Home Novel Cinta Mrs. Firdaus
Bab 13

“Awak nak pergi mana?” Tanya Firdausapabila melihat isterinya sedang melilit tudung. Eh jap, lilit tudung.Alhamdulillah, Allah bukakan pintu isterinya untuk bertudung.

“Lawa tak? Pelik?” Yana berdiri di depansuaminya. Tangannyya lincah memakaikan suaminya tali leher.

“Sangat lawa.” Firdaus mengusap lembutkepala Yana dan tunduk mencium dahi isterinya yang kelihatan manis sekali.Kalau dah tak bertudung pun isterinya mampu menarik hati lelaki, apatah lagisudah bertudung sekarang. Mahu makin bertambah saingannya, cukuplah Acapseorang.

“Yana minta izin, Yana nak pergi hospitaljumpa Acap.”

“Kenapa Acap? Tak ada doktor lain ke awaknak jumpa?” Baru teringat Acap dah isterinya sebut nama lelaki itu. Bikin panashati sahaja.

“Boleh lah. Please.”

“Saya izinkan. Jangan menggatal.” Yanadah tersenyum senang dengan pesanan suaminya. Cemburu pun ego. “But, wait aminute, awak sakit ke? Kenapa nak jumpa Acap? Demam? Pregnant?” Soalan Firdausmembuatkan Yana terdiam.

Aku nak jawab apa ni. Penyakit aku ni diabukan tahu pun. “Pregnant? Awak dah pernah sentuh saya ke?”

“Tak lah. Mana tahu buat hubungan denganlelaki lain kat luar sana.”

Pang! Sedas tamparan melekap di wajahFirdaus.

“Saya tahu taraf saya hanya isteri diatas kertas. Tapi, awak tak ada hak nak samakan saya dengan perempuan murahandi luar sana. I know who I am. Sekurang-kurangnya saya sedar saya masih adasuami di rumah, tapi awak hanya tahu berkepit dengan kekasih hati awak tu. Awaknak dia kan jadi isteri awak? Saya redha, lagipun waktu saya dah tak lama. Sayajumpa Acap sebab saya ada sakit kritikal. Saya minta diri dulu,Assalammualaikum.”

Firdaus terhenyak di atas katil. Diasudah tersalah cakap. 

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Atul Aisy