Home Novel Cinta Mrs. Firdaus
Bab 22

“Aku terima nikahnya Shafira Liyana bintiAdam Micheal dengan mas kahwin 200 ringgit tunai.” Sekali lafaz dengan tanparelanya gadis itu sudah pun menjadi isterinya.

Dia bangun melangkah mendekati Yana. Tipukalau cakap Yana tak cantik dengan busana yang indah tersarung ditubuh itu.Tapi, ego dan marah menghalangnya untuk memuji. Cukuplah dia terseksa melayansemua apabila perkahwinan ini disukai dari semua pihak kecuali dia dan Kayla.Sebut pasal Kayla, dia tidak sangka kekasihnya itu hadirkan diri dalam majlisperkahwinannya.

Tetamu yang merupakan rakan-rakan dansaudara-mara dari belah pihak Yana dan Firdaus dilayan sebaik yang boleh.Seperti semua berpuas hati dengan majlis mereka yang agak simple tapi adaclass. Semua diuruskan oleh isterinya Yana dan kawan baiknya Aisyah. Dekorasipelamin buatan tangan merupakan idea gabungan mereka berdua. Melibatkan pakaianmereka pada hari ini, juga dipilih dan ditentukan oleh Yana. Dia? Hanya bersiapsedia pada pagi tadi untuk memegang tangan ayah Yana dan melafazkan akad.

“Fir senyum. Muka tu jangan dinginsangat.” Yana mencucuk-cucuk perut suaminya yang baru sahaja dinikahi tadi.Hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembira dan bersyukurnya dia apabila diangkatmenjadi isteri kepada jejaka itu. Walaupun dia tahu cinta hanya berpihak kepadadia sahaja. Dia nekad akan membuat suaminya itu sendiri jatuh cinta terhadapdia. Melihat muka itu masih memberi pandangan dingin, dia membawa tangannyamencubit kedua belah pipi itu. “Awak mempunyai senyuman yang manis. Tunjukkan,kalau tak sayang cium awak dekat depan semua orang.” Ugut aku.

Firdaus membeku. Dia ingat Yana takberani, ini Yana lah. Leher Firdaus ditarik, wajah mereka kini rapat. Akhirnya,bibir itu pertama kali mendarat diatas bibir Firdaus. Jurugambar dan tetamusemua sibuk mengambil gambar panas mereka. Yana melepaskan Firdaus danmelarikan diri melayan tetamu yang lain.

“Fuh, panas bini kau.” Kawannya Haiqalmenepuk bahunya.

“She stole my first kiss.” Firdausberkata perlahan. Tapi, masih lagi dapat didengari Haiqal. Apa lagi ketawa kuatdan besarlah.

Firdaus melihat isterinya yang sedangberbual dengan seorang lelaki. Bukan kemain ketawa ye. Dengan lelaki itu bukanmain manis senyuman dan bicara lembut Yana berikan. Tapi dengan dia sendiri,Yana hanya tahu bergaduh mulut dengan dia sampai sakit kepala melayan sebabgadis itu suka menjawab.

“Cemburu ke bro?” Tanya Haiqal.

“Tak kuasa aku. Aku cukup rimas denganperkahwinan ni. Kalau dia boleh layan baik lelaki tu, kenapa dia tak kahwin jedengan lelaki itu? Kenapa aku juga?” Firdaus sudah menarik kerusi duduk didepan Haiqal. Tetamu pun semakin berkurang, tu sebab dia berani duduk lepakdengan Haiqal.

“Sebab saya cintakan awak, dia hanyasahabat baik saya sahaja. Awak dah curi hati saya, jadi saya menggarikan awakdengan perkahwinan ini dan penjarakan awak dalam rumahtangga kita kerana awakpenjenayah cinta saya.” Meremang bulu romanya bila Yana tiba-tiba berbisikromantis di tepi telinganya.

“She know how to seduce. Tak lama lagi,aku dapat anak buah lah. Bagi yang comel-comel tu.” Haiqal melihat kelibatisteri sahabatnya itu berlalu pergi. Entah kenapa dia rasa, gadis itu menarikdan pasti dapat membahagiakan sahabatnya itu.

Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Atul Aisy