Home Novel Cinta Mrs. Firdaus
Bab 8

Tok! Tok! “Assalammualaikum…” salamdiberi dari luar.

“Acap, kau buat apa kat sini?” tanyaFirdaus.

“Kekasih pujaan hati aku demam. So, akunak melawat.” Straight to the point punya Acap.

“Dia wife aku, Acap.” Firdaus masih lagiberlembut dengan sahabat dia ni.

“Wife?” Acap gelak sekuat-kuatnya. “Jap,aku rasa Kayla tu wife kau, dan Fifi ibarat perempuan simpanan kau sahaja.Sorok semampu boleh sebab kau tak pernah mengaku dia isteri kau.”

“Macam mana kau tahu wife aku demam?”

“Dia whatsapp aku tadi. She says she missme so much. Ada husband, husband pergi bercinta dengan perempuan lain. Kaulepaskan dia je la. Aku mampu bahagiakan dia.”

“Wife aku tak akan cakap macam tu. Nimesti kau yang mula whatsapp dia dulu.” Tangannya dikepal menahan geram.

“Suka hati lah kau nak percaya yang mana.Daripada aku bergaduh dengan mulut kau dekat sini, baik aku naik bilik dia.”Acap terus pergi ke bilik dan semestinya Firdaus mengikuti sebab Acap ni bukanboleh percaya sangat.

Ketukan di pintu bilik mengejutkan aku,“Eh, Acap. Kau buat apa dekat sini?”

“Ish, apa ni. Cara macam tak sudi jeterima kehadiran aku.”

“Eh, bukanlah. Aku nak buat medicalcheckup sikit, tengok suhu badan dan tekanan darah kau.” Acap mengenyit matanyapadaku. Dihadapan Firdaus dan aku terkaku sebab tak sangka Acap seberani itu.Playboy ni pun, berpada-padalah sikit, aku isteri orang kot. Tahulah kawanrapat.

“Fir…” Aku memanggil dia.

Dia melangkah ke arahku dengan senyumanmanis. Semakin dekat, semakin kuat degupan jantung aku.

“Ye sayang…” dia bisik di telingaku.

“Nak minta tolong, boleh?” Aku punmenjawab berbisik.

“Tolong apa?”

“Tolong cintakan saya.” Mata dia tajammemandangku, bibirnya semakin lama semakin dekat.

“Ehem. Aku ada dekat sini ye. Harapmaklum.” Acap mematikan pandangan kami. Aku melarikan wajahku ke arah lain. Nimesti dah merah bakar muka aku.

“Tolong buatkan air untuk Acap. Kau nakair apa Acap?” tanyaku.

“Hah? Kenapa kena buat air untuk dia?”tanya Firdaus. Eh dah kenapa suami aku ni, suruh buatkan air je bukan suruhhidang ABC.

“Air horlick ais 1.”pesan Acap macamdekat kedai mamak.

“Awak tolong buatkan air, please.” Pujukaku. Nampak muka dia ingin memprotes, comel. Tapi aku biarkan sahaja.

“Amboi, sudah ler tu. Tak lari mana lakikau tu. Ni ubat kau, simpan tempat tersorok sikit. Rutin ubat jangan skip. Onemore thing, kalau kau sakit kepala teruk macam mana pun jangan telan Panadol 4biji atau painkiller pill 2 biji. Overdose.” Sudah bebel Doktor Acap kita.

“Wey da ah tak yah bebel. Macammakcik-makcik sangat.” Aku menahan Acap supaya tidak bercakap lagi.

“Apa? Kau makcik-makcik kan aku? Punyalahhensem ni.”

“Euww. Tolonglah.” Aku gelak terhibur.

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Atul Aisy