Home Novel Cinta Dia Si Katak Puru ( Tajuk Asal : Sekali Ini Saja)
Dia Si Katak Puru ( Tajuk Asal : Sekali Ini Saja)
Farrah Izzlorna
6/8/2014 23:52:11
74,893
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 2

BEBERAPA hari berikutnya,Nadia kembali menjadi ceria melebihi tahap kenormalan manusia biasa.Sepanjang masa senyuman sentiasa menguntum di bibirnya,terutama apabila mesej baru masuk,petanda senior kesayangannya itu menghantar pesanan baru. Telefon bimbitku juga tidak lepas dari pegangannya,sampai aku rasa macam nak saja jual telefonku itu kepada Nadia. Biar telefon bimbitku itu menjadi hak miliknya yang mutlak dan bolehlah mereka berkepit puas-puas.

Aku tekun menelaah notaku.Sesekali aku menjeling ke arah Nadia yang sedang tersengih sorang-sorang di atas katil.Aku menggeleng-gelengkan kepalaku.Nampaknya Nadia dah kemaruk sangat bermesej dengan seniornya itu.

Tapi tiada apa yang mampu kukatakan kerana Nadia adalah seorang yang bijak. Tanpa perlu bersusah payah belajar seperti yang aku lakukan sekarang pun,dia mampu mendapat CGPA yang lebih tinggi daripadaku.Mungkin kerana kedua-dua ibu bapanya adalah doktor,jadi dia mewarisi gen kepandaian mereka berdua.Bukan seperti aku.Mempunyai ibu bapa yang tak tahu pun membezakan antara baik dan buruk,sehingga terlanjur melakukan dosa yang besar dan hasilnya adalah aku!

Ah,apa yang kau fikirkan ni,Nur Ariana Abdullah! Stop it,okay! Aku cuba membuang jauh-jauh apa yang berada dalam fikiranku sebentar tadi dan berusaha untuk menumpukan sepenuh perhatian semula ke atas ulangkajiku.Setelah satu jam,aku mengemas nota-notaku dan menuju ke katilku.Baru saja aku mahu melelapkan mata,tiba-tiba kedengaran suara Nadia memanggilku.Aku membuka mataku semula.

‘’Kenapa kau ni,bangunkan aku tengah-tengah malam? Aku mengantuklah.’’ Kataku dengan nada sedikit marah.

‘’Ary,aku ada hal penting sikit nak cakap dengan kau ni.’’ Ujar Nadia kepadaku dengan nada sedikit berbisik. Aku tak faham kenapa dia perlu bercakap dengan nada perlahan sedangkan hanya kami berdua saja dalam bilik ni.

‘’Esok-esok tak boleh cakap ke? Mata aku dah tak boleh nak buka ni.’’ Kataku sambil menguap.

‘’Tak boleh.Benda ni kena cakap malam ni juga.Melibatkan hidup dan mati.’’ Ujar Nadia dengan bersungguh-sungguh.

Dengan rasa terpaksa,aku menuruti kemahuan Nadia. Aku bangun dan duduk bersila di atas katil. Nadia duduk di sebelahku dan mengeluarkan telefon bimbitku dari poket seluarnya. Dia menyerahkan telefon itu kepadaku. Aku mengambil kembali telefonku dengan rasa gembira.

‘’Apa mimpi kau bagi balik telefon ni kat aku? Senior kesayangan kau tu dah malas nak layan kau ke?’’ Sempat lagi aku menyindir Nadia.

‘’Nope. Instead,aku nak kau call dia sekarang.’’ Ujar Nadia dengan nada yang serius.

Riak wajahku berubah.

‘’What? Apasal pulak aku yang nak kena call senior kau tu? Kau dah tak tahu macam mana nak tekan punat telefon ni ke?’’ Soalku dengan rasa tak senang.

‘’Memanglah aku tahu.Tapi masalahnya,kau yang akan cakap dengan dia sekarang,bukan aku.’’

Aku rasa lehernya bagai hendak tercekik mendengar kata-kata Nadia.Kalau aku sedang minum air sekarang pasti aku sudah tersedak-sedak.Aku memandang Nadia dengan mata yang terbuka luas.

‘’Are you mad,Nadia? Kenapa pula aku yang nak kena cakap dengan dia? Kau yang mesej dengan dia,kaulah yang cakap dengan dia.’’

‘’Masalahnya sekarang,dia nak cakap dengan kau.Bukannya aku.’’

Dahiku berkerut. ‘’Dia nak cakap dengan aku? Apasal pulak?’’

‘’Entah.Tapi nampak gaya macam dia marah saja.’’

‘’Apasal dia nak marah dengan aku pulak?’’

‘’Well,maybedisebabkan oleh apa yang korang mesej hari tu agaknya.’’

‘’Mesej hari tu? Hello,mesej hari tu tak ada apa-apa makna okey.Aku rasa aku pun tak cakap benda-benda yang buatkan dia sakit hati.’’

‘’Tapi manalah tahu,kan? Entah-entah kau ada cakap benda-benda yang buat dia sakit hati tapi kau terlepas pandang ke.Kau pun bukannya jenis yang sensitif perasaan orang sangat pun.Kadang-kadang kau rasa benda apa yang kau cakap tu biasa saja,tapi tanpa sedar kata-kata kau tu buatkan orang lain sakit hati.Ingat tak kes kau dengan Azlin dulu?’’

‘’Helo,bukan salah aku pun okey.Minah tu yang mengada-ngada.Nak itulah,nak inilah.Buat macam asrama kat sekolah asrama penuh kita dulu tu bapak dia yang punya.Layan kita macam kita ni orang gaji dia,suruh buat macam-macam. Sampai nak seterika baju pun tak tahu.Lepas tu boleh suruh Madihah tu pulak yang buat untuk dia.Kena jerkah dengan aku sekali,baru dia tahu langit tinggi ke rendah.Terus telefon bapak dia cakap nak keluar dari asrama. Kalau apa kerja pun tak tahu buat lebih baik tak payah duduk asrama.’’ Aku berkata dengan nada yang jelik.

‘’Dalam hal ni,bukan aku nak persoalkan siapa betul dan siapa salah.Tapi ke-power-an kata-kata kau tu yang berbisa tu.Kalau Azlin yang degil dan keras hati tu pun boleh tunduk dengan kau,sekali sembur saja dah blah,inikan pula putera kacak aku yang lembut hati tu.’’

‘’Okey! Okey! Sekarang ni kau nak aku buat apa? Telefon putera kau tu,minta maaf dengan dia?’’ Malas aku nak bertelagah dengan Nadia malam-malam macam ni.

‘’Yep.Tapi kau cakaplah elok-elok dengan dia sebab dia…’’ Belum sempat Nadia menghabiskan kata-katanya,aku sudah menekan punat telefon bimbit.

‘’Kau save nama dia apa?’’

‘’Err… Prince Charmingku.’’

Aku memandang Nadia dengan pandangan yang jelik. Nadia pula hanya tersengih-sengih.Aku pantas mencari nama ‘Prince Charmingku’ di senarai nama kenalanku dan setelah jumpa,aku menekan butang ‘dial’.

Dutt…dutt… Bunyi itu kedengaran.

‘’Kau bukalah loudspeaker,aku pun nak dengar juga.’’ Pinta Nadia.Aku pun menekan butang loudspeaker.Kini,satu bilik itu bergema dengan bunyi dari telefon bimbitku.Beberapa saat menunggu,akhirnya panggilan itu dijawab juga.

‘’Helo….’’

Kedengaran suara garau dari talian di sebelah sana.

‘’Helo,awak ni encik Prince Charming ke?’’ Tanpa berlengah aku segera mengutarakan soalan.Nadia yang berada di sebelahku menjegilkan matanya.

‘’Oi,nama dia Firdauslah.Fir-da-us!’’ Nadia berkata perlahan sambil menyebut satu persatu suku perkataan nama lelaki itu.Tetapi aku tidak mempedulikan Nadia.

‘’Hah,Prince Charming?’’ Lelaki itu berkata dengan nada hairan.

‘’Apa-apa sajalah ya,Mr.Prince Charming.Nak dipendekkan cerita,tujuan saya callawak ni kerana saya nak minta maaf dengan awak sebab menurut kawan saya,saya dah berbuat salah dengan awak walaupun saya sendiri tak tahu apa yang saya dah buat salah dengan awak.Tapi memandangkan sekarang ni dah pukul satu pagi dan saya pun dah mengantuk dan saya sendiri tahu yang kawan saya ni takkan biarkan saya tidur dengan tenang selagi saya tak telefon awak,jadi sebab itulah sekarang ni saya telefon awak untuk minta maaf dan saya berharap agar awak dapat maafkan saya agar kawan saya ni dapat biarkan saya tidur dengan lenanya.’’ Kataku panjang lebar.Mesti lelaki itu fikir yang aku sudah gila.Biarlah,yang penting aku sudah dapat melaksanakan apa yang dipinta Nadia.Jadi tidak perlulah dia mengganggu aku lagi.

‘’Wait,wait,wait. Aku tak faham.Kau ni siapa? Dan apa yang kau cakap ni? Minta maaf untuk apa?’’ Soal lelaki itu bertubi-tubi.

‘’Aku ni kawan Nad….’’ Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku,Nadia mencubit pinggangku dengan kuat.Aku mengaduh kesakitan seraya menjegilkan mataku kepada Nadia.Nadia merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya tanda meminta maaf kepadaku.

‘’Aida,Aida.’’ Nadia memberitahuku menggunakan gerak bibirnya. Barulah aku teringat bahawa Nadia memperkenalkan dirinya kepada lelaki itu sebagai Aida,bukan Nadia.Aku mengeluh.Macam-macamlah!

‘’Helo,are you still there?’’ Soal lelaki itu melalui corong telefon.

‘’Yeah,I’m still here.’’ Jawabku sambil mengurut pinggangku yang masih kebas seraya menghadiahkan jelingan tajam kepada Nadia.

‘’Siapa yang menjerit tadi tu? Dengar macam suara hantu mengerang je.’’

Hatiku berbara mendengar kata-kata lelaki itu.Kurang ajar betul,berani samakan suara aku dengan suara hantu mengerang!

‘’Tak adalah.Tadi tu suara kucing aku.Dia baru nak beranak.’’ Balasku geram.

‘’Eh? Tak sangka pula yang suara kucing nak beranak boleh sama dengan suara manusia menjerit kan?’’ Balas lelaki itu.Sinis sekali kedengaran nada suaranya.

‘’Hai,tadi kau kata suara aku macam suara hantu mengerang.Sekarang kata macam suara manusia pula.Yang mana satu kau ni?’’ Giliran aku pula membalas kata-katanya.Puas hatiku!

Tiba-tiba lelaki itu ketawa berdekah-dekah.Aku dan Nadia berpandangan sesama sendiri.

‘’Kau ni kelakarlah.’’ Ujar lelaki itu sambil terus ketawa.

‘’Hei,aku tak buat lawaklah.Kau ingat aku ni apa? Badut ke nak jadi bahan ketawa orang?’’ Jerkahku dengan nada geram.Rasa bagai dipermain-mainkan pula oleh lelaki itu.Nadia menepuk-nepuk bahuku perlahan,tanda menyuruh aku bersabar.

‘’Sorry,sorry.Okey,kita serius balik.Back to the topic.Tadi kau kata kau kawan siapa? Nad?’’

‘’Err… tak,tak. I mean,aku ni kawan Aida.Aku pernah sekali mesej dengan kau dulu,dalam beberapa hari lepas.’’

Lelaki itu mendiamkan diri buat beberapa ketika sebelum membalas. ‘’Ohh,ya aku ingat.Kau ni Ria,kan?’’

‘’Ria?’’ Aku menjeling ke arah Nadia. Nadia memberi isyarat kepadaku supaya mengiyakan saja.Haih,dengan nama aku sekali dia nak tipu ke?

‘’Yalah,kau kan yang mesej dengan aku malam tu? Aida bagitau nama kau Ria.’’

Aku menarik nafas panjang. ‘’Yalah,yalah.Apa-apa sajalah okey.Yang penting sekarang,aku dah minta maaf kat kau. Kau nak maafkan aku ke tak ni?’’

‘’Minta maaf? For what?’’

‘’Yalah.Kau marahkan aku sebab something yang kita mesej malam tu kan? Walaupun aku sendiri tak tahu apa yang mengguris sangat perasaan kau tu.’’

‘’Aik,bila masa pula aku marah dengan kau? Mana ada.’’

