Bab 13

Sebulan kemudian...

SAIFUL melabuhkan punggungnya di sebelah Aisyah yang khusyuk menonton drama di TV3 itu. Drama apa pun dia tidak tahu, kerana dia jarang menonton drama. Kalau menonton sekalipun, dia hanya mengikut rentak isterinya sahaja.


“Esok dah start puasa, boleh puasa ke tak?” selamba sahaja Saiful bertanya. Ingin mencuri perhatian si isteri dari terus memandang skreen televisyen.


Bulat mata Aisyah mendengarnya. Dipandang wajah Saiful yang duduk di sebelahnya. Tangannya laju sahaja untuk mencubit pinggang suaminya. “Apa akhi ni? Soalan tu... ee... malu la Sya,” rungut Aisyah.


“Nak malu apa? Akhi suami Sya tau. Berhak tahu. Manalah tahu kan kalau-kalau Sya ada terniat nak ponteng ke... kan?” Kening Saiful terangkat sebelah.


Aisyah mencubit lagi pinggang Saiful.


“Aaa... sakit la Sya,” adu Saiful. Dahinya berkedut menahan sakit sambil tangan kirinya menggosok pinggang yang dicubit oleh si isteri.


Aisyah menjulur lidah. “Padan muka. Fikir Sya macam tu lagi.”


“La… apa salah akhi? Eee… budak inilah, sabar je lah.”


“Akhi! Sya bukan budak lagi la. Sya dah besar tahu? Dah remaja.”


Saiful mengangkat kedua keningnya ke atas. “Ye ke? Bukan Sya memang budak-budak lagi ke? Ye la, budak sekolah. Budak la tu.”


Aisyah mencebik.


Saiful menguak rambut Aisyah ke belakang telinga. “Sedar diri tu ye, sayang. SPM pun tak lepas lagi ada hati tak nak mengaku dia budak sekolah lagi.”


“Bukan tak nak mengaku la, akhi. Tapi budak sekolah tu lain maknanya dengan budak la akhi.”


Saiful ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya. “Sya, Sya. Perangai Sya ni kan dah macam budak-budak la. Macam budak tadika, tahu? Makin kita rapat, makin kita kenal, makin akhi kenal Sya ni rupanya seorang yang mengada-ngada dan manja sangat orangnya.”


Aisyah memandang ke arah lain.


“Ala… merajuk pulak isteri akhi ni. Sya…” panggil Saiful dengan nada yang lembut.


Aisyah memeluk tubuhnya. Tanpa sedar bibirnya makin lama sudah muncung sedepa.


“Sekali lagi akhi nampak bibir tu ke depan... dah tak ada amaran dah ye?” ujar Saiful.


Aisyah menjeling tajam suaminya.


Saiful ketawa. “Dah la. Suka sangat buat muka comel tu. Bergetar iman akhi bila melihatnya, tahu? Now, jawab soalan akhi tadi... boleh puasa ke tak esok?” soal Saiful.


“Tunggu je la time solat Isya' nanti. Tengok Sya masuk bilik akhi untuk solat ke tak? Okey?” jawab Aisyah.


“Ooo… nak main teka-teki dengan akhi ye. Fine. Actually… akhi dah tahu, esok Sya boleh puasa,” ujar Saiful sambil mengenyitkan matanya ke arah Aisyah.


Berubah riak wajah Aisyah mendengarnya. “Mana akhi tahu?”


“Akhi catat la,” jujur Saiful memberi jawapan.


Memang selama ini, dalam diam dia ada mencatat hari keuzuran Aisyah. Sebenarnya dia mahu bertanya berapa lama keuzuran Aisyah semua itu, tapi dia tidak mahu Aisyah segan dengannya. Sebab itu selama dua bulan mereka menjadi suami isteri ini, dia dalam diam membuat operasi perhatikan Aisyah dan mencatat.


“Erk!” Aisyah sudah menelan air liurnya berkali-kali.


Saiful mengukir senyuman. “Hm.... dah habis ganti puasa tahun lepas? Kalau belum akhi nak tunaikan tanggungjawab ni. Bayar fidyah.”


Aisyah mengangguk. “Dah la.”


“Alhamdulillah.”


“Akhi, kenapa tanya soalan macam tu?” soal Aisyah.


“Kenapa tak boleh?” soalan dibalas dengan soalan.


“Tak la... just... malu la. Akhi ni... aki pun tak pernah tanya soalan serupa akhi tau.”


“Malu konon...” Saiful sudah peranannya dalam mengusik Aisyah. Selagi dia tidak melihat wajah Aisyah merah menyala menahan malu, selagi itu dia akan mengusik isterinya itu lagi dan lagi.


“Malu la.”


“Ye ke ni?” semakin semangat Saiful mahu mengusik.


Aisyah mengambil bantal kecil di sisinya dan ditutup mukanya. Malu, malu, malu!


Saiful ketawa melihat reaksi Aisyah sebegitu. Tangannya cuba menarik bantal yang digunakan Aisyah untuk menutup wajah. Dia ingin melihat wajah si isteri di sebalik bantal kecil itu. Wajah yang sudah malu.


“Janganlah. Sya malu!” Aisyah menguatkan pengangannya pada bantal kecil yang dipegangnya. Agar suaminya gagal menarik bantal kecil itu darinya.


“Tak payah malu la.”


“Akhi jahat.”


Saiful sudah ketawa.


Aisyah mencebik bila mendengar suaminya ketawa. “Eee… akhi ni… ketawakan Sya pulak.”


“Dah la. Akhi mintak maaf ye sayang. Dah, tak mau la tutup muka. Akhi nak pahala ni, nak tengok muka ketua bidadari akhi ni.”


Aisyah sudah tersenyum-senyum mendengarnya.


“Sya…”


“Hm,” respon Aisyah di sebalik bantal.


“Akhi sayang Sya.”


“Sya pun sayang akhi.”


Saiful sudah tersenyum mendengarnya. “Kalau sayang, jangan tutup muka tu. Tak nak tengok muka ustaz handsome awak ni ke?”


Aisyah menurunkan bantal kecil yang digunakannya tadi. Dicubit manja pipi suaminya. “Perasan!”


Saiful ketawa kecil. “Biarlah akhi perasan. Dah isteri tak nak puji kita ni kacak, kita puji diri sendiri je la yang mampu. At least, akhi ni dapat pahala sebab memuji ciptaan Allah.”


“Ada je teori akhi ni la. Muka bukan kacak sangat pun. Raja Afiq lagi... kacak dari akhi,” selamba je Aisyah membalas kata si suami.


Wajah Saiful sudah berubah apabila dia mendengar nama lelaki lain yang disebut isterinya. “Siapa tu?”


“Siapa... apa?” soal Aisyah sambil menjongketkan kedua keningnya ke atas.


“Raja Afiq!” jawab Saiful senada.


Aisyah ketawa kecil. Ditutup mulutnya dengan tapak tangannya. “Akhi... cemburu ye...” usik Aisyah. Jari telunjuknya sudah digerakkan beberapa kali di depan wajah suaminya.


“Mestilah. I'm your husband, okayNow, tell me, siapa tu? Student mana? Dia tingkatan berapa? Kelas apa? Tinggal kat mana? Beritahu akhi sekarang,” soal Saiful bertalu-talu dengan nada suaranya yang serius.


“Amboi... seriusnya muka dia.”


“Aisyah, akhi serius.”


Aisyah mengeluh. “Raja Afiq tu... artis la. Sya minat dia macam-macam tu je. Tak kan lah tu pun akhi nak cemburu.”


“Betul?”


“Ye la. Akhi ni... Sya tahu la, Sya tak boleh suka lelaki lain selain akhi. Berdosa.”


“Tahu tak per.”


Aisyah mengukir senyuman bahagia. ‘Dia cemburu, maknanya... dia sayang aku.’


“Tahun ni nak pakai baju raya tema apa?” soal Aisyah. Ingin menukar topik perbualan.


Saiful mengecilkan matanya memandang Aisyah. “Puasa pun belum mula lagi, Sya dah fikir raya dah.”


“Ala… prepare je. Akhi nak warna apa?”


Saiful terdiam seketika. Mulutnya terherot-herot sedikit, memikir apa yang ditanya oleh Aisyah.


“Kita nikah, warna putih. Kenduri pulak, warna krim. Apa kata kita pakai je baju kenduri kita tu? Elok lagi kan?”


Aisyah mengangguk. “Sya pun ada terfikir macam tu jugak, akhi. Ye la, baru sekali kita pakai baju kenduri tu, membazir je kalau beli baru. Walhal baju tu masih cantik dan elok lagi. Eee… tak sabar nak raya.” Aisyah sudah teruja.


“Kenapa Sya teruja sangat ni?”


Aisyah tersenyum. “Sebab… raya tahun ni Sya…” wajah Saiful dipandang lama, “...Sya dah ada suami. Sebab tu… Sya teruja dan tak sabar nak sambut Ramadhan dan Syawal dengan akhi.”


Saiful turut tersenyum.


*****

“KITA buka luar ye?” ajak Saiful. Matanya memandang sekilas ke arah Aisyah yang duduk di sebelahnya.


Aisyah menggelengkan kepalanya. “Tak nak. Buka kat rumah.”


“Luar.”


“Rumah.”


“Luar.”


“Rumah.”


Saiful menarik nafasnya sedalam yang boleh. “Luar, luar, luar, luar, luar.”


Aisyah mengigit hujung bibirnya. Kepalanya digelengkan. “Rumah, rumah, rumah, rumah, rumah la.”


“Luar, luar, luar, luar, luar.”


“Rumah, rumah, rumah, rumah, rumah. Akhi ni. Benda ni pun nak buat gaduh dengan Sya la.”


Saiful memberhentikan keretanya di tepi jalan. Dipandang wajah Aisyah. “Kita buka luar la,” Saiful cuba memujuk. Kali ini gaya pujukkannya siap dengan mimik muka dan nada suara yang lembut lagi.


Aisyah menggelengkan kepalanya. “No, no, no. Buka kat rumah dengan umi dan walid. Kan first puasa ni, kita berbuka kat rumah la.”


Saiful mengeluh. “Sebab first la akhi nak kita buka luar. Ni kan first untuk kita puasa sebagai suami dan isteri. Remember?”


Aisyah memandang wajah suaminya. “Tahu, tapi... nanti-nanti pun boleh, kan? Buka luar lambat nanti akhi.”


Saiful mendiamkan dirinya.


“Akhi…” panggil Aisyah.


“Okey, fine. Akhi hantar Sya balik, lepas tu akhi berbuka sorang-sorang kat luar,” putus Saiful.


“Merajuk la tu,” ujar Aisyah dengan nada suaranya yang perlahan. Namun cukup untuk Saiful mendengarnya.


Saiful menekan pedal minyak. Sepanjang perjalanan dia hanya mendiamkan dirinya sahaja. Hanya bunyi alunan zikir dari radio sahaja yang memecah kesunyian antara mereka berdua.


Aisyah mengeluh. Rimas pula bila suaminya bersikap sebegini. Rasa serba salah pula dia. Bukan dia tidak mahu berbuka di luar bersama Saiful, tapi dia tidak suka lambat berbuka. Lagi pula berbuka di luar memerlukan banyak masa.


“Okey, okey. Kita berbuka kat luar,” Aisyah memutuskan setelah lama dia berdiam memikirkan cadangan suaminya itu.


“Betul?” soal Saiful sambil matanya memandang ke arah isterinya.


Aisyah mengukir senyuman. Ditolak wajah si suami yang memandangnya ke depan semula. “Ustaz, bawak kereta pandang depan, bukan pandang saya ye.”


“Okey,” respon Saiful.


“Ye la kita buka luar,” beritahu Aisyah sekali lagi.


“Serius?”


“Sya serius ni. Nanti Sya tarik balik keputusan Sya karang,” ugut Aisyah.


Saiful sudah tersenyum-senyum. “Jazakillah, sayang.”


Aisyah turut sama tersenyum.


“Akhi sebenarnya dah tempah meja untuk kita berbuka,” ujar Saiful.


“Ooo, patutla akhi tetap berkeras nak berbuka kat luar.”


Saiful mengangguk. “Ye. Lagipun, ni kan first Ramadhan dengan first time kita berpuasa sebagai suami isteri. Jadi akhi nak la kita berbuka dalam suasana yang romantik. Hanya kita berdua sahaja.”


Aisyah mengangguk. “Akhi… thanks sebab buat semua ni untuk Sya.”


Saiful menoleh seketika ke arah Aisyah. “Sya isteri akhi. Akhi akan buat apa sahaja asalkan ianya dapat mengembirakan hati Sya.”


Jazakallah.”


Wa iyyakum.”


‘Ya Allah, semoga Ramadhan ini merupakan Ramadhan yang akan meninggalkan kenangan manis untukku bersama dia, Ya Allah. Aku bahagia menjadi isterinya dan aku berharap dia turut bahagia menjadi suamiku,’ ujar Aisyah dalam hati.


“Esok kita berbuka dengan umi dan walid, okey?” ujar Saiful.


“Okey,” jawab Aisyah sambil tersenyum manis. “Buka kat luar dengan umi dan walid?”


Saiful mengangguk.


*****

AISYAH membuka kelopak matanya. Ditoleh ke arah meja kecil di sisinya, lalu diambil telefon bimbit miliknya.


3.00 pagi.


‘Awal lagi kalau nak sahur. Baik aku mandi dulu. Lagipun kan bagus mandi sebelum subuh.’ Aisyah bermonoloq sendirian.


“Dah bangun?” tanya Saiful dalam keadaan mamai.


Aisyah menoleh ke arah Saiful yang masih baring di sebelahnya. Dipandang wajah si suami yang baru bangun dari tidur itu.


Saiful mengosok-gosok kedua kelopak matanya. “Dah nak sahur ke, sayang? Pukul berapa dah ni?” soal Saiful. Jam tangan yang diletakkan di atas meja kecil, diambil. “Baru pukul tiga pagi sayang. Dah nak sahur dah ke?”


Aisyah menggelengkan kepalanya. “Belum lagi. Sya nak mandi dulu nanti baru Sya prepare untuk kita sahur ye?”


Hari ini dan selama seminggu ini, mereka hanya berdua di rumah. Tan Sri Abbas dan Puan Sri Munirah outstation. Sebab itulah Aisyah perlu menyediakan juadah untuk bersahur serta berbuka untuk mereka berdua sendiri.


Selama mereka berada di bulan mulia ini, khidmat Mak Nab direhatkan buat seketika. Sudah menjadi kebiasaan bagi Tan Sri Abbas memberi cuti kepada pembantu rumahnya itu bila tiba Bulan Ramadhan supaya Mak Nab boleh fokus beribadat dan meluangkan masa dengan keluarga.


Saiful mengangguk. “Sya pergilah mandi. Lepas tu akhi pulak. Nanti kita Tahajjud berjemaah ye sebelum sahur?”


Aisyah mengangguk.


“Kita masak sama-sama, okey?”


“Okey,” jawab Aisyah sambil turun dari katil.


*****

SAIFUL mengucup dahi Aisyah sebaik sahaja mereka berdua selesai menunaikan solat sunat Tahajjud secara berjemaah.


“Kalau umi tahu… macam mana, akhi?” soal Aisyah.


Saiful mengukir senyuman. “Kita bukan buat maksiat, sayang. Tenang je okey?”


Aisyah mengangguk.


