Home Novel Cinta Puteriku Anastasia
Puteriku Anastasia
Farrah Izzlorna
19/12/2015 17:38:57
7,767
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
BAB 10 : JANJI

‘’HEI Zara,’’ tiba-tiba Taufik datang menegur Zara ketika Zara sedang makan bersama Amira di kafeteria.

‘’Yo, what’s up?’’ balas Zara endah tak endah. Hairan, tak pernah-pernah Taufik mahu menegurnya sebelum ini.

‘’Boleh tak aku nak cakap dengan kau kejap? Alone?’’ soal Taufik sambil mengerling ke arah Amira, tanda tidak mahu Amira berada di situ.

‘’Apa yang kau nak cakap? Cakap ajelah.’’

‘’I said, alone!’’ Taufik merenung tajam ke arah Zara.

‘’Okay, fine!’’ Zara mengangkat kedua-dua belah tangannya dan bangun dari meja.

‘’Lagipun, aku pun sebenarnya ada benda jugak yang nak tanya kat kau,’’ ujar Zara bila teringatkan perihal lelaki semalam.

‘’Hei, kau orang okey tak ni?’’ soal Amira bimbang. Risau Zara dan Taufik bertelagah lagi. Zara hanya mengangguk. Kemudian, dia mengikut Taufik ke luar kafeteria.

‘’Aku….’’ Taufik dan Zara bersuara serentak.

‘’Kaulah yang cakap dulu,’’ Zara memberi laluan pada Taufik untuk memulakan kata-katanya.

‘’Okey. Aku sebenarnya…’’

‘’Kalau kau risau aku bagitau sesiapa pasal kau kerja kat Jco tu, tak payahlah risau. Aku tak buka mulut kat sesiapa pun. So no worries,’’ Zara memotong sebelum sempat Taufik memulakan kata-kata.

‘’Hei, boleh tak kau biar aku habis cakap dulu?’’ marah Taufik.

‘’Yelah. Muka kau nampak resah semacam aje, aku ingat pasal tulah. Malas nak dengar kau cakap panjang-panjang,’’ ujar Zara selamba.

‘’Aku tak kisahlah kalau satu universiti tahu pun. Bukannya aku kacau duit mak bapak dia orang.’’

‘’Habis tu, pasal apa?’’

Taufik diam seketika. Dia nampak serba-salah. Zara menyilangkan tangan dan mengetuk jari-jemari kanannya di atas tangan kiri.

‘’Cepatlah sikit! Kalau kau tak nak cakap, biar aku yang cakap!’’ gertak Zara.

‘’Okay, fine! Aku cuma nak bagitau kat kau, yang aku tak memaksudkan apa yang aku cakap kat Jco tempoh hari,’’ akhirnya, Taufik berkata-kata jua. Zara menjungkit kening.

‘’Tak memaksudkan?’’ Zara ketawa sinis. ‘’Lepas kau memalukan aku depan orang ramai, berani kau kata yang kau tak memaksudkan apa yang kau cakapkan? Apology is not accepted, Taufik.’’

‘’Aku tak minta maaf pun dekat kau sebab aku tak rasa yang aku cakap apa-apa yang salah pun,’’ Taufik cuba mempertahankan diri.

‘’Kalau kau rasa yang kau tak cakap apa-apa yang salah, kenapa kau beria-ia nak confrontdengan aku dan explain dekat aku yang kau konon-kononnya tak memaksudkan benda yang kau cakap tu?’’ Zara memulangkan paku buah keras.

Taufik mendengus. ‘’Suka hati kaulah. Yang penting, aku dah cakap apa yang aku nak cakap. Terserah pada kaulah nak terima ke tak.’’ Taufik mahu menapak pergi, tetapi Zara pantas menghalang dengan tangannya.

‘’Kejap, sekarang giliran aku pula nak tanya pada kau. Dan aku nak kau jawab dengan jujur,’’ riak wajah Zara bertukar serius. Tidak main-main lagi.

‘’Apa?’’

‘’Ashraf ada dekat Malaysia ke sekarang ni?”

Riak wajah Taufik berubah mendengar soalan Zara.

‘’Apasal kau tanya aku soalan tu?’’

‘’You are not answering my question, Taufik.’’

‘’Manalah aku tahu. Kau tanya aku buat apa. Aku bukannya mak bapak dia nak tahu semua tu,’’ Taufik cuba berlagak selamba. Tetapi dari riak wajahnya pun Zara dah tahu yang Taufik sedang menipu sekarang.

‘’You are lying right now, Taufik. Kau sebenarnya tahu kan Ashraf ada dekat Malaysia sekarang?’’

Taufik merenung Zara tajam.

‘’Mana kau tahu tentang hal ni?’’

‘’Sebab dia datang jumpa aku personally semalam.’’

Terpamer rasa terkejut pada ekspresi muka Taufik. Secara drastik, Taufik terus menggenggam bahu Zara erat.

‘’Dia cakap dan buat apa pada kau? Kat mana dia jumpa kau? Cakap sekarang!’’ nada suara Taufik meninggi. Terkejut Zara dibuatnya dengan reaksi Taufik. Zara terus menepis tangan Taufik kasar dari terus hingap di bahunya.

‘’Itu bukan urusan kau, Taufik!’’

‘’Apa-apa yang berkaitan antara kau dengan dia adalah urusan aku!’’

‘’Urusan kau? Sejak bila kau ambil berat sangat pasal aku? Kau bukannya dari dulu lagi benci dekat aku ke. Sejak aku mula-mula kawan dengan Ashraf lagi. Walaupun aku sendiri tak tahu sebab apa kau benci sangat dekat aku.’’

Taufik terdiam seribu bahasa. Zara berpaling. Makin sakit hatinya bila berlama-lama di situ.

‘’When is our next discussion?’’

‘’Tak payahlah kau peduli,’’ balas Zara tanpa menoleh sedikitpun.

‘’Kalau kau buat perangai macam ni, aku lapor pada Madam Marissa yang kau tak nak bagi kerjasama dekat aku,’’ ugut Taufik.

Dasar Repeater tak guna, desis hati Zara.

‘’Next Monday, 4 p.m. Library.’’

Ringkas dan padat jawapan yang diberikan Zara. Setelah Zara masuk ke dalam kafeteria, Taufik menghempas nafas panjang.

‘’Nampaknya kau dah mula tunaikan janji-janji kau,Ashraf,’’ bisik Taufik sendirian. Hatinya dipalit kerisauan yang bukan sedikit.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.