Home Novel Cinta Mrs. Firdaus
Bab 18

“Sedapnya bau, isteri saya masak apa pagiini?” Firdaus merangkul pinggang isterinya. Tapi, Yana hanya mendiamkan dirisahaja dan meneruskan tugasnya di dapur itu.

“Makan.” Bekas yang diisi nasi gorengdibawa ke meja makan untuk dihidang. Walaupun dia sebal dengan sikap suaminya,tapi dia tetap menjalankan tugasnya dengan mencedokkan nasi ke pinggan Firdaus.

Firdaus aneh melihat tingkah isterinyayang senyap dan dingin.

“Awak tak makan? Ke awak nak share denganabang?”

“Yana tak ada selera. Yana pergi naikbilik sekejap letak beg Fir diatas.” Yana yang ingin melangkah pergi ditahan.

“Awak kenapa? Awak tak sihat ke? Makansekali, nanti melarat sakitnya.” Firdaus cuba memujuk. Sungguh dia tidak tahukenapa isterinya bersikap begitu, semalam baik-baik sahaja.

“Kalau saya sakit sampai rasa nak matipun, tak apa. Itu lebih baik, daripada saya menahan rasa sakit hati keranadipermainkan.”

“Apa awak cakap ni Yana?” Firdaus tidaksenang dengan kata Yana.

“Jujur dengan saya, awak lupa janjiawak?”

“Janji? Janji apa?”

“Bukti yang jelas. Saya minta diri dulu,pinggannya nanti awak letak sahaja di singki.” Tapi sekali lagi, langkah Yanaditahan. Firdaus berdiri dihadapannya. Jarak antara mereka sangat rapat.

“Explain to me first. Then I will let yougo.”

Sesak kepala Yana dengan sikap keraskepala Firdaus. Nak sahaja mamat galah ini diluku kepalanya biar otak tu dekatcenter. Ingat dia seorang sahaja keras kepala, aku pun ade keraskan kepala jugahari tu. Meh kita tengok siapa yang menang?

5 minit. Masih pandang antara satu samalain.

6 minit. Firdaus mendengus.

7 minit. Firdaus mengeluh.

8 minit. Firdaus mula mengurut dahinya.

9 minit. Firdaus mencengkam bahu Yana.

10 minit. Firdaus merapatkan bibirnya kebibir Yana.

Terbuntang biji mata Yana dengan perilakusuaminya. Dada lelaki itu ditolak.

“Don’t be mad at me. Tell me dear. What’swrong?” Jari Firdaus bermain dibibir Yana.

“Buka instagram awak dan awak akan tahuapa yang berlaku. One more thing, mulai saat ini saya akan perlahan-lahanlepaskan rasa cinta yang ada ini daripada awak.”

“Hey.” Yana sudahpun berlalu pergi dankali ini Firdaus gagal menahan untuk mendengar penjelasan lebih lanjut.

Firdaus meraup mukanya. Kenapa pulaisterinya berkata begitu? Rumitnya perempuan ini.

Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Atul Aisy