“Dah jom siapkan juadah untuk bersahur. Dah pukul empat pagi dah ni. Nanti lambat pulak kita bersahur,” ujar Saiful sambil melipat sejadah yang digunakan. Diletakkan sejadah tersebut di atas katil. Langkah kaki di atur mendekati Aisyah. Dibuka telekung isterinya.


Jazakallah, akhi.”


Saiful mengucup dahi Aisyah. “Wa iyyakum, zaujati.” Saiful memandang lama anak mata Aisyah. “Zaujati, anti habibati anti.”


Aisyah mengerutkan dahinya. Tidak faham dengan ayat yang dituturkan oleh suaminya. Namun dia tahu, kata-kata yang dituturkan oleh saminya itu ialah kata-kata dari Bahasa Arab.


Melihat Aisyah yang sebegitu, Saiful tersenyum. “Maknanya…” Saiful bermain rambut Aisyah di tepi telinga. “Duhai isteriku, engkaulah kekasihku. Boleh jadi juga... duhai isteriku, engkaulah cintaku.”


Aisyah tersenyum gembira bila dia mendengar suaminya memberitahu makna kata cinta dalam Bahasa Arab itu. Makin jatuh cinta dirinya dengan suaminya itu.


“Jom. Nanti lambat pulak untuk kita sahur.”


Saiful mengangguk.


*****

AISYAH membuka pintu bilik suaminya. Sengaja dia masuk ke situ untuk berborak dan bermanja dengan Saiful. Lagi pula dia bosan bila berada di hujung minggu seperti ini tapi tiada aktiviti dapat dilakukan.


Dia melihat dengan jelas suaminya sedang bercakap dengan seseorang melalui telefon bimbit sambil berdiri berhampiran dengan katil.


“Okey, nanti…” Saiful memusingkan badannya ke belakang. Kata-katanya terhenti seketika apabila dia melihat Aisyah sedang memandang ke arahnya. Satu senyuman diberikan kepada si isteri.


Aisyah membalas senyuman itu. Merasakan dia mungkin menganggu suaminya berbual di telefon, lantas langkah kaki diatur untuk keluar dari bilik suaminya.


Sampai sahaja di biliknya, dia terus membaringkan diri di atas katil dengan posisi mengiring. Matanya memandang kosong sahaja ke arah dinding.


‘Bosannya. Hm… Nasib esok dah sekolah semula.’


Tidak sampai satu minit, telinga Aisyah menangkap bunyi pintu biliknya dibuka. Tidak perlu dia melihat siapa gerangannya kerana dia yakin itu pasti suaminya. Lagipun tiada siapa di rumah ini melainkan mereka berdua sahaja.


Katil dirasakan tenggelam sedikit, tanda ada insan lain duduk berhampiran dengannya. Satu keluhan dilepaskan oleh Aisyah.


“Kenapa ni? Letih puasa ke, sayang?” soal Saiful dengan lembut.


Aisyah menggelengkan kepalanya.


“Habis kenapa?”


Aisyah bangun dari posisinya. Dia memandang wajah suaminya. “Akhi cakap dengan siapa tadi?”


Saiful tersenyum. “Mirul. Dia beritahu akhi yang dia baru masuk meminang seseorang kelmarin.”


“Mirul dah nak kahwin?”


Saiful mengangguk. “Insya-Allah. Tapi tak pasti lagi sebab pihak perempuan belum beri kata putus lagi.”


Aisyah mengangguk, faham.


“Kenapa Sya?”


“Kenapa apa, akhi?” soal Aisyah semula. Pelik dirinya dengan soalan yang keluar dari mulut Saiful.


“Akhi dapat rasa… yang kekasih akhi ni…” pipi Aisyah diusap penuh kasih sayang, “...sedang fikir satu perkara yang merunsingkan hatinya. Kongsilah dengan akhi.”


“Ye ke?”


“Ye, muka Sya nampak runsing sangat. Kenapa ni sayang?” soal Saiful dengan lembut.


Aisyah mengigit hujung bibirnya. Satu keluhan berat dilepaskan.


“Meh sini.” Saiful menepuk pehanya.


Aisyah merebahkan kepalanya di atas pangkuan Saiful.


Now, tell me. Kenapa ni sayang?” Saiful bertanya lembut setelah mencium dahi Aisyah.


Aisyah melepaskan satu keluhan. Kepalanya digelengkan beberapa kali. “Sya... Sya... tetiba rasa takut. Rasa risau. Macam-macam la akhi.”


Rambut Aisyah dibelai lembut. “Akhi akan ada di sisi Sya walau apa pun yang akan terjadi, sayang. Insya-Allah. Jadi... Sya jangan risau ataupun bimbang apa-apa, okey?”


Aisyah memandang anak mata suaminya. Satu senyuman paling manis diberikan. “Akhi sayang Sya tak?”


Saiful mengangguk. “Sayang sangat.”


Aisyah mengukir senyuman. Dia bangun dari baring di pangkuan si suami. Pipi Saiful diusap. “Sya pun sayang akhi.”


Saiful memeluk tubuh Aisyah. “Akhi sayang Sya… sampai ke jannah. Insya-Allah.”


Aisyah membalas pelukan suaminya.


Saiful mencium ubun-ubun Aisyah.


“Sya sebenarnya kan akhi... bosan la.”


“Bosan?”


Aisyah mengangguk. “Umi dan walid tak ada. Bosan tak buat apa-apa. Lagipun hari tu akhi kata nak bawak Sya keluar?”


“Nak keluar ke?” soal Saiful.


“Boleh?”


“Boleh tu boleh. Tapi, cuacakan tengah panas. Lagipun kita tengah berpuasa. Akhi takut Sya cepat letih nanti,” ujar Saiful sambil memandang ke arah isterinya yang dalam pelukannya.


“Kalau macam tu, Sya ikut akhi mana yang baik je la. Asal… akhi dekat ngan Sya,” Aisyah mendongak, memandang anak mata suaminya.


Saiful mendiamkan dirinya seketika. Berfikir sesuatu.


“Apa kata… kita pergi jenguk umi di hospital? Berbuka dengan Umi Mira dan Walid Zaid di sana, nak?”


Aisyah mengangguk laju. “Nak. Lagipun Sya tak merasa lagi berbuka dengan Umi Mira dan Walid Zaid.”


“Okey. nanti petang kita keluar ye? Sekarang kita rileks di rumah dulu.”


Aisyah mengangguk. Setelah berdiam agak lama, Aisyah memanggil suaminya. “Akhi...”


“Ye.”


“Ceritalah dekat Sya kisah-kisah teladan.”


Saiful ketawa kecil. “Bukan Sya banyak dah tahu ke?”


“Ala... story la. Sya tahu melalui pembacaan, lain dengan mendengar suami kita sendiri yang bercerita khas untuk kita. Boleh la ye, ustaz? Please...” Aisyah mengelipkan matanya berulang kali.


“Okey. Memandangkan kita dalam Bulan Ramadhan, akhi nak cerita mengenai satu kisah nabi yang akhi suka sangat.”


Aisyah mencebik mendengarnya. “Akhi tu, semua kisah dalam Islam dia suka. Mana pernah akhi tak suka.”


“Kali ni... kisahnya unik.”


“Okey... apa dia?”


“Pernah dengar kisah Nabi Sam'un? Atau dikenali dengan nama Nabi Samson?”


Aisyah mengangguk. “Sya pernah terbaca dalam satu buku tapi tak ingat tajuk buku tu. Dalam buku tu, ada menceritakan kisah Nabi Samson dan isterinya Delailah. Isterinya mengkhianatinya kan? Dan... Nabi Samson ni ialah nabi yang dimana di Padang Mahsyar nanti baginda bawa pedang dan masuk syurga tanpa mempunyai seorang pengikut pun. Betul tak apa yang Sya cakap ni?”


Saiful mengangguk. “Betul. Apa Sya cakap, semuanya betul. Sya tahu tak, apa kaitan Nabi ni dengan Bulan Ramadhan?”


Aisyah mengangkat kedua bahunya tanda tidak tahu.


“Para sahabat Rasullulah saw ni... sangat kagum dengan ibadat yang dilakukan oleh Nabi Samson ni. Iaitu beribadat selama seribu bulan lamanya.”


“Seribu? Lamanya akhi... well, benda tu tak mustahil kan akhi? Bila Allah kata ‘kun fa ya kun’, maka jadilah ia. Lagipun usia umat terdahulu memang panjang kalau nak dibandingkan dengan kita, kan akhi?” Aisyah memandang wajah suaminya.


Saiful mengangguk. “Sebagai tanda kasih Allah kepada kita umat Nabi Muhammad saw, Allah beri kita malam yang istimewa. Malam Lailatur Qadar. Ianya lebih baik dari seribu bulan.”


“Beruntung siapa dapat malam istimewa tu, kan akhi?”


“Sya tak nak kejar dapatkan malam istimewa tu?”


“Layak ke Sya ni, akhi?”


“Semua orang layak, Sya. Cuma kita kena usaha la untuk mendapatkannya.”


Aisyah hanya tersenyum. "Akhi pernah dapat?"


Saiful ketawa.


*****

DATIN AMIRA mengangguk, menikmati makanan yang lalu dikorongkongnya. Senyuman terukir di bibir.


“Mana beli makanan ni?” soal Datin Amira sambil menjuihkan bibirnya ke arah bekas makanan di depan matanya.


“Sedap tak umi?” tanya Saiful.


“Sedap.”


Saiful tersenyum-senyum. Matanya memandang ke arah Aisyah yang sedang makan di sebelahnya. “Menantu umi ni yang masak.”


“Ye ke?”


Saiful mengangguk laju.


Aisyah hanya tersenyum.


“Sya… sedap sangat Sya. Umi tak sangka Sya pandai masak,” puji Datin Amira sambil memandang wajah menantunya.


“Betul tu, Sya. Sedap sangat masakan kamu ni. Tengok walid makan bertambah ni,” sampuk Dato’ Zaid sambil menunjukkan pinggannya yang sudah ditambah nasi baru.


“Terima kasih umi, walid atas pujian tu. Tapi Sya ni tak lah pandai masak mana, basic boleh la.”


“Eleh, rendah diri la pulak,” usik Saiful.


Aisyah tersenyum malu.


“Untung Saiful dapat isteri seperti kamu ni, Sya. Cantik, pandai masak pulak tu,” puji Datin Amira lagi.


“Eh, umi. Tak ada la. Biasa je,” jawab Aisyah.


Saiful tersenyum. “Memang untung pun umi. Cantik, baik, lemah-lembut, pandai masak, pandai jaga maruah Saiful. Semua serba serbi, alhamdulillah Sya pandailah umi.”


Aisyah memandang wajah suaminya. “Ada pulak akhi cakap macam tu depan umi dan walid.”


“Salah ke?”


“Memang la tak salah, tapi Sya malu la,” ujar Aisyah dengan nada perlahan.


“Nak malu apanya? Bukan orang lain. Umi dengan walid je pun.”


Aisyah mengecilkan matanya. Sebelah tangannya mencubit pinggang Saiful.


“Auch! Sakit la Sya.”


Aisyah hanya buat endah tak endah sahaja bila suaminya mengadu sakit akibat cubitannya.


Datin Amira dan Dato’ Zaid berpandangan sesama sendiri. Mereka berdua hanya tersenyum melihat gelagat Aisyah dan Saiful. Dalam hati, mereka berdua mendoakan yang baik-baik sahaja untuk anak dan menantu mereka itu.


“Umi, pasal Mirul tu macam mana? Pihak perempuan dah beri kata putus?” soal Saiful sambil memandang tepat wajah uminya yang separa duduk di atas katil.


Datin Amira menggelengkan kepalanya. “Belum lagi.”


Saiful mengangguk. “Semoga semuanya baik-baik sahaja.”


“Amiin,” sahut yang lain.

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh
    © Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham