Home Novel Cinta Mrs. Firdaus
Bab 16

“Abang tahu, abang ni sangat hensemorangnya. Tapi tak kenyang kalau asyik tengok muka ni.” Aku tersedar bilaFirdaus menegur.Malu kantoi usha suami sendiri.

“Yana tolong jelaskan pada Abang pasalpenyakit Yana.”

“Yana tiada sakit yang teruk pun. JustYana ada sesak nafas je dan Yana tak mampu control pernafasan, itu yang sebabdegupan jantung sekejap perlahan sekejap laju. One more thing, Yana addict denganPanadol dan painkiller that’s why I need to meet Acap, supaya dia bolehpastikan pengambilan ubat Yana.”

“Tapi, tadi Yana kata kritikal.”

“Mula-mula Yana ingat kritikal sebabselalu sakit kepala lepas demam hari itu. Tapi, Acap kata semua okey. Alhamdulillah,tapi Yana nak minta izin awal-awal setiap 2 minggu Yana kena buat checkupdengan Acap.”

Firdaus memandang aku tajam dan diamengeluh. “Abang nak jadi doktor Yana boleh tak?”

Aku ketawa. Elok-elok dah jadibusinessman, pendidikan semua melibatkan perniagaan ada hati nak tukar karierjadi doktor. Comel sangat suaminya sekarang ni. Aku menggeleng.

“Malam ni Yana ada hutang kena bayardekat abang. Abang akan tuntut juga malam ni. Sayang jangan lupa pakai satubaju yang abang gantung dalam almari, hujung sekali warna merah.”

“Wajib ke sunat arahan abang ini?”

“Wajib!” Tudia kuasaa veto dia dahkeluar.

“Baik kekanda. Dinda pulang nanti, dindabuat seperti apa yang kekanda arahkan.” Aku tunduk hormat acah macam Firdaus niSultan Melaka.

Dia ketawa. Senang dan rasa bahagiagila-gila. Walaupun belum ada lagi lafaz cinta dari bibir suaminya, dia pastidengan tingkahlaku sahaja sudah menampakkan segalanya.

Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Atul Aisy