Home Novel Cinta Dia Si Katak Puru ( Tajuk Asal : Sekali Ini Saja)
Dia Si Katak Puru ( Tajuk Asal : Sekali Ini Saja)
Farrah Izzlorna
6/8/2014 23:52:11
75,025
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 9

‘’ASSALAMUALAIKUM.’’ Kedengaran orang memberi salam di luar rumah.Aku yang mengenali tuan punya suara itu segera keluar dari bilik.

‘’Waalaikummussalam.Nadia!’’ Aku berasa gembira apabila melihat Nadia dan ibu bapanya.Aku tidak menyangka yang Nadia akan datang ke rumahku pada hari raya ketiga itu.Abang Haikal juga berasa senang menyambut kehadiran yang tidak diduga itu.

‘’Jemputlah duduk,tuan,puan,Nadia.’’ Pelawa Abang Haikal.Ibu bapa Nadia duduk di sofa di ruang tamu itu diikuti dengan Abang Haikal.Aku ke dapur untuk mengambil mengisi jag air yang hanya tinggal separuh penuh.Nasib baik Sarah dan mak cik sudah keluar untuk berhari raya di rumah nenek yang terletak tidak jauh dari situ.Kalau tidak,entah apalah yang mereka akan buat untuk memalukan aku di hadapan keluarga Nadia.

‘’Maaflah kalau kami datang mengganggu pagi-pagi raya macam ni.Tapi anak saya nilah,bersungguh-sungguh nak datang sini lepas kami balik dari kampung pagi tadi.Nak berjumpa dengan Ariana katanya.’’ Kata Doktor Ariffin.

‘’Tak apa,doktor.Tak mengganggu pun.Bahkan saya gembira yang doktor sekeluarga sudi datang ke rumah saya yang tak seberapa ni.’’ Balas Abang Haikal.

Doktor Ariffin tersenyum. ‘’Macam mana dengan perniagaan Haikal sekarang?’’

‘’Alhamdullillah,semuanya berjalan lancar.Semuanya berkat bantuan tuan doktor juga.Kalau tuan doktor tak membantu bagi modal,entah bilalah impian saya tu akan menjadi kenyataan.Saya berjanji bila perniagaan saya dah stabil nanti dan dah untung,saya akan bayar balik duit yang tuan doktor pinjamkan kepada saya tu.’’

‘’Tak perlulah bertuan-tuan doktor dengan saya,Haikal.Panggil saya pak cik cukuplah.’’ Ujar Doktor Ariffin.Abang Haikal tersenyum seraya mengangguk.Aku datang dengan membawa jag yang berisi air oren.

‘’Jemput minum,pak cik,mak cik,Nadia.’’ Ujarku sambil menuangkan air oren ke dalam gelas yang sudah tersedia di atas meja.

‘’Terima kasih Ariana.’’ Kata Doktor Ariffin dan Doktor Nafisa serentak.Belum sempat aku duduk,Nadia pula bangun dari kerusi.

‘’Abang Haikal,Nadia pinjam Ariana kejap ya.’’

‘’Tak apa,Nadia.Nak pinjam lama-lama pun boleh.’’ Gurau Abang Haikal.Nadia tersenyum lalu menarikku ke luar rumah pantas.

‘’Hish apasal kau ni? Nak cepat-cepat sangat ni kenapa?’’ Soalku apabila kami sudah berada di halaman rumah.

‘’Telefon Firdaus sekarang!’’ Nadia tidak mengendahkan soalanku.Wajahnya kelihatan cemas sekali.

Aku mengerut dahi. ‘’ Kenapa pula nak kena telefon dia tiba-tiba pula ni?’’

‘’Alah,janganlah banyak tanya.Telefonlah cepat!’’ Gesa Nadia.Aku mengalah.Aku mengeluarkan telefon bimbitku dan mendail nombor Firdaus.

‘’Hai Crab,what’s up?’’ Tegur Firdaus sebaik dia menjawab panggilanku.Aku menjeling ke arah Nadia,namun Nadia hanya mendiamkan diri.Aku jadi tertanya-tanya.Tadi bukan main lagi bersungguh-sungguh nak aku menelefon Firdaus,sekarang bila dah boleh bercakap diam pula.

‘’Tak ada apalah.Saja saja nak dengar suara si katak puru yang sumbang.Kenapa,tak boleh?’’ Balasku.

‘’Sesumbang-sumbang suara si katak puru ni pun,nak juga kau dengar kan.Kenapa,rindu ke?’’ Usik Firdaus.

‘’Hee… ingat aku tak ada kerja lain ke.’’ Aku berkata jelik.

‘’Memanglah kau tak ada kerja lain.Kalau tak takkanlah kau telefon aku sekarang kan.’’ Firdaus ketawa.Aku mengetap bibir.

‘’Yalah,yalah.Aku kalah,kau menang.Kau memang suka mengenakan aku kan.Pantang salah cakap sikit,ada saja trick kau.’’

‘’Alah,sekali sekala saja pun.Lagipun aku dah tak lama lagi kat sini.In 3 to 4 weeks nak fly off dah.Jadi lepas tu tak dapatlah aku kenakan kau lagi.Haha...’’ Sekali lagi Firdaus ketawa.

Aku tersentak.Pantas aku mengalihkan wajah ke arah Nadia yang murung.

‘’ Kau nak fly off? Pergi mana?’’ Aku bertanya dengan nada yang tersekat-sekat.

‘’London. Tolong uruskan business papa aku dekat sana.’’ Beritahu Firdaus dengan suara yang ceria.

Aku rasa jantungku bagai mahu luruh ketika itu juga.Riak wajahku terus berubah.

‘’Bi…bila kau decide pasal benda ni? Kau tak pernah cerita kat aku pun.’’ Aku cuba bersuara selamba,walhal gelodak hebat yang melanda hatiku ketika itu hanya aku seorang yang tahu bagaimana rasanya.

‘’Adalah dalam seminggu lepas macam tu.Aku memang nak bagitau kat kau,tapi aku terlupa pula.Maklumlah,sibuk sangat uruskan pemergian aku ke sana. Sorry.’’

‘’Berapa tahun kau kat sana?’’ Aku terus menyoalnya.Nadia di sampingku turut mendengar apa yang kami bualkan.

‘’Mungkin untuk selama-lamanya kot.’’

‘’Hah,selama-lamanya?’’ Terkejut aku mendengar jawapan itu.Nadia di sebelahku sudah mula mengalirkan air mata.

‘’Yalah,sebab ibu pejabat syarikat perkapalan papa aku berpangkalan di sana. Jadi memandangkan suatu hari nanti aku yang bakal gantikan papa aku,so kenalah stay kat sana terus. Aku balik Malaysia lepas habis studyhari tu pun untuk melepas rindu saja. Lepas ni entah bila aku dapat balik semula ke sini.’’ Terang Firdaus kepadaku.

‘’Jadi,kiranya lepas ni kau takkan balik semula ke Malaysia?’’ Aku mengeluh.

‘’Bukan tak balik terus,tapi susahlah. Jarak UK dengan Malaysia ni pun bukannya dekat. Mula-mula sebenarnya aku bercadang nak uruskan dulu cawangan syarikat papa aku kat OZ, tapi dah papa aku berkeras juga nak aku tolong dia kat London tu, tambah pula sepupu aku yang kau kata gila tu pun akan ikut aku sekali nanti untuk timba pengalaman kat London sebelum uruskan syarikat kat Malaysia ni,jadi aku pun tak boleh nak kata apalah.’’

‘’OZ?’’ Aku mengerut dahi. ‘’New Zealand aku taulah. Tapi OZ tu apa pula? Old Zealand ke?’’

Firdaus ketawa mendengar pertanyaanku. ‘’Australia la.Aussie.OZ.New Zealand.NZ. Haha…kelakarlah kau ni Ria.’’

Aku tersenyum nipis mendengar ketawanya.Namun entah kenapa,ketawanya pada hari itu tidak mampu untuk menceriakan hatiku seperti selalu.Ketawanya hari ini begitu menyakitkan sekali,bagai mengejekku dari kejauhan.

‘’Err…tak apalah Firdaus.Aku letak telefon dulu.Kredit aku dah nak habis dah ni.’’ Cepat-cepat aku memberikan alasan.Aku rasa bagaikan aku tidak mampu mendengar suaranya walau untuk sesaat pun lagi.

‘’Ok.’’ Ringkas jawapan yang diberikan Firdaus sebelum talian dimatikan.Aku memaling wajah ke arah Nadia.Wajahnya yang putih itu sudah menjadi merah sekali.Pipinya yang berseri dengan mekap tadi sudah comot dibasahi dengan air mata.

‘’Dia dah nak pergi,Ary.Dia dah nak pergi jauh.Lepas ni,aku dah tak boleh nak berhubung dengan dia lagi dah.’’ Luah Nadia dalam esakan.Dia menangis di dalam pelukanku.

‘’Sabar,Nadia.Kau kena tabah okey.’’ Aku cuba memujuknya,walhal hatiku sendiri sedang gundah-gulana ketika itu.

‘’UK,UK….’’ Aku menyebut-nyebut perkataan itu berulang kali sambil terus meneliti peta dunia yang terpampang besar di dinding perpustakaan itu.

‘’Malaysia terletak di Asia Tenggara,UK pula terletak di barat laut Malaysia.Jaraknya….. ‘’Aku meletakkan jariku di atas peta dunia itu. ‘’Mak aih,jauhnya!’’ Aku menghempas keluhan kasar.

‘’Apa yang kau buat tu,Ary?’’ Soalan yang tiba-tiba menerpa itu membuatkan aku tersentak.Aku menoleh ke belakang dan melihat Nadia sedang memandangku pelik.

‘’Err… tak ada apalah.’’ Aku pantas mengangkat jariku dari peta. ‘’ Aku saja-saja je tengok peta ni.Nak mengisi masa terluang.’’ Terasa bodoh pula jawapan yang kuberikan itu.

‘’Tak pernah-pernah kau mengadap peta tu lama-lama macam tu sebelum ni.Kau ada plan nak pergi luar negara ke?’’

‘’Ish gila kau.Kau ingat aku ni kaya ke? Passport pun tak ada,nak pergi luar negara macam mana? Nak suruh aku jadi pendatang haram kat sana?’’ Aku ketawa,cuba menyembunyikan kegelisahanku.Apabila melihat Nadia seakan curiga kepadaku,aku pantas mengubah topik.

‘’Kau ni pula,tadi kau pergi mana? Masa keluar dewan tadi tak tunggu aku pun.’’

‘’Aku tak pergi mana-mana pun.Cuma ambil angin saja.Nak tenangkan hati aku yang tak tenteram ni.’’

‘’Kau masih fikirkan tentang hal Firdaus ke?’’ Dugaku.

‘’Yalah, siapa lagi. Dah berapa hari aku tak boleh tidur lena sebab asyik fikirkan tentang dia yang nak pergi London tu.London tu jauh tau tak.Jauh! Nampaknya harapan aku nak jumpa dengan dia makin menipislah jawabnya.Dahlah tak boleh contact macam sekarang lagi.Sedihnya….’’ Nadia berkata dengan wajah muram.

‘’Kau kata dia tu ada Facebook,kan? Stalk sajalah Facebook dia tu.At least kau boleh tahu updateterkini dia.’’

‘’Manalah sama perasaan stalkFacebook dia dengan berhubungan secara terus dengan dia melalui telefon.Sakit betul hati aku ni.Dahlah pergi untuk selama-lamanya.Sampai ke London pula tu.’’ Rungut Nadia.

‘’London tu jauh sangat ke?’’ Aku terus mengorek cerita daripada Nadia.

‘’Jauhlah cik kak ooi! Naik kapal terbang pun kena tunggu sampai 14 jam barulah sampai London.12,000 km kot,ingat apa.’’Terang Nadia dengan wajah sugul.

Aku terdiam.12000 km,jarak yang akan memisahkan aku dan Firdaus selepas ini.Sekali lagi aku menghempaskan keluhan.

Firdaus,kenapalah kau kena pergi jauh sangat? Whyyyy!!! Aku menjerit di dalam hati.

AKU tidak dapat menumpukan perhatianku ketika tutorial.Fikiranku jadi kusut semacam.Entah kenapa,aku terlalu mengambil kisah akan hal pemergian Firdaus ke London itu.Perkara itu membelenggu diri aku saban hari,saban waktu sehingga membuatkan kepala aku jadi pening dan tak boleh memikirkan apa-apa lagi.

Selama-lamanya. London. Selama-lamanya. London.

‘’Ahh!’’ Tiba-tiba di luar kawalanku aku bangun dari kerusi dan menghempaskan tanganku ke atas meja sehingga Prof. Hanif dan semua pelajar terperanjat. Semua mata memandang ke arahku.

‘’Maafkan saya.Saya rasa tak sihat pula.Boleh tak saya pergi ke tandas kejap.’’Soalku seraya berpura-pura memicit kepalaku.

Prof. Hanif mengangguk. Aku terus pergi ke tandas dan mencuci mukaku kasar. Kemudian aku merenung cermin di hadapanku.

‘’Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku boleh jadi macam ni disebabkan dia? Maksud aku,suka hati dialah dia pergi ke mana dan berapa lama pun.Dia tu bukan siapa-siapa pun bagi aku!’’ Soalku pada diriku sendiri. Aku menarik nafas panjang.

‘’Okey Ariana,cool down okey.Sebenarnya semua ni tak ada apa-apa pun.Kau jadi macam ni bukan sebab Firdaus.Bukan sebab dia,okey.Bukan sebab dia.’’ Aku berterusan menyebut kata-kata itu pada diriku sendiri.Tetapi setiap kali itulah,hatiku menafikannya.

Aku rasa bagai mahu menjerit sekuat hatiku,tidak tahan berperang dengan diriku sendiri seperti ini.Aku mencapai telefon bimbitku,dan aku merenung ke arah skrinnya buat tempoh masa yang agak lama.

Tatkala itu,hatiku tiba-tiba diselubungi rasa sedih.Selepas ini,aku takkan dapat menghubungi Firdaus lagi.Selepas ini,aku takkan dapat mendengar suaranya lagi.Selepas ini,aku takkan dapat meluahkan apa-apa kepadanya lagi.Selepas ini,aku dan Firdaus akan kembali menjadi orang asing,tidak saling mengenali antara satu sama lain.

Dan mungkin selepas ini,aku akan terus hilang dari ingatannya.Dia mungkin akan lupakan aku!

Aku mengetap bibir.Jari-jemariku pantas mendail nombor Firdaus.Dutt…dutt… Panggilanku tidak berjawab.Hatiku semakin resah.Aku terus mencuba mendail nombornya buat kali kedua.Masih tidak diangkat.Aku terasa seperti hendak menangis.Aku mencuba sekali lagi dan kali ini,panggilanku telah dijawab olehnya.

‘’Helo…’’ Kedengaran sayup-sayup suara Firdaus.Bunyi rintik-rintik hujan yang deras turun membasahi bumi di talian sebelah sana menyukarkan aku untuk mendengar suaranya dengan jelas.

‘’Helo Firdaus.Ni aku Ria.’’

‘’Ria,kejap lagi aku callkau balik.Aku tengah drive seka…’’

‘’Firdaus…’’ Tanpa kusedari suaraku menjadi sebak.Dan air mataku terus mengalir.

‘’Ria,kenapa ni? Apa dah jadi?’’ Soal Firdaus.Walaupun suaranya tidak begitu jelas tetapi aku dapat mengesan kerisauan pada nadanya.Hatiku menjadi semakin sedih.

‘’Firdaus,tolonglah jangan pergi.Aku tak nak kau pergi.’’ Aku terus menangis teresak-esak.Terus aku meluahkan isi hatiku yang aku sendiri tidak pernah sedari selama ini.Ketika itu,tiada lagi rasa malu yang terbit dalam diriku.

‘’Ria,apa yang kau cak….Ahhh!!!!’’ Tiba-tiba Firdaus menjerit panjang,diiringi dengan bunyi dentuman yang begitu kuat sekali.Kemudian,bunyi hon kereta terus kedengaran tanpa henti.

‘’Firdaus! Firdaus! Apa yang dah jadi? Firdaus!’’ Aku bertanya dengan suara cemas apabila dapat kudengar suara Firdaus yang mengerang kesakitan.

‘’Ahhh!!’’ Teriakan Firdaus yang kedengaran sayup-sayup itu membuatkan aku semakin tak senang duduk.

‘’Firdaus! Tolonglah bercakap dengan aku! Firdaus!’’ Aku berasa bagaikan mahu gila pada waktu itu.Apatah lagi,suara Firdaus yang mengerang kesakitan itu semakin perlahan dan akhirnya hilang begitu saja.Yang kedengaran hanyalah bunyi hujan yang turun semakin lebat dan dentuman petir yang begitu kuat sekali membelah langit.

‘’Firdaus!’’

Previous: BAB 8
Next: BAB 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.