Bab 12

AISYAH duduk di atas katil milik suaminya. Matanya memerhati sahaja tingkah laku suaminya yang berdiri di depan meja solek itu.


“Akhi senyum sorang-sorang ni dah kenapa?” soal Aisyah kehairanan.


“Sya nak tahu tak, tulah first time akhi main macam tadi, tahu? Dah lama tak main macam tu. Sekali dapat bonus pulak akhi ni, sebab dapat usik Sya. Hahaha...” Saiful ketawa sambil menggelengkan kepalanya.


Aisyah hanya tersenyum.


Kini dia sedar sesuatu, dia perlu bersedia juga untuk ke arah itu meskipun suaminya tidak pernah memaksanya. Lagipun, hatinya kekadang dipaut bimbang sekiranya suaminya meninggalkannya hanya kerana dia gagal menjalankan tangungjawab yang satu itu. Dia sudah terlalu sayang akan Saiful sehingga takut untuk memikirkan bagaimana nasibnya sekiranya takdir menetapkan sebaliknya pada kisah cinta mereka berdua.


“Akhi...”


“Hm,” respon Saiful sambil menyikat rambutnya.


“Sya ada something nak tanya kat akhi ni.”


“Apa dia?” Saiful memandang wajah Aisyah. Sikat diletakkan di atas meja. Langkah kaki diatur mendekati Aisyah dan mengambil tempat duduk di sebelah isterinya itu.


Aisyah menghulur satu gambar lama kepada suaminya itu.


Saiful menatap lama gambar itu. Gambar yang sudah lama tidak ditatap. Gambar umi dan walid kandungnya semasa mereka masih suami isteri. Ketika itu usianya baru sahaja menjangkau enam bulan.


Dia sendiri sudah lupa bila kali terakhir dia berhenti menatap gambar itu. Seingatnya, dia sudah tidak menatap gambar itu lagi kerana tidak mahu terus menerus hidup dalam kesedihan.


Dia sedih melihat gambar ini kerana sebelum walidnya berkahwin dengan umi Aisyah, dia tidak pernah rasa kasih sayang seorang umi setelah walidnya bercerai dengan umi kandungnya. Gambar ini hanya membuatnya sedih sahaja setiap kali ditatap. Sedih mengenangkan nasibnya yang kekurangan kasih sayang seorang insan bergelar ‘umi’ dan juga sedih kerana kehilangan orang yang dia sayang. Iaitu kembarnya.


Melihat suaminya hanya berdiam diri, Aisyah bersuara. “Akhi...” panggil Aisyah dengan lembut.


Saiful memandang wajah Aisyah.


“Akhi... anak tunggal, ke? Atau... akhi ada adik-beradik? Kembar ke...” soal Aisyah lambat-lambat.


Saiful hanya berdiam diri.


Baby dalam gambar tu ada dua. Satu mesti menunjukkan akhi, yang satu lagi tu... siapa?” soal Aisyah lambat-lambat. Bimbang sekiranya persoalannya itu menguris hati suaminya.


“Akhi dengan... arwah kembar akhi,” jawab Saiful lambat-lambat dengan nada perlahan.


“Kembar?”


Saiful mengangguk. “Kembar seiras. Namanya, Syed Muhammad Saiful Muslim. Dia meninggal dunia semasa usia kami sepuluh tahun.”


Aisyah hanya mendiamkan dirinya buat seketika. “Akhi dengan kembar akhi... ada nama ‘Saiful’?”


Saiful mengangguk. “Kalau Sya nak tahu, dulu walid tak panggil akhi dengan nama ‘Saiful’ tapi ‘Islam’ dan kembar akhi pula dipanggil ‘Muslim’. Tapi selepas Muslim meninggal, walid panggil akhi ‘Saiful’, katanya setiap kali panggil akhi dengan nama tu, rindunya pada arwah terubat. Maklumlah kami berdua ada nama ‘Saiful’.”


Aisyah memegang tangan suaminya. “Sorry, Sya tak ada niat nak bagi akhi sedih.”


“Tak apa la, Sya. Benda dah lama berlalu.”


“Jadi... barang main yang ada dua set dalam stor tu... akhi dan arwah kembar akhi yang punya?”


Saiful mengangguk. “Kalau Sya nak tahu... arwah ialah orang yang istimewa dalam hidup akhi selain Arwah Syed Fendi.”


Aisyah mengangguk faham. Baru kini dia teringat akan perbualan suaminya dahulu tentang orang istimewa bagi suaminya itu. Rupanya insan tersebut ialah sepupu dan kembarnya yang sudah meninggal dunia.


Mata Aisyah memerhati sahaja jari-jemari Saiful yang mengusap perlahan gambar lama itu. Dia tahu, pasti suaminya rindu dengan arwah kembarnya.


“Akhi.”


“Hm.”


“Kiranya kalau Sya pregnant nanti, ada kemungkinan kita akan dapat baby twins la ye?” Aisyah sengaja berkata sedemikian. Ingin menceriakan hati suaminya itu. Seronok pula dirasakannya sekiranya dia berpeluang untuk mempunyai anak kembar satu hari nanti.


Saiful ketawa kecil. Tidak terfikir olehnya yang Aisyah akan berkata sedemikian kepadanya. Dia mencubit pipi kiri Aisyah. “Sya nak mengandungkan anak akhi ke?” soal Saiful sambil menjongketkan keningnya ke atas.


“Habis, siapa lagi nak bagi akhi anak kan kalau bukan Sya? Ke... akhi ada niat nak pasang lain ni?”


“Boleh ke? Sya beri izin?” soal Saiful. Ingin mengusik.


Berubah riak Aisyah mendengarnya. “Akhi!”


Saiful ketawa.


“Akhi… siapa perempuan tu? Baik akhi mengaku, cepat!” Aisyah berpura-pura garang dengan suaminya itu. Walhal, dia tahu suaminya itu sengaja mahu menyakatnya.


Melihat Aisyah yang acah-acah garang itu membuat Saiful ketawa kecil. “Merepek je. Akhi sayang dan cinta dekat sorang ni je,” ujar Saiful sambil mencubit hidung Aisyah.


Aisyah mengukir senyuman bahagia. “Sya pun sayang akhi.”


Mudah sahaja dia melafaz kata sayang untuk suaminya. Dahulu dia malu untuk menuturkannya, sekarang sudah jadi macam trend baginya pula. Dalam perbualannya dengan Saiful, pasti akan hadir perkataan ‘sayang’.


“Sayang banyak mana?”


“Sayang... yang... tiada tarikh luputnya. Insya-Allah sampai ke jannah.”


Saiful tersenyum manis. “Cinta?” duga Saiful. Sengaja dia bertanya kerana dia suka melihat wajah Aisyah yang merah menahan malu itu. Comel!


Aisyah berpura-pura memandang ke arah lain. “Bukan... dikira sekali pakej ke? Cinta dan sayang tu?”


“Apa dia? Akhi tak dengar.”


Aisyah pantas menggelengkan kepalanya. “Tak ada apa-apa.”


Saiful tersenyum bahagia. Dia mendengar apa yang dikatakan isterinya itu, cuma dia sengaja ingin mengusik Aisyah.


Now, akhi nak tanya Sya pulak.”


“Apa?” soal Aisyah sambil memandang suaminya.


“Sya serius nak baby?”


Aisyah mengecilkan matanya. “Soalan apa ni, akhi? Sya baru tujuh belas tahun tau.”


“Tahu. Akhi tahu yang Sya baru tujuh belas tahun.”


So... kenapa akhi tanya soalan macam tu?”


“Sebab... soalan itu yang akhi nak jawapannya daripada Sya. Jawab la soalan akhi tu, sayang.”


One day. Bukan sekarang.”


“Bila?”


Maybe... bila Sya dah mula kerja ke nanti? Insya-Allah.”


Saiful mengangguk perlahan. “Good! Jadi selama ni... Sya dah merancang masa depan Sya la rupanya.”


“Mestilah.”


“Cita-cita Sya nak jadi apa?”


“Doktor.”


“Berapa ramai anak yang Sya nak bagi dekat akhi nanti?”


“Berapa orang anak yang akhi nak?” soal Aisyah. Sengaja ingin menduga suaminya itu.


“Akhi nak tujuh. Tiga lelaki, empat perempuan. Boleh?”


Demand. Kalau macam tu, mengandung la sendiri.”


“Macam mana akhi nak mengandung? Lelaki tak ditakdirkan untuk mengandung, sayang...”


Then, akhi nak suruh Sya pulak?”


“Bak kata Sya tadi... siapa lagi yang nak bagi akhi anak kalau bukan Sya sendiri, kan?” Saiful menjongketkan keningnya.


Aisyah mengecilkan matanya. ‘Perli aku je ustaz ni tau. Nasib baiklah aku sayang dia.’


“Tak perli, sayang...” Saiful menggerakkan jarinya ke kiri dan ke kanan. “No... akhi tak perli buah hati akhi ni. Akhi cuma ulang balik apa yang Sya cakap tadi, je.”


“Akhi ni...” Aisyah bersuara seakan-akan merajuk.


“Alolo... jangan lah merajuk sayang. Okey, sebenarnya akhi memang ada niat nak anak tujuh orang tapi... kalau dapat kurang atau lebih, akhi terima je. Kan semua tu kerja Allah.”


Aisyah mengangguk. “Kata-kata ni lagi sedap untuk didengar daripada mendengar akhi bercakap nak tujuh orang anak.”


Saiful ketawa kecil.


Aisyah tersenyum. “Tapi kalau kita dapat baby time Sya dah kerja, maknanya time tu akhi dah berusia 30 lebih kan?”


Saiful mengangguk.


“Akhi tak rasa macam akhi dah tua ke time tu baru nak ada anak?”


“Anak kan rezeki, sayang. Bila Allah nak bagi, yang pasti ketika itu Allah tahu kita sudah mampu untuk jadi umi dan walid. Kalau kita tak mampu, Allah tak bagi.”


Aisyah mengangguk setuju.


“Akhi nak Sya fokus dengan study dulu. Soal anak ke apa ke biarlah Allah yang tentukan. Dan akhi, tetap dengan kata-kata akhi yang akhi tak akan memaksa Sya ke arah itu.”


Thanks. Sayang akhi.”


“Sayang Sya jugak. Dah pergi masuk bilik, study. Ye sayang...”


Aisyah mengangguk. Tangan si suami diambil dan dicium.


Saiful menghadiahkan satu ciuman hangat di dahi Aisyah setelah Aisyah mencium hormat tangannya.


Ketika Aisyah melangkah untuk keluar dari bilik suaminya itu, matanya terpandang dokumen yang ada di atas meja suaminya.


“Semua ni... untuk siapa akhi?” soal Aisyah sambil membaca semua dokumen-dokumen itu.

SEKOLAH AGAMA


“Alex.”


Aisyah mengangguk.


“Alice mintak tolong akhi carikan sekolah agama yang sesuai untuk Alex belajar Al-Quran. Lagipun arwah Syed Fendi memang nak sangat anak dia jadi penghafal Al-Quran. Tak pun ada ilmu agama tentang Al-Quran.”


Aisyah hanya mengangguk. Tapi dalam hati... sudah wujud perasaan cemburu.


Saiful menghampiri Aisyah. “Jangan cemburu, sayang. Akhi cuma tolong Alice mengikut amanat arwah Syed Fendi sahaja. Tak ada niat lain. Sya tahukan arwah tu orang istimewa dalam hidup akhi? Arwah tu ibarat abang kepada akhi, tau.”


“Tak cakap apa-apa pun. Akhi ni... dah la, Sya nak study dulu.”


Saiful mengangguk. Dia menghadiahkan kucupan hangat di dahi Aisyah sekali lagi sebelum isterinya itu melangkah keluar dari biliknya.


“Sya.”


Langkah Aisyah terhenti di depan pintu. Dia menoleh ke belakang.


“Esok kita pergi rumah aki,” ujar Saiful.


“Betul ke ni?” soal Aisyah tidak percaya.


“Ye. Lepas sarapan, kita pergi.”


Jazakallah, akhi.”


Gembira betul Aisyah bila mendengarnya. Mana taknya, sudah dua minggu usia perkahwinan mereka, belum pernah walau sekali dia dan Saiful pergi ziarah atau bermalam di rumah Tan Sri Sulaiman.


Minggu lepas, mereka tidak jadi pergi kerana suaminya perlu menguruskan jenazah Ben dan kebetulan akinya pula outstation.


Semalam, dia mahu mengajak suaminya ke rumah Tan Sri Sulaiman tapi dia berubah fikiran tatkala dia melihat suaminya sibuk dan letih sekali. Sebab itu dia diamkan sahaja niatnya untuk ke rumah akinya. Dia langsung tidak menyangka bahawa suaminya sudah merancang untuk pergi ke rumah akinya esok.


Yes, yes, yes…’ ujar hati kecil Aisyah.


Wa iyyakum, sayang,” jawab Saiful dengan senyuman gembira. Gembira rasanya bila dapat membuat orang yang tersayang turut gembira.

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh
    © Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham