Home Novel Cinta Dia Si Katak Puru ( Tajuk Asal : Sekali Ini Saja)
Dia Si Katak Puru ( Tajuk Asal : Sekali Ini Saja)
Farrah Izzlorna
6/8/2014 23:52:11
75,049
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 7

‘’KENAPA dengan kau sejak kebelakangan ni,Ary? Lain macam saja aku tengok.’’ Soal Nadia apabila melihat aku hanya termenung jauh.Begitulah keadaanku sejak beberapa hari yang lalu. Bahkan dengan Nadia pun berat sekali mulutku ini untuk berkata-kata.

‘’Tak ada apa.’’ Balasku pendek.

‘’Jangan tipu.Aku ni kawan kau,Ary.Aku boleh tau kalau ada sesuatu yang sedang ganggu fikiran kau.Beritahulah aku apa masalahnya.Manalah tahu kalau aku boleh tolong ke.’’ Pujuk Nadia.Namun aku hanya mendiamkan diri.

‘’Janganlah macam ni,Ary.Risau aku bila tengok kau muram saja.Selalu kalau ada masalah besar macam mana sekalipun kau tak pernah macam ni.Ceritalah kat aku apa yang sedang membelenggu fikiran kau sekarang ni.Abang Haikal ada masalah ke? Modal yang ayah aku bagi kat dia hari tu tak cukup?’’ Soal Nadia.

‘’Aku jadi macam ni bukan sebab Abang Haikal.Tapi…entahlah Nadia.’’ Keluhku.

‘’Kalau bukan Abang Haikal,semua ni sebab Firdaus ke?’’ Teka Nadia.

Aku terkejut mendengar kata-kata Nadia.

‘’Ke…kenapa pula kau kata macam tu? Mengarut sajalah kau ni.’’ Aku berkata tergagap-gagap.Aduh,adakah Nadia mempunyai kuasa untuk membaca fikiranku?

‘’Entah,tiba-tiba saja aku rasa sebab dialah kau jadi macam ni.Tapi nampaknya tekaan aku betul.Semua ni sebab Firdaus,kan?’’ Nadia terus menyerkap jarang.

Sekali lagi aku mengeluh.Nampaknya tiada gunanya aku berdalih lagi.

‘’Aku ni memang teruk sangat ke,Nadia?’’ Soalku hambar.

Nadia mengerutkan dahi. ‘’Kenapa pula kau tanya macam ni?’’

‘’Yalah,sampai orang sanggup kata aku ni memang tak ada maruahlah,perempuan tak sedar diri,hanya tahu menyusahkan hidup orang.Sehina itukah aku ni Nadia?’’

Nadia membeliakkan matanya. ‘’What? Firdaus ke yang cakap semua tu kat kau?’’

‘’Bukannya dia.Tapi orang lain.Tapi orang tu cakap macam tu kat aku disebabkan oleh dia.’’

Nadia menggaru-garu kepalanya. ‘’ Apa dia ni? Aku tak faham.’’

Aku menghela nafas panjang. ‘’ Macam ni ceritanya.Masa hari yang kau sakit kepala tu,aku terima panggilan daripada seorang lelaki ni.Dia kata dia tu sepupu Firdaus.Cara dia cakap memang kasar dan kurang ajar gila,kalau kau dengar pun mesti kau bengang punya.Dia bagi amaran kat aku dan kau juga supaya tak kacau Firdaus lagi.Dia kata walaupun Firdaus tak pernah cakap,tapi sebenarnya kehadiran aku dan kau betul-betul menyusahkan hidup dia. Firdaus tu sebenarnya bukannya ikhlas nak berkawan dengan kita,tapi dia terpaksa buat-buat baik sebab tak sampai hati nak lukakan hati kita.Jadi disebabkan Firdaus tak nak cakap,jadi mamat tu cakap dialah yang tolong sampaikan bagi pihak Firdaus agar jangan kacau sepupu dia tu lagi.Lagipun sepupu dia tu terlampau bagus. Mana layak nak kawan dengan kita yang setakat orang biasa-biasa ni.’’

‘’Kenapa mulut macam longkang sangat sepupu dia tu? Wait! Sepupu?!’’ Nadia mempamerkan wajah terkejut. ‘’Maksud kau,kau bercakap dengan Nazrul?!’’

‘’Manalah aku nak tahu nama dia.Kenal tak apa tak terus maki aku tak tentu pasal. Keturunan kerabat konon. Puihh! Ingat aku hadap sangat dengan status dia tu? Sikit pun aku tak hairanlah!’’ Kataku dengan nada marah.Rasa geramku dilampiaskan saat itu juga.

‘’Hemm,memang sah Nazrullah ni.Dia sorang saja yang boleh marah orang tak tentu hala macam ni.’’ Nadia mengangguk-ngangguk kepala,mengiyakan kata-katanya sendiri.

‘’Kau kenal ke lelaki gila tu?’’ Soalku dengan rasa hairan.

‘’Maunya tak kenal,satu sekolah dulu kot.Dia tu sepupu yang sama umur dengan Firdaus,tapi walaupun diorang tu satu keluarga,tapi perangai macam langit dengan bumi.Si Nazrul tu dulu macam Hitler,garang nak mampus.Tambah pula dia tu pengawas,semua orang memang takut dengan dia.Kerjanya nak menjerkah orang tak habis-habis,terutamanya kalau dia dapat tahu ada mana-mana budak perempuan yang cuba menggatal dengan Firdaus.Memang sampai boleh menangis budak perempuan tu dibuatnya dia.’’

Aku memandang Nadia dengan riak tak percaya. ‘’Sampai macam tu sekali?’’

Nadia mengangguk. ‘’ Ada satu kes ni,Nazrul marah sorang budak form 1 kat depan semua orang sebab budak tu cuba bagi surat cinta kat Firdaus.Nazrul panggil dia budak hingusanlah,perempuan tak tahu malulah dan macam-macam lagilah.Memang malu tahap gabanlah budak tu kan bila kena hina macam tu.Terus pindah sekolah.Aku pun pernah sekali terdengar Firdaus tegur perangai Nazrul yang baran tu,tapi Nazrul tu memang spesies tak dengar cakap orang.Bagi dia,dia sorang sajalah betul.Orang lain semua salah.Aku memang tak suka dengan perangai dia tu.Dan aku tak pernah sangka satu hari kau pula yang akan jadi mangsa dia.Mesti teruk kau kena kan.’’ Nadia memandangku dengan wajah simpati.

‘’Apa kena dia tu? Yang dia tu nak marah-marah bila orang suka kat Firdaus apasal? Firdaus sendiri pun tak kata apa.Dia tu gay ke,suka kat Firdaus? Sebab tulah dia tak rela bila ada spesies yang berlainan jantina dekat dengan sepupu dia tu?’’ Dengusku.

Nadia ketawa. ‘’Dulu pun aku pernah fikir macam tu juga tau.Sebab selain Naurah,Firdaus tu memang rapat gila dengan Nazrul.Kira Naurah dan Nazrul ni best friend dialah.Belajar dalam satu kelas,duduk dalam satu rumah,pergi sekolah pun naik kereta yang sama.Jadi tak mustahillah kan perasaan songsang tu boleh timbul.Tambah pula Nazrul tu aku dengar pun tak pernah ada girlfriend,macam Firdaus.Jadi logik jugalah.Percintaan terlarang antara dua sepupu. Hahaha. Lawak juga memikirkan kalau betullah benda ni terjadi.’’

‘’Aku rasa kalau dia bukan gay pun,dia takkan ada girlfriend punyalah.Perangai macam tu,siapa yang boleh tahan.’’ Aku menjuihkan bibirku,tanda meluat dengan lelaki yang bernama Nazrul itu.

‘’Betul,betul,betul.Muka dah handsome,tapi sayang perangai macam Hitler.Kalau bagi free kat aku pun aku tak mau.’’ Nadia meneruskan ketawanya.

‘’Jadi Ary,apa yang kau nak buat sekarang?’’ Soal Nadia setelah selesai ketawa.

Aku menarik nafas. ‘’Aku takkan berhubung lagi dah dengan Firdaus.’’

‘’Apa? Kamonlah Ary! Takkanlah kerana apa yang Nazrul cakap kau terus nak putuskan hubungan kau dengan Firdaus? This is not fair,Ary.’’ Nadia terkejut.

‘’Nothing is fair in this world,Nadia.Lagipun aku tak putuskan apa-apa hubungan pun dengan Firdaus,sebab memang aku tak pernah ada apa-apa hubungan pun dengan dia.Selama ni Firdaus hanya anggap aku ni menyusahkan dirinya.Dia tak ikhlas pun nak kawan dengan aku,dengan kau selama ni.’’ Keluhku.

‘’Tapi…’’ Nadia cuba membantah,tapi aku pantas memotong kata-katanya.

‘’Kau tak perlu cakap apa-apa lagi,Nadia.Apa yang aku tahu,aku memang dah tak nak ada apa-apa kaitan dengan Firdaus lagi.Tapi kalau kau nak terus berhubung dengan dia,aku takkan halang.Tapi tolong,jangan libatkan aku.Aku dah tak nak ada kaitan dengan anak-anak orang kaya tu.’’

Nadia terus kematian kata-kata.

SELEPAS itu,Nadia tidak lagi menyebut nama Firdaus di hadapanku.Aku sendiri pun selesa begitu.Namun Nadia masih meminjam telefon bimbitku.Untuk mesej dengan Firdaus barangkali.Aku tiada masalah.Tapi yang aku mahu hanya satu saja.Jangan libatkan aku!

Namun entah kenapa,sejak aku mengambil keputusan untuk tidak berhubungan dengan Firdaus lagi,hatiku ini berasa resah sekali. Dan entah mengapa lagi,rasa rindu mula bertapak di hatiku apabila sudah lama tidak mendengar suara Firdaus.Diri ini menjadi rindu untuk berbual-bual dengannya.

Ah,adakah aku sudah gila? Kenapa aku harus mempunyai perasaan seperti ini!

‘’Ary,ada call untuk kau.’’ Kata Nadia kepadaku.Lamunanku tersentak.Sejak tadi satu halaman nota di hadapanku itu pun tidak kubaca.Entah mengapa,sejak akhir-akhir ini konsentrasiku begitu terganggu sekali.

‘’Siapa?’’ Soalku pendek.

‘’Entah.Tapi dia kata,dia kawan kau.’’

‘’Kawan aku?’’ Dahiku berkerut. ‘’Aku mana ada kawan lain lagi selain kau.’’

Nadia menjungkit bahu. ‘’ Kau jawab sajalah call ni.’’ Nadia menyerahkan telefon bimbitku kepadaku.Setelah aku mengambil telefon itu,Nadia keluar dari bilik,meninggalkan aku sendirian.

‘’Helo,siapa ni?’’ Aku menyapa pemanggil itu setelah Nadia menutup pintu.

‘’Hello,is there anyone listening to me right now?’’ Soalku apabila pemanggil itu hanya mendiamkan diri.Aku menghela nafas.Ini mesti panggilan nak mengacau,desis hatiku.

‘’Hei,kalau kau ingat kau telefon aku ni semata-mata hanya nak mendiamkan diri macam kau ni orang bisu,baik tak payah.Jangan nak buang masa aku boleh tak.Ingat aku tak ada kerja lain ke nak buat.’’ Jerkahku dengan nada tinggi.Sebelum aku sempat menamatkan panggilan,tiba-tiba kedengaran suatu suara dari corong telefon yang menyentap sanubariku.

‘’Hei,Ria.Ni akulah,Firdaus.’’

Apabila mendengar suara lelaki itu,tiba-tiba hatiku terasa berdebar-debar.Aku cuba mengawal perasaanku.

‘’Oh,kau rupanya.Nak apa?’’ Aku cuba bersikap selamba.Aku bertanya kepadanya dengan nada kasar untuk menyembunyikan kegugupanku.

‘’Haih,takkanlah baru telefon dah nak marah-marah.Dahlah dah lama gila kau tak telefon aku.Janji bila dapat resultnak bagitau.Last-last apa pun tak ada.Mesej satu pun tak masuk inbox.Macam ni ke kawan.’’

Aku terasa macam nak tergelak pula apabila mendengar kata-kata Firdaus.

‘’Kawan? Haih,bukan kau benci ke kat aku? Siap kata yang aku ni menyusahkan kau lagi.Macam ni ke perangai kawan.Depan tunjuk baik macam pijak semut tak mati,belakang asyik mengata kita macam-macam.’’ Aku memulangkan paku buah keras.Puas hatiku!

Firdaus terdiam seketika.Aku dapat merasakan dia sedang berfikir alasan apakah yang dia mahu berikan kepadaku.

‘’Aida dah ceritakan segala-galanya kepada aku tentang apa yang terjadi antara kau dan Nazrul.Dan aku betul-betul minta maaf kepada kau atas apa yang telah Nazrul katakan.Percayalah,aku tak pernah sedikitpun membenci kau,apatah lagi menganggap kau menyusahkan aku.’’ Akhirnya Firdaus menjelaskan kedudukan yang sebenar.

‘’Habis tu macam mana dia tahu yang aku cerita pasal hal keluarga aku semua kat kau? Kaulah yang buka mulut kat dia,kan?’’ Aku terus menyerang Firdaus dengan soalan.

‘’Aku tak pernah sedikitpun bagitau apa-apa pada dia pasal apa yang kau cerita kat aku selama ni,Ria.Cuma kebetulan masa kita tengah berbual pasal family kau semua,Nazrul ada kat sebelah aku.Jadi dia kiranya tahu jugalah butiran sikit-sikit tentang apa yang kita bualkan tu.Mungkin sebab kes kita yang pernah berselisih faham tempoh hari,yang aku tiba-tiba tak memasal marah kat kau,jadi Nazrul salah anggap.Padahal aku tak pernah fikir macam tu pun,apatah lagi betul-betul memaksudkan apa yang aku cakap tu.This is just a misunderstanding,Ria.’’

Hatiku tiba-tiba menjadi lembut apabila mendengar penjelasan Firdaus.Rasa marahku sebelum ini hilang terus dalam sekelip mata. Tetapi aku masih tidak mahu mengalah.Aku tetap cuba mengeraskan hatiku agar tidak terlalu mudah menerima permohonan maaf Firdaus.

‘’Salah faham? Setelah sepupu kau tu maki aku macam-macam kau berani kata kat aku yang semua ni sekadar salah faham? Kau ingat semudah itu sajakah aku nak menerima penjelasan kau yang tak masuk akal ni.Memang taklah kan.Sekarang ni aku tak nak panjang-panjang cerita dan aku pun dah tak nak cari pasal dengan sepupu kau yang over protective tu.Mungkin Aida dah bagitau benda ni kat kau tapi biar aku bagitau kau sekali lagi.Mulai saat ni,aku dah tak nak berhubung dengan kau dan dah tak nak ada apa-apa kaitan dengan kau lagi.Lagipun kita ni macam langit dengan bumi,tak boleh jadi kawan.’’ Sindirku,memetik kembali kata-kata Nazrul kepadaku dulu.

‘’Ria,please listen to me….’’

‘’No! You are the one who should listen to me,Tengku Firdaus Amsyar! Untuk pengetahuan kau,sejak dari awal perkenalan kita sampailah sekarang,aku tak pernah sedikit pun menaruh perasaan pada kau.Sekelumit pun tak walaupun aku tahu yang kau ni anak orang kaya,duit berkepuk-kepuk dalam bank. Bahkan kalau kawan aku tak paksa aku,aku sendiri pun tak nak kenal dengan kau sebab aku memang dah tahu orang kaya macam kau dan sepupu kau tu memang jenis orang yang suka pandang hina kat orang yang taraf sosialnya lagi rendah daripada korang.Jadi jangan nak setdalam kepala otak korang yang konon-kononnya dari keturunan terhormat sangat tu yang semua orang miskin macam aku ni kebulur sangat nakkan harta korang.Orang seperti aku ni pun ada harga diri.Aku takkan pergi mengemis kat oranglah walaupun aku terpaksa mati kelaparan pun.Terutamanya orang macam sepupu kau tu.Memang jauh panggang dari api tau tak!’’ Aku meluahkan semua perasaan dalam hatiku yang hanya kupendam selama ini.Aku tercungap-cungap seketika kerana putus nafas akibat bercakap tanpa henti.Namun,aku puas!

‘’Dah habis cakap?’’ Soal Firdaus apabila aku tidak lagi meneruskan kata-kataku.

‘’Dah!’’

‘’Kalau macam tu,sekarang kau pula dengar apa yang aku nak cakap.Untuk pengetahuan Cik Ria or whatever your name is,aku tak pernah fikir pun apa yang kau ingat aku fikir tu.Aku tak pernah pun fikir yang kau ni perempuan yang tak ada harga diri,tak ada maruah atau apa-apa sajalah yang pernah Nazrul cakap kat kau.Okey,aku akui,masa kali pertama kau telefon aku tu,aku ingat kau ni hanyalah salah sorang dari ramai-ramai budak perempuan yang suka kat aku.Tapi memandangkan aku bosan masa tu,tak tau nak buat apa,jadi aku layan sajalah kau.Bukannya guna kredit aku pun kan.’’ Firdaus ketawa. Aku mengetap bibir mendengar kata-katanya.Kurang asam betul!

‘’Tapi bila dah lama-lama aku bersembang dengan kau semua,aku mula rasa selesa dengan kau.Kau memang tak suka kat aku,aku tau.Kau telefon aku pun kerana terpaksa,dari nada suara kau pun aku dah boleh agak.Tapi entah kenapa bila dengan kau, aku rasa macam boleh share everything.Bila aku sembang dengan kau,aku boleh bagitau segala-galanya.Macam kita ni dah kawan lama,padahal muka kau pun aku tak pernah nampak.Jadi,tak ada timbul isu yang kau ni menyusahkan aku and so on,sebab aku memang dah anggap kau sebagai kawan aku.Dan bukan semua orang kaya berperangai macam yang kau kata tu. Aku tak pernah memilih kawan aku.Miskin ke,kaya ke,semuanya okey saja bagi aku.Janji orang tu betul-betul ikhlas nak berkawan dengan aku.’’

Aku terdiam.Hatiku terasa gembira pula saat itu.Entah dari mana dan kenapa perasaan itu datang pun aku tak tahu.

‘’Maksudnya kau tak pernah bencikan akulah?’’

‘’Tak!’’

‘’Kau tak pernah anggap aku dan Aida menyusahkan kau?’’

‘’Tak!’’

‘’Kau memang betul-betul anggap aku sebagai kawan kau? No doubt?’’

‘’Tak! Eh tak,tak! Yes,yes and yes!’’

Aku tersenyum.Terasa macam comel pula.

‘’Habis tu,sepupu kau yang gila tu macam mana?’’

‘’Gila?’’ Firdaus ketawa. ‘’Don’t worry,aku dah explain semuanya kat dia.Lepas ni dia takkan kacau dan kata macam-macam kat kau lagi.I promise.’’

‘’Kalau dia buat lagi?’’

‘’Kita sunatkan dia buat kali kedua!’’

Aku tergelak mendengar kata-kata Firdaus.Perasaanku menjadi terhibur semula kala itu.Hatiku menjadi senang kembali.

‘’Ha,kan bagus kalau gelak-gelak macam ni.Barulah sesuai dengan nama kau.R.I.A.Ria.Mestilah kena riang-ria dan happy selalu.’’ Ujar Firdaus dengan nada ceria.

Aku tersenyum. ‘’Yalah.Pandailah kau nak bodek aku.Aku tak ada duit kecil nak kasi kaulah.’’

‘’Helo,aku cakap ni dengan hati yang ikhlas okey.Tak payah bayar-bayar semua.’’

‘’Yalah,orang kaya memang selalu cakap macam ni.Apalah ertinya duit kecil aku yang tak seberapa tu pada kau.’’

‘’Pulak dah!’’ Aku dapat mendengar Firdaus menepuk-nepuk dahinya.Sekali lagi aku ketawa.

‘’Okey,okey.Nowkita masuk ke bab serius.Aida bagitau aku,kau dapat CGPA bagus untuk semester lepas. Pandai betul kau ni. Maklumlah,budak PASUM lah katakan.’’ Usik Firdaus.

‘’Tak boleh nak lawan dengan kaulah. Budak U luar negara,mana sama standarddengan budak belajar U kat Malaysia.’’

‘’Jangan nak merendahkan martabat budak U Malaysialah. Kau pernah dengar rumour tak,sebenarnya kerajaan suka simpan students yang pandai terlebih macam kau untuk belajar kat U dalam negara,manakala yang pandai biasa-biasa ni pula diorang hantar pergi luar negara. So,you should be proud of yourself.’’

‘’Oh,kiranya kau nak kata yang kau ni kurang pandai berbanding akulah?’’

‘’Yalah. Kau dulu dapat 6A1 dalam SPM,aku dapat 3A1 saja. So,siapa yang lagi pandai?’’

‘’Ni mesti Nadia yang beritahu kau,kan.’’ Rungutku.

Firdaus ketawa. ‘’Alah,kau janganlah marah kat dia.Dan memandangkan keputusan kau bagus dan sebagai tanda minta maaf atas keceluparan mulut sepupu aku yang tercinta tu,aku nak bagi kau hadiah.’’

‘’Hadiah?’’ Aku mengerutkan dahi. ‘’Hadiah apa yang kau nak bagi kat aku? Nak kirim pakai pos laju ke? Kau tahu ke alamat rumah aku?’’

‘’Bukan hadiah tulah.Tapi hadiah yang lebih special,yang tak mungkin dilupakan oleh kau sampai bila-bila.’’

‘’Mengada-ngadalah kau ni.Cakaplah cepat!’’ Aku mula rasa tak sabar.

‘’Berlatar masakan malam yang tenang ini,ditemani oleh bulan purnama yang bercahaya terang dan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa,aku ingin menyanyikan sebuah lagu yang istimewa,khas ditujukan kepada kawan aku yang juga adalah seorang yang istimewa iaitu Ria!’’ Kedengaran di talian sebelah sana Firdaus sedang menepuk tangan di atas kata-katanya sendiri.

‘’Kau nak menyanyi untuk aku? Boleh ke kau ni? Nanti hujan lebatlah!’’ Aku memperlekehkan kebolehannya.

‘’Hei,kau belum dengar lagi suara aku,sebab tulah kau tak tahu.Aku ni ada bakat terpendam dalam bidang nyanyian sebenarnya.Dulu aku ada jugalah terfikir kan nak jadi penyanyi.Tapi bila memikirkan yang nanti penyanyi-penyanyi yang lain tu tak boleh cari makan pula,jadi aku kuburkanlah hasrat aku tu.Tak baik nak sekat periuk nasi orang.’’

‘’Hemm,tinggi betul keyakinan kau tu.Cuba nyanyi sikit.Teringin juga aku nak dengar sesedap mana suara kau tu sampai boleh tutup periuk nasi orang lain.’’ Cabarku.

‘’Okey,aku mula sekarang ya.Aku siap main gitar lagi tau.Hemm…hemm…’’ Firdaus berdehem. ‘’Jadi dengan ini,saya ingin mempersembahkan lagu Its All About You dari McFly,khas ditujukan untuk Ria,gadis yang cukup bertuah pada malam ini kerana dapat mendengar suara saya yang merdu bak buluh perindu.One..two..three!

Its all about you… its all about you baby….its all about you… its all about you… yesterday you asked me something I thought you knew… so I told you with a smile… its all about you…then you whispered in my ear and you told me too… said you’d make my life worthwhile…its all about you…’’

Dan begitulah seterusnya setelah Firdaus selesai menyanyikan keseluruhan lagu itu.Setelah Firdaus tamat,aku menepuk tanganku.

‘’Terima kasih,terima kasih.’’ Kata Firdaus bangga. ‘’Jadi pada pendapat saudari,bagaimana suara saya tadi? Boleh keluarkan singlesendiri tak?’’

‘’Ermm…pada pendapat sayalah saudara, awak main gitar tu dah okey,cuma satu saja masalah sekarang ni.’’

‘’Apa?’’

‘’Suara awak tu,sumbang sangat.’’

Firdaus terus ketawa. ‘’ Oh? Ketara sangat ke kesumbangannya? Ingatkan tadi boleh cover.’’

‘’Ya,saudara Tengku Firdaus Amsyar.Kalau macam nilah gayanya suara awak,penyanyi-penyanyi di negara kita ni bukan tak boleh cari makan,tapi tak lalu makan dibuatnya sebab suara awak yang ‘sedap’ tu asyik terngiang-ngiang di telinga mereka.’’

‘’Ermm…yalah.Sebenarnya aku tahu yang suara aku tak sedap,tapi aku sengaja mengaku yang suara aku sedap.Kalau tak mesti kau tak nak dengar kan.Bersedialah untuk bermimpi ngeri malam ni,diganggu oleh suara aku yang mengerikan.’’ Gurau Firdaus.

‘’Yalah agaknya.Malam ni nampaknya aku kena menumpang tidur kat katil kawanlah.Baru tak rasa seram sangat.’’

Kami berdua ketawa.

‘’But anyway,thanks sebab sudi susah-payah nyanyikan lagu tu untuk aku.Walaupun suara kau sumbang,tapi bagi aku itulah nyanyian yang paling bestsekali pernah aku dengar.’’ Kataku,ikhlas dari sudut hati yang paling dalam.

‘’No hallah.Kita kan kawan.Kawan mesti saling menghiburkan antara satu sama lain,betul tak?’’

Aku tersenyum seraya mengiyakan kata-kata Firdaus.Saat itu,aku rasa gembira sekali. Dan semua itu kerana seorang lelaki yang bernama Tengku Firdaus Amsyar.Yang tidak pernah kusangka kehadirannya dalam hidupku mampu memberi kegembiraan pada sekeping hati ini.

Previous: BAB 6
Next: BAB 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.