia.

Sempat dia menjengah surau tempat Elza Zaharah beradu di dalam banglo itu buat kali pertama. Kosong! Hanya terdapat beberapa helai sejadah berlipat kemas di kabinet dan dua helai jubah yang bergantungan. Tetapi Elza Zaharah tiada! Sunyi jiwanya tiba-tiba.

Dia naik ke tingkat dua di mana bilik tidurnya berada. Fantastik! Biliknya sudah lengkap dengan perabot malah dia terpegun dengan paduan warna putih dan hitam. Dia duduk di atas tilamnya. Cukup selesa untuk tulang belakangnya.

Blackberrynya berbunyi tiba-tiba. Wajah dan perkataan mama tertera di skrin BlackBerrynya.

“Ma...” panggilnya lembut.

“Kat mana?Dinner kat rumah mama malam ini,” soal Puan Sri Halimah.

“Insya-ALLAH... Pukul berapa?”

After maghrib. Pukul 8.00 malam paling lewat.”

“Okey mama...” katanya lagi bagai sudah berjanji.

Malam itu dia memandu sendirian ke Kinrara Height. Mamanya sudah berdiri menanti di muka pintu banglo dua tingkat itu. Setelah erat berpelukan, Ilham Zackry mengekori mamanya ke ruang makan di mana papanya sudah menunggu.

“Wah! Gempaknya mama masak...” ucap Ilham Zackry sebaik duduk di hadapan mamanya.

“Hmm... makan puas-puas. Asyik makan salad hari-hari. Tak bosan ke,” kata Puan Sri Halimah.

“Dah biasa, ma!” jawab Ilham Zackry sambil tersenyum.

“Ubah-ubahlah... Rumah dah siapkan? Lepas ini, ada orang dah boleh masakkan,” kata Puan Sri Halimah lagi. Lauk ayam masak merah dicedokkan ke pinggan suaminya.

“Mana mama tahu rumah Izack dah siap?” soal Ilham Zackry terkejut.

“Elza Zaharah hantar SMS pada mama dan papa beritahu rumah dah siap dan kunci dahpass pada Izack,” beritahu Puan Sri Halimah sambil tersenyum simpul. Wajah bersih anaknya diperhatikan. Tiada reaksi apabila nama Elza Zaharah disebutnya.

“Hmm...”

So, dah jumpa Elza Zaharah? Cantik, kan? Okey tak?” soal Puan Sri Halimah teruja.

“Err... dah... Err… belum...” jawab Ilham Zackry teragak-agak.

“Dah atau belum?” soal Tan Sri Rushdi pula.

“Err... belum...” jawab Ilham Zackry perlahan.

“Lailahailallah!!! Izack, dua bulan lebih Zara menangga kat rumah itu, Izack tak pernah jumpa?”

“Tak... Err...busy...” jawab Ilham Zackry.

“Ya ALLAH! Menyesal mama biarkan Izack ikut cara Izack. Kalau mama masuk campur, dah nak nikah agaknya...”

“Ma!Overnya...” tegur Ilham Zackry dalam senyuman.

“Hujung minggu depanbirthday mama. Kita jemput Zara. Masa tu, Izack tak boleh lari,” kata Tan Sri Rushdi.

“Izackbusylah, pa...”

“Izack jumpa dia dulu. Mama dan papa dah berkenan dengan dia,” kata Puan Sri Halimah.

“Tak janji...” balas Ilham Zackry pantas.

“Anak bujang Mama ni dah 31 tahun. Tak kasihan pada Mama yang tak ada cucu lagi ke? Kak Azalea kamu ada masalah kesihatan. Kak Aisyah kamu pula kahwin dengan pilot. Tak lekat-lekat sampai sekarang.”

Tan Sri Rushdi memandang isterinya. Jika Azalea yang ada, Azalea juga dibebelnya. Jika Aisyah yang pulang, Aisyah juga dibebelnya. Isunya sama. Cucu!

“Tengoklah... Tapi tak janji ya. Err... Izack akan ke Indonesia Isnin ini sampai Jumaat. Ada kerja...”

“Ingat kat Zara ya? Mama tak nak minah saleh. Mama tak nak minah Indon. Mama nak Elza Zaharah juga,” kata Puan Sri Halimah.

Ilham Zackry hanya tersenyum. Dia masih tidak lupa cinta pertama. Nyiela! Nyiela dikenalinya sejak bersekolah diSt.Andrew International School. Mereka ke sekolah bersama-sama setiap hari dengan dihantar oleh pemandu Tan Sri Rushdi. Namun, semasa mereka mengikuti program A-Level di sebuah kolej universiti swasta, Nyiela mula berubah hati.

“Anne nak putuskan hubungan kita,” kata Nyiela semasa mereka sedang duduk makan di kafe.

What?!” jerit Ilham Zackry terkejut.

Break-up!” kata Nyiela agak tegas.

Why?”

“Anne rasaboring. Anne takkan ke US untukfurtherstudy,” kata Nyiela.

“Anne nak ke mana? Izack ikut Anne,” kata Ilham Zackry. Wajahnya mendung. Hendak menangis rasanya, namun, jiwa lelakinya menghalang

“No, Izack. Anne akan ke Paris untuk ambilcoursefashion. I want to be a fashion designer. Paris is the best,” beritahu Nyiela.

Ilham Zackry faham yang Nyiela masih memilih-milih kursus. Tidak seperti Nyiela, Ilham Zackry komited untuk mengejar cita-citanya untuk menjadi jurutera elektrik. “Di US pun banyakcourse fesyen yang bagus. Kolej tak sama tak apa,” cadangnya yang tidak mahu berpisah jauh dari Nyiela. Siang malam pagi petang hidupnya berkisar pada Nyiela.

Bullshit,Izack! I tak nak dengan you sebab I dahboring dengan hubungan kita,” kata Nyiela.

“I am proud to have you as my girlfriend. I am serious to take you as my wife after we finish our degree.

“Yes but not with you. Kita dah tak sekufu lagi,” kata Nyiela marah.

“Apa masalahnya? Semua famili dah tahu. My papa and mama really like you.

“Yes, but my mom dah tak sukayou jadi menantu dia. Faham tak?Lastnight, dia dah jemput keluarga Raja Farid untuk datang ke rumahI. Dinner together... As one family...” kata Nyiela buat Ilham Zackry merasa lebih menggelabah.

“Sejak bila you suka Farid? Bukanyou pernah cakap yang dia tunot in your class kah? You geli tengok bulu dada dia. You dah lupakah?” soalnya tegas.

“Itu dulu...” jawab Nyiela perlahan.

“Apa bezanya dulu dan sekarang?” soal Ilham Zackry marah tiba-tiba. Gelodak hati muda bagai membakar tubuhnya.

“Dulu I tak tahu you anak angkat. Jika Tan Sri Rushdi tak ambil you jadi anak,I don’t think you stylo macam ni. Sekolah diinternationalschool. Ambil A-Level. I rasa you tak mampu. Famili you mesti orang susah sampai buang you tepi jalan.”

Ilham Zackry terkejut mendengar kata-kata Nyiela. “Apa you cakap ni?” soalnya tidak puas hati.

“You anak angkat. Jika papa you meninggal, you takkan dapat harta dia.”

“I anak angkat? You tahu dari mana?” soal Ilham Zackry tidak puas hati.

My mom dapat tahu dari kawan dia.”

No way!Ianak Tan Sri Rushdi. Nama I Ilham Zackry Bin Rushdi. Dalam surat beranak I pun,” kata Ilham Zackry separuh menjerit.

Yes... sebab dulu tak ada undang-undang. Siapa mampu, boleh tukar dokumen,” kata Nyiela.

No! Tak mungkin.My family loves me very much...” kata Ilham Zackry mempertahankan kedudukannya di dalam keluarga jutawan itu.

“Bila papa you meninggal, you tak dapat sesen pun. I tak mahu hidup miskin.Sorry! No more us!” jerit Nyiela lalu bangun meninggalkan Ilham Zackry yang menahan malu.

Itu cerita 12 tahun yang lepas. Dia masih ingat yang dia memandu kereta Mercedez SLX milik Mamanya mengelilingi Kuala Lumpur beberapa kali. Tidak tahu apa yang ingin difikirkan. Berhari kemudian dia berkurung di dalam bilik.

Bila dia menghubungi Nyiela, ibunya, Datin Raziah menjawab. “Anne keluar dengan Raja Farid. Malam ini tak balik!” Bukan itu sahaja, gagang telefon dihempasnya.

Dia merasa amat marah dengan papa, mama dan kakak-kakaknya. Jika dia anak angkat, mereka semuanya tentu tahu dan berpakat untuk menyembunyikan maklumat itu. Dia berjalan pantas turun ke bawah. Ketika itu, papa, mama dan kakak-kakaknya baru duduk di meja makan. Sebaik dia dan mamanya bertentangan mata, dia menjadi lemah lutut. Apatah lagi bila mamanya tersenyum dan menghulurkan tangan agar dia duduk di sebelah mamanya.

Dia terus terjelepuk di lantai dan menangis. Sekuat-kuat hati dia menangis hingga mengejutkan seluruh ahli keluarga.

“Kenapa, sayang?” soal mamanya penuh simpati.

Ilham Zackry hanya menangis. Bahu Mamanya dipeluk.

“Kenapa ni? Cerita pada mama. Dah dua minggu keluar masuk rumah ikut suka. Serabai semacam.. Kenapa anak bujanghandsome mama ni?” pujuk Puan Sri Halimah tidak berputus asa. Suami dan anak-anak perempuannya sudah mengelilingi mereka berdua. Semua menunggu jawapan.

“Izack dan Anne dahbreak-up!

Malam itu juga, Tan Sri Rushdi membuat keputusan, Ilham Zackry akan terus ke US dan mendaftar ke salah sebuah kolej di sana untuk melengkapkan A-Levelnya dan seterusnya ke Standford University di California, USA, universiti terbaik di dunia untuk kursus Kejuruteraan Elektrik. Segalanya akan diuruskan menggunakan apa sahajanetworking Tan Sri Rushdi. Melihat kesungguhan keluarganya, Ilham Zackry berbesar hati untuk membuktikan keupayaan dirinya sendiri.

Sejak ke luar negara, Ilham Zackry hanya pulang setahun sekali. Sepanjang kepulangannya, dia banyak duduk di rumah atau jika keluar, dia akan mengikuti papanya ke pejabat.

Habis belajar, dia memilih untuk bekerja di sebuah firma kejuruteraan di New York. Dia belum bersedia untuk pulang ke tanah air. Dia tidak mahu menerima bantuan kewangan dari Tan Sri Rushdi. Ingin hidup sendiri, katanya. Pada awal hidupnya di New York, Ilham Zackry hanya tinggal di apartmen murah bersama dua orang rakannya yang turut baru belajar mula hidup. Segalanya sanggup dihadapi, demi membuktikan kebolehan dirinya sendiri!

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.