Bab 7

SAIFUL mengukir senyuman manis melihat Aisyah ada di halaman rumah. Penat dia mencari si isteri, rupanya ada di halaman rumah.

Langkah kaki diatur mendekati isterinya yang khusyuk membaca sesuatu yang terpampar di skreen laptop. Entah apa yang dibaca pun dia tidak tahu. Kerusi di sebelah Aisyah ditarik.

“Sibuk nampak. Baca apa?” tegur Saiful.

Aisyah mengangkat wajahnya. Dia membalas senyuman suaminya. “Baca apa-apa je.”

‘Ustaz ni kenapa duduk sini? Tak selesalah,’ rungut Aisyah dalam hati.

Saiful menjongketkan keningnya. “Baca apa-apa je? Apa benda tu? Ada ye tajuk sesuatu yang namanya ‘baca apa-apa je’?” ujar Saiful, ingin bergurau dengan Aisyah.

Aisyah ketawa kecil. Kelakar dia mendengar dan melihat wajah suaminya itu. Mana tidaknya, bercakap dengannya siap tunjuk mimik muka lagi.

“Sya baca artikel tentang Saidatina Aisyah ra la, akhi,” Aisyah menjelaskan maksud katanya sebentar tadi.

“Ooo,” respon Saiful. “Lain kali cakaplah tajuk artikel tu, ni cakap apa-apa je lah. Akhi tak pernah tau dengar ada artikel tajuknya sebegitu.”

Aisyah mengukir senyuman. Perasaan yang tidak selasa tadi, hilang begitu saja. Kini,diganti dengan perasaan senang dan gembira kerana duduk berdua dengan si suami.

“Sya tahu tak kenapa Rasullullah SAW sangat sayang akan Saidatina Aisyah ra?” soal Saiful sambil menjongketkan keningnya.

“Sebab Saidatina Aisyah ra satu-satunya isteri Rasulullah SAW yang perawan semasa bernikah dengan Rasulullah SAW. Lagipun Saidatina Aisyah ra pandai mengambil hati Rasullullah SAW selain kecantikan yang ada pada dirinya, kan?”

Saiful mengangguk. “Tapi yang membuat Rasullullah SAW sayang akan Saidatina Aisyah ra bukan kecantikan yang dimilikinya, tapi kepandaian dan kebijaksanaannya. Kalau Sya nak tahu, setiap isteri Rasulullah SAW ada keistimewaan mereka yang tersendiri yang membuatkan Rasulullah SAW sayang dan cintakan mereka.”

Aisyah mengangguk. Dipandang wajah suaminya itu. Suka dia mendengar suaminya bercerita. Di sekolah, memang ada suaminya bercerita mengenai tokoh-tokoh Islam, tapi entah la, bila dapat info secara berduaan ni... dia lebih suka.

“Sya tahu tak hebatnya Saidatina Aisyah ra ni kalau sesiapa cuba mendalami kisah hidupnya pasti akan jatuh cinta dan sayang dengan Ummulhatul Mu’minin ni.”

Aisyah hanya tersenyum.

Saiful mengukir senyuman tatkala dia melihat isterinya itu tersenyum.

“Walaupun Saidatina Aisyah ra dikatakan isteri yang paling kuat cemburunya, tapi Rasulullah saw tetap sayang, kan akhi? Hebatnya cinta mereka, meskipun usia antara mereka jauh berbeza mereka saling mencintai, menyayangi dan bahagia dalam berumah tangga. Sya cemburu dengan Saidatina Aisyah ra.”

Saiful mendiamkan diri buat seketika. Dipandang sahaja wajah Aisyah. Terasa kedamaian dalam hatinya tatkala dia melihat wajah isterinya itu.

“Kenapa pulak Sya rasa cemburu?”

“Sebab biarpun Saidatina Aisyah ra berkahwin ketika usianya masih muda, tapi dirinya beruntung kerana mendapat didikan agama secara terus daripada Rasulullah SAW. Rasullullah SAW pulak sayang dengan Saidatina Aisyah ra ni.”

Saiful tersenyum mendengarnya. “Rasulullah saw, sayangkan semua isteri-isterinya, Sya.”

Aisyah mengangguk. “Sya tahu la, akhi ni apa la. Akhi...”

“Hm,” respon Saiful.

“Sya harap, satu hari nanti akhi boleh cintakan Sya sebagaimana Rasulullah SAW mencintai Saidatina Aisyah ra,” ujar Aisyah sambil tersenyum manis. Entah kenapa laju sahaja bibirnya menutur kata itu.

Saiful tersenyum. “Insya-Allah, Sya. Sya, akhi juga berharap yang satu hari nanti Sya boleh mencintai akhi sebagaimana Saidatina Aisyah ra mencintai Rasulullah SAW. Tapi Sya kena ingat tau, cintailah Rasulullah SAW lebih dari Sya cinta dan sayangkan akhi. Nabi Muhammad SAW, sangat sayang... dengan kita. Jangan tak sambut kasih sayang Rasulullah SAW tu, Aisyah. Baginda SAW dah lama menghulur sayang kepada kita, adalah tidak molek kalau kita tak sambut huluran balasan sayang dari baginda SAW."

Aisyah memandang wajah suaminya itu.

Lama sekali mereka bertatapan mata. Satu... dua... tiga...

“Sya nak tahu tak, akhi suka tengok muka Sya sekarang.”

“Kenapa?”Aisyah menjongketkan keningnya ke atas.

“Sebab yang pertama, akhi rasa tenang apabila menatap wajah Sya. Yang kedua, sebab mendapat pahala apabila memandang muka isteri. Pahala free je nak dapat, tahu?”

Aisyah hanya tersenyum.

Mata Aisyah mulai fokus semula untuk membaca artikel yang terhenti bacaannya tadi akibat bersembang dengan suaminya. Lagipun, tinggal beberapa perangan sahaja lagi untuk menghabiskan bacaannya itu.

“Akhi rasa, akhi dah jatuh cinta dengan Sya.”

Aisyah memandang wajah suaminya semula. Tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh suaminya. ‘Dia… cintakan… aku? Serius?’

“Sya cintakan akhi tak?”

Aisyah mengigit hujung bibirnya. Dup dap, dup dap.

“Boleh tak kalau akhi nak mengorat Sya?” tambah Saiful lagi.

Aisyah terus mengalihkan pandangannya daripada memandang wajah suaminya lama-lama. Dadanya sudah tidak keruan apabila dia melihat dan mendengar apa yang suaminya itu katakan kepadanya.

“Comel la Sya bila malu macam ni,” usik Saiful. Tangan kanannya mencuit hidung Aisyah. "Rasulullah SAW kan, suka mengusik Aisyah ra tau. Lagi-lagi Aisyah ra ni seorang yang pemalu."

“Hm…Akhi tak ada kerja ke nak buat?” soal Aisyah. Ingin melarikan diri dari persoalan yang mengasak jiwa dari suaminya itu.

Saiful menggelengkan wajahnya. “Nope.”

Aisyah diam.

“Tapi tiba-tiba dah ada kerja nak kena buat dah.”

“Okey. Pergilah akhi siapkan kerja tu.”

“Kerja akhi, tak dapat nak disiapkan.”

Aisyah mengerutkan dahinya. “Kerja apa tu?”

“Kerja kacau Sya.”

Naik merah muka Aisyah mendengar apa yang suaminya katakan.

“Kenapa Sya takut kucing ye?” soal Saiful. Sudah lama dia ingin bertanyakan hal sedemikian. Namun baru kali ini dia berkesempatan untuk bertanya.

“Pembetulan. Sya tak boleh dengan mana-mana binatang yang berbulu.”

“Oookeyyy. Kenapa?”

“Sebab Sya alergik dengan bulu binatang. Kalau terkena, Sya boleh gatal nanti,” jawab Aisyah.

“Ooo…patut la.”

“Hari Isnin ni dah kena masuk sekolah semula. Cepatnya cuti berlalu, kan akhi?”

Saiful mengangguk, setuju. “Dah study untuk trial?” soal Saiful.

Aisyah mengangguk.

“Belajar elok-elok, tau.”

Aisyah mengangguk laju. Dipandang semula wajah suaminya itu. “Akhi.”

“Hm.”

“Nanti boleh tak kalau akhi letak baju akhi di dalam bilik Sya?”

Saiful mengerutkan dahinya. Pelik dengan permintaan isterinya itu. “For?”

“Nak buat pemujaan,” gurau Aisyah.

“Amboi. Siapa ajar ni?” Saiful mencubit manja pipi Aisyah.

Aisyah ketawa. “Akhi ni… Sya nak gosok baju akhi la. Tak kan lah Sya nak buat benda tak elok macam tu. Haish, merepek je.”

Saiful tersenyum. “Akhi tahu, saja je nak mengusik. Tapikan… tadi akhi ingat, Sya nak suruh akhi tidur bilik Sya. Sebab itulah Sya mintak akhi letak baju akhi kat bilik Sya.” Saiful menjongketkan keningnya.

Aisyah mengecilkan matanya. “Akhi ni suka fikir sampai ke situ tau.”

“Salah ke kalau akhi fikir sampai macam tu sekali?”

Aisyah mendiamkan dirinya.

“Akhi gurau je la, sayang.”

‘Sayang? Alahai kenapa la romantik sangat suami aku ni. Berdebar-debar pula dada aku ni wahai ustaz,’ ujar Aisyah dalam hatinya.

“Tak payah susahkan diri Sya la untuk menggosok baju akhi. Akhi boleh buat sendiri. Lagipun Sya kan nak trial, fokus trial je la ye?”

“Takpe. Sya nak buat jugak. Kenapa? Tak boleh ke?”

“Tak cakap pun tak boleh.”

Aisyah memandang anak mata suaminya itu. ‘Cantik mata dia. Terpesona aku.’

“Sya.”

“Hm,” tersentak Aisyah. Matanya terus difokus pada skreen laptop untuk menutup tetingkap. Malu rasanya apabila dia hampir ditangkap oleh suaminya kerana begitu khusyuk memandang anak mata suaminya tadi.

“Boleh tak?”

“Boleh apa?” soal Aisyah.

“Nak ngorat.”

Aisyah menutup laptopnya setelah memastikan laptopnya itu shut down. “Ngorat?” ulang Aisyah.

Saiful mengangguk.

“Ngorat Sya?” jari telunjuknya dihalakan ke arah dirinya.

Yup.”

“Buat apa akhi nak ngorat Sya?” soal Aisyah.

“Supaya Sya cintakan akhi.”

Aisyah menggelengkan kepalanya. Senyuman diberikan kepada suaminya itu. “Tak perlu rasanya, akhi.”

“Kenapa pulak?”

“Sebab Sya dah sayang akhi pun,” ujar Aisyah dengan nada suara yang cukup perlahan namun dapat didengari dengan jelas oleh si ustaz.

“Serius ke ni?”

Aisyah berdiri sambil memegang laptop miliknya. “Kalau akhi nak mengorat jugak, ngoratlah. Boleh buat Sya makin sayang ke... kan?”

Saiful ketawa kecil. “Akhi buat betul-betul nanti.”

“Buatla. Tak berdosa kan ustaz kalau seorang suami mengorat isteri? Setahu Sya dapat pahala lagi ada la.”

Saiful berdiri tegak di depan Aisyah. “Tak menyesal ye?”

Aisyah menggelengkan kepalanya.

“Akhi mengorat betul-betul nanti.”

“Ikut suka,” ujar Aisyah sebelum dirinya melangkah masuk ke dalam rumah.

Saiful sudah tersenyum manis. “Sya, tunggu.” Saiful bangun dan mengikut jejak langkahAisyah.

*****

AISYAH menutup pintu biliknya cepat-cepat apabila dia melihat suaminya mengekori langkahnya. Ditekan punat lock pada pintu. Disandar tubuhnya pada pintu biliknya. Digigit hujung bibirnya sekuat hatinya.

“Apa aku ni… pergi confess pulak tadi. Malunya!” Aisyah menekup mukanya dengan laptop. Kakinya terlompat-lompat.

"Sengetla aku ni. Malu la. Macam manalah nak pandang muka ustaz tu lagi lepas ni? Hm..."

Aisyah melangkah mendekati meja belajarnya dan duduk di hujung katil.

Nafas ditarik dalam-dalam. “Rileks Sya, bawak bertenang. Tu kan suami, tak salah pun kalau kau luah perasaan, kan?”

Aisyah terus membenamkan wajahnya ke tilam. “Malunya!” Tangannya menumbuk-numbuk tilam.

*****

SAIFUL memegang tangan kuat Aisyah setelah dia menghadiahkan kucupan hangat di dahi Aisyah.

“Akhi,” Aisyah mencuba juga untuk menarik tangannya dari pegangan suaminya. Namun gagal.

Saiful tersenyum-senyum.

“Akhi jangan pandang Sya macam tu. Gerun tahu?”

“Gerun kenapa? Akhi bukan makan orang.”

Aisyah menelan air liurnya. ‘Mana tak gerun. Dah la aku tengah hari tadi baru terconfess dekat dia. Macam mana boleh ter pun aku tak tahu la. Ni, dia pandang aku lain macam pulak. Aduh! Panasaran aku, tahu?’ ujar hati Aisyah.

“Memang la akhi tak makan orang. Tapi gaya akhi pandang, macam nak makan orang, tahu tak?”

Saiful ketawa mendengarnya.

“Akhi…lepas la,” rayu Aisyah.

Saiful menggelengkan kepalanya. Senyuman masih kekal di bibirnya.

“Akhi nak apa? Kan dah cium dahi Sya tadi.”

“Tak ada nak apa. Cuma saja nak pandang muka Sya lama-lama. Nak dapatkan ketenangan dan pahala. Tak boleh ke, sayang?”

Aisyah mengeluh perlahan.

“Kalau tak salah pendengaran akhi la kan, Sya confess dekat akhi kan? Yang Sya suka akhi. Eh! Salah la. Bukan suka, tapi Sya dah sayang akhi... kan?” ujar Saiful. Ingin mengusik Aisyah. “Siap cabar lagi tu untuk akhi mengorat dia,” tambah Saiful.

Zup! Aisyah mengigit hujung bibirnya. ‘Malunya!’

“Dahla. Jangan usik Sya. Malu la.” Aisyah menundukkan wajahnya ke bawah. Malu!

“Ala nak malu pulak. Suami sendiri kan?”

Aisyah memuncungkan bibirnya. 'Dia ni kan!'

Pegangan pada tangan Aisyah di lepaskan. “Akhi suka tengok muka Sya merah tahan malu. Blushing macam pakai pemerah pipi je.Masya-Allah, comelnya ketua bidadari syurga akhi ni la. Agaknya kan macam manalah kehidupan Saidatina Aisyah ra dan Rasulullah SAW, ye? Yang penuh dengan ceria, bahagia dan usik-mengusik. Tak dapat nak bayangkan.”

Aisyah tertunduk malu.

“Jangan malu la. Bukan akhi nak hebahkan dekat umi dan walid pun. Kita berdua je. Jap!” Saiful mula menggerakkan jari jemarinya. Seakan mengira sesuatu. "Satu...dua... tiga... empat..."

"Akhi kira apa?"

"Kira siapa yang tahu pasal hal tadi la."

Aisyah mengerutkan dahi.

"Selain kita berdua, yang tahu ialah Allah, malaikat pencatat kebaikan dan kejahatan,syaitan dan makhluk ghaib."

Aisyah terus memukul lengan suaminya. "Akhi! Jangan sebut!"

"Takut... ye..." Si suami mula menyakat.

“Akhi ni suka tau sakat Sya macam ni."

"Alololo... ada orang malu la. Malu dan takut rupanya dia ni."

"Mestilah Sya malu. Sya bukan robot, tak ada perasaan malu dan takut.”

“Alolo…” Saiful ketawa kecil. “Dah la, pergi simpan telekung tu.”

Aisyah mengangguk. Diangkat sejadah yang digunakan untuk solat Zohor itu untuk berlalu ke biliknya di sebelah bilik Saiful.

*****

“YA ALLAH!” ucap Aisyah sambil mengurut dadanya. Dipandang wajah suaminya yang sudah tersenyum-senyum ke arahnya. Dari posisi baring menghadap syiling,Aisyah sudah menukar posisi kepada duduk biasa sahaja di atas sofa.

“Akhi ni, terkejut Sya tahu?” Aisyah memukul lengan suaminya itu setelah memberi ruang agar suaminya itu duduk di sebelahnya.

“Habis, khusyuk sangat baca novel sampai tak sedar akhi dok perhati je dari tadi. Nasib akhi tak gunakan Montel untuk kacau Sya, tau.”

Aisyah mencubit pinggang suaminya. “Tak mau la gunakan Montel. Tak adil!”

Saiful hanya ketawa. Dikerling tangan Aisyah yang masih memegang novel itu.

Aisyah memandang novel yang dalam pegangannya. Keningnya diangkat ke atas. “Kenapa akhi tengok macam tu?”

Saiful mengambil novel dari tangan Aisyah. “Best?” soal Saiful sambil membelek-belek novel yang dibaca oleh isterinya itu.

Best.”

“Sya suka baca novel?” soal Saiful.

Aisyah mengangguk. “Suka.”

“Ambil pengajaran dalam setiap kisah yang Sya baca. Jangan baca untuk seronok je,tau,” pesan Saiful.

“Tahu. Jazakallah, akhi sebab ingatkan Sya,”ujar Aisyah sambil mengambil semula novel miliknya dari tangan suaminya itu.

Wa iyyakum. Ni bila nak study ni? Pagi tadi Sya dengan laptop, sekarang dengan novel. Akhi tak nampak pun Sya study hari ni. Trial kan dah nak dekat.”

“Bagila Sya rehat.”

“Berapa lama Sya nak berehat?” Saiful memandang wajah isterinya itu.

“Hari ni je. Esok Sya study la.”

“Betul?”

Aisyah mengangguk laju.

“Tak tipu?”

Aisyah ketawa kecil. “Akhi ni, ingat Sya ni budak kecik ke sampai nak menipu?”

Saiful membetulkan rambut Aisyah di tepi telinga. “Memang budak kecik pun. Budak SPM, budak sekolah pulak tu.”

Aisyah hanya mendiamkan diri. Mulutnya dimuncungkan kedepan.

“Buatla muka dan mulut macam tu, akhi cium bibir tu baru tahu,” ugut Saiful.

Aisyah menutup bibirnya dengan kedua tapak tangannya. Kepalanya digelengkan beberapa kali.

Saiful ketawa sambil menurunkan tangan isterinya itu. “Jangan risau, akhi masih ingat permintaan Sya. Lagipun akhi tak akan sesekali memaksa Sya.”

Aisyah tersenyum manis. “Jazakallahu khairankathira, akhi.”

Wa iyyakum, sayang,” jawab Saiful sambil mengucup dahi isterinya itu.

“Adakah Sya berdosa terhadap akhi?” soal Aisyah sambil memandang anak mata suaminya itu.

“Berdosa?”

“Tak layan akhi sebagai seorang suami.”

“Dalam rumah tangga kena ada tolak ansur, Sya. Lagipun kita dah berbincang sebelum kita menikah kan? Tugas isteri tu luas, dan Sya layan akhi dengan baik apa. Dengar cakap akhi, so tak ada point untuk akhi rasa yang perbuatan Sya berdosa kepada akhi. Jangan risau la. Ni kenapa tetiba cakap pasal ni?”

Aisyah mengeluh. “Sya kan dah jadi isteri akhi, so…takut la kalau perbuatan Sya ni boleh mengundang dosa.”

Saiful tersenyum. Dicubit pipi Aisyah. “Belajar je. Jangan fikir soal ni sangat. Lagipun kita boleh menggunakan peluang ini untuk mengenali antara satu samalain dengan lebih dekat, kan?”

Aisyah membalas senyuman suaminya itu. “Thanks akhi. Kalau Sya ada buat salah nanti, akhi tegur salah dan silap Sya ye?”

Saiful mengangguk.

“Bila akhi nak jumpa Kak Alice?” soal Aisyah.

Sejak mengenali Doktor Alice dari penceritaan suaminya, dia mula membahasakan isteri kepada sepupu Saiful itu dengan panggilan ‘Kak’.

Saiful menggelengkan kepalanya. “Kami akan berjumpa kalau ada hal mustahak je. Lagipun Alice sibuk dengan kerja dia sekarang ni.”

“Ooo. Akhi.”

“Hm.”

“Kalau Sya tanya, akhi jangan marah ye?”

“Apa dia?”

“Akhi ada terfikir lagi tak nak kahwin dengan Kak Alice?” soal Aisyah lambat-lambat.

Saiful terdiam.

“Jangan marah ye. Sya tanya je.”

“Sya… Akhi dah tak terniat macam tu lagi. Lagipun jodoh akhi dengan Sya bukan dengan Alice.”

“Kita cuma manusia je akhi, tak tahu apa akan terjadi pada masa depan. Lagipun, akhi ada tiga ruang kosong lagi...” ujar Aisyah sambil menunjukkan tiga jarinya kepada suaminya itu, “...untuk jadi isteri akhi.”

“Sya nak bermadu ke?” soal Saiful. Keningnya dijongket ke atas.

Aisyah terdiam. Kepalanya digeleng perlahan.

Saiful tersenyum. Diusap pipi Aisyah. “Sya, hanya Sya je yang akhi nak. Akhi tak nakyang lain. Dalam hati akhi cuma ada Sya sorang je.”

Aisyah tersenyum. ‘Dan cuma akhi je yang Sya nak sampai bila-bila. Insya-Allah, aamiin.’

“Sya pulak?”

“Kenapa dengan Sya?”

“Siapa dalam hati Sya?”

Aisyah tersenyum. Diambil tangan suaminya dan dicium hormat. “Orang yang dah jadi suami Sya la.”

Saiful tersenyum manis.

Aisyah mengigit bibirnya. ‘Malu!’

“Sya nak tidur dulu la. Assalamualaikum,” Aisyah cepat-cepat bangun dan meninggalkan suaminya di ruang tamu.

“Waa’laikumussalam,” balas Saiful sambil memandang kelibat Aisyah naik ke tingkat atas.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh