Prolog

AISYAH menarik nafasnyapanjang-panjang. Kemudian dilepaskan perlahan-lahan. 

Bila berasakan bahawadirinya sudah bersedia, tangannya mula memulas tombol pintu bilik. Di manabilik tersebut merupakan bilik kedua terbesar di rumah Tan Sri Abbas. Ditolakdaun pintu bilik, perlahan-lahan.

Matanya memandang dekorasibilik tersebut. Perabotnya banyak terdiri daripada warna putih. Putih ialahwarna kegemaran kepada pemilik bilik tersebut. Dia perasaan akan hal tersebutapabila dia melihat banyak barang milik lelaki itu, mesti ada warna putih.Hiasan dalam bilik itu bak kata orang putih, simple but nice

'Cantik,' puji Aisyah. 'Tapisayang... bilik ni tak berpenghuni sejak aku masuk ke dalam rumah ni,' sambungAisyah dalam hatinya.

Setahunya, sebelum kehadirandirinya sebagai anak tiri kepada Tan Sri Abbas, bilik ini merupakan bilik Saiful.Tetapi selepas kemunculannya, walid tirinya itu menyuruh Saiful berpindah bilikdi tingkat bawah dan dilarang untuk naik ke tingkat atas.

Rasa serba salah puladirasakan olehnya. Kerana dirinya, anak kandung pemilik rumah ini terpaksaberpindah bilik ke bilik lain. Mujurlah abang tirinya itu memahami dan tidakkeberatan langsung.

Kalau diikutkan, dia tidakkisah sekiranya dia yang perlu duduk di tingkat bawah, tapi walid tirinyamelarang. Kata Tan Sri Abbas, tidak elok anak dara duduk di tingkat bawahapabila ada ajnabi duduk di tingkat atas. Nanti siapa pula mahu memantau?

Betul juga kata walidtirinya itu. Meskipun dia dan Saiful sudah menjadi adik-beradik tiri, tapihubungan antara mereka tetap boleh mengundang fitnah bila berdua-duaan. Inikerana mereka boleh bernikah.

Aisyah melepaskan satukeluhan.

Langkah kaki diaturmendekati katil yang dihias cantik. Hantaran perkahwinannya siang tadi tersusunelok di atas katil. Matanya memerhati hantaran tersebut, ada set Al-Qurandigital, Al-Quran biasa, jam tangan, kasut, telekung, minyak wangi, beg tangan,coklat dan sejadah.

'Cantik,' puji Aisyah dalamhati. Tangannya mendekati dulang yang berisi Al-Quran. Al-Quran itu merupakanmas kahwin dan juga hantaran untuknya. Itu permintaannya sendiri. Terharu diabila mengetahui bahawa Al-Quran itu merupakan Al-Quran kesayangan milik suaminya.Yang sering digunakan oleh Saiful untuk mengaji setiap masa. Sebagai balasan,dia turut memberi Al-Quran kesayangan miliknya kepada si suami.

"Assalamualaikum."

Aisyah mendongakkankepalanya. Dia membalas senyuman lelaki yang sudah menjadi suaminya itu."Waa'laikumussalam," jawab Aisyah dengan lembut.

Saiful melabuhkanpunggungnya di sisi Aisyah.

Dada Aisyah sudahberdebar-debar. Dup dap, dup dap sahaja rentak iramanya. "Akhi,"panggil Aisyah dengan lembut.

'Akhi' ialah perkataan dariBahasa Arab yang menunjuk kepada 'abang saya' atau saudara lelaki. Namun secaraterperinci, untuk merujuk 'abang' dalam Bahasa Arab ialah 'akhun khobiron',manakala untuk adik lelaki pula ialah 'akhun soghirun'.

Dia memang memanggilsuaminya itu dengan panggilan 'akhi' sejak mereka menjadi adik beradik tirilagi. Jadi rasanya tidak salah untuknya terus memanggil lelaki itu sedemikian.Lagi pula, dia suka memanggil suaminya sebegitu. Rasa lebih dekat... lebihmesra.

Saiful menoleh ke kiri,memandang wajah Aisyah. Tenang dan damai sekali dirasakan olehnya setiap kalimelihat wajah Aisyah.

Sebelum mereka bernikah,wajah Aisyah sering kali mendatangkan rasa debar dalam hatinya. Sebab itulahdia kurang bergaul dan meletakkan tembok antara dirinya dengan Aisyah di rumahdan juga di sekolah.

Sejak kali pertama diabertemu dengan Aisyah lagi, sudah ada satu perasaan yang sukar digambarkanuntuk Aisyah. Perasaan yang dirinya tidak pasti apa. Tapi sekarang, dia mulaimengagak apa maksud perasaan itu.

Cinta. Ye, dia sudah jatuhcinta kepada Aisyah. Entah bila perasaan itu muncul, dia sendiri kurang pasti.

"Kalau... Sya tak nakduduk bilik ni dulu, boleh?" soal Aisyah.

Saiful mengangguk."Boleh."

"A... a... hm..."Aisyah sudah tergagap-gagap. Hilang sudah kata-kata untuk diluahkan kepadasuaminya itu.

Saiful ketawa kecil."Rileks, Sya. Akhi bukan makan orang pun. Sya nak cakap apa?" soal Saifuldengan lembut. Tahu bahawa Aisyah belum biasa dengan semua itu lagi.

Aisyah tersenyum. Kekokuntuknya bersembang dengan lelaki itu memandang sebelum ini kalau bersembangpun, hampir seratus peratus topik bualan mereka berdua hanyalah mengenai halpelajaran semata-mata.

Melihat gaya Aisyah sepertiitu, Saiful tersenyum. "Akhi rasa, akhi boleh agak apa yang Sya nak cakap dekatakhi."

"Apa dia?"

"Sya nak cakap...tentang bila Sya kena duduk bilik ni kan?" duga Saiful.

Aisyah mengangguk. Tepat.Sangat tepat tekaan suaminya itu.

"Bila Sya dah sedia,Sya duduk la. Bukan kena buat lapor diri untuk masuk ke dalam bilik nipun," ujar Saiful dengan nada bergurau.

"Thanks,akhi," respon Aisyah. Senyuman manis terbit secara automatik di bibirnya.

Terpanar Saiful melihatsenyuman Aisyah. 'Cantiknya dia.'

"Sya tahu ucap terimakasih dalam Bahasa Arab, tak?" soal Saiful sambil menjongketkan keningnyake atas.

"Syukran (Terima kasih)?" teka Aisyah.

Saiful mengangguk."Betul. Tapi yang akhi maksudkan sekarang ni ialah satu doa yangdiucapkan, di mana ianya membawa makna terima kasih sama macam syukran. Syatahu tak?"

Aisyah menggelengkankepalanya.

"Jazakallahu khairankathira."

Jazakallahu khairan kathira ialah salah satu doayang diajar oleh Nabi Muhammad SAW untuk kita. Diucapkan ketika kita menerimasesuatu pemberian atau pertolongan dari orang lain. Ia membawa makna, semogaAllah memberikan ganjaran kebaikan yang banyak kepada kamu.

Aisyah mengangguk.

"Lain kali kurangkancakap thanks ye? Gantikan ucapan tu dengan ucapan Bahasa Arab.Lagipun itu ialah satu doa. Dapat pahala mendoakan orang, Sya."

Aisyah mengangguk."Kalau Sya ucap ayat tu... Jazakallah tu... apa yangpatut dibalas?" soal Aisyah.

"Wa iyyakum."

'Wa iyyakum' pulaialah jawapan kepada orang yang telah menutur doa, 'Jazakallahu khairankathira.' Ianya membawa makna, dan ke atas kamu juga.

Aisyah mengangguk. "Waiyyakum," ulang Aisyah dengan nada perlahan. Cuba mengingati ilmu baruyang diberikan oleh suaminya.

"Akhi nak tanya,boleh?"

Aisyah mengangguk."Boleh. Apa dia yang akhi nak tanya?"

"Sejak bila abimeninggal?" soal Saiful.

Sebelum ini apa yang diatahu tentang Aisyah, ialah - adik tirinya, anak tiri walidnya, merupakan cucukepada seorang jutawan dan salah seorang pelajar sekolah di tempatnya bekerja.Hanya itu sahaja. Tidak lebih.

Aisyah tersenyum pahit."Sejak Sya dalam kandungan umi lagi."

Saiful hanya mendengar.

"Kata umi, abikemalangan dari tempat kerja," sambung Aisyah.

"Kenapa Sya dengan umitak tinggal rumah aki?" soal Saiful lagi meskipun dia boleh agak kenapa.

"Abi lebih sukasekiranya umi dan Sya hidup secara sederhana. Rumah yang kami duduk dulu tu,rumah yang abi beli hasil titik peluh abi sendiri. Abi tak suka berharap adaharta aki untuk beri nafkah pada kami," jawab Aisyah.

Saiful mengangguk."Jadi selama ni, umi yang tanggung Sya selepas abi meninggal?"

Aisyah menggelengkankepalanya. "Aki dan umi."

"Aki?"

Aisyah mengukir senyuman."Sya rasa, akhi pasti lebih arif mengenai hal ini kan? Apa yang Sya tahu,aki kata Sya di bawah tanggungjawab aki sebab abi dah tak ada. Bukantanggungjawab seorang wali sahaja, tapi tanggungjawab untuk memberi nafkahkepada Sya."

Saiful tersenyum. "Betul."

Keadaan sunyi seketika.Masing-masing melayan perasaan sendiri. Satu... dua... tiga...

"Hm... Sya."

Aisyah memandang wajahsuaminya itu.

"Akhi rasa... Syapergilah rehat. Mesti Sya penat kan?"

Kesian dia melihat Aisyah.Pasti keletihan. Maklumlah elok sahaja mereka sah suami isteri pagi tadi, diamembawa Aisyah berjumpa dengan umi kandungnya di hospital. Selepas itu merekaterkejar masa pula untuk walimatul urus mereka di rumah aki Aisyah.

Belum hilang penat melayantetamu, mereka terpaksa berkemas pula untuk pulang ke rumah Tan Sri Abbas.Bukan tidak mahu bermalan di rumah aki Aisyah, mahu tapi... ahli keluargamereka yang menyuruh mereka pulang ke rumah walidnya semula.

"Akhi tak penat?"soal Aisyah.

"Penat juga."

"Kalau macam tu, kitasama-sama pergi rehat la. Ye?"

Saiful mengangguk."Jom," ujar Saiful sambil menarik beg pakaiannya.

Aisyah mengerutkan dahinya.Pelik dia melihat suaminya menarik beg bagasi itu untuk dibawa keluar daribilik. "Akhi tak duduk bilik ni?"

Saiful menggelengkankepalanya. "Nope. Bosan la akhi duduk bilik besar ni sorang-sorang,kan? So, selama Sya duduk bilik Sya, akhi duduk di bilik sebelahbilik Sya je la. Boleh tak?"

"Ikut suka akhi la.Rumah walid akhi kan?"

"Walid akhi, walidmertua Sya dan juga walid tiri Sya. Bukan dikira walid Sya jugak, ke tu?" Saifulmengangkat keningnya ke atas.

Aisyah ketawa kecil.

"So, ini rumah walidkita. Bukan walid akhi sorang je, okey? Sya kan permata hati walid."

"Ye ke?"

"Ye. Walid pesan dekatakhi, jaga Sya elok-elok. Siap ugut akhi lagi kalau buat Sya sedih ke apa ke?Sampai akhi rasa walid tu lupa agaknya yang akhi ni... anak dia." Tutur Saifuldengan nada suaranya seakan-akan merajuk.

"Tak la. Akhi anakkandung walid. Sya ni cuma anak tiri dan sekarang menantu walid je. Tak samadengan kedudukan akhi sebagai anak kandung walid dalam rumah ni," jawabAisyah.

"Tapi walid... takfikir semua tu. Dia anggap dan sayang Sya macam anak sendiri."

"Umi pun anggap dansayang akhi macam anaknya sendiri." Aisyah berbalas senyuman manis dengansuaminya itu.

'Ya Allah, tak banyak yangaku pinta kecuali kekalkanlah rumah tanggaku ini. Bantulah hamba-Mu ini dalammenguruskan semua hal tentang rumah tangga,' doa Aisyah dalam hatinya.

'Ya Allah, inilah gadis yangKau amanahkan kepadaku. Jadikanlah dirinya satu-satunya wanita dalam hati danhidupku. Bantulah aku untuk menjaga amanah yang Kau berikan ini. Amiin,' ujar Saifuldalam hati.

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh