Home Novel Cinta JANGAN LUPAKAN AKU
JANGAN LUPAKAN AKU
9/4/2014 12:03:48
42,827
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 1

Fantastik!” Itu perkataan pertama yang Tan Sri Rushdi lafazkan setelah merenung dan meneliti ruang lobi baru syarikatnya, Quarter Gold. Ruangan eksklusif yang ditatarias oleh Elza Zaharah, serba hitam dengan penataan garis halus emas di sana sini ditambah dengan beberapa aksesori hiasan dalaman termasuk lampu meja dengan gaya kontemporari juga berwarna emas.

Zara, I love it. Izack mesti suka,” kata Tan Sri Rushdi lagi. Dia tersenyum sambil tangannya menyentuh fabrik salah satu sofa yang berdekatan dengannya.

“Alhamdulillah. Now, can we proceed to the CEO’s office?” soal wanita itu berupa ajakan pada lelaki lebih setengah abad yang berdiri di hadapannya.

“Silakan...” jemput Tan Sri Rushdi pula tanpa mahu menunggu lama.

Elza Zaharah melangkah lebih pantas. Dia sendiri mahu membuka pintu kayu mahogani untuk Tan Sri Rushdi melangkah masuk. Kali ini penataannya berbeza sama sekali.

“White and gold?” soal Tan Sri Rushdi bagai tidak percaya. Dia ketawa sambil menggeleng beberapa kali kerana tidak percaya. Hanya putih dan emas!

“Yes, white is pure... Harapan saya, warna putih memberikan impak kesucian dalam jiwa CEO Quarter Gold untuk bekerja lebih keras dan mencapai sesuatu yang lebih cemerlang untuk diri sendiri dan syarikat.”

“Zara, this is different! This is him. He is always different from others. Ini memang style Izack. Awak boleh baca fikiran dia, Zara, kata Tan Sri Rushdi penuh keterujaan.

“No, Tan Sri. Saya tak mampu membaca fikiran sesiapa. Saya tak ada kelebihan itu,balas Elza Zaharah. Benar! Dia tiada kelebihan luar biasa untuk membaca fikiran orang. Namun, dia akui dia sendiri sukakan kelainan dan itu yang dilakukannya. Dia tidak pernah bertemu lelaki yang bernama Izack itu. Gambarnya juga tiada di mana-mana. Dia hanya pernah berhubungan dengan setiausahanya di luar negara, Sylvia Gomez, memandangkan Izack kini tinggal di New York.

“Zara, I am really happy. Let’s have lunch together...We must celebrate this,” ajak Tan Sri Rushdi. Dia yang dari tadi berdiri di tepi dinding kaca membelakangkan pemandangan indah Bandar Damansara, masih memandang keliling pejabat yang luas itu. Wajahnya amat berpuas hati.

“Okey, Tan Sri.” Elza Zaharah berjalan perlahan beriringan dengan Tan Sri Rushdi keluar dari pejabat Quarter Gold yang terletak di aras 19 pada bangunan 21 tingkat itu.

Zara nak makan buffet atau ala carte?” soal Tan Sri Rushdi sebaik mereka mengambil tempat di Blue Cafe, salah sebuah kafe di The Ratio, hotel enam bintang yang terletak di blok bersebelahan.

Ala carte...”

Setelah membuat pilihan dan pesanan, Tan Sri Rushdi bersandar di kerusi. Dia memandang wanita muda di hadapannya. “Err... Dah lama bersama Dreams Design?” Dia mengenali Elza Zaharah melalui Dato’ Ramli yang turut mendapatkan khidmat wanita muda itu untuk mereka set terbaru Pagi di Kuala Lumpur, sebuah rancangan bual bicara di stesyen TV yang terkemuka. Set itu benar-benar mendapat pujian dari peminat.

“Dua tahun... Actually, syarikat itu saya kongsi dengan dua orang partner, kawan dari universiti dulu,” jawab Elza Zaharah.

“Banyak projek sekarang?” soal Tan Sri Rushdi.

“Alhamdulillah... Bulan ini team saya ada lima projek. Ada lagi yang line-up.”

Good... Saya nak bagi projek untuk banglo yang baru kami beli, boleh? Saya nak Zara completekan rumah itu interior dan exterior.” Tan Sri Rushdi memandang Elza Zaharah dengan penuh pengharapan.

“Oh! Di mana?”

“Damansara Sapphire. Banglo tiga tingkat. Boleh?” tanya Tan Sri Rushdi lagi.

“Insya-ALLAH... Bila Tan Sri nak bawa team saya ke sana?” soal Elza Zaharah sambil tersenyum. Baginya, masa adalah segalanya dalam merancang sesebuah projek.

“Petang ini, boleh? Tapi, isteri saya yang akan tunjukkan pada Zara banglo itu.”

“Kebetulan saya free petang ni. Pukul berapa, Tan Sri?”

“Pukul 4.00. Tunggu di gate utama. Nanti isteri saya bawa masuk. Saya dah beri nombor telefon Zara pada isteri saya,” beritahu Tan Sri Rushdi. “Ini kad isteri saya, manalah tahu jika ada perubahan dari pihak Zara. Satu saya nak pesan, isteri saya memang nak Zara yang ketuai projek ini. Bukan orang lain.”

Wanita itu mengangguk. “Terima kasih sebab Tan Sri percaya pada saya. Saya akan buat yang terbaik.”

Makanan yang mereka pesan telah dihidang di meja.

“Zara orang mana?” soal Tan Sri Rushdi sambil memotong daging stiknya perlahan.

“Bukit Mertajam,” jawab Elza Zaharah tenang. Ini soalan biasa. Jawapan yang biasa juga.

Parents kerja apa?”

“Pegawai kerajaan. Tapi parents saya sudah meninggal hampir empat tahun lalu.”

“Oh! Sorry...” ucap Tan Sri Rushdi dengan gaya bersalah. Apabila melihat wanita muda itu nampak tenang sambil menyuap nasi goreng Cina ke mulutnya, Tan Sri Rushdi menyambung, “Di KL tinggal dengan siapa?”

“Seorang... Kerja tidak tentu masa dan lebih mudah untuk saya handle semua sendiri.” Tenang wajahnya.

“Zara tinggal di mana?” soal Tan Sri Rushdi lagi.

“Anjung Hijau, Bukit Jalil.”

A good place,” balas Tan Sri Rusdi sambil terangguk-angguk.

Elza Zaharah hanya memerhatikan. Soalan Tan Sri Rushdi nampaknya menghampiri ruang peribadinya. Bimbang pertemuan itu memberi erti yang berbeza. Dia cuba bersegera menghabiskan makanannya sekadar tidak mahu membazir. Sambil itu, dia pula yang mengambil giliran untuk bertanya lebih lagi tentang Tan Sri Rushdi, namun pertanyaannya lebih kepada perniagaan dan pengalaman perniagaan lelaki itu.

Kini tahulah dia, Tan Sri Rushdi adalah CEO dan pemegang saham terbesar Global Ventures International Berhad. Di bawah Global Ventures terdapat 15 buah syarikat yang menjalankan pelbagai perniagaan. Quarter Gold adalah salah sebuah anak syarikat yang hendak diserahkan kepada anaknya, Izack. Selain Izack, Tan Sri Rushdi juga mempunyai dua orang anak perempuan dan kedua-duanya sudah berkahwin. Mereka turut menjadi tunggak penting di Global Ventures.

Cerita panjang lebar Tan Sri Rushdi menyelamatkan wanita itu dari pencerobohan peribadi yang tidak mahu dikehendakinya. Hidupnya mahu difokuskan pada kerjayanya. Tanggungjawabnya terlampau berat. Hanya dia yang mengetahuinya dan dia tidak pernah berkongsi dengan sesiapa kecuali Zarina, teman baiknya.

“Terima kasih sebab Tan Sri sudi belanja makan. Petang ini, saya dan dua orang team saya akan tunggu Puan Sri Halimah di gate utama Damansara Sapphire jam 4.00.”

Good, Zara. Our last payment from Quarter Gold will be sent to you by end of next week.”

Thanks, Tan Sri. Jumpa lagi,” kata Zara.

Jam di dashboard menunjukkan pukul 3.55 petang. Elza Zaharah menghantar SMS kepada Puan Sri Halimah menyatakan bahawa dia sudah menunggu di dalam kereta Perodua Kenari hitam berdekatan dengan pintu masuk utama kawasan perumahan elit itu.

Pon! Terkejut Elza Zaharah mendengar bunyi hon yang agak kuat. Namun, dia tersenyum melihat kereta Toyota Vios milik salah seorang dari pembantunya, Shiela. Dia juga nampak Rizal di tempat duduk sebelah. Ceria dan bahagia orang bercinta.

Tidak lama kemudian, sebuah SUV Porche Cayenne berwarna perak bergerak perlahan dan berhenti tepat di sebelah keretanya. Cermin sisi penumpang diturunkan.

Elza Zaharah juga melakukan perkara yang sama.

“Zara?” soal wanita yang nampak lebih muda sedikit dari Tan Sri Rushdi.

“Ya, saya Elza Zaharah,” jawab Elza Zaharah sambil tersenyum.

“Okey... Ikut kereta kami.”

Elza Zaharah mengangguk. Perlahan sahaja dia memandu membontoti SUV Puan Sri Halimah. Sambil itu matanya memandang keliling. Ada 12 buah banglo besar yang mengelilingi sebuah taman rekreasi.

Tiba di hadapan rumah bernombor 6, SUV Puan Sri Halimah berhenti. Dia melangkah keluar.

Elza Zaharah dan Shiela pula segera meletakkan kereta di seberang jalan. Mereka turut melangkah keluar dari kenderaan dengan membawa peralatan masing-masing.

“Apa khabar?” tegur Elza Zaharah sambil bersalaman dengan wanita yang berbaju kurung batik lukis berwarna firus. Aksesorinya memang bombastik. Orangnya sederhana sahaja dan agak berisi.

“Baik! Tak susahkan cari rumah ini?” tanya Puan Sri Halimah sambil tersenyum.

“Tak... Senang sangat. Alhamdulillah...” kata Elza Zaharah tersenyum, “Ini pembantu saya, Shiela dan Rizal.”

Good! Jom kita masuk ke dalam,” ajak Puan Sri Halimah.

Mereka mengangguk.

Setelah mereka memerhati dan meneliti setiap ruang yang ada di dalam banglo itu, Puan Sri Halimah menyerahkan kunci dan sepucuk sampul surat. “Ini kuncinya dan letter of appointment. You have two months.”

“Puan Sri tak tunggu quotation kami?” Elza Zaharah mengerutkan dahi.

“Tidak... Unlimited budget. Tan Sri kata guna imiginasi Zara. Dia suka apa yang Zara buat di Quarter Gold. Orang yang sama akan tinggal di sini. Izack! Apa-apa hal e-mel pada secretary dia.Dapatkan arahan terus dari Sylvia.”

Elza Zaharah mengangguk.

“Tak payah rujuk pada kami. Terus padaSylvia. Lebih cepat!” sambung Puan Sri Halimah.

Seusai bersalaman dengan Elza Zaharah dan Shiela, Puan Sri Halimah lantas masuk ke dalam kenderaan yang sudah menunggu dan terus berlalu pergi.

“Puan Zara, kita terus dapat kontrak?” soal Rizal tidak sabar untuk mendapat kepastian.

“Alhamdulillah... Unlimited budget...” balas Elza Zaharah. Tentunya, dia amat bersyukur.

“Rezeki...” balas Shiela tampak gembira.

Elza Zaharah tersenyum sambil mengangguk. Dia memerhatikan semula banglo tiga tingkat di hadapannya. Kemudian, dia memandang banglo yang lain. Banglo bernombor 6 ini mempunyai rekaan yang paling cantik di antara 12 buah banglo yang dibina di dalam kawasan Damansara Sapphire. Kedudukannya menghadap taman yang luas buat ia nampak eksklusif.

“What after this, boss?” soal Rizal.

You all balik ofis dulu. Rizal, sampai ofis terus e-mel semua gambar pada teamkita. Saya pula akan e-mel semua maklumat yang ada pada saya. ASAP...” arah Elza Zaharah.

“Baik, Puan Zara,” balas Rizal.

“Esok saya cuti. Kita discuss projek ini Isnin depan. Jangan lupa hantar report masing-masing…” arahnya lagi.

Kedua-dua orang pembantunya mengangguk.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.