Aku tersentak.Pantas aku menghadiahkan jelingan maut kepada Nadia.Nadia menundukkan kepalanya,tidak berani menentang wajahku.

‘’Oh ya? Good for me then.Bye-bye.’’ Klik.Talian dimatikan. Aku merenung tajam kepada Nadia.Nadia tampak serba-salah.

‘’Err…nampaknya hari dah larut malam kan.Aku pun dah mengantuk ni.Aku pergi tidur dulu ya.’’ Nadia mula mengorak langkah perlahan ke katilnya.

‘’Tunggu dulu,Nadia!’’Mendengar suaraku yang tegas,langkah Nadia terhenti.Namun dia masih tidak berani berpaling memandangku.Aku berjalan menghampirinya.

‘’Kenapa kau tipu aku,Nadia? What’s all this nonsense?’’ Soalku dengan nada yang agak tinggi.

‘’Sebenarnya,sebenarnya….’’

‘’Sebenarnya apa?!’’

‘’Sebenarnya aku nak cakap dengan dia,tapi aku tak berani.Sebab tulah aku suruh kau yang calldia.’’ Akhirnya Nadia memberitahu perkara yang sebenar. Aku mengeluh mendengar penjelasan Nadia itu.

‘’Kalau kau nak cakap dengan dia,kau cakaplah.Kenapa kau harus libatkan aku.Kau tahu kan yang aku tak suka buang masa buat benda-benda macam ni.’’

‘’Yah,I know.But I had no choice,Ary.’’

‘’But,why me?’’

‘’Sebab kaulah satu-satunya orang yang pernah mesej dengan dia dan tahu pasal dia.Aku tak bagitau pun hal ni pada orang lain selain daripada kau.Sebab tulah aku hanya mengharap kat kau sorang je untuk tolong aku,Ary.’’ Kata Nadia dengan nada perlahan.

‘’Tapi kau kata kau mesej dengan dia,kan? Mesej boleh,takkanlah nak cakap telefon tak boleh?’’ Aku betul-betul tak faham dengan sikap Nadia.

Nadia mengeluh. ‘’Mesej dengan cakap sendiri melalui telefon are two different things,Ary. Kau ingat aku tak pernah ke cuba calldia sendiri? Dua tiga kali aku cuba cakap dengan dia.Tapi entah kenapa,setiap kali dengar suara dia,nafas aku ni bagaikan terhenti.Mulut aku pula macam dah jadi bisu.But in the same time,aku nak dengar suara dia,nak berbual-bual dengan dia.Sebab tulah aku perlukan pertolongan kau.Kiranya kau ni jadi perantara antara kamilah.Kau cuma tolong sampaikan apa yang aku nak cakap.At least masa kau berbual-bual dengan dia,dapat jugalah aku dengar suara dia.’’

‘’Kau kata kau mesej dengan dia suka-suka saja,kan? Apasal kau nak segan-segan pulak ni? Atau jangan-jangan…’’ Aku mengecilkan mataku.

‘’Yes,Ary.Aku dah jatuh cinta dengan dia.Again.Mula-mula tu memanglah aku ingat yang aku mesej dia cuma untuk suka-suka saja.Tapi lama kelamaan,barulah aku sedar yang aku masih sukakan dia.Dari zaman aku sekolah sama dengan dia sampailah sekarang,perasaan ni masih tak berubah.’’

‘’YA-ALLAH,Nadia.Kenapalah kau boleh terlibat dengan benda-benda cinta ni?’’ Aku menghempaskan keluhan berat seraya meraup rambutku.

‘’Kau ingat aku nak sangat ke ? Tapi nak buat macam mana,perasaan ni dah nak datang kat aku,terima sajalah.Jadi sekarang,dah jadi tugas kau untuk membantu aku. Never say never okey.’’ Nadia memandang aku dengan penuh harapan.

‘’Oh,no,no,no.Kalau dalam hal ni,maaf sangat-sangatlah tapi aku memang tak boleh nak tolong aku.Aku tak nak terlibat dalam hal feeling kau dengan senior kesayangan kau tu.’’

‘’Alah Ary,tolonglah.Bukannya selalu aku minta tolong kau pun.Please…’’ Nadia terus merayu kepadaku.

