Home Novel Cinta Mrs. Firdaus
Bab 19

“Yana, buka pintu. Please sayang.”Firdaus mula risau bila isterinya masih berkunci di dalam bilik sejak pagitadi.

Kepalanya cukup semak dengan gambar yangdipost di akaun nya. Tak guna punya Kayla. Macam mana perempuan tu dapat masukke private room dalam biliknya di ofis. Setahunya, hanya setiusahanya sahajayang tahu. Lagi nak naik angin bila, perempuan tu suka-suka je baring atas dadadia dan buat caption “It was a best night dear.” Nak muntah baca. Nasib baiktika dia celik mata pagi tadi, si Kayla tiada depan mata. Kalau tidak, mahudikerjakan disitu juga.

Kini isterinya perlu mendengar penjelasandari dia.

Bila dia ingat balik kata isterinya pagitadi, dia rasa takut. Takut kehilangan cinta yang suci dari seorang isteri.Kenapa sebelum ini dia membutakan mata, mentulikan telinga bila orangsekelilingnya menegur agar dia menghargai dan belajar mencintai isterinya?Sebab dia terlalu agungkan cinta kepada seorang gadis yang hanya mengambilkesempatan diatas kesenangannya sahaja.

Firdaus menepuk dahinya. Bagaimana lahdia boleh lupa, kunci spare setiap bilik ada di dalam laci almari di ruangtamu. Pantas dia menggeledah almari tersebut dan akhirnya dia berjayamenjumpainya. Buang masa je 30 minit berdiri depan pintu Yana macam tuguNegara.

‘Kriuk.’ Acah pintu bunyi macam dekatrumah nenek kebayan.

Punya orang susah hati, menggelisah dekatluar. Dia sedap sahaja diulit mimpi memeluk teddy. ‘Kalau peluk aku tak apajuga.’ Desis hati Firdaus yang nakal. Pipi isterinya diusap. Macam manalahselama ini isteri dia kuat melayan karenah dan baran dia. Tak disangkaisterinya jatuh cinta pada dia.

Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Atul Aisy