Home Novel Cinta Dia Si Katak Puru ( Tajuk Asal : Sekali Ini Saja)
Dia Si Katak Puru ( Tajuk Asal : Sekali Ini Saja)
Farrah Izzlorna
6/8/2014 23:52:11
74,879
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 16

‘’SO,how’s your day?’’ Soal Nadia ketika aku baru saja menutup pintu rumah. Sejak aku memberitahunya tentang Firdaus yang kini bekerja di pejabatku,dia begitu teruja sekali mahu mendengar perkembangan harianku.

‘’Kau rasa dengan kehadiran dua orang senior kau yang gila tu,aku boleh hidup tenang ke?’’ Aku mengajukan pertanyaan kembali. Aku menanggalkan stoking dan duduk di atas sofa. Mahu melepaskan lelah.

‘’Apa yang diorang buat?’’ Ujar Nadia tak sabar-sabar. Dia duduk di sebelahku dan memandangku dengan mimik muka keanak-anakannya.

‘’Macam biasalah. Yang sorang tu tak habis-habis nak kacau aku. Yang sorang lagi tu pula tak habis-habis nak kenakan aku. Menyusahkan betul diorang tu. Keras kepala betul.’’ Rungutku. Itulah situasi yang terpaksa kulalui sejak beberapa minggu Firdaus bekerja di Cemerlang Holdings. Lelaki itu sering mencari kesempatan untuk cuba berbual denganku walaupun aku cuba menghindarinya. Nazrul pula macam biasalah. Tak habis-habis nak tuduh aku ada skandal dengan bapanya. Lama-lama sampai aku jadi malas nak menafikan lagi.

Nadia ketawa. ‘’ Sesuailah dengan kau. Sama-sama degil dan tak mahu mengalah. Bolehlah jadi kawan baik dunia dan akhirat.’’

Aku mempamerkan wajah jelek. ‘’ Dengan Firdaus dan Nazrul? Oh please,never! ‘’

‘’Orang tua-tua kata,jangan nak tolak sangat benda yang kita tak suka. Lama-lama nanti silap-silap benda tu pulak yang melekat kat kita. Macam kaulah. Asyik kata benci,menyampah semua dengan Nazrul dan Firdaus. Tapi silap hari bulan nanti,salah seorang daripada diorang pula yang akan jadi suami kau. Masa tu baru kau tahu.’’

‘’Aku takkan ada komitmen dengan mana-mana lelaki pun,Nadia. Even as a husband.’’ Jawapanku mematikan ketawa Nadia. Dia merenungku sebelum mengeluh panjang.

‘’Sampai bila kau nak jadi macam ni,Ary?’’ Soalan yang acap kali ditanya oleh Nadia itu diutarakan kembali kepadaku.

Aku bangun dari dudukku. ‘’Sampai bila-bila.’’ Jawabku ringkas. Jawapan yang sama kuberikan setiap kali Nadia bertanyakan soalan itu.

Nadia terdiam.Aku tersenyum seraya mengusap bahu Nadia.

‘’Don’t worry,okay. I will be fine.’’

Nadia mengangkat wajahnya,memandang wajahku. ‘’Sampai bila kau nak terus menolak kehadiran lelaki dalam kehidupan kau,Ary? Bukan semua lelaki jahat seperti yang kau fikirkan. Bukan semua lelaki sama macam ayah kau.’’

‘’I know. Tapi tak semua lelaki tu baik juga kan. Jadi untuk apa aku mengambil risiko?’’ Aku terus mempertahankan pendapatku.

‘’Kalau tak berani mengambil risiko,apa gunanya hidup dalam dunia ni? Semua di dalam dunia ni ada risikonya yang tersendiri,Ariana. Hanya orang yang berani mengambil risiko saja akan berjaya. Bukankah itu yang pernah kau beritahu aku dulu,Ary?’’ Nadia membidas kembali kata-kataku.

Giliran aku pula terdiam. Tidak kusangka kata-kata yang pernah kuungkap dulu akan memerangkap diriku kembali.

‘’ARIANA,Encik Firdaus suruh awak hantar dokumen ni ke bilik dia.’’ Kata Amar,akauntan Cemerlang Holdings seraya meletakkan fail berwarna biru itu ke atas mejaku.

Aku mengerutkan dahi. ‘’ Fail apa ni?’’

‘’Dokumen kewangan syarikat ni.’’ Beritahu Amar ringkas.

‘’Tak ada kena mengena pun dengan aku. Kau pergilah hantar.’’

‘’Memanglah aku tadi dah nak hantar. Tapi Encik Firdaus kata dia nak kau yang pergi bagi benda ni kat dia.’’ Jelas Amar.

‘’Menyusahkan betullah dia ni.’’ Rungutku. Amar tersenyum mendengarnya.

‘’Alah,Encik Firdaus suka kat kaulah tu. Tu yang asyik cari alasan nak jumpa dengan kau.’’ Usik Amar. Aku menjeling tajam kepadanya. Terus senyumannya mati. Aku mendengus seraya mengambil fail di atas mejaku itu dan menuju ke arah bilik Firdaus.Memang setiap kali inilah yang berlaku. Firdaus akan sentiasa mencari muslihat agar aku akan bertemu dengannya. Aku terus meluru masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.

‘’Nah!’’ Aku melemparkan fail itu ke atas mejanya kasar. Firdaus terkejut dengan kehadiranku yang tiba-tiba itu. Tetapi wajahnya tetap tenang. Seakan dia sudah menjangka reaksi sebegitu daripadaku.

‘’Relakslah. Kenapa nak marah-marah ni?’’

‘’Sebab kau ni tak habis-habis nak kacau aku. Dah beribu kali aku cakap,aku tak suka dekat dengan kau. Tak faham-faham lagi ke.’’ Aku terus menyinga di situ.

Firdaus tidak melatah apabila aku menengkingnya seperti itu,sebaliknya dia hanya tersenyum. Dia berdiri dan menghampiriku.

‘’I know that you hate me. Tapi,saya sendiri tak boleh kawal diri saya dari mendekati awak walaupun saya tahu yang awak tak sukakan saya.’’

‘’Why?’’

‘’Because you remind me to someone.’’

Aku terkejut mendengar kata-katanya itu. Adakah aku telah mengingatkan dia kepada ‘Ria’? Aduh,mati aku!

‘’Si…. Siapa?’’ Soalku tergagap-gagap. Aku ingin kepastian dari mulutnya sendiri.

‘’Well,someone that’s very special to me.’’ Ujar Firdaus.

Jantungku tiba-tiba berdegup kencang. Adakah dia menganggap aku sebagai orang yang istimewa di hatinya,desisku. Entah kenapa hatiku terus menjadi berbunga-bunga.

‘’Yeah,she’s special to you. Tapi siapa nama dia? Apa hubungannya dengan kau?’’ Aku pula yang menjadi banyak tanya ketika itu. Kami bagaikan sudah bertukar posisi.

Firdaus mengerut dahi. ‘’How do you know that the person is a ‘she’?’’

Wajahku berubah apabila menyedari keterlanjuranku. Aduh,kenapalah kau ni bodoh sangat Ariana!

‘’Err… sebab kau kata aku mengingatkan kau kepada orang special tu. Aku ni kan perempuan. Jadi kalau kau tengok aku takkanlah kau teringatkan lelaki pulak kan?’’ Aku cepat-cepat cuba membetulkan keadaan. Alasanku itu terasa terlalu konyol.

Firdaus ketawa. ‘’Ya tak ya juga kan.’’

‘’Kalau tak ada apa-apa lagi,aku keluar dulu ya.’’ Sebelum aku buat kesilapan-kesilapan bodoh seperti tadi,lebih baik aku cepat-cepat beredar dari situ.

‘’Tunggulah sekejap. Saya tak sempat lagi nak cerita pasal someone special tu.’’ Firdaus cuba menegahku dari pergi.

‘’Aku datang sini sebab nak kerja, bukannya nak dengar cerita kau. Lagipun langsung tak ada kena-mengena dengan aku. Jadi buat apa aku nak dengar. Tak mendatangkan untung pun. Kau bagi duit kat aku tak apalah jugalah.’’ Aku menjuihkan bibir.

Firdaus ketawa. ‘’ Oh,jadi benda yang mendatangkan untung kepada awak sajalah awak nak dengar?’’

‘’Ya,sebab aku tak suka buang masa. Aku tak suka buat benda yang tak boleh nak generate duit.’’ Sengaja aku menampakkan sisi burukku kepadanya. Biar dia sangka yang aku ni perempuan jahat yang mata duitan dan tak akan ganggu aku lagi.

Namun sangkaanku meleset. Firdaus langsung tidak menunjukkan reaksi tak menyenangkan,sebaliknya dia tetap positif.

‘’Oh,interesting. Jarang nak jumpa perempuan yang tak buang masa macam awak ni. Mesti duit awak berkepuk-kepuk dalam bank tu kan.’’

Dia memujiku pula. Aku mula sakit kepala. Mati akal aku apabila bercakap dengan lelaki ini.

‘’CIK ARIANA!’’

Aku memandang ke arah kereta yang berhenti di hadapanku itu. Aku mengeluh. Apa lagilah yang dia nak lagi ni?

Aku buat-buat mengipas diriku dengan surat khabar yang aku pegang,berpura-pura tidak mendengar dia memanggilku. Firdaus turun dari kereta dan menghampiriku. Sementara Nazrul yang berada di tempat pemandu hanya memerhatikan kami berdua. Wajahnya masam sekali. Nampak sangat dia tidak suka dengan tindakan Firdaus.

‘’Tak balik rumah lagi ke?’’ Firdaus duduk di sebelahku. Beberapa orang pekerja Cemerlang Holdings yang duduk bersama-sama denganku di stesen bas itu hanya menjadi penonton. Sesekali mereka berbisik sesama sendiri. Aku mengalih posisiku agar jauh sedikit daripada Firdaus.

‘’Taklah. Aku dah balik rumah. Sekarang ni aku tengah mandi. Nak join sekali ke?’’ Perliku. Dah tahu buat-buat tanya pula.

‘’Boleh juga.’’ Firdaus mengenyit matanya. Menyampah aku melihat reaksinya itu.

‘’Gatal.’’ Aku berkata sepatah seraya mencebik.

‘’Dah orang dah ajak,takkan nak tolak pula. Rezeki jangan ditolak.’’ Usik Firdaus lagi.

Malas aku nak melayan percakapannya lagi. ‘’Kau duduk di sini semata-mata nak sembang dengan aku ke? Nanti mengamuk pula Hitler dalam kereta tu.’’ Aku merujuk kepada Nazrul yang semakin mencuka wajahnya.

Nazrul membunyikan honnya bertalu-talu. Nampak sangat dia mendengar apa yang dikatakan olehku. Sengaja aku bersuara kuat tadi untuk menyakitkan hatinya.

‘’Woi Firdaus,cepatlah sikit! Kita dah lambat ni. Nanti kakak aku marah pula.’’ Jerit Nazrul dari dalam kereta.

‘’Sekejaplah.’’ Jerit Firdaus kembali. Dia menoleh kepadaku. ‘’Rumah awak kat mana? Saya boleh tolong hantarkan.’’

Aku tersenyum sinis. Tak boleh hendak dibayangkan aku dengan Nazrul duduk di dalam satu kereta. ‘’ Dengan korang berdua? Minta simpanglah.Aku lebih rela naik bas.’’ Ujarku selamba.

‘’Tapi dah lewat ni kan.’’ Kata Firdaus bimbang. Rupa-rupanya dia mengkhuatirkan keselamatanku.

‘’Kalau kau nak sangat hantar orang balik,apa kata kau hantar Kak Ani saja. Dia ada anak suami yang menunggu dia kat rumah. Aku pula tiada siapa pun. Tak ada siapa pun yang peduli walau aku tak balik sekalipun.’’ Ujarku seraya memuncungkan bibir kepada Kak Ani,tukang cuci di syarikatku yang duduk tidak jauh daripada kami berdua.

‘’Siapa kata tak ada siapa peduli? Saya peduli.’’

Aku mengalih pandang ke arah Firdaus. Buat seketika kami bertentang mata. Entah kenapa aku seperti dapat melihat keikhlasan di sebalik anak matanya yang redup itu. Seakan-akan dia betul-betul memaksudkan apa yang dikatakannya tadi.

‘’Firdaus!’’ Kelihatannya Nazrul sudah hilang sabar. Dia membunyikan honnya dengan panjang. Aku dan Firdaus tersentak dari khayalan. Kami kembali ke alam nyata. Aku menoleh ke arah lain. YA-ALLAH, apa yang aku dah buat tadi?

‘’Kau pergilah. Nanti Hitler tu buat kecoh lagi.’’ Suruhku tanpa memandang wajah Firdaus. Takut dia perasan akan perubahan mukaku yang sudah mula bertukar menjadi kemerah-merahan itu.

‘’Sekejap ya.’’ Firdaus bangun dan menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu di situ. Setelah bercakap buat seketika dengan pemandu teksi itu, Firdaus memanggilku.

‘’Cik Ariana,balik dengan teksi ni. Cepatlah sikit awak sampai ke rumah. Nak tunggu bas,bila tahun nak sampai.’’ Ujar Firdaus, bernada arahan.

‘’Tapi…’’ Aku cuba membantah.

‘’Saya dah bayar untuk tambang teksi ni. Naik sajalah.’’ Firdaus membuka pintu teksi dan menarik tanganku masuk ke dalam. Aku tidak sempat mengelak. Firdaus melambai-lambai kepadaku sebaik teksi itu mula bergerak.Aku mendengus. Di sebalik sifat degilnya,lelaki ini rupa-rupanya juga seorang yang suka memaksa. Baru hari ini aku tahu.

‘’Boyfriend cik ke yang tadi tu?’’ Pemandu teksi itu bertanya kepadaku.

Aku memandang ke arah pemandu teksi itu sambil mengecilkan mataku.

‘’Never!’’

Previous: BAB 15
Next: BAB 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.