Home Novel Cinta Dia Si Katak Puru ( Tajuk Asal : Sekali Ini Saja)
Dia Si Katak Puru ( Tajuk Asal : Sekali Ini Saja)
Farrah Izzlorna
6/8/2014 23:52:11
51,091
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 14

‘’HAI,tak sangka dapat jumpa awak lagi kat sini.About the other day,sorry sangat-sangat.’’ Firdaus datang kepadaku dan menghulurkan tangannya. ‘’Anyways,hari tu kita tak sempat berkenalan kan.I’m Tengku Firdaus Amsyar.You can call me Firdaus,Amsyar ,or anything you want,as long as I like it.’’

Aku terpinga-pinga.Nampaknya dia masih tidak tahu siapa aku,detik hatiku.

‘’A…Ariana.’’ Aku menyambut huluran tangannya.Tanpa disedari,tanganku terketar-ketar apabila bersalam dengan Firdaus.

‘’Amboi,sejuknya tangan.Apa yang kau dah buat dengan Cik Ariana ni sampai dia jadi macam ni,Nazrul?’’ Soal Firdaus secara bergurau kepada Nazrul.

‘’Mestilah dia takut,sebab sekarang ni tembelangnya dah pecah.Kecut perutlah bila tahu yang kau akan membongkarkan rahsia dia sekejap nanti.’’ Ujar Nazrul sinis.

‘’Rahsia? What do you mean? Aku tak fahamlah.’’ Firdaus mengerutkan dahinya.

‘’Perempuan yang kau nampak kat Dubai bersama papa aku tu adalah dia,kan?’’ Soal Nazrul tanpa menjawab pertanyaan Firdaus.

Firdaus menoleh ke arahku dan memandangku seketika.Aku menundukkan wajah.Rasa tidak mampu untuk menatap mukanya kala itu.

‘’It’s not her,Nazrul.’’

Nazrul terkejut mendengar jawapan Firdaus.

‘’Are you sure,Daus? Tengok muka dia ni betul-betul.’’ Nazrul tak berpuas hati dengan jawapan Firdaus.

‘’Yes,I’m really sure.Plus,kan aku dah pernah kata tak payahlah nak risau sangat pasal papa kau dan perempuan yang aku nampak kat Dubai tu. They are just walking together,that’s all.It doesn’t mean that they have that kind of relationship that you should be worried about.Maybe she’s just Pak Long’s business partner.Be positive,Nazrul.’’

‘’Business partnerapanya sampai masuk kedai beli cincin semua?’’ Nazrul mencebik.

‘’We don’t know what actually happened,Nazrul.So we have no right to simply judge something without knowing the truth.I suggest if you are still in doubt regarding this matter,you can ask directly to Pak Long.I think it will be easier,right?’’

Nazrul terdiam mendengar kata-kata Firdaus itu.Aku semakin tidak selesa berlama-lama di situ.Aku bangun dari dudukku.

‘’Maaf Encik Nazrul,saya keluar dulu kalau tak ada apa-apa lagi.’’ Setelah berkata demikian,aku segera menuju ke pintu masuk.Saat aku mahu membuka tombol pintu,tiba-tiba Firdaus memanggilku.

‘’Ariana!’’

Tanganku terhenti.Aku memalingkan wajahku perlahan-lahan.

‘’See you again next time,yah!’’ Ujar Firdaus seraya mengukir senyuman untukku.Aku menarik nafas.Dadaku terasa sesak apabila mendengar kata-katanya itu.

‘’Hope there is no more next time.’’ Tanpa disedari aku mengungkapkan ayat itu.Dan serasanya Firdaus juga mendengarnya apabila dia mengerutkan dahi,tanda tidak mengerti akan maksudku.Tanpa menunggu lagi,aku terus keluar dari situ.

‘’What? Kau jumpa dengan Nazrul dan Firdaus tadi? Dua-dua sekaligus?’’ Seperti yang kujangka,Nadia juga terkejut mendengar ceritaku mengenai apa yang berlaku petang tadi.

‘’And for your informationjuga,that crazy guy is my boss! Macam tak percaya kan?’’ Keluhku.

‘’You mean,Nazrul?’’ Soal Nadia dengan mata yang terbuka luas.Aku mengangguk.

‘’And then,Firdaus?’’ Nadia terus menyoal siasatku.Nampaknya dia tak akan berpuas hati selagi tidak mengetahui keseluruhan cerita.

‘’Dia tak kerja kat situ.Thank God sangat-sangat.Kalau tak,aku tak tahulah macam mana nak handle dua puting beliung yang datang menyerang dari arah berlainan.Hah,lagi satu! Kau ke yang bagitau Firdaus nama aku? Memandai saja kau ni.Kau tahu tak macam mana aku rasa nak pengsan tadi bila dia sebut nama aku? Mati-mati aku ingat dia dah tahu siapa aku tahu tak.’’ Sempat lagi aku mengambil kesempatan itu untuk memarahi Nadia.

Nadia tersengih-sengih. ‘’Dah hari tu dia tanya,aku jawablah.Lagipun,manalah aku tahu yang kau akan jumpa lagi dengan dia nanti.Kuat betul jodoh korang ya.Si Hitler Nazrul pula tu sebagai orang tengah yang mempertemukan korang.’’ Nadia ketawa.

Aku berasa geram lantas mencubit pinggangnya.Nadia mengaduh kesakitan.

‘’Jangan nak perli aku sangatlah.Kalau dia tahu yang aku ni Ria yang dia pernah kenal dulu,dengan kau-kau sekali kena.Faham!’’

‘’Yalah,yalah.Tak payahlah nak risau sangat.Lagipun kau sendiri cakap dia tak kerja situ kan.Kebetulan saja tadi dia singgah.Dengan sekali dua jumpa,dia tak akan tahu punyalah.’’ Nadia cuba meyakinkanku.Ketika Nadia sedang bercakap itu,tiba-tiba telefonnya berdering.Melihat dari riak wajah Nadia yang tersenyum miang itu pun aku dah tahu si pemanggil itu adalah Adnan.

‘’Ary,aku masuk bilik dulu ya.’’ Kata Nadia seraya bangun dari sofa.

‘’Yalah.Pergilah berbual dengan Abang Adnan kesayangan kau tu.’’ Perliku.

Nadia menggeleng. ‘’Entah apalah yang kau benci sangat dengan Adnan tu Ary ooii…’’ Ujar Nadia sebelum masuk dan menutup pintu biliknya rapat.

Aku mengeluh.Sebab aku lebih mengerti akan sandiwara manusia di dunia ni jika dibandingkan dengan kau,Nadia,desisku sendirian.

PAGI itu,aku pergi ke pejabat agak terlambat dari kebiasaan.Sejak apa yang terjadi semalam,semangatku terasa mulai merudum.Apatah lagi apabila aku mengetahui bahawa Tengku Nazrul yang merupakan bosku sekarang adalah Nazrul yang sama yang pernah memaki hamunku dulu,mulalah aku rasa macam nak berhenti kerja saja.Semalam pun dia dah menuduhku yang bukan-bukan.Entah apalah yang akan dilakukannya kalau dia tahu bahawa aku ini adalah orang sama yang pernah mesej dengan Firdaus dulu.Mahu naik hantu agaknya lelaki gila itu.

‘’Awak ni tahu buat kerja ke tak,hah?!’’ Tengkingan itu mengejutkan aku.Tidak jauh di hadapanku,Nazrul sedang berdiri di hadapan meja Marlia dengan wajah menyinga.Marlia pula tertunduk wajahnya.Tidak berani mahu menentang wajah Nazrul.

‘’Atur appointment yang sikit punya senang ni pun tak boleh buat! Siapa yang bodoh sangat ambil awak kerja dekat sini dulu hah? Buang duit syarikat saja bayar gaji awak kalau macam ni!’’

‘’Maafkan saya,Tengku Nazrul.Saya tak….’’

‘’Apa dia? Tak sengaja? Itu sajalah alasan yang perempuan tahu bagi.Asal buat silap saja,cakap tak sengaja,tak sengaja.Lepas tu ulang balik kesilapan yang sama.Boleh musnah syarikat dibuatnya kalau macam ni.Lingkup tau tak! Lingkup!’’ Nazrul masih terus menghamburkan kemarahannya.

‘’Saya minta maaf.’’ Marlia sudah mula menitiskan air mata.

‘’Hah tengok! Cakap sikit keluar air mata.Orang tegur sikit dah nak tersentap.Lepas tu hantar surat resign,tunjuk protes sana-sini.Bagus sangatlah tunjuk perangai macam ni.Elok sangatlah.’’ Sindir Nazrul.Sedikitpun dia tidak menunjukkan rasa bersalah.

Aku menggelengkan kepala.Memang mamat ni betul-betul hati kering.Malas aku nak terus melihat drama di hadapanku itu.Aku siapkan kerja aku lagi bagus.Tetapi belum sempat aku masuk ke dalam bilikku,tiba-tiba Nazrul memanggilku.

‘’Nur Ariana Abdullah!’’

Aku menarik nafas.Apa lagilah yang dia tak puas hati ni,rungutku.Aku memalingkan badanku dalam keterpaksaan.

‘’Yes?’’ Ringkas soalanku,tetapi dalam nada yang cukup dingin.

‘’Masuk pejabat saya sekarang!’’ Arah Nazrul dengan tegas.Dia masuk dahulu,diikuti dengan aku kemudiannya.Sambil-sambil itu aku mengerling kepada Marlia yang sedang mengesat air matanya.Kasihan pulak budak ni,desis hatiku.

‘’Duduk!’’ Nazrul berkata.Aku duduk di kerusi di hadapan meja dan menunggu kata-kata Nazrul yang selanjutnya.

‘’Macam mana dengan projek dekat Damansara tu?’’ Soal Nazrul kasar.

‘’Alhamdullillah,so far berjalan dengan lancar.’’ Balasku pendek.

‘’Really? Tapi dari apa yang saya dengar berkata sebaliknya.Dengar kata semalam seorang pekerja ditimpa kemalangan di sana.’’

Dapat aku dengar kesinisan pada nada suaranya.Macam nak kenakan aku saja dia ni!

‘’Pekerja tu hanya cedera ringan saja,Encik Nazrul.Lagipun dia terjatuh atas kecuaiannya sendiri. Bahkan hari ni pun dia dah boleh mula bekerja.Jadi saya tak rasa perkara ni boleh mengganggu kelancaran projek kita ni.’’ Aku cuba menjawab sebaik mungkin.Malas aku nak bertekak dengannya lagi.

‘’Macam mana pula awak boleh kata tak ganggu? Awak tahu tak,hal keselamatan pekerja adalah sangat penting.Takkanlah awak sebagai pengurus projek langsung tak titikberatkan benda ni.Tu pun nasib baiklah dia cedera ringan saja.Kalau dia cedera teruk dan nak saman syarikat kita,siapa yang nak tanggung? ’’

Aku rasa alasan yang Nazrul berikan langsung tak berasas.

‘’Encik Nazrul,sekali lagi saya cakap,dia terjatuh secara tak sengaja.Biasalah jalan kat tempat pembinaan macam tu,dengan permukaan jalan tak rata semua.Tiada apa-apa pun yang boleh dijadikan isu di sini,Encik Nazrul.’’ Balasku tidak senang.Lelaki ini bagaikan sengaja nak mencari pasal denganku.

‘’Mana file projek kita dekat Damansara tu? Saya nak tengok.’’ Nazrul masih tidak berpuas hati denganku.

‘’Ada dalam bilik saya.Kalau Encik Nazrul nak tengok saya boleh pergi ambil.’’

‘’Haih,baru nak pergi ambil? Tadi tak reti nak bawak datang sini siap-siap ke?’’

Aku mengeluh. ‘’Manalah saya tahu yang Encik Nazrul nak bincangkan tentang projek dekat Damansara tu dan nak tengok file projek tu.’’

‘’Takkanlah awak tak dapat nak agak? Sekarang kan awak tengah uruskan projek dekat Damansara.Jadi mestilah saya nak jumpa awak sebab nak bincang pasal projek tu.Takkan saya nak bincang pasal benda lain pula.’’ Nazrul masih tak mahu mengalah.

‘’Manalah tahu Encik Nazrul nak bincang pasal benda lain kan.Contohnya macam semalam.Bukannya Encik Nazrul bincang pasal projek dengan saya ,tapi cakap pasal saya yang konon-kononnya ada skandal dengan ayah Encik Nazrul.’’ Akhirnya tersembul juga kata-kata hikmat itu dari mulutku.Dapat kulihat perubahan pada wajah Nazrul.Haha padan muka,ketawaku dalam hati.

‘’Oh,jadi awak nak salahkan saya pulalah sekarang?’’ Tanya Nazrul dengan wajah yang merah.

‘’Saya tak maksudkan macam tu pun.Tapi pandai-pandai fikir sendirilah kan.Kita sama-sama dah dewasa,dah tahu membezakan yang mana betul yang mana salah.’’ Aku bangun dari dudukku. ‘’Dahlah Encik Nazrul,saya nak ke bilik saya dulu,ambil file projek yang Encik Nazrul nak tu.’’

Nazrul terdiam.Sangkaku dia dah berhenti.Tetapi ternyata tidak.Baru saja aku mahu membuka pintu,sekali lagi dia memanggil namaku.

‘’Ariana!’’

Aku mendengus perlahan seraya memalingkan muka.Nazrul berjalan menghampiriku dan berdiri di hadapanku.Aku dan Nazrul bertentang mata buat seketika.

‘’Aku takkan minta maaf atau menarik balik apa yang aku kata semalam.’’ Kata Nazrul dengan wajah serius.

Aku tersenyum sinis.Sudah kujangka jawapan itu daripadanya.

‘’Saya pun tak pernah mengharapkan apa-apa permohonan maaf daripada Encik Nazrul.Lagipun saya tak terasa sedikitpun dengan kata-kata Encik Nazrul sebab saya memang tak buat apa yang Encik Nazrul cakap tu.Jadi buat apa saya nak takut.’’

Nazrul tersenyum.Sinis sekali. ‘’Berani betul kau ni ya? Kau sedar tak kau tengah bercakap dengan siapa ni?’’

‘’Sebab saya sedarlah saya tak kisah.Sebab saya dah kenal dah macam mana perangai Encik Nazrul dan bagaimana hebatnya kelancangan mulut Encik Nazrul untuk menyakitkan hati orang lain.Saya dah lali sangat dah.’’ Sengaja aku menyelitkan maksud yang tersirat di sebalik kata-kataku itu.

‘’Hah?’’ Nazrul mengerutkan dahi.

‘’Saya pergi ambil file dulu ya.’’ Aku terus meninggalkan Nazrul dalam tanda tanya.Kali ini tidak akan kubiarkan Nazrul memperlakukan aku seperti mana yang pernah dia buat sembilan tahun yang lalu.Aku takkan biarkan dia melemparkan tuduhan sewenang-wenangnya kepada aku lagi,sebab aku akan membalasnya kembali!

‘’ARIANA!’’ Ketika aku sedang menunggu Nadia untuk makan tengah hari di lobi,tiba-tiba suara yang sangat kukenali itu menyapa. Darahku menyirap. Terkejut aku melihat Firdaus dan seorang perempuan cantik yang berdiri di sebelahnya. Sejak bila mereka ada di situ pun aku tak sedar. Firdaus tersenyum kepadaku. Berlainan dari semalam,hari ini dia kelihatan segak dengan kemeja dan tali leher yang berwarna biru.

‘’Apa yang kau buat kat sini?’’ Terpacul soalan itu dari mulutku.

‘’Saya nak pergi jumpa sepupu saya tulah. Tak sangka pula saya akan bertembung dengan awak kat sini.’’ Jawab Firdaus. Entah kenapa nadanya bagai gembira apabila bertemu denganku.

‘’Ohh…’’ Aku menjeling perempuan berkulit cerah yang bersamanya. Cantik. Dan juga seksi. Macam model pun ada. Mereka kelihatan sebaya.

Bagai mengetahui apa yang bermain di fikiranku,Firdaus berkata. ‘’Oh,lupa nak perkenalkan. Ariana,this is Alia,my….’’

‘’Firdaus!’’ Sebelum sempat Firdaus menghabiskan ayatnya,Nazrul tiba-tiba datang. Dan semestinya kehadiran aku di situ tidak menyenangkannya. Dia memandang aku dari atas ke bawah. Macam nak telan aku pun ada.

‘’Dah lama aku tunggu kau kat atas. Rupa-rupanya kau ada kat sini.Apa yang kau sibuk bualkan sangat dengan dia ni?’’ Ujar Nazrul kurang senang.

‘’Tak ada apa pun. Kebetulan terserempak dengan Cik Ariana ni. Jadi aku pun tegurlah.’’ Jelas Firdaus.Dia sepertinya perasan dengan ketidaksenangan Nazrul terhadapku.

‘’Ajaklah Alia ni naik pejabat aku. Kasihan kat dia kena berdiri lama-lama pula kat sini.Nak melayan orang yang tak penting buat apa.’’ Nazrul menjeling kepadaku. Tahu sangat aku kata-kata terakhirnya itu ditujukan kepadaku.

‘’Nazrul!’’ Firdaus mula tak senang dengan keceluparan mulut Nazrul.

‘’Tak apalah. Lagipun saya pun tak ingin nak berlama-lama kat sini.Pergi makan lagi bagus dari melayan orang yang perasan bagus. Buang masa saja.’’ Aku pantas membidas kata-kata Nazrul. Dapat kuperasan perubahan wajah Nazrul apabila aku memalukannya di hadapan Firdaus dan kawan perempuannya yang dipanggil Alia itu.

Tanpa menunggu lebih lama aku terus keluar dari situ. Puas hatiku dapat mengenakan Nazrul sebanyak dua kali hari itu.Pasti Nadia akan teruja apabila mengetahui apa yang telah aku lakukan pada lelaki yang berlagak itu.

Previous: BAB 13
Next: BAB 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.