Home Novel Cinta JANGAN LUPAKAN AKU
JANGAN LUPAKAN AKU
9/4/2014 12:03:48
16,585
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 7

“FANTASTIK,” kata Sofea dan Ariffin sebutkan pada kali pertama mereka datang ke Istana Izack. Pada hari itu, semua penataan siling telah pun siap.

Dinding pula telah mula dicatkan dengan warna pelbagai mengikut ruang. Maka, apabila digabungkan siling, dinding dan lantai yang memang sudah siap di pasang jubinporcelain, rumah tersebut ibarat istana moden sesuai dengan nama Istana Izack.

Petang itu, Elza Zaharah menghantar e-mel menjemput Ilham Zackry datang ke istana itu. Malangnya tiada jawapan dari lelaki itu. Dia cuba menghubungi Quarter Gold untuk bercakap dengan Ilham Zackry, namun respons dari setiausahanya yang bernama Elyana hanyalah, “Mr. Izack is busy this week!

Hanya dua hari selepas itu, lelaki itu membalas e-melnya, “My friend, Emma will visit the place this afternoon around 3.00pm.”

Elza Zaharah merasakan yang Ilham Zackry menghantar orang kepercayaannya untuk meninjauprogress kerja di rumah tersebut. Maka, Elza Zaharah beria-ia menunggu tetamu itu bagai menunggu pemiliknya sendiri.

Tepat jam 3.00 petang, sebuah kereta Audi A8L berwarna hitam berkilat berhenti di hadapan rumah tersebut. Turun seorang wanita yang berdress pendek paras lutut dari tempat duduk belakang. Sebaik bertemu Elza Zaharah, dia menanggalkan kaca mata hitamnya dan memperkenalkan diri.Emma. Izack’s girlfriend.”

“Elza Zaharah. Izack’s Interior designer,” balas Elza Zaharah. Kejap dia menggenggam tangan Emma yang tinggi lampai ibarat model.

“Show me your talent!

Elza Zaharah membawa Emma ke tingkat atas. Satu demi satu ruang ditunjukkan dan diterangkan sambil visual di dalam MacBooknya dipertontonkan.

Emma diam, hanya mengangguk dan mengerut dahi.

Elza Zaharah sudah merasa tidak sedap hati. Mujur dia membawa PenNote yang dimasukkan di dalam kocek atas kemejanya. Itu memudahkan dia mendengar semula segala komen pelanggannya.

Satu jam Elza Zaharah membawasite tourpada wanita muda berkasut tinggi empat inci. Sampai di hadapan kolam renang dia bertanya, “Any comment?”

“Hmm... bilik tidur utama nampakboring,” jawab Emma teragak-agak. “Emma suka warna merah, bukan putih hitam. Emma tak suka sofa tu di bilik tidur. Nak material yang lain. Izack tak kisah kalau kita tukar semua ini. KatilJapanesestyle tu tak romantiklah. Boleh pilihplatformbed yang lain tak.Closet tu kecil sangat.Candelier di bilik mandi tu kecil sangat. Kenapa tak adagym? Habis, Emma nakworkout di mana? Bilikmaid pun nak letakceilingcornice. Mengadalah mereka nanti,” bebelnya.

Elza Zaharah mengangguk perlahan. “Saya dapatkan kelulusan dari Encik Izack dan akan ubah secepat mungkin.Gym memang tak perlu untuk Encik Izack sebab dia sukaoutdoorworkout.” Dia pernah mencadangkan ruanggym buat Izack di pejabatnya, namun e-meldari Sylvia menolak cadangan tersebut.

“He loves running and playing basketball...” Itu jawapan Sylvia melalui e-mel.

“Yalah! Tapi, yang nak tinggal di sini, dia dan saya. Takkan keperluan saya, awak ketepikan!” marah Emma.

Elza Zaharah mengangguk. “Kitchen, okey tak?” Semua wanita bergelar isteri gila dengan dapur tempat memasak untuk suami tersayang.

“Itu I tak kisah. I tak masaklah...”

“Okey...” balas Elza Zaharah sambil menyembunyikan senyuman.

Malam itu, Elza Zaharah menyenaraikan komen dan komplen dari Emma di dalam e-melnya kepada Ilham Zackry. Dia mengutarakan soalan yang penting pada penutup e-mel itu.

Should I fulfil her requisitions? Need your advice.

Tiada jawapan sehingga seminggu berlalu. Maka, Elza Zaharah tidak mengambil sebarang tindakan.

Takut dengan cara Ilham Zackry berurusan, Elza Zaharah mengambil pendekatan, bertenang dan memastikan pelanggannya sentiasa dimaklumkan. Maka, setiap hari, dia akan mengambil gambar perubahan yang berlaku dan dia akan meng-e-melkannya kepada lelaki itu dan setiausahanya, Elyana. Itu buat Elza Zaharah lega. Projek hampir RM 2.0 juta dan tiada pemantauan dari pihak pemilik RM? Gerun!

Dua minggu selepas Emma datang, Elza Zaharah menerima e-mel dari Ilham Zackry.

My friend, Marsila will visit the house tomorrow morning.

Kali ini, dada Elza Zaharah berdebar-debar. Kawan yang bagaimana? Jika komen dari Emma tidak diendahkannya, bagaimana dengan komen dari Marsila.

Peliknya, Marsila pula banyak memuji. Semua dia suka tetapi setiap hujung ayatnya akan ada perkataanbut.

Tiles ini cantikbut pelik.”

“Jacuzzitub inibestbut the color is not pop-out!

“Ila suka adabasketballarea. Izack mestihappy but it’s too small for him.”

Kitchennampak class but I don’t cook.

Malam itu juga, Elza Zaharah menghantar e-mel dengan menyenaraikan semua komplen yang disebut Marsila.E-melitu juga ditutup kemas dengan persoalan yang sama, “Should I fulfil her requisitions. Need your advice. Please inform me before it’s too late.”

Juga tiada jawapan sehingga seminggu berlalu. Maka, Elza Zaharah juga tidak mengambil sebarang tindakan.


Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.