‘’SorryNadia,tapi aku betul-betul tak nak buat benda ni.Menipu memang bukan kepakaran aku.Kalau kau nak,kau carilah orang lain. Sekarang ni aku dah mengantuk,aku nak masuk tidur.So,bye-bye.’’

Baru saja aku nak mengorak langkah,Nadia terus memintas jalanku.Dia memegang tanganku erat sambil menunjukkan memek wajah simpati.

‘’Ary,tolonglah aku.Kaulah satu-satunya kawan aku yang aku boleh percaya.Tolonglah aku.Please….’’

‘’Maaf Nadia.Keputusan aku muktamad.Lagipun sekarang aku sibuk,tak ada masa nak tolong kau. Dengan tutorial lagi,kuiz lagi. Ingat senang ke nak hadam semua benda alah tu.’’

‘’Aku tolong kau,Ary! Aku akan tolong kau ulangkaji.Aku akan ajar kau benda-benda yang kau tak faham sampai kau jadi pandai.Kalau kau tak faham-faham pun aku akan ajar juga sampai kau faham.Kau sendiri tahu kemampuan aku macam mana kan. Kita belajar sampai tak tidur pun tak apa,as long as you help me.’’

‘’Nadia….’’

‘’Lagi satu,kau kata abang sepupu kau ada beritahu kau yang dia nak buat business,kan? Kalau soal tu,aku akan tolong kau.Aku akan minta tolong ayah aku. Kau sendiri tahu kan yang ayah aku memang suka tolong orang-orang Melayu yang nak berjaya ni. Aku akan usahakan agar sepupu kau tu akan berjaya dapat modal untuk mulakan businessdia.’’ Ujar Nadia dengan bersungguh-sungguh.Terpancar keseriusan pada raut wajahnya.

Aku terdiam apabila mendengar kata-kata Nadia.Kalau nak diikutkan,keuntungan memang berpihak kepada aku dalam hal ini.Nadia seorang yang bijak,jadi kalau dia tolong aku dengan cara macam yang dia cakap tadi,sudah tentu aku pun akan jadi bijak macam dia juga.Tambahan pula,abang sepupu aku dah janji yang kalau aku tolong dia dalam mengusahakan bisnesnya itu,dia akan memberi aku komisen.Dapatlah aku menambah lagi duit dalam simpanan aku yang sudah bertimbun itu.

Apa yang perlu aku buat cumalah meluangkan sedikit masa untuk bercakap dengan lelaki bodoh itu dan menggembirakan hati Nadia.Selepas itu,masa hadapan yang cerah sudah menanti aku di kemudian hari.Aku akan menjadi pandai,aku juga akan menjadi kaya.

Ah,kau memang bijak Ariana!

‘’Baiklah,aku setuju.Tapi dengan syarat,masa untuk aku bercakap dengan dia setiap kali tidak akan melebihi sepuluh minit,dan selang empat hari sekali barulah kita akan call dia.Kau juga kena ajar aku setiap apa yang aku tak faham,dan kau tak boleh merungut.Lagi satu,aku harap kau boleh mengusahakan modal untuk sepupu aku tu secepat mungkin.Sebab lagi cepat sepupu aku dapat modal tu,lagi cepatlah dia akan memulakan bisnes dia dan lagi cepatlah aku akan dapat komisen aku.Macam mana,setuju tak?’’

‘’Syarat yang lain tu aku tak kisahlah.Tapi syarat yang pertama tu aku ada masalah sikit.Takkan sepuluh minit saja,empat hari sekali pulak tu. Buatlah 20 minit ke,setengah jam ke.’’

‘’Kau nak ke tak nak? Kalau kau tak nak tak apa,aku tak rugi.’’ Aku berkata dengan nada mengugut.

Nadia mengeluh. ‘’Okeylah,okeylah.Aku setuju.’’

Aku mengukir senyuman lebar. ‘’Ha,macam tulah.Deal!’’

‘’Dahlah,jom kita pergi tidur. Entah apalah yang kita buat kat sini.Orang lain tengah lena tidur,kita sibuk berbual pula.’’

‘’Hei,kau lupa ke yang PASUM ni macam heaven? Chillah kalau setakat baru pukul dua tiga pagi. Malam masih mudalah.’’

Aku dan Nadia sama-sama ketawa.

Previous: BAB 1
Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.