Bab 1

AISYAH menyapu wajahnya dengan kedua tapak tangannya sebaik sahaja dia sudah selesaiberdoa. Kemudian dia memandang sesuatu di atas meja soleknya.

Diangkat sejadah yang digunakan dan diletakkan ditempat khas. Begitu jugadengan telekung yang digunakannya untuk menunaikan solat Subuh, disangkut rapidi tempat khas sebelum dia melangkah ke meja soleknya itu.

Tangan Aisyah mengusap diari milik arwah abinya.

Dia sudah kehilangan insan yang bergelar ayah saat dirinya masih beradadi dalam kandungan uminya lagi. Dengan diari yang diberikan oleh akinya itulah dia mengenali siapa abinya.

Sejak kecil lagi arwah abinya itu memang suka menulis diari. Semua kisah dan peristiwa sehingga kepada sekecil-kecil berita dalam hidup arwah abinya,semuanya abinya tulis dalam diari tersebut.

Sebab itulah kata akinya, diari ini membantunya untuk mengenali siapaabinya meskipun dia tidak berpeluang untuk mengenali abinya seperti orang lain.

Mata Aisyah memandang kotak yang ada di sebelah diari abinya itu. Kotaktersebut diambil.

“Apa ni umi?” soal Aisyah tatkala diamenyambut huluran kotak yang dihulurkan oleh Puan Sri Munirah.

Puan Sri Munirah tersenyum. Tangannya mengusap kepala anaknya yang masih bersarung tudung pengantin itu. “Hadiah dariabi untuk Sya.”

“Hadiah? Dari abi?” ulang Aisyah.

“Sya tahu kan, abi sayang sangat dekatSya?”

Aisyah mengangguk. Dia sentiasa dapat rasakan kasih sayang arwah abinya untuknya meski insan tersebut sudah lama tiada di dunia ini.

Tangan Puan Sri Munirah diletakkan diatas kotak yang dipegang oleh Aisyah. “Ini, salah satu tanda sayangnya abi kepada Sya.”

Aisyah hanya memandang sahaja kotaktersebut. Terharu hatinya bila mendengar apa yang dikatakan oleh uminya itu.Meskipun abinya sudah tiada, dia tidak menyangka sama sekali bahawa abinya sudah menyediakan segala-galanya untuknya. Termasuklah hadiah sempena perkahwinannya.

“Nanti, Sya buka la ye? Benda ni mungkin dah lama, maklumlah abi beli semasa Sya belum ada dalam rahim umi lagi. Tapiumi harap sangat Sya hargailah pemberian abi ni.”

Aisyah tersenyum. Wajah si umi dipandang. “Mestilah Sya hargai umi. Inikan pemberian abi.”

Aisyah membawa kotak yang diterima olehnya semalam selepas majlis akadnikahnya bersama Saiful di katil. Kotak tersebut dibuka. Aisyah mengeluarkan buku yang bertajuk ‘Ilmu Rumah Tangga’ itu dari kotak. Senyuman terukir dibibir. Pembalut plastik yang ada pada buku tersebut, dibuka.

Jazakallahu khairan, abi,”ujar Aisyah untuk abinya, meskipun dia tahu abinya itu tidak akan mendengar ucapannya itu.

Knok, knok, knok!

Aisyah memandang seketika pintu biliknya.

Knok, knok, knok!

Buku pemberian abinya diletakkan di tepi dan dihampiri pintu biliknyaitu.

“Sya… dah bangun ke belum?” soal Puan Sri Munirah di balik pintu.

Aisyah membuka pintu biliknya. “Sya dah bangun dah umi,” jawab Aisyah.

Puan Sri Munirah tersenyum melihat wajah anak tunggalnya itu. “Dah solat Subuh?” soal Puan Sri Munirah sambil memandang anaknya.

“Baru je habis umi. Kenapa?”

“Kalau macam tu tolong umi buat sarapan, boleh?”

Aisyah mengangguk. “Okey. Tapi beri Sya masa jap untuk bersiap.”

Puan Sri Munirah mengangguk. Kakinya melangkah mendekati tangga untuk turun ke tingkat bawah.

“Sya,” panggil Puan Sri Munirah saat dia sudah berdiri di atas anaktangga. Dipandang Aisyah yang ketika itu masih berdiri di depan biliknya.

“Ada apa umi?”

“Cuba Sya tengok suami Sya dah bangun ke belum sebelum Sya turun ye?” pesan Puan Sri Munirah.

Aisyah hanya berdiri kaku. ‘Tengok dah bangun ke belum?’ soal Aisyah dalam hati. Digigit hujung bibirnya. Ditelan air liurnya. Kesat.

Puan Sri Munirah tersenyum melihat gelagat anaknya itu. “Maafkan umi.Cuba Sya pergi tengok abang tiri Sya, anak tiri umi merangkap ustaz Sya tu dah bangun ke belum, ye?”

“Akhi tidur lambat ke semalam umi?” soal Aisyah kehairanan.

Setahunya Saiful mudah sahaja sekiranya bangun pagi. Kenapa pagi iniuminya memintanya melihat suaminya itu sudah bangun atau belum? Belum pernah sepanjang dia tinggal di rumah Tan Sri Abbas, dia perlu melihat lelaki itu sudah bangun atau belum. Inilah kali pertama baginya.

“Biasalah, walid kamu tu. Macam kamu tak kenal. Umi tengok malam semalam, lama jugak suami kamu bersembang dengan walid kamu tu.”

Aisyah menoleh ke pintu bilik yang bersebelahan dengan biliknya.

“Tolong umi, ye?”

Aisyah memandang wajah uminya. Kepalanya dianggukkan. “Baiklah umi.”

*****

AKHI…akhi dah bangun ke?” soal Aisyah di depan pintu bilik Saiful sambil mengetukpintu kayu bilik suaminya itu.

Knok, knok, knok!

“Akhi…”

Knok, knok, knok!

“Akhi,” panggil Aisyah lagi.

“Ye,” Saiful menjawab panggilan Aisyah sambil membuka pintu biliknya.“Ada apa Sya panggil akhi ni?” soal Saiful sambil memandang wajah isterinyaitu.

“Sya ingatkan akhi belum bangun lagi. Umi su…” mata Aisyah bulat seketikasaat matanya terpandang susuk tubuh badan suaminya yang hanya bertuala itu.Terus matanya dipejam rapat dan dirinya terkaku di situ.

Saiful mengerutkan dahinya saat dia melihat Aisyah secara tiba-tiba memejamkan matanya serapat yang boleh. “Sya… kenapa?” soal Saiful sambil memegang tangan isterinya itu.

Mengigil tubuh badan Aisyah saat tangan basah suaminya memegang tangannya. “Ke… kenapa… akhi pakai tuala depan Sya ni?” soal Aisyah tergagap-gagap.

Saiful tersenyum. ‘Sebab tu rupanya. Ingat apalah yang buat dia ni takut semacam.’

“Dah akhi baru habis mandi,” jawab Saiful sambil melepaskan pegangan tangannya dari memegang tangan Aisyah.

Dia dapat agak yang Aisyah tidak selesa diperlakukan sedemikian. Dia sendiri tidak mengerti mengapa dirinya melakukan Aisyah sedemikian. Tindakan tersebut diluar kawalannya. Lagipun dia tahu, dia dan Aisyah, masing-masing perlukan masa untuk menerima status baharu mereka.

Maklumlah selama beberapa bulan sebelum ini, hubungan mereka ialah adik beradik tiri dan ustaz-pelajar sahaja. Dan hubungan itu terbatas, mana pernah mereka bersentuh tangan walau sekali.

Lagipun dia sepatutnya bernikah dengan Syarifah Rabiatul Adawiyah bintiSyed Ahmad Zaid semalam. Tetapi pada saat-saat akhir ada rahsia terbongkar dengan menyatakan bahawa dirinya dan bekas tunangnya itu ialah adik beradik yang berkongsi umi yang sama.

Memandangkan hubungannya dengan Aisyah adalah ajnabi, maka Adawiyah mencadangkan agar dirinya berkahwin dengan Aisyah. Maklumlah mereka duduk dibawah satu bumbung yang sama, jadi tak manis pula dipandang orang.

“Umi suruh apa, Sya?” soal Saiful.

“Suruh tengokkan akhi dah bangun ke belum,” jawab Aisyah matanya masihditutup rapat.

Saiful tersenyum. “Akhi dah bangun, so apa Sya nak buat sekarang?”

Aisyah tergamam mendengar jawapan suaminya. “Er... Akhi dah solat ke?” soal Aisyah. Mati akal dia untuk bersoal jawab sekarang.

“Belum lagi. Air sembahyang akhi ni tadi dah terbatal sebab terpegang Sya. Sya dah solat?” soal Saiful.

Aisyah mengangguk. “Akhi... Sya… turun dulu la. Nak tolong umi sediakan sarapan,” ujar Aisyah.

Saiful memandang pemakaian Aisyah dari atas sampai ke bawah.

Walaupun umur Aisyah baru sahaja 17 tahun, tapi sudah pandai menjaga aurat. Meski mereka duduk di bawah satu bumbung yang sama, belum pernah dia melihat Aisyah membuka tudung atau stoking tatkala Aisyah berada di luar bilik.

‘Mesti ke dia pakai macam ni lagi? Aku kan dah jadi mahram dia,’ bisikhati kecil Saiful.

“Sya,” panggil Saiful tatkala melihat Aisyah sudah melangkah ke tangga.

Aisyah yang baru sahaja mendekati tangga itu memandang wajah suaminya.

“Sini jap.”

Aisyah menurut. “Ada apa akhi panggil Sya ni?”

“Lepas ni, boleh tak kalau Sya tak pakai macam ni lagi?”

Aisyah memandang pemakaiannya. Dari bawah ke atas, atas ke bawah.Dipandang raut wajah suaminya pula. “Akhi… marah ke kalau Sya pakai macam ni?”

Saiful menggelengkan kepalanya. “Tak. Cuma… kan Sya cakap, nak hubungan kita macam adik beradik kandung walau kita dah sah suami isteri. Adik beradik kandung pakai tudung ke… di dalam rumah?”

Aisyah terdiam.

“Lainlah kalau ada ajnabi dalam rumah ni. Akhi tak heran la. Lagipun, apakata umi dengan walid nanti kan, kalau nampak Sya pakai macam ni apabila berdepan dengan akhi?” sambung Saiful. “Mereka mesti pelik nanti.”

“Hm… Sya… tak biasa lagi la akhi nak bukak tudung dalam rumah,” luah Aisyah.

Saiful terdiam mendengar apa yang dikatakan oleh Aisyah itu. “Sya kenalah biasakan.”

Aisyah mengangguk.

“Satu hal lagi, lepas ni apa kata kita cuba biasakan diri kita berdua untuk solat berjemaah bersama? Boleh?”

“Boleh,” laju sahaja Aisyah memberi jawapan. Sememangnya sejak semalamlagi dia mahu memberitahu suaminya untuk solat secara berjemaah berdua, tapi...dia segan dan malu.

“Sya, tak bangun lagi ke ustaz tu?” laung Puan Sri Munirah dari tingkatbawah.

“Dah bangun dah umi,” jawab Aisyah.

“Dah tu, turun le cepat. Tolong umi ni.”

“Baiklah umi,” jawab Aisyah. Dipandang wajah si suami. “Sya… turun dulu.”

Saiful mengangguk. Pintu bilik ditutup setelah dia melihat Aisyah hilangdari pandangan matanya.

*****

AISYAH tersenyum saat melihat Tan Sri Abbas sudah turun untuk bersarapan bersama.

“Sya?” panggil Tan Sri Abbas.

“Ye, ada apa walid?”

Tan Sri Abbas menggelengkan kepalanya. Dia membalas senyuman menantumerangkap anak tirinya itu. “Masya-Allah, cantik rupanya anak walid ni. Dah lama walid tak nampak Sya macam ni sejak Saiful masuk rumah ni.”

Aisyah menyusun pinggan di atas meja makan. Bibirnya mengukir senyuman.“Jazakallah, walid atas pujian tu.”

“Wa iyyakum, Sya. Sya… Umi mana?” soal Tan Sri Abbas.

“Di dapur lagi, walid. Nak buatkan kopi untuk walid,” balas Aisyah sambilberlalu semula ke dapur untuk mengambil mangkuk yang berisi nasi goreng yang sudah tersedia untuk dibawa ke meja makan.

“Saiful?”

“Akhi pergi joging rasanya walid,” jawab Aisyah sambil meletakkan mangkuk nasi goreng itu dengan berhati-hati. Setelah memastikan semua makanan yang dimasak sudah tersedia, dia menarik kerusi untuk duduk.

“Ni, kopi untuk abang,” Puan Sri Munirah meletakkan mug berisi kopi dihadapan suaminya itu. “Saiful di atas, bersihkan diri. Nanti turunlah anakabang tu,” sambung Puan Sri Munirah sambil menarik kerusi di sebelah suaminya itu. Dia dengar perbualan suaminya dengan anaknya semasa dirinya di dapur tadi.

Jazakillah,” ucap Tan Sri Abbas menghirup kopi kegemarannya itu.

“Wa iyykum,” jawab Puan Sri Munirah. Wajah Aisyah dipandang, ”Sya, pergiambilkan sudu yang lain. Sudu ni terjatuh pula,” ujar Puan Sri Munirah kepada Aisyah yang duduk bertentangan dengannya.

Aisyah bangun semula dan menuju ke dapur.

“Assalamualaikum,” ujar Saiful sambil duduk di meja makan.

“Waa’laikumussalam,” jawab Puan Sri Munirah dan Tan Sri Abbas secara serentak.

“Sya mana?” soal Saiful. Pelik dia melihat keadaan di meja makan itu hanya ada dirinya, Puan Sri Munirah dan Tan Sri Abbas sahaja. Kelibat Aisyah tiada kelihatan.

“Kenapa akhi cari Sya?” soal Aisyah sambil menghulurkan sudu kepada uminya.

“Tak, akhi nak…” kata-kata Saiful terhenti saat dia menoleh ke arah Aisyah yang duduk di sebelahnya. Dup dap, dup dap.

“Akhi nak apa?” soal Aisyah.

Mata Saiful tidak berkelip melihat wajah isterinya tanpa memakai tudung itu. ‘Cantiknya dia.’

“Akhi…” panggil Aisyah.

Saiful hanya diam tanpa memberi apa-apa reaksi.

“Saiful,” panggil Tan Sri Abbas dengan suaranya yang sedikit tegas itu.

Aisyah pelik melihat suaminya yang terkaku memandang wajahnya. “Akhi…”Aisyah memanggil suaminya itu sekali lagi.

“Syed Muhammad Saiful Islam bin Syed Ahmad Abbas!” panggil Tan Sri Abbas siap dengan nama penuh lagi.

“Akhi nak Sya!” laju sahaja ustaz muda itu memberitahu akibat terkejut punya pasal. Itulah, fikiran sudah jauh melayang lagi.

“Akhi… nak Sya? Nak… untuk apa?” soal Aisyah. Dahinya sudah berkerut, tidak faham dengan apa yang suaminya itu sedang katakan.

“Saiful,” Puan Sri Munirah sudah bersuara tegas.

Saiful meraup wajahnya ke belakang. Nafasnya ditarik dalam-dalam. “Astagfirullahhala’zim! Assif jiddan (Maaf sangat) umi, walid,Sya,” ujar Saiful sambil memandang setiap wajah ahli keluarganya itu.

Puan Sri Munirah mengeluh sambil menggelengkan kepalanya.

“Maksud akhi, akhi nak Sya teman akhi jumpa umi akhi di hospital tengah hari nanti. Boleh?” pinta Saiful saat matanya memandang wajah isterinya semula.

Aisyah mengangguk. “Boleh.”

Saiful melepaskan satu keluhan kecil. ‘Tak sangka, cantik Aisyah ni apabila tidak memakai tudung. Macam orang lain je tadi, mahu aku tak terkejut melihatnya.’

Previous: Prolog
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh