Bab 8

SAIFUL mencuit bahu Aisyah yang dilihatnya khusyuk mengulang kaji pelajaran di meja belajar yang ada di bilik Aisyah.

“Sayang.”

Aisyah menoleh ke arah suaminya yang sedang tersenyum ke arahnya. Senyuman si suami dibalas olehnya. “Akhi…”

Tangan dihulur untuk bersalam dengan suaminya. Baru sekarang dia berkesempatan untuk berjumpa suaminya memandangkan pada pagi tadi suaminya keluar, kata uminya ada hal.

Saiful menyambut huluran salam Aisyah lalu dia menghadiahkan kucupan di dahi Aisyah. “Study apa?” soal Saiful sambil berdiridi sisi isterinya di meja belajar itu. Buku rujukan milik Aisyah diambil.

Add Math.”

Saiful mengangguk. Buku rujukan yang diambilnya tadi diletakkan semula ke tempat asalnya. Langkah kaki diatur mendekati katil milik Aisyah. Dilabuhkan punggungnya untuk duduk di birai katil sambil memandang isterinya yang masih setia duduk di meja belajar itu.

“Pagi tadi akhi pergi mana?” soal Aisyah. Dia melangkah mendekati suaminya yang duduk di birai katilnya itu.

“Sekolah. Ada kerja sikit.”

Aisyah mengukir senyuman. “Mesti meeting trial SPM, kan?” teka Aisyah.

Saiful mengangguk.

“Apa yang keluar ye akhi tuk trial?” soal Aisyah sambil duduk di sisi suaminya.

Saiful mengusap rambut isterinya itu. “Secret.” Usai dia menjawab soalan dari isteri yang tercinta, dia membaringkan dirinya diatas katil Aisyah. Syiling putih dipandang.

“Akhi…” panggil Aisyah sambil memandang wajah suaminya.

“Ada apa sayang?”

“Hari ini kan hari Jumaat.”

So?” Saiful mengangkat keningnya sambil memandang Aisyah yang duduk di sisinya.

“Akhi tahu kan setiap hujung minggu Sya pergi ke rumah aki?”

“Tahu.”

“Jadi...” Aisyah menggantungkan ayatnya.

“Sya nak pergi pukul berapa?” Saiful bertanya, tapi matanya mulai ditutup rapat. Mengantuk!

Aisyah yang melihat suaminya seperti itu, membaringkan dirinya di sebelah suaminya.“Akhi letih ye?” soal Aisyah sambil mengiringkan badannya untuk memandang kearah suaminya.

Saiful mengangguk.

“Kalau macam tu, tak perlu la kita pergi rumah aki.”

“Kenapa pulak?” soal Saiful sambil membuka kelopak matanya dan memandang isterinya yang sedang berbaring di sisinya.

“Sebab akhi letih.”

Senyuman terukir di bibir Saiful. “Kita pergi selepas Maghrib, boleh tak sayang?”

Aisyah mengangguk. “Sya ikut akhi je pukul berapa nak pergi. Tak pergi pun tak apa.”

“Sya.”

“Ye.”

“Boleh akhi rehat di atas katil Sya ni?”

“Boleh. Tapi… dengan syarat.”

Berkerut dahi Saiful mendengar apa yang dikatakan oleh Aisyah kepadanya. “Syarat?”

Aisyah mengukir senyuman manisnya. Dipandang suaminya yang baring di atas katilnya tapi kedua kaki suaminya masih lagi mencecah lantai. “Akhi tidur la betul-betul. Jangan tidur macam ni. Kaki ke bawah. Lagipun Sya tak nak la badan akhi rehat dalam posisi yang tak selesa.”

Saiful tersenyum lantas bangun dari posisi baringnya. “Thanks, sayang.”

“Akhi rehat ye, nanti sebelum waktu Asar, Sya kejut.”

Saiful mengangguk.

Aisyah bangun dari posisi baringnya. “Sya nak study dulu, lepas tu nak kemaskan beg akhi. Kalau nak apa-apa beritahu kat Sya.”

“Ye, sayang. Sayang ni banyak cakap la sejak dah jadi isteri ni.”

Aisyah merenung suaminya dengan matanya yang sengaja dikecilkan. "Apa dia?"

"Tak ada apa." Saiful membaringkan semula tubuhnya ke katil. Namun kali ini dengan posisi yang betul setelah 'ditegur' oleh cik isteri.

"Orang tak bercakap terus, baru tahu."

Saiful ketawa kecil. Tangannya menutup mulut sambil badan mula mengiring ke kanan.

"Akhi ketawakan Sya, ye?"

"Mana ada. Akhi nak tidur ni."

"Jangan macam-macam. Sya 'bisu' kang dengan akhi."

"Tak-tak. Sungguh akhi nak tidur ni." Si suami mula membaca doa tidur.

'Tahu takut.' Aisyah menarik kerusi belajarnya. Difokuskan matanya semula untuk menggulang kaji.

*****

“SAIFUL mana Sya?” soal Puan Sri Munirah tatkala dia melihat Aisyah sedang mengemas beg pakaian Saiful di bilik ustaz muda itu.

“Tidur, umi.”

“Tidur? Di mana?” soal Puan Sri Munirah sambil mendekati anaknya itu.

“Bilik Sya,” jawab Aisyah sambil mengezip beg pakaian.

“Sya dengan Saiful.... dah sampai ke tahap tu ke?” soal Puan Sri Munirah. Dia bukan ingin menyibuk rumah tangga anaknya, tapi dia sekadar ingin tahu.

“Haish, umi ni. Tak la. Akhi letih sangat, jadi Sya suruh je la akhi rehat kat bilik Sya. Tak salah kan, umi?” soal Aisyah sambil meletakkan beg pakaian suaminya itu di hujung katil.

“Bilik suami kamu tu dekat sebelah bilik kamu ni sahaja. Tak jauh mana pun.”

“Umi ni, biar la. Kebetulan akhi datang bilik Sya tadi.” Wajah Puan Sri Munirah, dipandang. “Umi kenapa cari akhi?”

“Walid la, suruh umi cari Saiful. Walid call, tapi suami kamu tu tak angkat pulak.”

“La, ye ke umi? Nanti Sya beritahu akhi ye.” Aisyah memeluk bahu si umi dengan manja.

*****

AISYAH memandang wajah suaminya yang sedang tidur lena di atas katil miliknya itu. ‘Kalau aku kejut, akhi marah tak? Aku kesian la, akhi penat. Macam mana ye? Dalam buku yang aku pernah baca ada cakap, jangan kacau kalau suami tidur. Hm...’

Tetiba, telefon bimbit Saiful menjerit, minta diangkat.

Aisyah mengambil telefon bimbit tersebut. Nama Alice terpampar di skreen telefon itu. Lalu disentuh bahagian untuk menjawab panggilan.

“Assalamualaikum, Epul. Epul, Ben nazak. Dia nak jumpa awak. Please datang sini. Please. Saya tak tahu nak buat apa ni,” ujar Doktor Alice di hujung corong telefon dengan suaranya yang agak kelam kabut.

“Waa’laikumussalam,” jawab Aisyah dengan lemah lembut.

“Hm...ini siapa?” soal Doktor Alice tatkala dia mendengar suara perempuan yang menjawab panggilannya bukan suara Saiful.

“Aisyah.”

“Ooo, Aisyah wife Epul, kan?” Doktor Alice bertanya, menginginkan kepastian memandangkan dia tahu nama isteri Saiful walau belum pernah bersua muka.

“Ye, saya.”

“Aisyah, saya Alice isteri kepada arwah sepupu Epul. Boleh tak saya tahu Epul di mana sekarang?” soal Doktor Alice setelah dia memperkenalkan dirinya.

“Akhi tengah tidur sekarang ni, kak. Akak nak saya kejutkan ke?” 

“Boleh juga. Aisyah jangan salah faham ye, ini semua untuk Ben sahaja. Ben nak sangat jumpa Epul sekarang ni, Aisyah.”

“Tak mengapa. Saya faham. Nanti saya akan beritahu akhi.”

“Thanks, Aisyah. Assalamualaikum.”

“Waa’laikumussalam,” jawab Aisyah sebelum memutuskan panggilan telefon itu.

Telefon bimbit diletak semula di atas meja kecil di tepi katil.

Dipandang wajah suaminya yang lena itu semula. “Akhi... akhi...” kejut Aisyah dengan lembut.

Saiful hanya berdiam diri.

“Akhi, bangun la. Walid cari akhi tadi. Lepas tu Kak Alice ada call akhi. Akhi....” Aisyah mengejutkan suaminya itu dengan menggoncangkan sedikit tubuh suaminya itu.

Saiful membuka kelopak matanya. Matanya kuyu sahaja memandang wajah Aisyah. “Ada apa Sya? Akhi mengantuk sangat ni.”

“Maafkan Sya sebab kacau akhi tidur. Tapi walid cari akhi tadi,” ujar Aisyah.

“Kenapa?”

Aisyah menggelengkan kepalanya. “Tak tahu. Tapi Kak Alice ada call, katanya Ben tengah nazak. Ben nak sangat jumpa akhi.”

“Ben?”

Aisyah mengangguk.

Saiful pantas turun dari katil milik Aisyah sebaik sahaja dia mendengar nama Ben. Diambil jam tangan, beg duit dan telefon bimbit miliknya yang diletakkan diatas meja kecil di sisi katil.

“Akhi pergi hospital dulu.”

Aisyah mengangguk. “Hati-hati.”

Saiful mengangguk.

Aisyah mencium tangan suaminya itu sebelum suaminya itu melangkah keluar dari biliknya.

"Teringinnya nak jumpa Ben." Aisyah mengeluh panjang lalu mengangkat kedua-dua tangannya separas dadanya. "Ya Allah, selamatkanlah anak sepupu suamiku. Aamiin." Aisyah meraup wajahnya dengan kedua-dua tapak tangan.

*****

SAIFUL membuka pintu wad Adawiyah. Tadi dia melawat uminya setelah dia menziarahi anak arwah sepupunya. Kata uminya adik seibunya ini sudah bolehkeluar wad hari ini.

Adawiyah yang terdengar bunyi pintu dibuka, lantas menoleh ke belakang. Satu senyuman diberikan kepada Saiful.

“Dah habis kemas?”

Adawiyah mengangguk. “Alhamdulillah, dah. Akhi… dari jenguk umi ye?” teka Adawiyah. Selalunya abang seibunya ini datang menziarahinya di hospital setelah ustaz muda itu terlebih dahulu menjenguk umi mereka.

Saiful melabuhkan pungung di kerusi. Kepalanya dianggukkan beberapa kali.

“Ukhti tak ikut?”

Saiful menggelengkan kepalanya. “Tak. Sya tengah study tadi. Tak nak la ganggu lagi pun sekolah kan dah nak bukak semula. So, akhi nak Sya fokus belajar. Akhi datang melawat pun sebab kebetulan anak arwah sepupu akhi meninggal di hospital ni.”

Innalillahiwainnailaihirojiun. Syurga untuknya kan, akhi,” ujar Adawiyah.

“Amiin. Umi kata Wiyah discharge hari ni.”

“Ha’ah. Akhi sekarang ni kan, Wiyah nampak akhi makin happy je sejak dah dapat gelaran suami orang ni.”

“Alhamdulillah, Wiyah. Wiyah ni dah sihat betul ke ni? Muka macam tak sihat je lagi,” ujar Saiful. Risau dia melihat adik seibunya yang seorang ini.

“Akhi sendiri tahu kan kesihatan Wiyah macam mana?”

Saiful terdiam mendengarnya.

Adawiyah duduk di hujung katil sambil memandang wajah Saiful.

“Mirul datang ambil Wiyah ke?”

“Tak. Akhi Mirul sibuk. Walid yang hantar Wiyah balik ke rumah nanti,” jawab Adawiyah.

“Habis umi nanti keseorangan la?”

Adawiyah mengangguk. “Uhuk, uhuk, uhuk.” Adawiyah menutup mulutnya.

“Kalau tak sihat, duduk je lah kat wad ni,” ujar Saiful tatkala dia melihat adiknyaitu sudah terbatuk-batuk.

Adawiyah menggelengkan kepalanya. “Bosan la akhi duduk sini tak buat apa-apa. Lagipun Wiyah selesa di rumah. Doktor pun dah beri keizinan kalau nak duk rumah.

“Kalau doktor bagi, tak apalah. Ni… apa kata biar akhi yang hantar Wiyah balik.”

“Boleh ke? Tak menyusahkan akhi?”

"Tak menyusahkan la."

“Ukhti tak kisah ke akhi hantar Wiyah balik?”

Berkerut dahi Saiful mendengarnya. “Maksud Wiyah?”

“Wiyah perempuan, akhi. Dari mata ukhti, Wiyah dah boleh tahu yang ukhti cemburu. Akhi tak nampak ke semua tu?”

Saiful mengeluh. “Nampak. Tapi untuk apa Sya nak cemburu? Wiyah adik akhi kan?”

“Adik, adik jugak. Tapi Wiyah bekas tunang akhi.”

“Dahla. Tak nak cakap hal ni lagi. Benda dah lepas, buat apa nak ungkit. Lagi pun dah alang-alang akhi ada, biar akhi la hantar Wiyah balik. Kesian umi kalau kena tinggal keseorangan nanti. Walid mesti penat nak patah balik ke sini semula, kan?”

Adawiyah mengangguk.

“Bil hospital dah settle semua?”

“Walid uruskan,” jawab Adawiyah.

“Okey. Jom.”

Adawiyah mengangkat beg bajunya, namun ditegah oleh Saiful.

“Biar akhi yang angkat. Wiyah bukan sihat sangat, kan?”

Adawiyah hanya membiarkan sahaja. “Akhi.”

Langkah Saiful terhenti bila adik seibunya memanggilnya. “Ye?”

“Maafkan Wiyah sebab… dah menyusahkan akhi,” ujar Adawiyah.

Saiful hanya tersenyum. “Jom la kita balik.”

Adawiyah hanya menurut sahaja langkah abangnya untuk keluar dari wad.

*****

“MANA akhi ni?” soal Aisyah sendirian. Dia memandang jam dinding. “Dah pukul sembilan dah ni. Tak jadi nak pergi rumah aki ke apa? Tapi akhi tak call pun.”

Telefon bimbit miliknya dipandang. “Nak call ketak? Nak call ke tak? Nak call ke tak? Hm... Call je la,” putus Aisyah.

Nombor Saiful dicari. Setelah menyentuh bahagian untuk membuat panggilan, telefon bimbit miliknya ditekap di telinga kanannya. Menanti sang suami menjawab panggilan telefon.

“Assalamualaikum Sya. Ada apa call ni, sayang?”

“Akhi, akhi kat mana?” soal Aisyah tergesa-gesa.

“Jawab salam akhi… mana, sayang?” Tegur Saiful dengan lembut.

“Opss ,maaf. Waa’laikumussalam.”

“Akhi kat rumah Walid Zaid ni. Baru lepas hantar Wiyah balik rumah. Wiyah discharge hari ni,” jawab Saiful.

Aisyah terdiam mendengarnya. Cemburu mula terbit dalam hatinya.

‘Wiyah, Wiyah, Wiyah je! Bukan ke pergi hospital tadi sebab Ben!’ Aisyah sudah mula berfikiran negatif.

“Sya... kenapa ni sayang? Diam je,” soal Saiful apabila dia merasakan bahawa isterinya hanya mendiamkan diri di corong telefon.

“Akhi lupa sesuatu ke?” soal Aisyah senada.

“Lupa apa sayang?”

“Kata nak pergi rumah aki.”

“Ya Allah! Astagfirullahhala’zim! Maafkan akhi sayang. Akhi terlupa.”

Aisyah diam.

“Sya… sayang…” panggil Saiful dengan lembut.

“Hm...”

“Sayang okey tak ni?”

“Okey.”

“Sayang… maafkan akhi ye?”

“Tak apa lah. Akhi balik lambat lagi ke ni?” soal Aisyah.

“Akhi dah nak balik dah.”

“Okey. Hati-hati. Assalamualaikum.”

“Waa’laikumussalam.”

Aisyah melepaskan satu keluhan berat. ‘Sampai hati akhi, lupa pasal ni. Sikit-sikit Wiyah je. Wiyah tu pangkat adik je tau, aku ni isteri! Kalau nak sangat jumpa, beritahu la aku dulu. Ni tetiba je. Ingat aku tak ada perasaan ke apa bila dia cakap, dia jumpa Wiyah?’ rungut Aisyah dalam hati.

'Geram betullah aku! Bila nak mati entah si Wiyah ni. Menyusahkan laki aku je.'

Sejerus selepas berfikiran seperti itu, Aisyah mengigit bibir bawahnya. Dia mengururt dadanya beberapa kali dengan bibirnya tidak lepas dari beristighfar.

"Jahatnya mulut dan fikiran aku ni. Doakan orang macam tu." Aisyah menampar lembut mulutnya.

"Aisyah, suami kau tu pergi jumpa Ben. Dah sampai hospital mesti lah dia pergi jumpa umi dan adik dia. Dah alang-alang. Mungkin si Wiyah tu boleh keluar wad hari ni, jadi suami kau tolonglah. Tak baik bersangka buruk pada suami sendiri, Aisyah. Tak baik." Aisyah membebel kepada dirinya sendiri.

*****

PINTU bilik Aisyah yang tidak berkunci dibuka. Saiful melangkah mendekati katil. Senyuman terukir di bibirnya melihat Aisyah yang sudah lena.

“Maafkan akhi sayang,” ujar Saiful sambil mengusap lembut rambut Aisyah. "Akhi betul-betul mintak maaf."

“Akhi?” Aisyah membuka kelopak matanya.

“Sya.”

Aisyah bangun dari posisi baringnya. “Akhi baru balik?” soal Aisyah sambil mencium tangan suaminya itu.

Saiful mengangguk. “Sya dah makan?” soal Saiful sambil mencium dahi isterinya itu. Dia mengambil tempat duduk di sisi isterinya di atas katil itu.

“Akhi dah makan?” soalan berbalas soalan.

Saiful tersenyum. “Kalau Sya belum makan, akhi nak makan.”

Aisyah tersenyum, membalas senyuman suaminya itu. “Sya dah makan. Akhi?”

Saiful mengangguk. “Sayang... maafkan akhi ye?”

It’s okay. Ben macam mana, akhi?” soal Aisyah.

Saiful mengukir senyuman pahit. “Allah sayang dia, Sya. Ben dah tak ada.”

Innalillahiwainnailaihirojiun. Habis, macam mana dengan Kak Alice, jenazah Ben semua, sekarang?”

“Esok, jenazah Ben akan dibawa ke sini memandangkan Alice tak ada ahli keluarga lain untuk bantu menguruskan jenazah. Sya okey kan?”

Aisyah mengangguk. Wajah suami dipandang. “Sya okey je. Ben kan cucu walid, anak akhi jugak, kan? Kejam lah Sya kalau bab-bab ni Sya 'tak okey'. Ni Sya nak tanya, Kak Wiyah... macam mana pulak?”

“Wiyah makin sihat.”

“Ooo... tapi kenapa akhi pulak yang kena hantar Kak Wiyah balik ke rumah? Mirul, tak ada ke?” soal Aisyah. Nada suaranya sudah mulai berubah sedikit. Cemburu!

Entah kenapa dia tidak dapat mengawal perasaannya pula ketika ini. Sakit hatinya dengan Adawiyah. Macam sudah tiada orang lain untuk minta tolong selain dari suaminya. Tak pasal-pasal rancangan mereka berdua hari ini untuk ke rumah TanSri Sulaiman terpaksa dibatalkan tanpa dirancang.

“Sya... cemburu ye?” teka Saiful.

Walhal dari awal lagi dia sudah boleh agak akan perihal itu. Perangai isterinya ini akan berubah bila ada hal berkaitan dengan Adawiyah.

“Tak, cuma… saja je tanya,” nafi Aisyah.

Dia tahu, kalau diluahkan atau mengiyakan apa yang dikatakan oleh suaminya, pasti suaminya tidak ambil pusing pun. Bahkan akan menganggap cemburunya tak berasas dan tak logik.

Saiful memandang wajah Aisyah. Tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Aisyah.

Melihat pandangan suaminya seperti itu, Aisyah mulai bersuara, “apa yang Sya tahu akhi pergi hospital untuk jumpa Ben, tak tahu pula yang akhi jemput Kak Wiyah untuk hantar balik rumah,” jelas Aisyah.

“Kebetulan je, sayang. Mirul sibuk dengan kolej. Tak ada siapa nak tolong hantarkan Wiyah balik memandangkan Walid Zaid kan kena temankan Umi Mira kat hospital. Akhi risau kalau Umi Mira kena tinggal sorang-sorang masa Walid Zaid hantar Wiyah balik rumah. Itu je.”

“Ye ke?”

“Ye, sayang. Sayang jangan marah ye?”

Aisyah mengangguk. Sejuk hatinya bila suaminya memberitahu sebab musabab kejadian itu berlaku. Pandai betul suaminya memujuk. Dalam sekelip mata rasa marah dan cemburunya yang tadi meluap-luap, sekarang sudah reda. Diusap wajah suaminya.

“Akhi mesti letih sangat, kan?”

Saiful mengangguk.

“Pergi la rehat. Esok akhi nak uruskan arwah Ben, kan?”

Saiful mengusap rambut Aisyah. “Sya pun tidur ye? Maafkan akhi sebab terlupa tentang kita nak pergi rumah aki tu. Nanti bila akhi ada masa, kita pergi ye?”

“Okey. Janji?” Aisyah menunjukkan jari kelingkingnya ke arah suaminya.

Saiful tersenyum dan menyambut jari kelingking Aisyah dengan jari kelingkingnya.“Insya-Allah, sayang.”

Aisyah tersenyum manis. "Akhi, pernah tak Saidatina Aisyah ra merajuk dengan Rasulullah SAW?"

"Kenapa?"

"Kalau pernah, macam mana Rasulullah SAW pujuk ye? Mesti romantik, kan? Aisyah ra tuisteri yang manja, kan? Waa... romantiknya."

Si suami mengangguk. "Rasulullah SAW tu suami yang sangat romantik, penuh kelembutan dan seorang yang pemaaf."

"Akhi..." Kedua-dua tangan si suami diraih. Dicium lama. "Sya mintak maaf ye? Sya dah sangka buruk pada akhi dan Kak Wiyah." Aisyah berterus-terang.

"Tak apa. Salah akhi." Saiful mengusap lembut kepala isterinya. “Tidur lah ye, sayang." Ditolak tubuh Aisyah agar baring semula di atas katil.

"Assalamualaikum,” ujar Saiful sambil mengucup dahi Aisyah sebelum dia berlalu ke biliknya.

“Waa’laikumussalam.”

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh