Bab 4

LANGKAH kaki Aisyah terhenti di depan bilik pejabat walid tirinya itu tatkala mendengar suara suaminya sedang berbual mesra dengan Tan Sri Abbas. Pintu yang terkuak sedikit itu didekatinya.

“Apa khabar Alice dengan cucu-cucu walid? Sihat ke mereka semua tu? Sejak bila mereka balik Malaysia? Walid tak tahu pun mereka dah menetap di Malaysia,” soalTan Sri Abbas bertalu-talu. Teruja sungguh dia mendengar kisah mengenai Alice.

“Mereka sihat. Alex tu aktif sangat walid. Tak menang tangan Saiful nak jaga dia tadi sementara Alice uruskan pesakit dia sekejap. Ben, macam tu la. Kata Alice, Ben kena buat pembedahan dengan kadar segera. Pasal balik Malaysia tu... Saiful sendiri tak tahu bila mereka ada kat sini. Tahu-tahu je, dah ada dekat Malaysia. Tapi kalau Alice dah kerja dekat hospital tu, maknanya dah berbulan la kut walid mereka ada di Malaysia ni,” cerita Saiful.

TanSri Abbas mengangguk. Kemudian dia ketawa kecil. Membayangkan bagaimana keadaan Alex dan Ben sekiranya cucu-cucunya itu ada di depan matanya sekarang. Rindu benar dirinya kepada kedua-dua cucu saudaranya itu.

Untuk ada cucu sendiri, dia perlu faham situasi Aisyah dan anak tunggalnya. Aisyah masih bersekolah dan dia pun tidak mengharapkan untuk mempunyai cucu seawal ini. Cukuplah dahulu dia melayan karenah cucu-cucu arwah abangnya.

“Walid tak nak ke jumpa cucu-cucu kesayangan walid tu?” soal Saiful.

Dia sangat yakin yang walidnya itu sudah terlalu rindu untuk berjumpa Ben dan Alex memandangkan sudah bertahun-tahun juga walidnya itu tidak mendengar khabar cucu saudaranya itu.

“Walid nak sangat, Saiful. Tapi, tunggu apabila walid dah ada masa senang sikit. Baru boleh main dengan cucu-cucu kesayangan walid tu dengan tenang.”

Saiful mengangguk setuju.

“Cucu?”sampuk Aisyah.

Tan Sri Abbas dan Saiful memandang Aisyah yang tetiba muncul itu.

Bulat mata Saiful melihat kelibat Aisyah yang secara tiba-tiba muncul itu. “Sya. What are you doing here?” soal Saiful dengan nada suara yang tegas.

Aisyah mengertap bibirnya. ‘Itu la sibuk lagi mendengar perbualan orang.’

Saiful bangun dari tempat duduknya, dipandang wajah walidnya, “Saiful masuk tidur duluwalid. Nanti kita sembang lagi. Assalamualaikum,” ujar Saiful sambil menyalami tangan walidnya.

“Waa’laikumussalam,”jawab Tan Sri Abbas.

Saiful memandang wajah Aisyah dengan satu pandangan yang tajam.

Aisyah yang mengerti pandangan mata suaminya itu menyalami tangan Tan Sri Abbas.“Tidur dulu, walid. Assalamualaikum.”

“Wa’alaikumussalam,”balas Tan Sri Abbas.

Saiful menarik tangan Aisyah untuk masuk ke dalam bilik tidurnya setelah isterinya itu bersalam dengan walidnya. “Ikut akhi, sekarang,” bisik Saiful di telinga Aisyah.

Aisyah hanya menurut.

*****

“APA Sya buat tadi? Sya curi dengar perbualan akhi dengan walid ye?” soal Saiful dengan serius. Pantang betul dirinya sekiranya ada orang suka mengintip perbualannya dengan orang lain.

Aisyah hanya berdiam.

I’m asking, Aisyah. Dan bila akhi bertanya maknanya akhi nak jawapan. Bukan diam jawapan yang akhi nak.”

Aisyah menarik nafasnya sedalam yang boleh. “Sya… cuma terdengar.”

“Apa yang Sya dengar?” soal Saiful. Nada suaranya sudah lembut sedikit.

“Cucu.”

“Itu je?”

Aisyah mengangguk.

Saiful melepaskan pengangan tangannya pada tangan Aisyah. “Pergilah tidur, dah malam dah ni.”

Aisyah hanya berdiam diri. Tidak berganjak walau seinci. Dipandang wajah suaminya itu.

“Pergitidur.”

 “Akhi... Sya mintak maaf.”

“Hm.”

“Akhi... boleh Sya tanya akhi sesuatu?” soal Aisyah lambat-lambat. Takut sekiranya diakena marah sekali lagi dengan suaminya.

“Apa dia?”

“Siapa Alex pada akhi sebenarnya?” soal Aisyah.

Saiful terdiam. Tidak tahu mahu menjawab apa.

“Siapa Alice?” soal Aisyah lagi.

Saiful memandang anak mata Aisyah yang sedang menangih jawapan daripadanya itu. Mata itu penuh pengharapan agar dirinya dapat menjawab semua soalan itu. Tapi…

“Alex…cucu walid?” teka Aisyah.

Saiful mengangguk.

Dada Aisyah sudah mulai berombak perlahan. “Anak… akhi, ke?” soal Aisyah lambat-lambat.

Saiful mengeluh.

“Betul ke akhi?”

Saiful menundukkan kepalanya.

“Jawabla akhi. Please, Sya perlu tahu siapa mereka dalam hidup akhi.”

“Sya tak perlu tahu sebab ini tak ada kena mengena dengan Sya pun,” jawab Saiful sambil memandang tepat anak mata isterinya itu.

“Tapi Sya isteri akhi.”

“Bukan ke Sya mahu hubungan ini di atas kertas sahaja? Sya cuma mahu hubungan kita hanya seperti adik-beradik kandung. Lupa?” Saiful menjongketkan keningnya keatas.

Aisyah terdiam.

“Pergi tidur, dah malam.”

No! Sya nak tahu siapa Alex? Siapa Alice? Ben, semua tu? Mereka siapa pada akhi?” soal Aisyah bertubi-tubi. Dia betul-betul mahu tahu apa kaitan nama-nama itu dalam keluarga suaminya.

Seingatnya, inilah kali pertama dia mendengar nama ketiga-tiga itu dalam rumah ini. Jadi sudah tentu, dia mahu tahu siapa mereka dan apa kaitannya mereka bertiga dengan keluarga kandung suaminya.

Saiful memandang anak mata Aisyah. “Alex dan Ben ialah anak Alice.”

“Alice siapa kepada akhi?”

Saiful kembali berdiam diri.

“Saudara mara akhi?” teka Aisyah.

Saiful menggelengkan kepalanya. “Dia orang luar yang dah jadi sebahagian daripada keluarga akhi.”

“Maksudnya apa? Sya tak faham. Akhi cakap terus terang je la.”

“Sya tak perlu faham.”

Aisyah mengigit hujung bibirnya. “Sya… nak tahu jugak. Sya nak tahu, siapa mereka pada akhi. Kenapa akhi tak nak kenalkan Alex dekat Sya tadi?”

Saiful melangkah ke meja kerjanya. Malas mahu melayan Aisyah.

“Jawabla akhi,” desak Aisyah.

Saiful hanya mendiamkan dirinya.

“Akhi,” panggil Aisyah.

“Aisyah, enough. Pergilah tidur,” Saiful menarik kerusi di meja belajarnya. Nada suaranya juga sudah naik satu nada.

“Siapa mereka?” desak Aisyah lagi.

Saiful menoleh ke arah isterinya. “Betul nak tahu?”

Aisyah mengangguk.

“Alice… isteri akhi.”

“Is… what?!” bulat mata Aisyah mendengarnya.

“Sya dengar apa yang akhi cakap kan? Akhi tak nak ulang. So, sekarang Sya pergilah masuk tidur. Akhi nak buat kerja ni.”

Aisyah menitiskan air matanya.

“Sya…pergi tidur,” arah Saiful dengan nada suaranya yang lembut.

Aisyah mengangguk. “Okey,” jawab Aisyah sambil menggagahkan kakinya untuk melangkah keluar dari bilik Saiful.

Mendengar bunyi pintu bilik yang ditutup, Saiful mengeluh.

“Maafkan akhi, Sya. Akhi tipu, Sya. Alice bukan isteri akhi, Sya. Akhi terpaksa buat semua ni untuk Ben dan Alex. Akhi janji, satu hari nanti Sya akan tahu juga siapa mereka,” azam Saiful.

*****

AISYAH menghempaskan dirinya di atas katil. Dihembur semua air matanyakeluar.

‘Kenapa semua ini terjadi, Ya Allah? Kenapa hati aku sakit mendengar kata-kata itu? Adakah aku… sudah jatuh cinta dengan suamiku sendiri?’

Aisyah menggelengkan kepalanya, menindakkan apa yang difikirkannya.

‘Tak mungkin aku dengan mudah suka kepada akhi. Tak mungkin! Tak mungkin! Takmungkin!’

*****

“SAIFUL, apa kau buat ni? Sebagai orang yang ada ilmu agama, salah untuk kau cakap begitu kepada Sya. Kesian Sya. Kau sepatutnya berterus terang dengannya. Beritahu siapa Alice tu,” Saiful bermonoloq sendirian.

Wajahnya diraup lagi dengan kedua tapak tangannya. Melihat Aisyah menangis tadi, berjaya membuatkan hatinya tidak keruan. Dia serba salah.

Sungguh,kata-katanya itu terluah tanpa dia berfikir panjang. Dia tidak sengaja. Cuma kerana terlalu keletihan ditambah pula dengan desakan Aisyah yang mendorong lidahnya berkata sedemikian tanpa dirinya berfikir panjang.

Dia tidak menyangka pula Aisyah akan begitu sedih apabila dia menyatakan bahawa Doktor Alice itu ialah isterinya.

“Mana-mana isteri pun akan terasa sedih, Saiful... apabila suaminya memberitahu bahawa dia mempunyai isteri yang lain,” luah Saiful sendirian.

Satu keluhan berat dilepaskan.

“Ya Allah… apa aku dah buat ni?” soal Saiful sendirian. Wajahnya diraup dengan kedua tapak tangan miliknya.

“Esok, aku akan terus terang dengan Sya tentang hal yang sebenarnya.” Saiful mengangguk. Diambil gambar yang ada di atas mejanya itu.

Kelihatan dua budak lelaki yang seiras sedang memeluk tubuh seorang budak lelaki remaja dalam gambar itu.

‘Ya Allah, tempatkan mereka dalam kalangan orang yang beriman. Amiin.’

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh