Home Novel Cinta Dia Si Katak Puru ( Tajuk Asal : Sekali Ini Saja)
Dia Si Katak Puru ( Tajuk Asal : Sekali Ini Saja)
Farrah Izzlorna
6/8/2014 23:52:11
74,901
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 5

‘’NADIA,Firdaus tu macam mana orangnya?’’

Akhirnya,aku memberanikan diri untuk bertanya soalan itu kepada Nadia.Memang semenjak hubungan aku dan Firdaus menjadi baik semula dan kami juga semakin kerap berhubung; sudah tentu apabila Nadia juga berada bersama aku,aku mendapat tahu banyak perkara tentang dirinya.Tetapi sungguhpun begitu,aku ingin juga tahu bagaimana dirinya yang sebenar melalui pandangan orang lain.

Nadia memandangku dengan senyuman yang sukar untukku mengertikan.

‘’Hai,tak pernah-pernah kau tanya pasal Firdaus sebelum ni.Kenapa,dah terpikat dengan senior aku tu ke?’’ Usik Nadia.Tetapi nada suaranya terselit sedikit rasa cemburu.

‘’Hish kau ni,memandai je. Ingat aku tak ada kerja lain ke. Taklah, kadang-kadang aku tertanya-tanya juga.Kau selalu cakap kau suka sangat dengan si Firdaus tu dari dulu lagi.Tapi kau tak pernah cerita pun kat aku bila kali pertama kau jumpa dengan dia. Macam mana kau jatuh cinta dengan dia. Apa yang ada pada diri dia yang buatkan kau dan budak-budak perempuan yang lain tu suka kat dia selain sebab dia tu kacak.Tu pun kalau betullah dia tu handsomekan.’’ Jelasku panjang lebar.Lagipun memang itulah kebenarannya.Aku hanya nak tahu lebih lanjut saja tentang diri Firdaus.Itu saja.

‘’Oh,macam tu ke.’’ Nadia ketawa kecil.Dia mengalihkan badannya menghadapku dan memulakan kisahnya.

‘’Pertama kali aku jumpa dengan dia masa minggu orientasi untuk budak-budak form 1. Masa tu aku form 1 dan dia pula form 5.Firdaus tu ketua pengawas,kacak,baik pula tu,jadi memang banyaklah budak form 1 yang tangkap cintan dengan dia.Semua berebut-rebut nak jadi adik angkat dia.Dan sebab dia tu baik,dia terima saja siapa-siapa yang minta nak jadi adik angkat dia.Tapi masa aku jumpa dia mula-mula tu,aku tak fall in lovelagi dengan dia.Cuma aku suka tengok dia sajalah sebab dia tu handsome. Famous pulak tu.‘’

‘’Habis tu,macam mana kau boleh jatuh cinta kat dia?’’ Aku terus bertanya.

Nadia tersenyum. ‘’Kau nak tahu tak,masa form 1 dulu,aku ni pendiam sangat.Susah nak bergaul dengan orang.Macam tu jugalah masa minggu orientasi tu.Aku sorang je yang duduk terpinggir sebab tak tahu macam mana nak bergaul dengan budak-budak lain. Dan ketika itulah segala-galanya bermula.Pada hari kedua minggu orientasi tu, kami buat treasure hunt.Dan macam biasalah,aku buat perangai forever alone aku tu,duduk sorang-sorang kat satu ceruk ni,tak bergaul dengan ahli kumpulan yang lain.Dan masa aku tengah sorang-sorang tulah,dia datang dekat aku dan tanya. ‘Kenapa adik duduk sorang-sorang kat sini? Mana kawan-kawan adik yang lain?’ Nada suara dia lembut saja, langsung tak marah-marah.

Mula-mula aku diam.Aku tak jawab apa.Tapi lepas dia pujuk aku berulang kali,barulah aku bagitau dia yang aku tak ada kawan kat situ,aku rasa tak selesa. Bila dia dengar jawapan aku tu,dia senyum.Dan kemudian dia ajak aku pergi kepada kumpulan aku.Mula-mula aku tak nak sebab aku takut kena marah,tapi lepas dia pujuk aku lagi,aku pun ikut sajalah.Bila kami pergi kepada kumpulan aku,dia terus pergi kat fasilitator kumpulan aku dan cakap sesuatu dengan fasilitatortu. Fasilitator tu angguk-angguk kepala dan terus pergi dari situ.Lepas tu,Firdaus pandang kami semua dan bagitau yang hari tu dia yang akan take over tugas sebagai fasilitator kumpulan kami. Bila dia dah habis cakap,Firdaus pandang kat aku dan senyum,macam dia nak beritahu aku supaya tak perlu risau lagi.Dan lepas tu secara tiba-tiba saja hati aku jadi tak takut lagi dah,dan buat pertama kalinya aku rasa gembira sejak aku menjejakkan kaki kat sekolah tu.

Kemudiannya,keadaan aku berubah sama sekali.Firdaus tak membiarkan aku keseorangan lagi.Bila dia tengok aku macam duduk sorang-sorang saja,dia mula buat sesuatu sehingga aku dapat bergaul dengan ahli-ahli kumpulan yang lain.Bila dia tengok yang akhirnya aku dapat juga berkawan baik dengan mereka,Firdaus datang dekat aku dan berbisik ‘Good job.Lain kali jangan duduk sorang-sorang lagi tau.Sunyi kalau tak ada kawan.’ Hati aku rasa tersentuh sangat dengan keprihatinan dia dan aku rasa pada masa tulah aku mula suka kat dia.Dan perasaan aku tu terus kekal sehinggalah hari-hari seterusnya,sehinggalah ke hari ni tanpa aku sedari.Begitulah ceritanya.The end.’’

‘’Oh,macam tu ke.Dia tu memang baik sangat eh?’’

‘’Yap.Baik sangat-sangat.Tak pernah lagi aku jumpa lelaki sebaik dia.’’

‘’Habis tu,takkanlah orang baik macam dia tu tak pernah ada girlfriend?’’ Aku terus mengorek rahsia.

Nadia mengerut dahi. ‘’Macam mana kau tahu yang dia tak pernah ada girlfriend?’’

‘’Aku baca mesej yang kau hantar kat dia.Dalam satu mesej tu,kau ada tanya kat dia yang dia tu ada girlfriend tak.Lepas tu dia cakap dia tak ada girlfriend.Plus tak pernah ada pun.Jadi aku rasa hairan jugaklah.Kau kata dia tu handsome.Kau kata dia tu pandai.Kaya juga maybe.Takkanlah lelaki yang perfect macam tu tak pernah ada girlfriend. Perkara yang paling mustahil boleh berlaku kat dalam dunia. Unless kalau dia tu tak ‘straight’lah kan.You know what I mean.’’ Aku mula membuat tanggapan yang bukan-bukan.

‘’Hish,ada ke situ pulak kau ni.Dia tu lurus okey,macam pembaris! Aku berani kerat jari kalau dia bengkok sikit pun.Tapi tulah,aku pun pernah terfikir juga apa yang kau cakap tadi.Takkanlah lelaki macam dia tu tak pernah ada teman wanita.Padahal bukan sikit orang yang minat kat dia.Dalam batch aku dulu pun dah berapa ramai yang suka kat dia.Dalam ramai-ramai tu takkanlah tak ada seorang pun yang tersangkut.Tapi dah dia kata dia tak ada girlfriend,aku nak kata apa.Takkan aku nak paksa dia mengaku yang dia ada pula.Lagipun dia tu bukan jenis yang menipu. Tengoklah macam mana cara dia masa cakap dengan kau semua.Dia jawab je apa yang kau tanya.Semua yang dia bagitau fakta pula tu,tak berselindung langsung.Jadi nak tak nak,walaupun sukar dipercayai telan sajalah apa yang dia kata tu.Dalam soal lain dia boleh bercakap benar,takkan dalam soal ni dia nak tipu pula.’’

‘’Macam mana kau tahu yang apa yang dia cakap selama ni betul?’’

‘’Dalam banyak-banyak soalan yang kita tanya kat Firdaus tu,ada jugalah soalan-soalan yang sebenarnya aku dah tau jawapannya.Cuma saja aku buat-buat tanya lagi sebab nak tengok dia boleh jawab dengan jujur atau tak.Contohnya U tempat dia belajar masa kat luar negara dulu.Aku tahu yang dia ambil business studies di University of Buckingham, tapi sengaja aku tanya kat dia macam aku tak tahu.Dan dia jawab perkara yang sebenarnya. Jadi aku rasa tak ada sebab kita nak meragui apa yang dia cakap,walaupun perkara tu tampak mustahil untuk berlaku.Tambah-tambah lagi untuk hot stuffmacam dia tu.Tapi kan…’’ Nadia menghentikan kata-katanya. Dia berfikir untuk seketika.

‘’Tapi apa?’’ Aku bertanya tak sabar.

‘’Aku masih ingat lagi,dulu masa sekolah menengah,dia ada rapat dengan sorang budak perempuan ni tau.Namanya Naurah.Budak tu muda setahun dari prince charming aku.Mereka tu pergi mana-mana pun berkepit saja,buat tugas pengawas semua sama-sama.Masa pagi-pagi sebelum masuk kelas pun selalu jalan sekali lalu dekat depan kelas budak form 1.Cakap pun mesra-mesra,selalu gelak-gelak macam orang bahagia tengah dilamun cinta.Jadi bila aku tengok kerapatan mereka yang lain macam sangat-sangat tu,aku ingat yang diorang memang betul couple lah masa tu.Ranaplah hati aku kejap.Tup-tup bila aku tanya Firdaus,dia kata yang dia tak pernah ada girlfriend.Tu yang buat aku hairan.Kata tak pernah ada girlfriend.Habis tu dia dengan Naurah dulu tu apa? Kalau kau kat tempat aku pun kau tak rasa pelik ke? ’’

Aku hanya diam,tidak menjawab pertanyaan Nadia.Fikiranku ligat memikirkan apa yang dikatakan Nadia sebentar tadi.

Naurah,bisik hatiku.

ENTAH kenapa sejak aku mendengar cerita Nadia tentang ‘kawan’ Firdaus yang bernama Naurah itu,hatinya rasa semacam saja.Fikiranku juga acap kali terganggu sehingga tak dapat menumpukan perhatian di dalam dewan kuliah.Jiwaku rasa resah setiap kali memikirkan tentang hal itu.Tentang status hubungan Naurah dan Firdaus yang sebenarnya.

Ah,apa yang tak kena dengan aku ni! Firdaus tu tak ada apa-apa hubungan kau okey.Pasal apa pula kau nak sibuk-sibuk sangat dengan hal dia.Suka hati dialah nak jalinkan hubungan apa pun dengan si Naurah tu.Tu bukan urusan kau,Nur Ariana Abdullah! Aku memarahi diriku sendiri.

Namun,semakin aku cuba mengelak dari memikirkan tentang perkara itu,semakin kerap persoalan itu datang mengganggu fikiranku sehingga aku tidak boleh duduk tenang walaupun hanya untuk satu saat.Bahkan aku juga tidak boleh belajar dengan baik seperti selalu,walhal peperiksaan semester pertama akan bermula dalam beberapa hari saja lagi.

Ah,ni tak boleh jadi! Boleh jadi gila aku dibuatnya kalau terus memikirkan hal ni.Ah,aku mesti buat sesuatu!

‘’Firdaus,Naurah tu siapa dengan kau?’’ Seperti yang diatur sejak tadi,akhirnya aku mengutarakan pertanyaan itu kepada Firdaus.

Nadia yang sedang mengunyah roti terkejut sampai ke tahap meludahkan kembali roti yang telah dikunyahnya,kemudian memandangku dan menggerakkan mulutnya ‘Are you crazy,Ary!’. Tetapi aku buat-buat tidak nampak akan reaksi Nadia itu.

‘’Naurah? Maksud kau,kawan aku masa sekolah menengah dulu tu ke?’’ Soal Firdaus hairan.

‘’Yalah tu agaknya.’’Aku menjeling ke arah Nadia.Nadia menggeleng-gelengkan kepalanya dan memberikan reaksi ‘Habislah aku kali ni!’

‘’Mana kau tahu pasal Naurah ni?’’

‘’Dari sumber yang boleh dipercayai.’’

‘’Haa…aku tau siapa.Ni mesti kau tahu daripada Aida,kan?’’

Mata Nadia terbeliak apabila mendengar kata-kata Firdaus itu.Aku rasa kalau ditoreh mukanya sekarang pun mesti tidak akan ada darah yang keluar.

‘’Apasal pula kau kata yang aku tahu benda ni daripada Aida? Memandai saja.Aku dapat tahu daripada orang lainlah.’’ Aku cuba untuk melindungi rahsia Nadia.

‘’Tak payah nak berselindung lagilah.Aku dah boleh agak semuanya.Aida tu sebenarnya junior aku masa sekolah menengah dulu kan.Sebab tulah dia boleh tau yang dulu aku pernah jadi ketua pengawas,aku kelas apa,masuk persatuan kelab apa dan macam-macam lagilah.Am I right?’’

Aku merenung Nadia.Nadia menggerakkan bibirnya dan menyuruh aku bertanya Firdaus sama ada Firdaus mengetahui siapa dirinya.

‘’Habis tu,kiranya kau kenallah Aida ni siapa sebenarnya? Kau tahulah macam mana rupa dia semua?’’

‘’Oh,yang tu aku tak tahulah.Berapa ramai junior aku yang ada kat sekolah tu dan berapa kerat saja yang aku kenal pun.Dan aku sendiri pun tak tahu yang aku kenal ke tak dengan kawan kau tu.Tapi yang aku pasti,dulu kitorang sama sekolah.Betul tak?’’

Nadia menyuruhkan mengiyakan sahaja kata-kata Firdaus.

‘’Betullah apa yang kau cakap tu.Aida tu memang junior kau.Pandai jugak kau ni.’’

‘’Mestilah.Nak hidup,mestilah bijak mehh.’’ Firdaus ketawa.Aku tersenyum mendengar kata-katanya.

‘’Hemm,yalah.Kau memang bijak.Puas? Tapi kau belum jawab lagi soalan aku tadi.Apa hubungan kau dengan Naurah tu?’’

‘’Kami kawan sajalah.’’ Ringkas sahaja jawapan Firdaus,tapi masih tidak memuaskan hatiku.

‘’Tapi junior kau si Aida ni cakap yang korang dulu asyik berkepit saja 24 jam.Pergi mana-mana pun sama-sama.Kalau tandas tu tak terbahagi kepada tandas lelaki dan perempuan rasa-rasanya itu pun korang pergi sekali agaknya.Takkanlah setakat kawan saja kalau macam tu?’’ Aku terus membidas kata-kata Firdaus.Dan serentak itu juga aku menerima cubitan di pinggang yang begitu berbisa sekali daripada Nadia.

Aku menjerit kesakitan.Nadia menjegilkan matanya kepadaku.Aku meletakkan jari telunjukku ke mulutnya dan menyuruhnya dengan bahasa isyarat agar mendengar saja apa yang aku dan Firdaus bualkan. Wajahnya cemberut,tanda tidak berpuas hati.

‘’Kenapa kau menjerit tu?’’ Tanya Firdaus.

‘’Tak ada apa-apa.Cuma kena gigit semut saja.’’ Aku memberi alasan.

‘’Kena gigit semut pun menjerit sampai macam tu ke? Kalau kena baham dengan harimau macam manalah agaknya.’’ Firdaus ketawa. ‘’Dahlah,kau tak payah nak tipu aku.Aida ada kat sebelah kau kan sekarang?’’

‘’Haah.Bahkan bukan Aida sorang saja,banyak lagi yang sedang dengar perbualan kita sekarang.Lebih kurang sepuluh orang.Aku pasang loudspeaker bagi semua dengar.’’ Balasku geram.

‘’Hah? Betul ke?’’ Firdaus terkejut mendengar kata-kataku.

‘’Dah.Tak payah nak terkejut sangat.Aku tengok kau dari tadi asyik mengelak saja bila aku tanya pasal Naurah.Kau dengan dia sebenarnya ada apa-apa kan,tapi kau sengaja nak merahsiakan dari semua orang.Betul tak?’’ Aku terus membuat spekulasi sendiri.

‘’YA-ALLAH,budak ni.Tak percaya juga.Kan aku dah cakap,kitorang tak ada apa-apa.Aku dan Naurah tu cuma kawan saja,tak lebih daripada itu.Kitorang rapat pun sebab dia tu penolong aku dalam lembaga pengawas.That’s all.’’

‘’Boleh percaya ke cakap kau ni? Takkan kawan boleh rapat sampai macam tu.Siap setiap pagi boleh jalan sama-sama dekat koridor budak form 1,masuk kelas sekali.Kalau lelaki dengan perempuan rapat sampai ke tahap tu tapi declare yang diorang tu cuma kawan saja,memang susah jugalah nak percaya kan.’’ Aku terus mengujinya.

Firdaus mendengus. ‘’Haih,tak tahulah apa yang aku nak cakap lagi supaya kau percaya,Ria.Kitorang memang tak ada apa-apalah. Tapi sebab kitorang selalu dilihat bersama kat sekolah agaknya sebab tulah orang salah anggap.Padahal kitorang cuma buat tugas pengawas saja,bukannya dating ke apa.

Soal jalan sama-sama dekat koridor budak form 1 pagi-pagi tu,tu semua idea Naurah sebab dia kata dia suka tengok muka budak-budak form 1 tahun tu.Dia kata comellah,apalah.Tapi sebab dia segan nak jalan sorang-sorang, dia ajaklah aku pergi dengan dia.So sebab tulah kami selalu jalan sekali dekat koridor tu.Bukan sebab kami couple ke apa. Plus,kalau kitorang nak couple pun memang tak boleh.Sebab Naurah sebenarnya masa tu dah bercinta dengan sorang budak ni.’’ Jelas Firdaus panjang lebar.

Nadia kelihatan terkejut apabila mendengar penjelasan Firdaus itu,dan dia cepat-cepat menyuruh aku bertanya siapa teman lelaki Naurah yang dimaksudkan itu menggunakan gerakan bibirnya.Aku menggelengkan kepala.Menyibuk betullah Nadia ni.

‘’Siapa dia boyfriend Naurah yang sebenarnya kalau bukan kau?’’ Soalku malas.

‘’Oh,kalau yang tu aku tak boleh bagitau kau.Maaflah ya.’’

‘’Selama ni kau asyik cerita hal kau dengan mendalam sekali sampai ke akar umbi boleh.Takkanlah nak bagitau nama teman lelaki Naurah tu pula tak boleh? Nama je pun.’’ Aku terus mendesaknya.

‘’Hal aku bolehlah aku cerita.Tapi hal orang lain,maaflah. Tapi aku rasa kau takkan tahu pun siapa dia ni,sebab dia ni memang seseorang yang tak dijangka.Kalau kau belajar kat sekolah aku dulu dan kau tahu siapa orangnya,kau sendiri mesti susah nak percaya.Aku berani kerat jari.’’

Aku melihat Nadia mengerutkan dahinya.Mungkin sedang ligat berfikir siapakah teman lelaki Naurah yang sebenarnya.

‘’Oh,kalau macam tu,sorry lah sebab salah sangka dengan hubungan kau dengan Naurah.Mesti penat kau nak explain kan.’’ Hatiku serta-merta rasa lega setelah yakin bahawa Firdaus dan Naurah tiada apa-apa hubungan selain daripada kawan.Fikiranku tiba-tiba menjadi lapang sekali.

Firdaus ketawa. ‘’ No hallah.Lagipun kau bukan orang pertama yang tanya aku pasal hubungan aku dan Naurah.Dah banyak kali dah aku kena macam ni.Dan setiap kali tulah aku terpaksa explainbenda yang sama berulang kali.Jadi aku dah lali dah.’’

Aku tersenyum.Tiba-tiba aku teringat sesuatu.Aku melihat jam pada pergelangan tanganku.Matilah,aku dan Nadia dah terlewat untuk ke kelas!

‘’Err,sorry lah Firdaus.I’ve got to go.Aku dah lambat dah ni nak pergi kelas.Dan lepas ni untuk minggu-minggu seterusnya susah dah aku nak callkau sebab aku ada exam.’’

‘’Oh,really? Good luck for your exam,Ria.Harap-harap kau akan dapat resultyang bagus.Belajar rajin-rajin,but don’t push yourself too hard.Study smart okay.’’ Kata-kata yang diungkapkan oleh Firdaus itu menyuntik semangat baru dalam diriku.Tiba-tiba saja tubuhku bagai mendapat tenaga baru dan aku rasa begitu bersemangat sekali untuk belajar.

‘’Baiklah.Nanti bila aku dapat resultaku akan bagitau kau.Dan aku akan pastikan resultaku tu bagus sampai kau sendiri pun tak percaya yang ada orang boleh dapat result sebagus tu.Bye.’’ Balasku dengan senyuman lebar sebelum mematikan talian.Tidak pernah aku berasa segembira dan seyakin ini untuk menduduki peperiksaan. Nampaknya memang benar ,kata-kata Firdaus itu mampu memberi kesan positif kepada orang yang mendengarnya.

‘’Jom Nadia,kita pergi ke kelas.’’

‘’Aku wonder lah,siapa boyfriend Naurah tu agaknya.’’

‘’Ish kau ni,masih fikirkan tentang benda tu ke.Cepatlah!’’

‘’Yalah,yalah.’’

Previous: BAB 4
Next: BAB 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.