Bab 14

Seminggu kemudian...

AISYAH melabuhkan punggungnya di sebelah Saiful yang khusyuk menonton ceramah di televisyen. Kepalanya dilentokkan di bahu suaminya dan memeluk manja lengan ustaz muda itu.


“Akhi…” panggil Aisyah dengan manja.


Saiful memandang ke arah isterinya. Dicium ubun-ubun Aisyah dengan penuh kasih sayang. “Ada apa, sayang?” soal Saiful sambil memeluk bahu Aisyah.


“Akhi tahu tak yang Bella nak nikah time raya nanti?” soal Aisyah.


“Tahu. Kan Sya ada cerita dekat akhi kelmarin pasal Bella. Dia nak nikah raya ketiga, kan?”


Aisyah mengangguk. “Bella ajak kita datang.”


“Insya-Allah, kita datang.”


“Tapi…” Aisyah menggantungkan kata-katanya.


“Tapi apa, sayang?”


Aisyah merenung anak mata suaminya. “Tadi Bella call, Bella cakap tarikh dah tukar.”


“Bila?”


“Raya pertama.”


Saiful terkejut. “Raya pertama?”


Aisyah mengangguk.


“Tu kan tarikh nikah Mirul. Pukul berapa Bella dijangkakan untuk ijabkabul?”


“Lepas Asar katanya.”


“Bertindih dengan masa Mirul nikah la, sayang. Macam mana nak datang? Akhi rasa, kita tak dapat pergi.”


Aisyah mengeluh panjang. “Tu la, nasib baiklah Bella faham, akhi.”


“Bella tahu ke pasal Mirul nak nikah?”


Aisyah mengangguk. “Tahu. Sya beritahu Bella masa nikah dia, sama dengan masa nikah Mirul. Jadi kita tak dapat nak datang.”


“Bella cakap apa?”


“Bella cakap, dia tak kisah. Cuma dia nak sangat-sangat kita datang bila kenduri dia nanti. Itu je.”


“Insya-Allah, kalau tak ada aral yang mendatang kita pasti pergi ke majlis Bella.”


Aisyah memeluk tubuh suaminya. Kepalanya di sandarkan pada dada Saiful. “Rasa serba salah la akhi.”


“Kenapa pulak ni?” Saiful membelai lembut rambut Aisyah.


“Ye la, bila Sya nikah dengan akhi dulu Bella ada untuk Sya. Teman Sya sampai Sya sah jadi isteri akhi. Bagi semangat kat Sya. Tapi… bila tiba giliran Bella, Sya tak dapat datang pulak. Tak dapat nak buat perkara yang sama Bella buat kat Sya dulu,” Aisyah meluahkan perasaan sedihnya.


Saiful mengemaskan pelukannya. “Bella seorang kawan dan jugak sepupu Sya yang sangat memahami Sya. Akhi yakin, Bella tak marah apatah lagi kecil hati dengan Sya hanya sebab Sya tak dapat datang majlis akad dia. Kita doa, semoga majlis Bella berjalan dengan lancar, okey?”


Aisyah mengangguk. “Sya sayang sangat dengan Bella, akhi. Bella sentiasa ada untuk Sya saat susah dan senang. Bila orang mengata Sya sebab kahwin dengan akhi, Bella antara orang yang pertahankan Sya. Bella tak pernah jemu beri semangat pada Sya.”


“Akhi tahu semua tu, sayang. Akhi boleh nampak betapa kuatnya rasa sayang Bella pada Sya. Sya tahu tak, Sya beruntung tau kerana mempunyai teman seperti Bella. Akhi suka tengok Sya berkawan dengannya. Kekalkan hubungan tu ye, sayang?”


“Insya-Allah, akhi.”


“Kalau Bella Sya cakap Sya sayang… akhi pulak?” soal Saiful secara tiba-tiba. Entah kenapa secara spontan datang pula ideanya untuk menyakat dan mengenakan Aisyah.


“Akhi kan suami Sya, mestilah Sya sayang… sangat dekat akhi.”


“Akhi pun sayang… kat Sya,” balas Saiful sambil mengusap lembut rambut Aisyah.


“Kenapa Mirul pilih satu syawal untuk bernikah ye akhi? Ada ke orang nikah time tu?” soal Aisyah kehairanan.


“Mirul cakap… bakal isteri dia budak sekolah, seusia dengan Sya. Satu syawal ni kan hari jumaat, Mirul memang dah pasang niat nak nikah hari jumaat. Jadi nanti tak lah dia kacau masa belajar bakal isteri dia. Lagipun, Mirul nak habiskan cuti semester dia, dengan mengenali bakal isteri dan keluarga bakal mertua dia. Sebab cuti raya Mirul tak lama, Sya. Mirul kan kerja sambil belajar, masa dia terhad,” terang Saiful.


“Ooo, patut la. Habis, keluarga bakal isteri Mirul, okey ke?”


Saiful mengangguk. “Okey, alhamdulillah.”


Aisyah mengangguk.


*****

SAIFUL menarik kerusi di meja dapur. “Sya nak buat kuih apa ni?” soal Saiful sambil tangannya membelek-belek bahan yang ada di atas meja.


Ada tepung kastard, tepung gandum, tepung jagung, telur, gula dan macam-macam lagi. Penuh meja dek kerana bahan-bahan tersebut.


Aisyah menggunting plastik tepung gandum dan disukatnya dengan alat penyukat. “Sarang semut,” jawab Aisyah sambil memasukkan tepung yang sudah disukatnya ke dalam mangkuk yang disediakan. Mudah untuknya nanti untuk mula mengadun bahan-bahan tersebut.


“Sarang semut? Sya pandai buat ke?”


“Mestilah. Sejak Sya tahu buat sarang semut ni, setiap kali sambut raya wajib ada tau. Aki suka makan biskut ni.” Aisyah mula bangga diri dengan kelebihannya yang satu ini. Sengaja ingin berlagak di depan suaminya sendiri.


“Wau! Tak sangka akhi yang Sya pandai dalam bab-bab macam ni. Sya... for your information my beautiful wife, biskut ni antara favourite akhi tau.”


Really?”


Saiful mengangguk.


“Kalau macam tu… Sya buat lebih sikit ye?”


“Tapi jangan sampai membazir pulak ye,” pesan Saiful.


“Tak lah. Insya-Allah tak akan sampai tahap membazir.”


Saiful tersenyum. “Ada apa-apa yang akhi boleh tolong?”


“Akhi reti ke bab-bab macam ni?” soal Aisyah sambil menjongketkan keningnya.


“Jangan pandang akhi sebelah mata,” jawab Saiful sambil mendekati Aisyah yang sedang menyediakan bahan untuk membuat biskut.


*****

AISYAH mengambil sarung tangan khas lalu dipakainya. Dibuka pintu ketuhar dan ditarik keluar dulang yang ada di dalamnya.


“Hm… sedapnya bau,” ujar Saiful sambil mengantungkan kain yang digunakannya untuk mengelap pinggan dan mangkuk yang dibasuh sebentar tadi.


“Mestilah sedap, tengoklah siapa buat, kan?” Aisyah menjongketkan keningnya keatas.


Saiful tersenyum. Dicuit hidung Aisyah.


“Tengoklah wife siapa, kan?”


Aisyah ketawa kecil.


Saiful menggosok kedua-dua tapak tangannya sambil memandang dulang yang baru keluar dari ketuhar tadi.


“Jom kita rasa.”


Aisyah memukul lembut lengan Saiful saat tangan suaminya itu mahu mengambil dan merasa biskut yang baru siap dimasak itu.


“Puasalah, akhi,” Aisyah mengingatkan.


Saiful menggelengkan kepalanya beberapa kali. “Astagfirullahhala’zim… Akhi lupa lah, sayang.”


“Saja je buat-buat lupa, kan?” duga Aisyah.


“Taklah.”


“Ye la sangat.”


“Ye la.” Saiful mencubit hidung Aisyah dengan lembut.


*****

TERKEJUT Puan Sri Munirah melihat Saiful dan Aisyah di dapur. Satu senyuman manis terukir di bibirnya. Hati umi mana yang tidak gembira apabila melihat rumah tangga anaknya bahagia. Itulah yang dirasakan oleh Puan Sri Munirah.


“Buat apa tu?” sergah satu suara.


Puan Sri Munirah menoleh ke belakang. “Abang tengok lah tu,” mulut Puan Sri Munirah terjuih ke arah Saiful dan Aisyah yang khusyuk memasukkan biskut yang sudah siap ke dalam balang.


Tan Sri Abbas tersenyum. “Alhamdulillah. Semoga mereka berdua bahagia hendaknya hingga ke akhir hayat.”


“Amiin.”


Tan Sri Abbas menarik tangan Puan Sri Munirah. “Dah la, jangan kacau mereka berdua.”


Puan Sri Munirah mengangguk.


“Jom teman abang kemaskan office abang di atas,” pinta Tan Sri Abbas.


“Okey.”


*****

AISYAH memandang jam di telefon bimbitnya. “Akhi…”


“Hm,” respon Saiful. Tangannya masih tekun menyusun biskut-biskut yang dibuatnya bersama Aisyah ke dalam balang.


“Dah pukul lima setengah ni, alang-alang dah ada kat dapur ni kita nak masak apa untuk juadah berbuka?” soal Aisyah.


Saiful memandang wajah Aisyah yang berada di sebelahnya. “Apa-apa pun boleh.”


Aisyah mengecilkan matanya. “Akhi…” panggil Aisyah dengan lembut.


“Sya, puasa ni. Jangan goda akhi lebih-lebih,” ujar Saiful dengan nada serius.


“Sya tak goda akhi la. Sya cuma nak cakap dekat akhi… yang mana ada lauk atau makanan yang namanya ‘apa-apa’.”


“Amboi… pulang paku keras nampak?”


Aisyah ketawa kecil. Teringat kejadian dulu dimana ketika itu suaminya bertanya kepadanya apa yang sedang dia baca di laptop, tapi dia menjawab ‘baca apa-apa je’.


“Sya ingat akhi dah lupa kejadian tu.”


“Ingat akhi ni nyanyuk ke apa? Kejadian tu baru berlaku beberapa hari lepas kita nikah, sebelum cuti sekolah habis. Mean, dua bulan lepas. Tak la lama mana untuk akhi jadi pelupa,” jawab Saiful.


Aisyah tersenyum melihat suaminya tekun membuat kerja. Dalam diam dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Difokuskan skreen telefon bimbitnya ke arah Saiful yang masih memakai apron. Tangannya menekan skreen telefon bimbitnya.


Snap!


“Sya, buat apa tu?” tanya Saiful. Terkejut dia apabila dia mendengar bunyi asing yang tiba-tiba ada di dapur.


“Ambil gambar suami kita la,” jawab Aisyah sambil tersenyum manis.


“Nak buat apa?”


“Nak tenung 24 hours.”


Saiful mengeluh. “Tak puas tenung muka akhi secara real lagi live, nak ambil gambar akhi pulak?”


“Salah ke? Dah suami Sya handsome sangat, Sya nak la buat gambar dia jadi wallpaper fon Sya ni. Kata dapat pahala tenung muka suami lama-lama. Jadi, tak salah kan apa yang Sya buat ni?” soal Aisyah sambil menjongketkan keningnya ke atas.


Saiful menggelengkan kepalanya berulang kali. ‘Sya, Sya, Sya. Perangai macam budak-budak. Tapi kerana perangai dia macam ni lah, hidup aku alhamdulillah makin gembira. Terima kasih Ya Allah, atas anugerah ni.’


“Kita nak masak apa ni, akhi?” soal Aisyah lagi. Telefon bimbitnya kembali diletakkan di atas meja.


Saiful mendekati Aisyah, matanya tidak lepas memandang anak mata isterinya. “Kita masak… ikan siakap rasa cinta, nak?”


Bulat mata Aisyah mendengarnya. Lantas tawa keluar dari mulutnya. “Wujud ke lauk tu, akhi?”


“Wujud.”


“Sya tak pernah dengar pun.”


“Bila kita berdua sama-sama buat, jadilah… Ikan Siakap Rasa Cinta, kan?”


Aisyah terus ketawa. Dicubit pipi Saiful. “Boleh, tapi akhi masak. Sya nak jadi mem besar kat dapur ni.”


“Amboi, amboi…”


“Boleh la. Ye?”


Saiful mencalit pipi Aisyah dengan sisa tepung yang ada di atas meja. “Sama-samalah sayang. Akhi tak pandai masak tapi… pandai sediakan bahan memasak.”


“Okey!” Aisyah turun dari terus duduk di kerusi. “Now, akhi sediakanlah bahannya. Sya nak siang ikan.”


Alright, madam!” Saiful memberi tabik hormat.


Aisyah hanya tersenyum bahagia.

Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh
    © Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham