Bab 15

Beberapa minggu kemudian...

SAIFUL memusingkan badannya ke belakang. Tangan dihulurkan kepada Aisyah untuk bersalam seperti rutin yang biasa mereka berdua lakukan sebaik sahaja selesai menunaikan solat secara berjemaah.


Aisyah mencium hormat tangan suaminya. Kemudian dia memandang lama wajah Saiful tanpa melepaskan pegangan tangan suaminya.


“Kenapa, Sya?” soal Saiful. Dia dapat rasakan yang Aisyah ingin menyatakan sesuatu kepadanya.


Aisyah tersenyum. “Selamat Hari Raya Aidilfitri, ya zaujku (wahai suamiku).”


Saiful tersenyum manis. Tangan Aisyah ditarik ke arahnya agar dapat dia mengucup dahi Aisyah sekali lagi.


“Selamat Hari Raya Aidilfitri juga, ya zaujah (wahai isteri),” ucap Saiful dengan nada suara yang romantik.


“Akhi… lusa genap tiga bulan kita jadi suami isteri, kan?”


Saiful mengangguk.


“Maafkan Sya ye akhi untuk sepanjang usia perkahwinan kita yang nak masuk tiga bulan ni sekiranya Sya ada buat salah dan silap di mana-mana ye? Sya tahu, Sya bukan isteri yang sempurna dan yang baik untuk akhi, tapi akhi kena tahu yang Sya sentiasa belajar untuk jadi yang terbaik di mata akhi.”


Saiful mengangguk. Pipi Aisyah diusap penuh kasih sayang. “Selama kita bernikah ni, akhi nak Sya tahu yang Sya tak ada salah apa-apa pun dengan akhi. Kalau ada sekalipun, akhi dah lama maafkan Sya dunia dan akhirat.”


Jazakallah akhi,” Aisyah memeluk tubuh suaminya.


Saiful membalas pelukan si isteri. “Wa iyyakum, sayang.”


Pelukan dileraikan. Saiful memandang lama anak mata Aisyah. Cantik dan mendamaikan hatinya setiap kali dipandang.


“Akhi... kenapa akhi pandang Sya macam tu?”


Saiful mengukir senyuman paling manis untuk Aisyah. “Sya...”


“Ye,” jawab Aisyah.


“Maafkan akhi jugak ye sayang.”


“Akhi…”


“Syuhh…” Saiful meletakkan jari telunjuknya di bibir Aisyah. “Dengar apa yang akhi nak cakap dulu. Boleh?”


Aisyah mengangguk.


“Akhi ni manusia biasa yang tak lepas dari buat salah dan selalu melukakan hati Sya secara sengaja ataupun tak. Tapi akhi nak Sya tahu, hanya nama Sya dalam hati akhi, sayang. Akhi sayang Sya sangat-sangat,” luah Saiful.


“Sya pun sayang akhi jugak,” Aisyah mengenggam tangan suaminya.


“Jangan sayangkan akhi lebih dari Allah, ye sayang,” sempat lagi Saiful memberi kata-kata nasihat. Dicuit hidung Aisyah.


Aisyah mengangguk laju.


Saiful memandang anak mata Aisyah. “Kita takbir raya sama-sama ye?”


Aisyah membalas kata si suami dengan satu senyuman manis. “Baiklah suamiku ustazku.”


“Lagi?” Saiful menjongketkan keningnya ke atas.


“Lagi ye… hm…. apa ye…” Aisyah mengherotkan bibirnya, berfikir sesuatu. Kemudian dia mengukir senyuman. “Aha… Sya dah ingat dah.”


“Apa dia yang Sya dah ingat?”


“Akhi… ialah ustaz, suami, abang tiri dan saudara seislam Sya.”


Saiful membalas senyuman Aisyah.


*****

AISYAH mengukir senyuman tatkala melihat Saiful sedang duduk di hujung katil. Dia memandang baju yang dipakai melekat di tubuh suaminya. Baju kenduri pernikahan mereka. Pintu bilik si suami ditutup. Langkah kaki diatur mendekati si suami.


“Akhi…” panggil Aisyah dengan lembut. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Saiful. “Akhi okey tak ni?”


Saiful mengukir senyuman pahit tatkala dia memandang wajah Aisyah di sisinya.


“Akhi ada masalah ke?” soal Aisyah lagi. “Kalau ada… share la dengan Sya.”


Satu keluhan berat dilepaskan. “Entah kenapa hari ni akhi rindu sangat dengan arwah Muslim,” ujar Saiful.


Aisyah mengenggam tangan suaminya. Kepalanya dilentokkan dibahu Saiful. “Akhi sedekahkanlah Al-Fatihah untuknya.”


Saiful membalas genggaman Aisyah. “Sya sudi tak teman akhi pergi ziarah kubur arwah? Dah lama akhi tak ziarah kubur kembar akhi tu.”


Aisyah mengangguk. “Anything for you, akhi.”


Jazakillah, sayang.”


Waiyyakum, akhi.”


“Cantik Sya pakai baju ni,” puji Saiful sambil memandang baju yang dipakai oleh Aisyah. Baju apa lagi sekiranya bukan baju kenduri pernikahan mereka. Baju kurung moden bewarna krim.


Seingatnya dahulu semasa mereka mahu mengukur baju pengantin, Aisyah menginginkan baju pengantin seperti gaun penuh labuci atau hampir sama dengannya. Rupanya sangkaannya meleset sama sekali.


Aisyah hanya meminta baju kenduri perkahwinan mereka itu ringkas dan pada masa yang sama sejuk mata memandang. Dan sebab itulah dia memilih rekaan baju kurung moden untuk Aisyah.


Aisyah mencubit manja pipi Saiful “Akhi pulak nampak kacak sangat dengan baju ni,” pujian dibalas pujian.


Saiful ketawa kecil. “Nantikan… umi fikir kita yang nak jadi penggantin petang nanti. Bukan Mirul.”


“Ha’ah la. Ala... tak per. Kita pun masih dikira pengantin baru kan? Baru beberapa bulan kita nikah.”


“Sya…”


“Hm.”


“Bila kita nak pindah bilik?”


Aisyah terdiam seketika. “Bilik… pengantin kita? Bilik lama akhi ke, maksud akhi sekarang ni?” soalan dibalas soalan.


Saiful mengangguk. “Akhi tak paksa Sya. Akhi cuma bertanya sahaja.”


Aisyah mengukir senyuman. “Bila akhi nak Sya pindah bilik?”


“Hari ni. Boleh ke?” Saiful ingin menduga Aisyah. Dalam hatinya langsung tidak terniat untuk menyuruh Aisyah berpindah bilik hari itu juga, cuma sengaja dia mahu melihat reaksi Aisyah.


Aisyah mengangguk. “Tapi akhi kena tolong Sya kemas la.”


“Boleh saja.”


“Sya… ada satu permintaan.”


“Apa?”


“Sya sayang bilik Sya yang sekarang. Boleh tak kalau Sya nak study, Sya study kat situ? Ala... jadi macam bilik belajar khas tuk Sya sorang. Boleh la ye? Please...” pinta Aisyah.


Saiful mengangguk. “Boleh. Apa sahaja untuk isteri akhi yang cantik dan bijak ni.”


Aisyah tersenyum mendengar pujian suaminya. Satu keluhan berat dilepaskan tatkala Aisyah mulai teringat akan tujuan dia mencari suaminya sebentar tadi. “Akhi… sebelum Sya terlupa lagi sebab khusyuk bersembang dengan akhi, Sya datang ni sebab umi dengan walid cari akhi tau.”


“Kenapa nak cari akhi? Akhi ada je dalam rumah ni bukan pergi mana pun.”


Aisyah mengangkat kedua bahunya. “Entah la, akhi. Umi kata kita ni balik je dari solat raya tadi, akhi terus ghaib dalam bilik. Umi risau dengan akhi.”


Saiful mengerutkan dahinya. “Umi je yang risau? Wife akhi ni?” soal Saiful sambil menjongketkan keningnya berulang kali.


Wife akhi ni mestilah risau jugak. Sebab tu datang cari suami dia di sini. Ada faham?”


Saiful tersenyum lebar.


“Akhi… kita belum beraya dengan umi dan walid lagi, kan?” Aisyah menginggatkan.


Saiful mengangguk.


“Jom, beraya. Nanti kita dah kena pergi rumah aki, hospital lagi. Dah pukul berapa dah ni, akhi. Nanti kita lewat pulak,” Aisyah mula membebel. Ditarik tangan suami untuk bangun dari terus duduk atas katil.


“Okey, okey… jom.” Saiful membontoti langkah Aisyah turun ke ruang tamu.


Sebaik sahaja sampai di depan tangga, Aisyah memberhentikan langkahnya secara tiba-tiba. Dipandang wajah suaminya.


“Dah kenapa?” soal Saiful kehairanan.


Aisyah menghulurkan kedua tapak tangannya di depan wajah Saiful.


“Apa dia ni?” tanya Saiful lagi.


Aisyah mengukir senyuman manis. “Nak duit raya.”


Saiful ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya. “Sya, Sya, Sya… nak duit raya?”


Yup. Nak… please….” pinta Aisyah sambil membuat muka comelnya.


Saiful menggeluarkan dompetnya dari poket baju melayu yang dipakainya. Dibuka dompetnya sambil matanya menjeling ke arah Aisyah. Tangannya memegang duit not RM 50 sekeping. Baru sahaja dia mahu menarik not kertas itu, dia pantas menutup semula dompetnya.


“Kenapa?” soal Aisyah, pelik dengan tingkah laku si suami. Tadi Saiful sudah ada gaya mahu memberikannya duit raya, namun tetiba suaminya menyimpan semula dompetnya ke dalam poket baju melayunya semula.


Saiful tersenyum. “Duit raya Sya… akhi masukkan dalam bank terus je. Kalau beri macam ni, nampak macam Sya ni budak-budak tahu?”


Aisyah memalingkan wajahnya ke arah lain.


“Merajuk la tu,” usik Saiful.


Aisyah memeluk tubuhnya.


“Sya ni… tiba-tiba je perangai budak-budak dia keluar di pagi raya ni,” rungut Saiful. Pantas dia mengeluarkan not seringgit dari dompetnya. Dihulur kepada Aisyah. “Nah ambik, Lepas tu… main jauh-jauh.”


Aisyah memandang duit di tangan suaminya. “Seringgit je? Kedekut betullah anak jutawan ni.”


“Ha… merungut, merungut. Tak baik tau merungut dengan pemberian suami. Nak ke tak nak?”


“Nak. Tapi… tak nak la seringgit je.”


“Habis… nak berapa? Sejuta?”


“Kalau akhi ada sejuta, berilah Sya sejuta.”


Saiful menggelengkan kepalanya. “Kalau akhi ada sejuta, baik akhi bawa Sya tunaikan haji atau umrah lagi bagus. Ni…” Duit seringgit di tangannya di tayangkan di depan mata Aisyah, “...nak ke tak nak?”


Aisyah mengambil sekeping not seringgit itu. “Nak la. Seringgit pun, seringgit la.”


Saiful mengusap kepala Aisyah yang sudah dibalut tudung itu, “Sya ni… Sya perlukan duit ke?”


Aisyah menggelengkan kepalanya. “Saja je nak mintak duit raya kat akhi. Kenapa? Tak boleh? Salah ke kalau Sya mintak duit raya dekat suami sendiri?” soal Aisyah kepada suaminya.


“Tak cakap pun tak boleh. Dan akhi tak cakap pun perbuatan Sya ni salah.”


Aisyah mengukir senyuman.


“Kalau Sya nak atau perlukan duit, minta je ye dekat akhi, ye?”


Aisyah mengangguk.


Saiful mencubit manja hidung Aisyah. “Budak.”


“Siapa budak?”


“Sya la, siapa lagi.”


“Ya Allah! Apa lagi lah dua budak ni buat drama depan tangga ni? Tak nak beraya dengan umi dan walid dah ke?” sampuk Puan Sri Munirah.


Saiful dan Aisyah menoleh ke arah umi mereka yang sudah mencekak pinggang di atas anak tangga sambil memandang ke arah mereka berdua.


“Jom.” Saiful meraih tangan Aisyah.


Aisyah mengangguk.


“Budak-budak betul lah wife saya ni, kan? Umur je dah tujuh belas, tapi perangai macam budak kecik. Boleh pulak dia tiba-tiba minta duit raya dekat akhi tadi,” ujar Saiful di telinga Aisyah.


Aisyah memandang wajah suaminya yang berjalan seiring dengannya untuk turun ke ruang tamu. “Budak-budak pun, budak yang ini lah yang akhi sayang... kan?”


“Mestilah sayang. Isteri, kan?”


Aisyah mengukir senyuman bahagia.

Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh
    © Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham