Home Novel Cinta Dia Si Katak Puru ( Tajuk Asal : Sekali Ini Saja)
Dia Si Katak Puru ( Tajuk Asal : Sekali Ini Saja)
Farrah Izzlorna
6/8/2014 23:52:11
25,982
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 17

KETIKA aku menjejakkan kaki ke pejabat keesokan harinya, semua orang memandangku dengan raut wajah pelik. Yang muka macam tak puas hati pun ada, terutamanya perempuan. Dan aku tahu sangat apa sebabnya. Sudah pasti gosip tentang apa yang terjadi di stesen bas semalam sudah bertebaran di seluruh pelusuk pejabat ini. Pasti dalam otak mereka sekarang sudah membuat andaian bahawa aku ada affair dengan jejaka idaman mereka itu.

‘’Ariana.’’ Marlia mendekatiku. Dia memandangku dengan wajah serba-salah.

‘’Kenapa?’’ Soalku pendek.

‘’En… Encik Nazrul suruh awak masuk ke pejabat dia sebaik saja awak sampai. Encik Firdaus pun ada sekali.’’ Lambat-lambat Marlia menuturkannya. Aku mengeluh. Apa lagilah yang mamat ni tak puas hati?

‘’Kejaplah. Aku letak beg kat dalam dulu.’’ Aku meletakkan beg kerja yang dibawaku di dalam bilik sebelum menuju ke bilik Pengarah. Aku mengetuk pintu dan sebaik mendapat respons dari dalam, aku terus masuk. Firdaus menoleh dan menghadiahkan senyuman untukku. Aku tidak membalasnya.

‘’Kenapa Encik Nazrul panggil saya ni?’’ Aku terus bertanya. Seboleh-bolehnya aku mahu menghabiskan semua urusan secepat mungkin dan segera keluar dari situ. Tidak betah aku berlama-lama di situ dengan adanya Firdaus.

‘’Hah, cepatlah Nazrul. ‘’ Gesa Firdaus.

‘’Sabarlah. Aku nak cakaplah ni.’’ Nazrul mengetap bibirnya. Aku mengerutkan dahi. Apa yang mahu dikatakan oleh Nazrul?

‘’Aku minta maaf.’’ Akhirnya ayat yang tidak disangka-sangka itu keluar dari mulut Nazrul.

‘’Hah?’’ Aku berasa terkejut sekali. Hitler ni minta maaf? Biar betul !

‘’Puas hati kau, Firdaus?” Nazrul bertanya dengan muka masam dan menghembus nafas kasar.

‘’Macam tak ikhlas saja.’’ Firdaus seperti tak puas hati.

‘’Janji aku dah cakap kan. Sudahlah.’’ Bentak Nazrul sedikit kasar.

‘’Apa semua ni? Kenapa Encik Nazrul minta maaf kat saya?’’ Aku mengutarakan pertanyaan yang terbuku dalam mindaku. Kalaulah Nadia tahu apa yang sedang berlaku sekarang,pasti dia tak akan percaya.

Firdaus memandang ke arah Nazrul, meminta Nazrul menjelaskannya kepada aku. Aku melihat Nazrul menghembus nafasnya kasar. Nampak sangat dia tak gemar akan keadaan itu.

‘’Aku dah tahu, kau tak ada skandal dengan bapa aku. ‘’

Aku mengangkat kening. ‘’ Perkara tu memang dah jelas dari dulu lagi. Encik Nazrul tu yang tak nak percaya dan asyik cuba menegakkan benang yang basah.’’ Sempat lagi aku menyindirnya.

Muka Nazrul merah mendengar kata-kataku.

‘’Sebenarnya Ariana, perempuan yang saya nampak semasa di Dubai hari tu,Auntie Lia adalah business partnerpak long saya. Kebetulan masa saya nampak diorang masa tu, Auntie Lia temankan pak long pergi pilih cincin untuk dihadiahkan kepada mak long ,sempena wedding anniversary diorang , iaitu semalam. Auntie Lia pun datang masa surprise party yang kakak sepupu saya buat untuk pak long dan mak long. Masa tulah kitorang tahu cerita sebenar.’’ Firdaus menjelaskan perkara yang sebenar bagi pihak Nazrul.

‘’Ohh. Good for both of you then. Jadi memandangkan salah faham ni dah selesai,boleh saya keluar sekarang ? Sebab saya ada banyak kerja lagi yang nak buat.’’

‘’Eh,tunggu dulu. Awak ada janji dengan sesiapa tak waktu lunch nanti? Kita boleh makan sama-sama. Nazrul belanja.’’

‘’What?’’ Serentak aku dan Nazrul berkata. Kami memandang antara satu sama lain sebelum merenung tajam ke arah Firdaus.

‘’Yalah, sebagai tanda minta maaf Nazrul sebab dah berburuk sangka dengan awak sebelum ni. Betul tak, Nazrul?’’ Firdaus memandang Nazrul,memintanya agar mengiyakan kata-kata itu. Nazrul mendengus. Dia mengangguk juga dalam keterpaksaan.

‘’I think there’s no need for that. Lagipun saya dah ada janji dengan seseorang.’’ Aku membuat alasan. Aku terpaksa berbohong untuk menyelamatkan diriku.

‘’Siapa? Nadia ? Tak apalah,kita ajaklah Nadia sekali. Takkanlah Nazrul nak berkira dengan tambah seorang saja lagi betul tak. Lagipun Nadia tu kan junior dia juga.’’

Firdaus terus mematikan kata-kataku. Ah,lelaki ini memang gila!

‘’ Cafeteria. Pukul 12 nanti. No more excuses.’’ Akhirnya Nazrul bersuara. Dia merenungku dengan pandangan Hitlernya itu seraya berkata lagi, ‘’ And don’t be late!’’

Aku dah tak tahu nak berkata apa lagi untuk menolak pelawaan itu. Akhirnya aku terpaksa juga bersetuju. Aku mula pening kepala. Macam mana ni? Nadia ada date dengan Adnan tengah hari nanti. Jadi dia tidak mungkin membatalkannya semata-mata nak menemani aku menghadapi dua orang sepupu yang gila ini. Tambah-tambah lagi kalau dia tahu Nazrul ada. Lagilah simpang malaikat empat puluh empat dia nak datang.Aku tak mahu makan bersendirian bersama kedua-dua lelaki itu. YA-ALLAH, please help me !

Dalam kekusutanku memikirkan perkara itu, tiba-tiba aku terlihat Marlia yang sedang sibuk melakukan kerjanya.Lantas aku teringat pelawaan Marlia tempoh hari. Aku menarik nafas panjang. Nampaknya inilah satu-satunya jalan yang ada.

‘’Hemm…hemm…’’ Aku berdehem di hadapannya. Ternyata Marlia terkejut melihat aku yang tiba-tiba berdiri di situ.

‘’Ya Cik Ariana. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?’’ Begitu formal sekali Marlia menyusun ayatnya. Mungkin takut aku memarahinya seperti apa yang pernah kulakukan pada pekerja-pekerja lain.

‘’Jom kita keluar makan nanti.’’ Ringkas ayat yang kututurkan,tetapi sudah cukup mengundang seribu kerutan di muka Marlia.

‘’Maksudnya,kita keluar lunchsekali?’’ Marlia masih tidak percaya.

‘’Yes,kita berdua keluar lunch. Bukan kau ke yang ajak aku hari tu. Jadi,nak ke tak nak?’’ Aku meminta Marlia memberikan kata putus dengan segera.

‘’Okey.’’ Marlia tersenyum padaku. Tanpa berkata apa-apa lagi,aku terus masuk ke dalam bilikku. Selesai satu masalah!

KEKOK. Perkataan itu yang paling sesuai digunakan untuk menggambarkan situasi antara kami sekarang.Dari tadi sepatah perkataan pun tidak keluar dari mulutku. Aku sibuk mengunyah makananku tanpa mempedulikan Marlia yang kelihatan serba tidak kena di sebelahku. Mungkin dia tidak selesa apabila duduk berhadapan dengan Nazrul dan Firdaus,terutamanya Nazrul yang asyik mempamerkan wajah tidak puas hati sejak dari tadi. Firdaus yang selalunya paling banyak bercakap juga tidak bersuara. Kelihatannya dia masih mencari-cari topik yang sesuai dibualkan oleh kami semua. Topik yang tak akan menambahkan lagi ketegangan antara aku dan Nazrul.

‘’So Marlia, dah berapa lama awak kerja dengan Cemerlang Holdings ni?’’ Akhirnya Firdaus memecah kesunyian antara kami. Marlia terkejut apabila diajukan pertanyaan yang tiba-tiba itu.

‘’Ba… baru saja lagi, Encik Firdaus.’’ Ujar Marlia tergagap-gagap.

‘’Oh,saya ingatkan dah lama.’’ Firdaus mengangguk-nganggukkan kepalanya. ‘’Awak pula Ariana?’’ Firdaus mengalihkan pandangan ke arahku pula. Suapanku terhenti.

‘’Adalah dalam dua tiga tahun.’’ Ujarku acuh tak acuh. Aku mengorek isi ketam yang merupakan makanan kegemaranku itu dan menyuapkan ke dalam mulutku. Tanpa kusedari tingkah lakuku diperhatikan oleh Firdaus.

‘’Awak ni memang suka makan ketam,eh? Asyik saja mengorek benda tu dari tadi.Langsung tak sentuh benda lain. ’’

‘’Hemm…’’ Sekali lagi aku memberi jawapan yang tak memberansangkan.

‘’Tengok awak makan macam ni,saya teringat pula masa mula-mula kita jumpa dulu.’’ Kata-kata Firdaus menghentikan kunyahanku. Aku memandang wajahnya.

‘’Masa tu awak pegang penyepit,macam ketam juga.Bahkan awak juga ambil ketam dalam pinggan awak.Lepas tu awak tolak saya sampai tertumpahkan kopi atas baju saya. Bila ingat balik saat-saat tu,rasa kelakarlah pula.’’ Firdaus ketawa kecil.

‘’Oh,jadi sekarang ni kau nak kata yang aku ni macam ketamlah?’’ Ujarku geram.

‘’Ya,awak ni memang macam ketamlah. Pantang usik sikit saja nak kepit orang dengan penyepit awak tu. Garang betul awak ni.’’ Gurau Firdaus.

‘’Whatever.’’ Malas aku nak melayan cakapnya.

Firdaus tersenyum. ‘’Bila kenang balik apa yang terjadi masa mula-mula kita jumpa dulu,saya teringat pula kat seorang budak perempuan ni.’’

Kata-kata Firdaus itu membuatkan aku nyaris tersedak. Hampir-hampir saja isi ketam yang baru kukunyah tersembur keluar dari mulutku.

‘’Perempuan ni dulu kawan saya. Saya selalu panggil dia Crab, sebab dia kata dia suka duit sangat-sangat, macam Mr. Crab dalam cerita Spongebob Squarepants tu. Dia pula selalu panggil saya katak puru,sebab suara saya masa menyanyi sumbang. Saya pernah cakap kat dia,kalau kami jumpa suatu hari nanti,mesti tangan dia tengah pegang penyepit macam seekor ketam. Manakala saya pula mesti ada tompok-tompok macam katak tu. Tengok-tengok benda tu betul-betul terjadi antara kita. Awak pegang penyepit, manakala baju saya yang kebetulan berwarna hijau pula dibasahi hujan dan bertompok-tompok disebabkan terkena percikan air kopi.’’ Firdaus terus bercerita tanpa menyedari perubahan pada riak wajahku.

Dia masih ingat apa yang pernah kami bualkan dulu,desis hatiku. Entah kenapa hatiku berasa amat terharu ketika itu.

‘’Encik Firdaus tak pernah jumpa dia ke?’’ Soal Marlia yang mula berminat dengan cerita Firdaus.

‘’Tak pernah. Saya tak pernah tahu muka dia macam mana. Kami hanya berbual melalui telefon. Dia tu kawan kepada junior saya.’’

‘’Habis tu sekarang dia kat mana?’’ Marlia terus menyoal. Wajah aku mulai pucat. Pertanyaan Marlia bagai mula menjerut leherku.Marlia,tolonglah jangan bertanya lagi!

Firdaus menggeleng. ‘’Saya sendiri tak tahu.Lepas malam terakhir kami berbual,dia tiba-tiba langsung tak telefon saya lagi. Saya sendiri tak tahu sebab apa dia buat macam ni.’’

‘’Kita semua tahu apa sebabnya,Firdaus.’’ Tiba-tiba Nazrul bersuara. Semua mata mengalih pandang ke arahnya.

‘’Dia yang sebabkan kau terlibat dalam kemalangan tu,Firdaus. Jadi,mana dia berani nak hubungi kau lagi? Dasar pengecut.’’ Sinis sekali nada suara Nazrul.Aku menggenggam tanganku di bawah meja.

Firdaus mengeluh. ‘’Dah berapa kali aku nak beritahu kau,Nazrul? Dia….’’

‘’Apa? Dia tak bersalah? Tolonglah Firdaus ,kau jangan nak terus menangkan perempuan tu boleh tak. Dari hari pertama kau berhubung dengan dia aku dah tak suka. Aku dah cuba halang tapi kau tak nak dengar. Kau kata biarlah,diorang budak-budak lagi. Lama-lama nanti diorang bosan,diorang berhentilah. Hei Firdaus, kalau dia tak call kau malam tu,kau takkan terlantar kat hospital tau tak. Kau tak payah nak bertarung antara hidup dan mati. Disebabkan dia,semua rancangan kita tergendala. Dan masa kau tengah bertarung nyawa tu,apa yang dia buat? Hanya tahu bersembunyi di sebalik telefon,macam yang dia selalu buat tu? Kalau ikutkan aku,memang dah lama aku lodge police report pasal budak tu. Dasar budak pembawa malang. Kalau dia ada dekat lagi dengan kau sekarang ni,entah apa malang lagilah dalam badan dia tu yang nak melekat kat kau pulak!’’

Aku bangun dan menghentakkan tanganku ke atas meja. Tindakanku itu membuatkan semua orang terkejut. Aku mencapai tas tanganku.

‘’Maaf,saya ada kerja yang nak kena buat. Saya pergi dulu.’’ Aku terus mengorak langkah tanpa mempedulikan Marlia yang terkocoh-kocoh mengejarku dari belakang.

‘’Ariana,tunggu dulu!’’Firdaus memanggilku,tetapi aku tidak mempedulikannya. Aku masuk ke dalam salah satu tandas dan mengunci pintu.Aku pergi ke arah cermin dan membasuh mukaku sepuasnya. Ketika itu air mata sudah mula bergenang di kelopak mataku.

‘’Ariana… Ariana….’’ Marlia mengetuk-ngetuk pintu tandas. Aku hanya berdiam diri.

‘’Ariana,awak okey ke?’’ Soal Marlia. Jelas terpancar kerisauan pada nada suaranya.

‘’I’m fine. Cuma rasa macam sakit perut sikit. Kau baliklah pejabat dulu.Nanti lambat pula.’’ Aku berkata kepadanya dengan nada suara yang sudah mulai serak.

‘’Awak pasti ke yang awak tak apa-apa ni?’’ Marlia masih mengkhuatirkanku.

‘’Yeah I’m sure. Kau pergilah dulu.’’

‘’Kalau macam tu tak apalah,saya pergi dulu. See you later in the office.’’ Ujar Marlia. Kedengaran derap tapak kakinya meninggalkan tempat itu.Aku terduduk di atas lantai tandas itu. Kata-kata Nazrul tadi bagaikan masih bergema di gegendang telingaku.

‘’Kalau dia ada dekat lagi dengan kau sekarang ni,entah apa malang lagilah di badan dia tu yang nak melekat kat kau!’’

Aku menghela nafas sepanjang-panjangnya.

Aku tidak boleh dekat dengan Firdaus lagi walau atas alasan apa sekalipun. Aku tidak mahu dipersalahkan kalau ada sesuatu yang buruk menimpanya selepas ini.Aku harus menjauhkan diri daripadanya.Harus!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.